Rabu, 30 September 2009

SIAPA ITU PAK LURAH.....

SALAM PENGENALAN BUAT SEMUA.....

Nama di beri Othman bin parman
Gelaran garang panglima air
Kalau nak berkata terasa nyaman
kena sediakan banyak air

KEDUA

Gelaran seterus di panggil paklurah
gelaran manjanya di panggi ayahda
Tiada ilmu hendak di curah
hannya sekadar begurau senda

Berasal dari kampung serom 3 sg mati muar johor di sini saya diajarkan makan di sinilah saya diajarkan mengenal keturunan dan di sini saya diajar serba sedikit tentang agama anutan, keturunanku ketika umur mula membesar dan mula mengenal kawan kawan kedua ibu bapa ku membawa saya pindah ke kampung murni jaya layang layang johor,


BERHIJRAH MEMBUKA HUTAN

 kampung murni jaya ketika itu hutan begitu mengerunkan apabila nak pulang kerumah jalan hanya boleh dilalui oleh orang berjalan kaki , bawa basikal pun di pikul lebih kurang 1/2 batu jauh nya ini amat memilukan sekali...kawasan itu pada mulanya adalah kawasan ceroboh ,kemudahan asas api dan air paip langsung tak ada pada waktu malam cukup menakutan kerana kanan kiri masih di penuhui hutan dan banyak binatang liar ular harimau gajah liar...Pernah penduduk di situ dikerjakan dengan Gajah liar hampir separuh mati kalau tak silap nama wak saring Kasiman, begitu hebat sekali dugaan dan cabaran.. Dengan kesabaran dan kecekalan akhirnya kampung itu berjaya dihalalkan dengan diberi nama KG Sri Muar Murni Jaya Layang Layang Johor..

PENDUDUK TERDIRI DARI KETURUNAN JAWA.

Mengapa kampung itu di beri nama kampung sri muar oleh kerana penduduk 99% datangnya dari muar dan beketurunan jawa,kebanyakan nya pendatang dari muar johor yang mahu mengubah penghidupan demi masa depan .

SUMBER PENDAPATAN HARIAN

Penduduk disitu pada awal nya mencari makan sampingan dengan mngambil upah kerja dipesekitaran ladang kelingo estete dan kebun kebun sayur milik cina... saya pun pernah bekerja di istete tersebut dengan mengambil upah potong buah kelapa sawit dengan mengunakan kerbau...Di sini saya merasa kagum kerana saya berjaya menundukkan kerbau garang lagi liar sehingga menjadi jinak mendengar kata ,apabila saya suruh jalan dia pun jalan, dan apabila saya suruh berhenti dia pun behenti . ini sunguh menyeronokan sekali tapi problem...apabila musim ....mahu mengawan kerbau naik gila manusia kena jaga jaga kalau tidak tanduk menusuk di perut .oleh kerana tidak mahu risiko yang bakal dialami maka keputusan ,MEMBIRI terpaksa dilakukan walau pada mula nya tak sampai hati,itu lah kenangan singkat yang saya lalui bersama kerbau ternakan semasa memotong buah kelapa sawit di ladang kelinggo estete sedenak kulai johor...

KEGIATAN SOSIAL DI KAMPONG


mengenang kembali kegiatan semasa tinggal dikampung sri muar saya amat suka kan seni hendak menyanyi suara tak merdu jadi penyanyi kumpulan kempelingan yang diangotai oleh orang orang tua sunguh mehiburkan... pernah kumpulan kami di undang peringkat daerah dan negeri tapi biasanya kumpulan kempelingan memenuhi undangan ketika menyambut kelahiran atau pun majlis sunatan sampai pagi menyanyi..

MENUBUH KAN PERSATUAN SENI SILAT

 selain itu saya pun menubuh kan persatuan seni silat cemande mega malam, kumpulan bertahan selama 4 tahun ramai anak murid yang di latih bagi tujuan seni mempertahan kan diri dan saya tubuhkan kompang seri muar dan kompang sentiasa di undang untuk menyambut orang kenamaan Dato'On Tun Abdul razak dan pembesar negeri kami ketika itu tidak pernah bertanding peringkat negeri tapi bertanding saja pasti nya menang cuma rekod daerah sahaja...poyo......
dalam kegiatan sukan saya minat 3 sukan popular kampung bola sepak takrow, badminton dan bola sepak wakil daerah tak pernah merasa . sepak takrow pernah mewakili daerah dan pernah bermain di kluang johor, badminton pula setakat jaguh kampung perseorangan aja.dalam badan pertubuhan belia saya dilantik sebagai ketua belia selalu di hantar kurusus BTN khemah kerja kata orang dulu asyik-asyik khemah kerja asyik-asyik kursus.... ketika itu wakil rakyat saya cina nama nya YB Jimi lau boon hong orang kampung sebut jimi lu bohong saya pun kurang mengerti tentang politik tapi begitu lah orang kampung sebut..tapi saya suka dengan ketua pemuda saya ketika itu hebat orang nya nama nya Tosrin Jarawanti tak lama jadi ketua pemuda bahagian rengam sudah diamanahkan menjadi wakil rakyat yang digelar YB Sedeli kota tinggi desaru johor.
entah apabila mula berkenalan dengan tosren dalam bidang politik dan seni silat saya sudah mula seronok bergaul dengan orang politik orang tua tua suka menyuruh saya menyusun kerusi meja apabila ada majlis, suruh kutip yuran umno apa sajalah melibatkan kegiatan sosial maka sayalah yang pertama diaorang nampak sampai tak boleh menyorok dibuatnya .

