Rabu, 28 Oktober 2009

TUGAS HARIAN KU

Salam buat semua pembaca....


Hari ini pak lurah bersama pdk Felda Palong 9... Disini Pak lurah ingin bercerita serba sedikit tentang PDK iaitu Pusat Dalam Komuniti yang bertempat di Felda Palong 9.. Pusat ini di tubuh kan pada 3hb Ogos 2009 dengan 3 orang petugas.. Pusat ini menempatkan 31 orang insan istimewa yang terdiri dari peringkat umur yang berbeza dan dari Felda Palong 9 - 16... Pak Lurah di lantik sebagai Pengerusi untuk badan ini... Misi Pak lurah untuk melihat PDK ini terus maju dan menyedarkan masyarakat bahawa golongan istimewa ini perlu di beri perhatian dan kasih sayang dari masyarakat setempat... Pusat ini di tubuhkan supaya golongan ini belajar berdikari dan belajar membaca,melukis, anyaman, tanam pokok dan kemahiran lain....

Pada pendapat pak lurah golongan ini kalau di ajar dan di latih ia akan menjadi lebih pandai dan biasa menyesuaikan diri dengan masyarakat dan tidak lah mereka merasa terpinggir.... Pak Lurah berharap kepada masyarakat setempat supaya membantu dan menyokong pertubuhan ini... kepada ibu bapa yang mempunyai anak seperti ini janganlan malu atau berasa rendah diri dan pak lurah memohon supaya mereka di hantar ke PDK supaya mereka belajar berdikari....

Sekian Sahaja untuk Kali ini... Salam Pak Lurah

KEMBARA SERANTA(FELDA) & JELAJAH IKON 2009

BERTEMU BUAT SEMUA.....

PADA HARA INI : 28 OKT 2009.
MASA: 230 Ptg.
TEMPAT: Balai Raya Palong II

Satu mesyuarat di adakan bagi membincang kan satu program kembara seranta (felda ) & Jelajah Ikon 2009 peringkat wilayah raja Alias yang akan diadakan pada 31 okt 2009 (sabtu) Hingga 01 Nov 2009 (Ahad) bertempat di felda palong 11 Turut hadir Yb Dato' Aziz Bin Samsuddin Adun kawasan palong Wakil pengurus besar WRA Pengurus pengurus Tim pengurusi JKKR JKKK wakil jabatan pegawai seranta GPW Wakil belia ,mesyuarat di pengurusikan oleh
En Jamaludin Bin Wahab penolong pegawai seranta Negeri Sembilan....

Tentatif program yang akan berlangsung selama 2 hari bermula 31hb oktober - 1 nov...

31hb ( Sabtu )

8.00pg :- Pendaftaran peserta, penyerahan keluarga angkat pelajar dan PERSADA, pelancaran program jelajah ikon oleh Dato' Zulkifli dan pertandingan sukan..

2.00ptg :- Pertandingan kompang berirama,dan program motivasi pelajar oleh pengarah serantah.

5.00ptg :- Pertandingan sukan

9.00mlm :- Ceramah agama di padang awam Felda Palong 11

1hb Nov ( Ahad )

9.00pg :- Pameran/ gerai jualan,pertandingan sukan dan bengkel motivasi pelajar oleh Seranta

2.00ptg :- Motivasi pelajar bersama ibu bapa oleh Datin Paduka Syarifah Mazlina

9.00mlm :- Perasmian penutup, ucapan perasmian, ucapan penyerahan keluarga angkat pelajar dan PERSADA, dan penyampaian hadiah dan cenderamata
pak lurah harap program yang julong julong kali diadakan di rancangan tanah felda dapat menyuntik semangat belia belia rancang bangkit mengejar cita cita, bangun memburu impian dan harapan agar belia belia felda setanding dengan belia.. yang maju di luar sana,
Sekian sahaja untuk kali ini, Salam Pak Lurah

Isnin, 26 Oktober 2009

DIALOG BERSAMA MENTERI


Kali ini bertempat di padang Awam Felda Palong 3 dalam satu program pemimpin bersama rakyat yang dihadiri oleh Yb Dato' Hj Ahmad Bin Maslam Tim Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Turut mengiringi SAP kepimpinan UMNO Jempol yang di ketuai oleh Yb Dato' Hj Lillah Bin Hj Yassin..