BERTEMU JODOH

...ketika umur saya 24 tahun saya menamatkan zaman bujang saya dengan membuat ,gadis pilihan ketiga.. pilihan pertama gadis kota tinggi johor umur masih belasan tahun abang ada dua yang belum kawin, orang tua tidak restu orang dulu taat dengan orang tua tak berani melawan ,walau pun ketika itu lagu...
 nasi lemak buah bidara sayang selasih hamba lurut kan tingal emak tingal seudara kerana kasih hamba turutkan,.. tapi kecut....bercinta kali kedua orang kampung tengah layang layang orang nya cantik putih keturunan cina melayu tak ada jodoh melepaslah aku ...dan kali ketiga sekampung, saya pernah mengajarkan pukulan kompang tak sangka dia menjadi buah hati akhir nya saya dijab kabulkan dalam majlis yang meriah lah ketika itu.,

MENGUBAH NASIB

Demi menjamin masa depan saya mengambil keputusan untuk mencari kerja tetap maka mohon kerja polis bantuan di terima berkursus undang undang di malaka dan di tugaskan CRP dan berpindah OIL PAM kulai Dan berhdimat selama setahun...dalam masa bertugas saya menyertai PSTD pasukan simpanan tentera darat atau lebih dikenali ..pakai semat takada duit...masa berlalu saya pun di tawarkan untuk di serap menjadi askar sepenuh masa maka azab sengsara kan aku rasa...bermula di kem majidi johor berpindah kem sir banding KP taiping perak ,sungai pertani kedah dan kem batu gajah perak setelah merantau habis semananjung ku jelajahi maka saya mengambil keputusan untuk berhenti..

DALAM MEMBURU CITA CITA & MASA DEPAN.

Destinasi di tuju adalah FELDA, 1986 saya mulakan lembaran baru dengan membungkus pakaian yang lusuh dengan mengemas barang yang reput untuk di naikan lori menuju ke palong 9 negeri sembilan dalam sistem saham diberi kebebasan memilih rumah saya pilih sendiri rumah...N0 278 blok 14 felda palong 9 tugas @ kerja harian di bayar gagi kong sikong saya bertekat untuk menjadi petani di samping kerja ladang sebelah petang saya suka bercucuk tanam... saya tanam pokok koko, tanam pisang, sampai johan pisang tandan terpanjang yang di pertandingkan di palong dua saya juga suka ternak ikan keli dan ayam daging serta itik ,saya pernah bela lembu pawah dari jabatan haiwan daerah jempol saya juga pernah mengambil upah menoreh getah di palong dua setelah lima tahun saya tinggal di rancangan saya mengambil keputusan untuk membuka kedai runcit lalu bermula lah terjun dalam dunya perniagaan hingga lah tahun 1999

TERJUN DALAM BIDANG POLITIK.

saya di gelar panglima air setelah menjadi ketua belia 4B(M) menyusul kemudian pengerusi PIBG menyusul lagi pengerusi kop peneroka palong sembilan BHD lalu di lantik ketua UMNO Cawangan dan diamanahkan Naib Pengurusi JKKR ketika dalam belia 4B Saya suka di pangil AYAHDA saya kira apabila orang pangil saya ayah saya rasa lebih selamat bertahun telah berlalu hari berganti minggu ,minggu telah berganti bulan ISA berganti MUHAMAD PANGLIMA Berganti PAK LURAH

TERJUN DALAM BIDANG KONTRAKTOR

.Ini lah bidang yang pak lurah rasa sesuai dengan jiwa dan tugas pak lurah yang sentiasa sibuk dengan kegiatan sosial dan masyarakat ,yang selalu sibuk mesyuarat sana kesini ...dan berprogram sana sini....itu lah pak lurah yang merasakan sebahigian hidup nya..DIHABIS KAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Selasa, 29 September 2009

ORANG TUA KEMBALI BUJANG PILIHAN RAKYAT.

SALAM BUAT SEMUA......



Orang tua kembali bujang, Orang pendek akal nya panjang , badan nya kecil jiwa nya besar ,Itu lah ISA.... bukan akta Tapi manusia . Tan Sri Mohd Isa bin Hj Samad calon BN.. yang akan menentang calon daripada PAS .Di Bagan Pinang, persoalan nya mampukah BN mempertahan kerusi yang menjadi milik nya selama ini ? sebelum di umumkan nama calon banyak Pihak telah memberi pendapat ,termasuk lah Negarawan Tun M dan Pihak Pihak pembangkang yang tidak henti mempertikai keputusan pemilihan. Di sini pak lurah cukup tabik pertama kepada PM kedua kepada TPM ketiga MBNS Kerana membuat keputusan seperti apa yang di cakap rakyat didulu kan prestasi di utamakan .. saat saat ini lah rakyat mahu melihat sejauh mana kesungguhan dan bijak sana pemimpin .pak lurah sangat mengenali Tan Sri Isa Samad sejak berkecimpung dalam dunia politik hampir 24 tahun di NS pak lurah melihat Tan Sri adalah PEMIMPIN bukan ketua,. itu sebab, orang suka... Dia mesra dan tak sombong, dia ramah yang orang paling suka dia tak lokek dan tak kedekut ... kebanyakanya bukan pemimpin tapi ketua Nak bagi senyum pun lokek dan kedekut, satu lagi keistimewaan Tan Sri Isa kesetiaan nya kepada pati memang patut di beri pengitirafan walau pun dia di gantung, dia masih berkerja kuat untuk pati, bukti nya beliau menang tanpa bertanding Umno bhg teluk kemang, itu sebab
parti pembangkang takut kepada ahli Umno Bagan Pinang .........pak lurah menyeru pucuk pimpinan tertinggi sudah memenuhi tuntutan akar umbi kini bukti lah bahawa akar akar mu masih sihat masih kuat dan mampu membawa air makan hingga sampai ke daun daun serta dahan dahan dan akhir nya dapat membuah kan hasil ,yang akan dinikmati kita bersama, perlu di ingat bahawa NS pati pembangkang tidak kuat pun ...tapi kerana orang Umno bercakaran sesama sendiri faedah di perolehi parti pembangkang . Ayuh .........bulat kata ,Atur kan langkah Terus kan perjuangan menuju kemenangan ............. Salam Pak Lurah

Isnin, 28 September 2009

PERJUMPAAN KETUA KETUA KAMPUNG ADUN KAWASAN PALONG ..,

SALAM BUAT SEMUA...
Jam 830 mlm pak lurah telah di undang oleh Yb.Dato Aziz Bin Samsuddin datang ke rumah nya bagi di maklumkan tentang majlis perkahwinan anak nya Amir Afizi &Suziana Bte Assan yang dijadualkan pada hari Sabtu 03 Oktober 2009 bersamaan 1430 Syawal Hijrah....