Majlis sungguh meriah kerana ramai yang hadirmajlis dimulakan dengan bacaan doa yang di sempurnakan oleh imam masjid palong 3.....Diteruskan lagi dengan ucapan ketua cawangan En mustafa Bin NagurAntara lain beliau mengajak masyarakat kita orang melayu bersatu terutama penduduk palong 3, dan terima kasih kepada YB Dato' Hj Amad Bin Maslam kerana sudi datang di gugusan palong... Kedatangan Yb Dato' amat lah di tunggu tunggu kerana sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah yang selalu di bangkitkan oleh ahli ahli UMNO Jempol.dan terima kasih kerana memberi ruang untuk kami menyuarakan pandangan, pendapat, cadangan dan teguran yang di laksanakan oleh pentabiran Felda melalui dialog bersama peneroka agar segala permasalahan peneroka segera di ambil perhatian ..Majlis diteruskan lagi ,Dengan ucapan Yb Dato' Hj Lillah Bin Hj Yassin ketua UMNO bhg Jempolbeliau mengucapkan tahnia kepada tuan rumah En Mustafa Bin Nagur kerana berjaya menganjurkan majlis pada petang ini beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Yb Dato' Ahmad Bin Maslam kerana sudi datang ke dearah Jempol khusus nya di palong.kepada warga Felda jaminan di beri oleh Yb Dato' Hj Lillah saya sentiasa memperjuangkan nasib peneroka Di Parlimen ...Tibalah saat yang di tunggu tunggu ucapan Yb Dato'Hj Ahmad Bin MaslamBeliau merakam kan ribuan terima kasih diatas jemputan dan sambutan yang begitu ramaidan memahami hasrat warga Felda setelah berbincang dalam perjalanan menuju kemari bersama Yb Dato Hj Lilah .di kesempatan ini saya ingin mengumumkan berita gembira buat G2kerajaan melalui Felda akan membina rumah kos rendah untuk jenarasi kedua awal tahun depan beliau juga menyeru warga Felda menyokong saranan PM untuk menjadikan Felda Gedung Makanan Negara. Harapan disandarkan di ba
hu warga penoreka serta G2 rebut lah peluang ini jangan hanya sekadar melihat sahaja,belau percaya warga Felda boleh.......beliau seterusnya membuka ruang untuk pertanyaan di mulakan oleh En Amran Bin sainan dari Felda Palong 5.

PERTAMA:- Beliau membangkit kan tentang batu sepadaan lot ladang peneroka.
KEDUA :- Ketirisan sistem pentabiran kususnya jabatan haiwan
KETIGA: - Pinjaman pembesaran rumah warga peneroka diberi keutamaan yang memerlukan .
Dikuti oleh pertanyaan seterusnya oleh En Mad Zin Bin Baba Adik Gafar baba.

PERTAMA:- Kop peneroka diberi keutamaan kerja kerja di kawasan setempat.
KEDUA:- Memohon Felda memulangkan semula wang baki Rm 5000.00
KETIGA:- Menolak Tecnoplant sebagai Agensi pelaksana tanam semula.
KEMPAT:- Pinjaman sara hidup peneroka ditambah dari Rm 1500 kepada 25oo sebulan.
Pertanyaan menyusul lagi kali ini datang dari palong 7 En Amir ketua cawangan .

PERTAMA:- beliau menyarankan rumah generasi kedua di bina di rancangan sedia ada.
KEDUA:- Masalah bekalan Air di kawasan palong terutama di Felda palong 7 dan 8 .
KETIGA:- Kekurangan guru terlatih di kawasan Felda perlu di ambil perhatian.
KEMPAT:- Pengagihan hasil dari 149 lot lot kosong di beri kepada kop seperti janji MBNS.
KELIMA:- Tuntutan Janji gelangang futsal bernilai 3 juta yang di umumkan di serting hilir.
KENAM: - Masalah longkang dan sistem peparitan di kawasan kampung perlu diambil perhatian
KETUJUH:- Isu belia dalam tanah rancangan perlu diambil perhatian yang serius.

Pertanyaan menyusul lagi kali ini dari tuan rumah En Md Nor Irman @(bang Atan )
Beliau mendesak Felda untuk mengeluarkan kunci kira kira bagi akaun peneroka...
Soalan terakhir diberi peluang untuk lelaki En Hassan Basri dari Palong 15 tampil mengutarakan pandangan yang tidak puas hati tentang perlantikan ketua blok diharap pihak pentabiran Felda mengambil serius tentang pekera ini.Pertanyaan terakhir di beri peluang kepada wanita lantas bangkit kaum hawa menyuara kan pandangan agar apa sahaja perancangan wanita mesti diambil perhatian kerana wanita penggerak utama dalam segala bidang terutama dalam bidang kemasyarakatan .