Bertempat No 125 Felda polong sebelas Gemas ns,

Atur cara majlis:
Jamuan makan 1100 Pagi Hingga 400 ptg. Bersanding 100 Tgh

Ramai juga ketua ketua kampung dan GPW datang , nampaknya Dato' pun sudah kelihatan sihat
Dan bersemangat sekali apa bila membicara kan tentang pilihan raya Teluk Kemang Dato' nak sewa dua rumah untuk tujuan berkempen dan mengajak ketua Umno wanita pemuda Puteri bagi tujuan tersebut tentang makan jangan kamu susah kalau saya makan kamu juga makan tak kiralah gulai sardin lauk ikan kering pasti nya kita semua makan . kita pasti kan BN menang ,
Kepada warga Felda kita semua beruntung kerana Felda saban tahun memberi warga peneroka duit raya dapat lah juga buat buat beli daging,
Cukup hanya di sini yang dapat di papar kan kali ini salam pak lurah

Sabtu, 26 September 2009

JALAN RAYA HARI RAYA PILIHAN RAYA

Bertemu kita dalam membicarakan tiga topik yang sedang hangat di perkatakan ,
PERTAMA: tentang kesesakkan jalan raya semperna musim perayaan hingga mengakibatkan
ramai pengguna jalan raya menjadi korban...ops sikap yang telah di lancarkan telah mencatat ramai angka kematian dan kemalangan jiwa.maka ramailah yang akan tampil memberi pandangan bergitu bergini .tapi ianya terus berlalu seperti lalunya masa lalunya hari yang hanya tinggal kenangan sampai musim kita bicara lagi. itulah yang sering belaku di jalan raya kita namun sikap masih tidak berubah pak lurah setuju tindakan lebih tegas diambil keatas pengguna yang tidak mengikut ...P.J.R,(panduan jalan raya)

KEDUA:
Hari raya tahun 2009 disambut oleh warga Felda sederhana tidak seperti tahun-tahun sebelumnya kerana harga getah dan kelapa sawit turun dan kebanyakkan pemilik ladang getah sudah tua yang ada torehan sudah sampai ke dahan..tengah menunggu untuk di tanam semula
Makan duit pencin nampaknya...

KETIGA;
pilihan raya masyarakat Felda pun tidak ketinggal untuk membicarakan soal pilihan raya soal pilihan calon ada orang kata bergini ada orang kata bergitu, masing-masing punya pendapat
dan semuanya bagus-bagus belaka sebab apa pak lurah kata bergitu pujanga mengatakan berdiamlah lebih baik dari kamu berkata-kata (Orang yang nak cakap tak baik semuanya diam)
Dan berkatalah kamu sekiranya kata-kata kamu membawa kebaikan dan kesejateraan(kesimpulan yang memberi pandangan dan pendapat adalah bagus)
Walau bagaimanapun perhatian hendak lah diberi oleh orang yang membuat keputusan kerana keputusan itu lah nanti yang bakal menentukan segala-segalanya.
Kata-kata bapa pembangunan BIAR SELANGKAH KAKI KU HAYUN NAMUN SEJUTA TINGGAL KENANGAN.. Satu lagi pujanga mengatakan yang kita selalunya lupa....
KALAU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT JANGAN LUPA RUMPUT DI BUMI.
ku pohon ampun salam pak lurah....

YANG PATAH TUMBUH YANG HILANG BERGANTI

Buat semua warga FELDA di dunia.........

Seperti mana kata pujangga yang patah tumbuh yang hilang berganti ini akan berlaku dalam penghidupan manusia dan pentadbirannya .kepada Ybhg.Dato'Ahmad Tarmizi bin Alias ..pak lurah mengucapkan setinggi tinggi terima kasih di atas pengorbanan Ybhg Dato' terhadap warga peneroka yang begitu banyak ...hingga tidak ternilai , semoga Allah akan membalas segala pengorbanan Ybhg.Dato'Ahmad Tarmizi Bin Alias.Jasa,.Mu..Tetap akan di kenang........

Kepada. Ybhg, Dato'Dzulkifli Bin Wahab. kehadiranmu dinanti
Pak lurah dan warga Felda akan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi .
FELDA banyak perancangan yang hendak di laksanakan seperti EGF, GMN dan perkenal Fekra.
Ini semua memerlukan satu komitmen dari semua pihak warga peneroka anak anak seharusnya terlibat sama dalam merealisasikan impian PM malaysia untuk menjadikan warga peneroka
komuniti contoh masyarakat luar bandar justeru itu pak lurah mengharap kan keluarga Felda kembali kepada kata pujangga lama tiga tungku sepenjerangan, tiga tali seperlilitan ...konsep ini amat sesuai sekali di laksanakan dalam PENITIAN Kehidupan,salam pak lurah...............

Jumaat, 25 September 2009

PERHIMPUNAN KETURUNAN HJ ABDUL KADIR


Pak Lurah dan keluarga bersama Tunggak Utama Keluarga Hj Abdul Kadir yang masih ada



PADA HARIRAYA KE 4 SATU PERHIMPUNAN KELUARGA ,
DI ADAKAN BERTEMPAT KG SERUM 3 SG MATI MUAR JOHOR.
BERTUJUAN BAGI MENGHIMPUN KETURUNAN HJ ABDUL KADIR.

Pak lurah tidak ketingalan juga untuk sama hadir di majlis tersebut jam 930 pgi pak lurah bersama sama anak dan bakal menantu terus pergi menuju ke Serum 3 kalau nak tahu...disinilah tempat pak lurah dilahirkan tentunya banyak kenangan ..tapi,tiada yang manis sebab air nya masam tanah gambut.walau bagaimanapun disini lah paklurah diajar untuk hidup disini paklurah diajarkan mengenal keturanan, mengenal agama dan ilmu pengatahuan sampai umur pak lurah 8 tahun lalu berpindah pak lurah ke kampung murni jaya layang layang johor.....

Majlis yang dianjur sunguh meriah sekali ..sampai sampai saja kami di suruh makan selepas makan kami berbual bual dengan sanak saudara yang datang .selepas solat zuhur ada ucapan dan penyampaian berita berita terkini tentang malumat keluarga.kesan daripada ini apa yang kita boleh dapat mengeratkan lagi hubungan kita sesama keluarga yang tercinta...pak lurah pun mohon diri untuk pulang setiba nya di Tangkak isteri tercinta pun pegang pegang tangan mohon pak lurah memberhentikan kereta dalam hati pak lurah habislah kena ,aku..,Tangkak adalah tempat pusat membeli belah, yang pak lurah kira toplah jugak tapi ...........tidak lah..sehebat NORDIN MAT TOP yang ini memang dah top.setelah borong sakan kami pun pulang kerumah tertamu Pertama datang keteratak pak lurah ialah TUAN HJ GHANI BIN MOHD ALI pengurus besar W.R.A bersama isteri dan anak lelaki nya.... cukup setakat ini dulu coretan pak lurah untuk hari raya ketiga salam pak lurah


Saudara mara berkumpul

MENJEJAKI SAUDARA SEMPENA SYAWAL

SALAM LEMBARAN BUAT SEMUA......Semak Ejaan

Perjalanan syawal di terus kan lagi jam 10 pagi hari raya ketiga pak lurah
bersama keluarga bersiap siap untuk pergi kesebuah kampung parit jawa panchur muar johor..
Kampung ini lama pak lurah tidak pergi kira kira 21 th dulu ketika adik arwah ayahnda masih hidup pak lurah rajin datang entah.....lah kadang kadang betul juga kata orang tua tua cari semasa obornya masih hidup nanti kalau dah padam baru kamu nak cari sudah tentunya susah kerana sudah gelap .Secara kebetulan pada hari itu perhimpunan kelurga Allahyarham Hj Isnin bin Hj Abd Kadir dan Allahyarhamah Tuminam Binti Kamsir pak lurah rasakan tersentuh hati kecil ini mengambar kembali kisah silam ketika pak lurah masih kecil kecil dulu pak lurah semamangnya nakal suka panjat pokok rambutan gading, arwah bibik kata dengan nada yang amat kuat berbunyi bergini.... ojo ....menek duwur duwur engkao tibo ...os..
itulah kenangan yang tak dapat dilupa kan hingga kini ... keluarga disini yang pak lurah ngam dengan NIKMAT oleh kerana dia sebaya dengan pak lurah yang lain ngam jugak...kami berbual mesra dengan adik beradik keluarga di sini kena pak lurah abang,. sebab keturunan Kamsir ayahda pak lurah anak yang tua dalam kelurga.

Jam 130 th perjalanan di teruskan lagi kali ini ke parit raja gersik,lokasi dituju rumah arwah Paman busu HJ MISKIN BIN KAMSIR di sini banyak kenangan silam sebab disinilah tumpah darah arwah ayahnda parman disini juga tempat peninggalan embah Kamsir bin Hj Wahab sehingga kembali kerahmatullah.. pak lurah sempat menziarahi nyaie sentot yang kini usianya 114 thn masih gagah masih sihat apabila pak lurah bertanyakan apakah rasianya dia menjawab tasbih dengan perbanyakan memuji kebesaran allah ..perjalanan diteruskan lagi tempat dituju parit bengkok gersek ,dirumah paman Tumijan bin Kamsir adik arwah ayahnda parman tempat ini tak banyak kenangan kerana tempat baru.kalau rumah dulu memang banyak kenangan ...tapi sayang rumah itu sudah pun tebakar musnah....perjalanan diteruskan lagi. kali ini di tanah rancangan Sri Ledang, disini pak lurah menjarahi paman HJ PARDI BIN KAMSIR yang sedang sakit pak lurah difahamkan sakit nya sudah beransur ansur pulih dia dah boleh berbual dengan tetamu yang datang menziarahi beliau ...perjalanan di teruskan lagi kali ini diatas bukit masih lagi di Seri Ledang, di sini banyak kenangan semasa kecil pak lurah kerap mis mis sin @keluar darah dari hidung arwah paman dolah ni bomoh ..lalu dia ambilkan daun sirih sumbatkan dilubang hidung pak lurah lalu sembuh paman dolah dan isterinya dah lama kembali kerahmatullah yang tinggal anak anak nya tapi pak lurah banga kerana anak anak nya ramai yang berjaya dalam kerjaya masing masing tapi yang paling menonjol yang di gelar Man Kajang...pak lurah lihat rumah nya pun dah cantik pak lurah di fahamkan pagarnya RM 25o ribu belum rumah nya, insayallah tahun depan dapat mengiasi muka depan kelender FELDA, boleh lawan pak lurah.hari semakin soreh pak lurah terus kan perjalanan lagi untuk pulang kerumah palong 9 misi menjejaki saudara sempena syawal selesai untuk hari raya ketiga.jumpa lagi salam pak lurah.....

Rabu, 23 September 2009

SYAWAL DATANG LAGI....

SALAM LEBARAN BUAT SEMUA.........

Pada satu Syawal tahun ini pak lurah berada dilayang-layang Johor di rumah mertua Hj Sandari Bin Hj Idris di kampung Sri Muar seperti biasa jam 8:00 pagi pergi ke surau di depan rumah untuk menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri bersama sama kaum keluarga sahabat handai jauh dan dekat al maklumlah cari makan jauh-jauh ......apabila raya mereka pulang menemui ibu bapa yang tercinta ..tahun ini seperti tahun tahun sebelumnya ..selepas sembahyang belia-belianya pergi rumah ke rumah mengadakan marhaban yang peliknya belia wanis tidak turut serta.. di manakah mereka ini...?masih menggantung langsir, mengemas rumah ,atau menonton TV,pak lurah merasakan ada pekara pelik berlaku dalam menyambut Syawal tahun ini khususnya beliawanis......kepada kaum hawa pak lurah berpesan kekalkan aktiviti sebegitu kerana tanpa penglibatan anda Syawal tahun 2009 tidak berseri...... ibarat taman tanpa bunga .


Pada sebelah petang pak lurah pun terus pergi ke rumah bonda yang tercinta Hajah Umi binti Ahmad yang tak jauh dari situ, untuk makluman pak lurah berkahwin dengan orang sekampung,Umi binti Ahmad umur sudah 78 th sudah mempunyi chu chu 50 orang , cicit
17 ,ramai ......itu,
Pada petang itu ramai saudara jauh dan dekat datang..pak lurah tak jalan ke mana - mana sambut tertamu bonda saja hingga hari raya kedua , pada hari raya kedua sempat menalifon YB DATO' HJ LILLAH BIN YASSIN ketua UMNO bhg kerana tak dapat hadir jamuan hari raya beliau .....


Pada hari raya ketiga pun pak lurah masih berhari raya di layang - layang lagi, pak lurah ambil kesempatan menghantar sms kepada YAB DATO'SERI HJ MOHAMAD BIN HJ HASSAN MBNS kerana pak lurah tak dapat datang tahun ini untuk jamuan rumah terbuka MB yang istimewa bagi pak lurah makan kari kepala ikan.....insyaallah pastinya Syawal akan datang lagi ,panjang umur kita jumpa lagi..... salam pak lurah

Jumaat, 18 September 2009

KEGEMBIRAAN DI KEJAR TANGISAN MENANTI LEMBARAN

SALAM BUAT SEMUA....DI SUASANA LEMBARAN .

MOHON KEMAAFAN SEGALA KESILAPAN ZAHIR DAN BATIN.


Pak lurah doa kan kepada warga Felda yang ingin menziarahi ibu bapa sanak saudara di kampung supaya berhati hati ketika memandu, kalau kita lihat saban hari ada saja kemalangan jiwa berlaku ,setakat ini kemalangan maut 69 orang angka ini amat membimbangkan kita selaku pengguna jalan raya ,pak lurah pun pulang berhari raya di kampung ,murni jaya layang layang Johor kerana ibu kandung dan kedua mertua masih ada ..kenalah kita menziarahi mereka .



Tahun 2009 lembaran disambut sederhana al maklum lah tahun ini harga bahan utama getah kelapa sawit jatuh dan kesan dari kegawatan ekonomi yang melanda dunia kita pun kena tempiasnya juga walau bagai manapun kita kena bersabar orang jawa kata sabar...SUBUR...Tak Sabar LEBUR.......Kepada G2 yang mahu mengunjungi ibu bapa di kampung nasihat pak lurah berhati hati di jalan raya , jangan kegembiraan yang kita kejar .tangisan yang akan menanti,salam buat warga Felda SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN dari pak lurah sekeluarga ........Jumpa lagi..............bye...bye,

Khamis, 17 September 2009

SEPANJANG BULAN RAHMADAN 2009..

Berlalu lah sudah ramadhan tahun 2009 yang di tinggalkan penuh dengan dugaan dan cabaran pastinya ianya akan meninggal kan kesan dalam ingatan .....rahmadan tahun ini pak lurah rasakan begitu pantas ia nya berlalu mungkin kah jadual berbuka puasa diluar terlalu padat ataupun diri sudah di mamah usia pandangan pak lurah rahmadan tahun ini khusus nya masyarakat Felda bertambah baik dan sopan sepanjang perjalanan dalam satu bulan pak lurah tidak ternampak warga Felda menghisap rokok atau makan minum ditempat awam begitu juga G2

Apa yang membanggakan pak lurah penglibatan warga Felda dalam memenuhi ruang ruang kosong di dalam masjid amat membanggakan sekali...di sini cuma pak lurah nak kongsi pengalaman sedikit dengan pembaca sepanjang perjalanan jelajah masjid ke masjid pak lurah merasa hairan kerana orang OKU pandai mengucapkan terima kasih apabila diberi hadiah sedangkan orang yang sempurna sifat dah tak pandai mengucap kan terima kasih di mana silap adakah kecuaian bagi ibu bapa atau pun pihak guru tidak memainkan peranan dan mengasuh tentang budaya terima kasih ......kepada anak di rumah ataupun sekolah ? budaya terima kasih berjaya dipupuk dan disemai di kalangan Oku ada peranan ibu bapa atau guru pelatih atau tuah yang ada kepada nama ISTIMEWA makanya begitu ?marilah kita kongsi pengalaman ini supaya kita sama sama bertindak menyemai kembali budaya terima kasih kepada anak dan memupuk CHINTA, KASIH ,SAYANG, agar ianya subur disepanjang zaman ingat lah TIGA TELUNGKU SEPENGERANGAN, BERKONGSEPKAN ,...MAMBANG...........,Berlalulah sudah ramadhan kehadiranmu pastinya ku nantikan semoga penitian ku nanti akan kesampaian....salam pak lurah

MAJLIS RAHMAT RAMADHAN DAN BERBUKA PUASA

FELDA WILAYAH RAJA ALIAS DENGAN KERJASAMA SERANTA(FELDA) 2009

TARIKH :17.9 2009 (KHAMIS)

MASA:6.30 PTG

TEMPAT :MASJID DATO'UNDANG MUSA AL - HAJ FELDA TITI

Pada petang ini pak lurah bersama pengurus En Salih Bin Muhidin, Tuan Nazir Ust Jali Bin Ludin dan setiausaha masjid En Kadir... Seawal jam 4 ptg kami sudah bertolak kerana destinasi yang hendak dituju kami semua belum Pernah pergi takut takut terlewat nanti .Alhamdullilah kami sampai lebih awal kami pun terus sembahyang fardu asar di masjid. Program dimulakan dengan penyampaian sumbangan hari raya kepada anak anak yatim anak Istimewa Warga emas warga uzur dan ajk masjid selesai jam 7 ptg . pak lurah turun hujan ketika itu lebat tetamu jemputan YB DATO' SERI UTAMA DR.RAIS YATIM tidak dapat datang pak lurah difahamkan Dato'seri ada program yang lebih mustahak di tempat lain.Waktu berbuka pun dah sampai menu jamuan berbuka puasa petang ini sungguh istemewa bagi pak lurah ikan tengeri masak kicap..Setelah selesai menjamu selera kami pun menunaikan sembahyang maghrib , majlis diteruskan lagi lagi dengan ucapan En Jamaludin Wahab peg seranta ns antara lain beliau menyentuh tentang sumbangan duit raya yang diberi pada tahun ini yang berjumlah 5,415,400.00 lima juta empat ratus lima belas ribu empat ratus sahaja, dapat juga meringankan beban dalam mehadapi ketibaan Syawal dan seharusnya peneroka besyukur dan berterima kasih kepada PM dan pentadbiran Felda kerana sentiasa memikirkan kebajikan peneroka .....
Majlis diteruskan lagi dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Tn Hj Ghani Bin Mohd Ali antara yang perlu diambil perhatian oleh warga peneroka ialah tentang generasi kedua, dia adalah harta,beliau tidak mahu generasi kedua dalam Felda menjadi gedung masalah sosial dengan merempit, hidu gam, penyalahan gunaan dadah, pergaulan bebas yang bukan muhrim dan minuman keras yang tidak bermutu.. Ini semua akan merosakan nilai - nilai moral di kalangan G2 sendiri.. Beliau menyarankan sempena pelancaran GMN yang di umumkan oleh PM
baru - baru ini . Felda antara rancangan yang di cadangkan, yang pertama :-
1. Cili Kulai - Tanaman cara Fertigasi
2. Ternakan Ikan dalam sangkar
3. Ternakan kambing
Felda Mengharap kan G2 yang akan mendukung misi dan visi ini, supaya warga Felda akan menjadi warga contoh masyarakat luar bandar... Sekian saja yang dapat Pak Lurah catatkan dalam nukilan kali ini... Salam Pak Lurah
Ucapan Tn Hj Ghani Bin Mohd Ali
Pengurus Besar Wilayah Raja Alias

Pak Lurah bersama dengan Tim. Pengerusi Felda Titi

Pantun Rahmat Ramadan


KAMI BESRYUKUR TINGGAL DI RANCANGAN
HIDUP KAMI BERTAMBAH SELESA
SEMOGA AMAN TERUS BERPANJANGAN
RAJIN BERIBADAT KEPADA YANG ESA


Rabu, 16 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA..........

Anjuran biro ekonomi UMNO bhg Jempol yang di pengerusi kan TUAN HJ MOHD SALIM BIN SHARIF...Telah menganjur kan majlis berbuka puasa bersama imam - imam, usia emas, ibu - ibu tunggal, anak anak yatim dan dan semua saf kepimpinan bhg wanita, pemuda & puteri....
Tidak ketinggalan wakil dari jabatan, pemimpin cawangan dan warga daerah Jempol ....
Majlis diadakan di masjid bandar baru serting alhamdullillah ramai yang hadir majlis dimulakan jam 5oo ptg dengan bacaan doa yang disempurnakan oleh imam masjid dan di susuli oleh ucapan naib ketua UMNO bhg EN MUSTAFA BIN NAGUR antara ucapannya mengajak semua ahli UMNO supaya berhemah ketika berbelanja ......ingat petua ketua UMNO bhg ,majlis di teruskan dengan ucapan tim ketua UMNO bhg TUAN MOHD SALIM BIN SHARIF
Beliau menyeru kepada gulungan anak anak yatim supaya menumpukan pelajaran kerana dengan pelajaran saja yang boleh meletakkan kejayaan untuk diri kita dan mengajak dan mendidik anak tentang budaya menabung justeru itu bantuan duit raya pada tahun ini berupa tabungan ......majlis di teruskan dengan ucapan YB DATO' HJ LILLAH BIN HJ YASIN ,ahli parlimen Jempol beliau meharapkan semua ahli UMNO bhg Jempol menghayati ramadan al mubarak dengan penuh keikhlasan , kesabaran dan mengajak warga Jempol datang ke rumah beliau pada 2 hari raya untuk menikmati jamuan hari raya... pesanan beliau jangan datang pukul 3 ptg nanti basuh pinggan .......ajo ...yoo.............,jamuan dah habis ..majlis seterusnya dengan penyampaian bantuan dan sumbangan seterusnya berbuka. juadah berbuka puasa petang ini sungguh istemewa.bubur lambuk, nasi beriani kurma kambing, kami pun smbahyang mgrib bersama lalu bersurai... Salam semoga tahun depan sambutannya meriah lagi.. Salam Pak Lurah

Selasa, 15 September 2009

PERJALANAN HARIAN KU..........

Hari ini perjalanan ku ke KL bagi menguruskan kerja kerja yang tergendala... oleh kerana kesibukan dalam tugas tugas harian yang kian bertambah ..walau pun dalam bulan ramadan .di KL pak lurah cuma mengambil masa 2 jam sahaja setelah kerja siap pak lurah pun pulang...
terasa leteh teramat ....sangat lalu paklurah pun singah untuk sembayang zuhur dimasjid negeri NS ramai jemaah nya masjid nya pun dah bagus sejuk dan nyaman hingga nak terlena.... taniah kepada pengurusan masjid dan MB . NS kerana memberi kami keselesaan, dan terima kasih kerana memberi pak lurah bubur lambuk sedap....., tugas seterusnya ke jabatan IMIGRESEN.mengambil PASSPORT pekerja indon.... dijabatan ini pun sudah betukar wajah kemas dan tertatur urusanya sekejap aja dah siap. tugas seterusnya kejabatan PKK. orang yang pak lurah jumpa ybhg datin badariah bagi tujuan untuk mehidupkan lesen yang hampir nak mati walau pun dalam bulan puasa petugas nya senyum...dan senang melayan pelangan yang datang .....pak lurah pun terus pulang ke rumah no 2 di serting setelah mandi manda pak lurah pun terus pergi kemajlis berbuka puasa anjuran IPPDJ tetamu khas YB SAMSUL KAHAR MD DELI adun kawasan serting turut hadir TUAN HASNUL pegawai daerah jempol, meriah sekali majlis tersebut ramai yang hadir....selepas berbuka solat magrib dan penyampaian bantuan dan duit raya yang di sampaikan oleh YB SAMSULKAHAR ...dan sembayang ingsak dan terawih ....selepas selesai sembayang moreh di sajikan dengan kuih muih dan yang paling sedap sup.......banyak pak lurah makan terima kasih daun keladi tahun depan buat lagi ......pak lurah mohon akhiri ....SALAM

Jumaat, 11 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN DUIT RAYA

Salam buat semua.......
jam 8oo pagi pak lurah mulakan perjalanan destinasi pertama yang dituju ialah PDK palong 9 untuk meninjau persiapan majlis yang akan diada kan petang ini. setelah berpuas hati pak lurah pun pun terus pergi kegemas untuk mengeluar kan sedikit wang bagi tujuan membayar gaji pekerja .dalam masa yang sama ada pangilan tel dari ketua blok 12 yang mengatakan anaknya sudah tenat .pak lurah lantas pergi ke hospital kuala pilah lebeh kurang jam 1230 th pak lurah pun sampai setelah bertemu dengan kelurga dan pesakit.hanya kita pasrah kepa allah semuga diberi ketabahan dan kesabaran dalam mehadapi ujian allah doa pak lurah semuga pesakit sembuh dapat kita sama sama menyambut hari raya.jam 100 th pak lurah terus pergi kemasjid kuala pilah untuk menunai kan solat jumaat setelah selesai pak lurah pun terus pulang kepalong
pak lurah terasa leteh berangan hendak tidur sebentar tapi tak dapat lalu pak lurah bersiap siap untuk pergi ke masjid bagi melaksanakan program berbuka puasa dengan orang orang kurang upaya pak lurah sampai di masjid jam 530 ptg ajinda pertama bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh tuan nazir jali bin lodin ajinda seterusnya ucapan pak lurah antara lain pak lurah mengucapkan setinggi tinggi ribuan terima kasih diatas kesudian tuan pengarah JKM Turut hadir di majlis tersebut dan taniah kerana tuan MIZAN BIN HJ MAULUD di pileh semula untuk menarajui JKM NS mari kita sama sama membantu beliau agar PDK dapat dibangunkan mengikut tuntutan agama dan menerima arahan kementerian. pesan pak lurah lagi kepada ibu bapa marilah kita sama sama menyemai cinta kepada anak anak dan menanam kaseh kepada masarakat dan memupuk sayang kepada agama bangsa dan negara ajinda seterusnya ucapanTUAN MIZAN BIN HJ MAULUD antara lain mengingat kan petugas petugas supaya dapat menjalan tugas dengan amanah dan berhemah kerana kita menjaga orang istimewa .kesempatan ini juga saya ucapkan taniah kepada pak lurah dan pengurusi pdk daerah jempul yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. ajinda selanjutnya penyampaian bantuan dan duit raya disini paklurah melihat di wajah wajah istemewa tepancar kegembiraan dalam mehadapi suasana hari raya. setelah selesai penyampaian bantuan dan duit raya waktu berbuka pun dah sampai minu petang ini mssakan kampung sedap pak lurah makan taniah lah kepada ajk masjid pandai masak selesai makan kami pun solat magrib berjemaah di masjid setelah selesai solat pak lurah bersama tuan MIZAN BIN HJ MAULUD pergi melawat PDK 9 Yang tak jauh dari situ ternyata tuan gembira melihat nya dia sempat bertanya kepada pak lurah siapa yang beri peruntukan bangunan ini ,jawab pak lurah FELDA. katanya lagi CANTIK. Kami pergi lagi ke masjid bagi menunaikan solat ingsak dan teraweh setelah selesai sembayang Ada lagi moreh bubur lambuk.jam 10 mlm kami berangkat pulang.salam pak lurah jumpa lagi.

ELAKAN PROVAKASI DUA RIMPUN BERSAUDARA

Hari ini Pak Lurah berasa sedih melihat apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini mengenai pertelingkahan yang berlaku diantara rakyat Indonesia terhadap Malaysia.. Apa yang nak di hebohkan dengan budaya sedangkan kita adalah bangsa serumpun, Ingatlah saat ketika Bung Karno memerintahkan askar-askarnya menyerang Malaysia.. Turun saja askar - askar Komandonya di Pontian dan sekitar nya,melihat orang di situ sama saja iaitu 1bangsa serumpunya juga.. Jadi komando tersebut mengarahkan anak buahnya balik kerana KITA SAMA seperti mereka... Iaitu 1 Bangsa Serumpun..

Pak Lurah juga mempunyai pekerja Indonesia seramai 20 orang ada yang dari jawa timur, surabaya, jawa tengah, lombok dan ponorogo dan Pak Lurah melayan mereka seperti abang dan adik, saudara 1 bangsa.. Jadi kenapa hal seperti ini tidak di pandang oleh rakyat Indonesia? Rakyat Indonesia sepatutnya bersyukur kerana kerajaan Malaysia membuka peluang pekerjaan yang begitu luas kepada rakyat Indonesia.. Dengan membakar bendera Malaysia membuatkan hati rakyat Malaysia terguris dengan menghalang bambu runcing.. Hanya kerana statment Budaya sahaja pelbagai perkara dilakukan oleh Kumpulan berkenaan.. Ini amat memalukan dan meyedihkan hati Pak Lurah. Sepatutnya perkara ini boleh dielakan dengan menyelidik terlebih dahulu tanpa membuat sesuatu yang boleh menjejaskan hubungan Negara dua hala...

Pak Lurah mengajak Bangsa Serumpun ingatlah pesan Pak Kyai "Ojo Kembar Loro Mati Siji, Ojo Nila Setitik Maka Rosak Susu Sebelangga" kembali lah kepada Cinta , Kasih Dan Sayang yang di terapkan dengan perkataan MAMBANG , Semoga rumpunnya subur , rakyatnya makmur.... Salam Pak Lurah

Rabu, 9 September 2009

PILIHAN RAYA DATANG LAGI DI DUN BAGAN PINANG

SALAM UNTUK SEMUA....

Pilihan raya datang lagi, kali ini ujiannya di Negeri Sembilan. Tiap kali pilihan raya pekara yang paling penting ialah pemilihan calon samaada calon yang akan diketengahkan mampu membawa kemenangan buat parti BN ataupun sebaliknya... Tak macam dulu ketika Pak Lurah masih berumur 15 tahun, arwah bapa Pak Lurah bertanya kepada jiran, boleh menang ker Si Polan yang nak bertanding jadi wakil rayat ni? Jawab jiran, jangan susah Parman buat masa sekarang letak beruk di pakaikan songkok pun boleh menang.. Peristiwa itu sudah berlalu 38 tahun, zaman pun dah berubah manusia ramai yang pandai dan bijak.

Pesanan pak lurah kepada orang yang di amanah untuk memilih lakukan dengan mengambil kira pandangan akar umbi . Rakyat pada hari ini dia tak kisah tingi sekolahnya ke, rendah sekolah nya, asalkan orang yang dipilih mampu melaksanakan peranan dan tanggung jawab terhadap tugasnya.. Kepada ahli umno Pak Lurah menyeru mari lah kita kembali kepada kata pujangga jawa " Tiga tali seperlilitan , Tiga tungku sepenjeranggan" berkongsepkan tiga pekara pertama Menjalinkan CHINTA kepada keluarga yang disayangi, kedua menyemai KASIH kepada jiran tertanga dan masyarakat dan yang ketiga memupuk SAYANG kepada agama bangsa dan negara.. Doa Pak Lurah semoga di beri pertunjuk dan hidayah amin...

salam Pak Lurah

MAJLIS BERBUKA PUASA DI PALONG 8



Salam buat semua,

Tepat jam 6 ptg saya bersama pengurus Tuan Saleh Muhidin dan Rahman Majidi bertolak ke Palong 8 untuk menghadiri majlis berbuka puasa. Alhamdulilah syukur ramai yang hadir dan selepas berbuka puasa kami pun menunaikan solat maghrib dan selepas itu kami pun mendengar tazkirah yang di sampaikan oleh Ust.Yazid SDA(U) tentang pengertian ramadan.. Pak Lurah tertarik tentang malam lailatul qadar yang di janjikan oleh Allah untuk hamba-hambanya dan mengajak masyarakat menyahut seruan Felda bagi melaksanakan Gedung Makanan Negara. Selepas tazkirah kami pun melaksanakan solat isyak dan terawaih... Pak lurah pun moreh bersama-sama penduduk di Felda Palong 8... Jam 10 malam kami pun bertolak pulang... Hari ini Pak Lurah rasa mengantuk sangat, jadi kita jumpa lagi di lain lembaran.. Salam Pak lurah
Bersama-sama dengan kawan2

Sahabat Dari Pejabat Wilayah Raja Alias

Isnin, 7 September 2009

MAJLIS PENYAMPAYAN BANTUAN MASJID MASJID SELURUH DEARAH JEMPOL

Salam buat semua...


Pagi ini pak lurah bersiap siap untuk mehadiri satu majlis yang dianjurkan oleh pejabat daerah
bersama Adun Kawasan Serting dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bersama sama
Pak Lurah setiausha JKKR Rahman Majidi Palong 9 dan jurugambar Samsuddin Momo.
Majlis tersebut dihadiri oleh , YAB DATO' SERI HJ MOHAMAD BIN HJ HASSAN MBNS
Hadir sama YB DATO' HJ LILLAH BIN HJ YASSIN AHLI PARLIMEN JEMPOL,
SAMSUL KAHAR BIN MD DELI EXCO KERAJAAN Negeri Sembilan.
Merangkap Adun Serting ,YB DATO ZAINAL ADUN LUI dan DO TUAN HASNUL pegawai
Daerah Jempol.

Ramai yang hadir walau pun majlis diadakan didalam bulan puasa antara lain yang disampaikan dalam ucapan MB menyeru orang orang melayu supaya bersatu, dan menjemput hadir kerumah sempena hari raya ketiga . Pak Lurah tidak akan lepaskan peluang untuk hadir kerana tiap tiap tahun Pak Lurah akan hadir di Majlis tersebut.


Sekian salam petemuan Pak Lurah,

Ahad, 6 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA PLG 14.15.16

Salam buat semua...
Pada hari ini Pak Lurah berjalan lagi tepat jam 6ptg pak lurah bersama Rahman Majidi terus pergi ke masjid Palong 14. 15. 16 untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama YB Dato' Mukhriz Tun Mahadir, turut serts dalam majlis itu YB Dato' Hj Lillah Hj Yassin Ketua Umno bhg Ketua Wanita Puan Noraini Idris, Ketua Pemuda Nizam Aman Ketua Puteri Hjh Hanim
AJK bhg dan ramai tertamu lain Program tersebut sungguh meriah khabarnya dua ekor lembu Tombang pelanduk turut serta tombang . Majlis tersebut dihiasi dengan penyampaian bantuan Sumbangan kepada anak anak yatim Ibu tungal dan insan istimewa. taniah di ucapkan kepada Tuan rumah dan warga penoreka felda plg 14 15 16 dan taniah kepada ketua pemuda dan barisan kepimpinanya . Semoga tahun depan Dato' Mukhriz akan datang ke Felda Palong 9 pula....

Sabtu, 5 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PM

Jam 10 pagi 3 sep 2009
pak lurah memulakan perjalanan dari palong 9 keserting pejabat dearah jempol mehantar borang sebut harga. dan terus ke kl jam 530 ptg sampai lah pak lurah didewan perdana felda majlis pelancaran buku raja alias dan berbuka puasa bersama pemimpin felda yang kami sayangi .banyak lauk pauk yang dihidangkan 80 jenis manu untuk berbuka puasa.selepas itu kami sembahyang magrib berjemaah sembahyang insyak dan sembahyang teraweh dan menimati jamuan moreh terima kasih kepada YAB DATO ,SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK
Serta felda kerana memberi duit raya kepada warga peneroka. terima kasih daun keladi tahun hadapan bagi lagi.







Wakil peneroka(Shamsuddin bin Othman) menerima replika cek sumbangan hariraya daripada Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Bergambar bersama ketika mahu pulang

Rabu, 2 September 2009

MELAWAT YB DATO.AZIZ SAMSUDIN

02hb Sept - Pak Lurah bersama kawan kawan yaitu ketua cawangan palong 10 Jamrus ,Baharum plg 13,dan Apit plg 14 menuju ke Putrajaya bagi melawat Dato Aziz bin Samsudin adun kawasan plg yang sudah telantar di hospital pj, khabarnya sudah seminggu.kami sampai lebih kurang jam 4ptg .bilik Dato di tingkat 5, mungkin Dato agak terkejut melihat kami kerana kami datang tidak memaklumkannya telebih dulu, kami besyukur kerana kami di fahamkan yang Dato akan dibenarkan pulang dalam satu dua hari lagi. Kami mengabiskan masa lebih kurang 1 jam 1/2 berbual mesra bersama Dato dan ditemani Datin. Selepas itu, kami pun mohon diri untuk pulang jam 6ptg, kami meningalkan hospital pj dan berhenti dihentian untuk berbuka puasa lalu kami menempahlah makanan dan minuman yang pertama air yang kedua kuih dan yang ketiga nasi ayam dan mi sop yang ketiga inilah telah menguji kesabaran kami dibulan puasa,kami telah diugut oleh pelayan kedai pekerja asing....rupa rupanya garang juga pekerja asing di Malaysia ini. Pak Lurah nasihatkan kepada semua majikan yang menggunakan tenaga buruh asing tentang budi bahasa terlebih dahulu sebelum melayan tetamu. Badan pun dah penat, kita sambung di lain lembaran....