Pak lurah mohon maaf kerana tidak dapat menyuarakan pandangan kerana memberi peluang kepada rakan rakan yang lain insayallah mana yang tertinggal pak lurah akan terus membisikan ke pengatuan pihak yang berkenaan kepada Yb Dato' Hj Ahmad Bin Maslam pak lurah mewakili warga WRA mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga diatas kesudian datang dan mendengar rintihan serta permasalahan yang dibangkitkan semoga semuanya diambil perhatian....

PANTUN BUAT MU PERJUANG.
HJ AHMAD MASLAM NAMA DIBERI
DATANG JAUH DARI PONTIAN
CINTA MENUSUK DISANUBARIKERANA MASALAH KAMI DIAMBIL PERHATIAN







Makan bersama YB Dato Ahmad Maslam

Ahad, 25 Oktober 2009

ISTIADAT PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA YANG DI PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN..


PADA :26 0KT 2009 BALAIRONG SERI ISTANA BESAR SERI MENANTISEMBAH TAKZIM DARIPADA :OTHMAN BIN HJ PARMAN ( PAK LURAH) DAN WARGA FELDA W.R.A..SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN..TUANKU MUHRIZ IBNI AL-MARHUM TUANKU MUNAWIR




Kami warga Felda W.R.A..menjunjung kasih dan mengucapkan taniah diatas pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dalam menerajui takhta kerajaan Negeri Sembilan ke-11 hari ini..kami mendoakan semoga baginda tuanku diberikan kesihatan dan kesejateraan..dilanjutkan usia dapat mentadbir negeri dengan jayanya..rakyat berlindung dibawahnya..DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU...SALAM PAK LURAH..

MAJLIS BERSAMA TIM .MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DATO. HJ AHMAD BIN MASLAN


BERTEMU LAGI BUAT WARGA UMNO BHG JEMPOL.

Jam 9:00 pagi pak lurah bersama samsudin pergi untuk mehadiri satu majlis pemimpin bersama rakyat yang di jadualkan bermula jam 10:30 pagi bertempat didewan orang ramai jempol ini selalu mengelirukan, pak lurah pun pergi ke pejabat dearah jempol setelah menunggu sekian lama, jaga pun tanya kepada pak lurah, tunggu apa En ? bukankah ini hari ada perjumpaan disini tanya pak lurah, jawab jaga bukan disini tapi didewan majlis dearah bahau, nasib baik jaga tanya kalau tidak pak lurah terlepas program bersama Tim Menteri..kepada pemberitahu tolong bagi maklumat yang betul kerana sudah 3 kali pak lurah salah tempat bukan pak lurah seorang yang sesat tapi ramai..Jam 11:40 pg Yb Dato' Hj Ahmad Maslam pun tiba ramai di kalangan Ajk Bhg Wanita, pemuda, puteri, cuma ketua wanita tak dapat hadir kerana menunaikan fardu haji dimekah..ketua pemuda pun tidak dapat hadir kerana ada program yang telah diatur terlebih awal..Sedihnya ketua puteri yang sedang sakit sekarang berada di wad hospital kuala pilah, majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh al-fadil ust Asnan Ajk Bhg . majlis diteruskan dengan ucapan ketua penerangan jempol En.Harudin Tambi antara lain ucapan beliau terkejut apabila dipanggil memberi ucapan setiausaha saja ingin perkenakan saya tapi pandangan pak lurah En Harudin Tambi mampu memikul tanggungjawab sebagai ketua penerangan sebab itulah setiausaha bagi beliau berucap, ucapannya menarik ada kelakar terhibur mendengarnya majlis diteruskan lagi, kali ini ucapan Yb Dato'Hj lillah Bin Hj Yassin ketua Umno Bhg Jempol merangkap ahli parlimen .
Antara lain beliau menyarankan agar ahli Umno terus bersatu memikul amanah persedin pati yang mahu ahli umno berubah sekiranya tidak mahu rebah umno mesti di pertahankan kerana umno sahaja pati yang memperjuangkan dan membela nasib, masa depan orang-orang melayu,beliau juga mengingatkan ahli umno agar jangan leka kerana masa dua tahun tidak lama untuk kita menghadapi pilihan raya..beliau mengingatkan pemimpin umno agar menjalankan kutipan yuran ahli kerana buat masa ini belum ada arahan dari ibu pejabat pati yang mengatakan yuran Rm 2.00 dua Ringgit sahaja seumur hidup dah dikuat kuasakan, nanti kalau ada arahan kita ikut ,dan akhirnya kepada warga felda beliau sentiasa membangkitkan masalah dan keperluan yang dihadapi keluarga felda dan akan membawa terus keparlimen....
majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yb Dato' Hj Ahmad Bin Maslam beliau melahirkan kegembiraan kerana dapat bertemu dengan ahli umno jempol yang dipimpin oleh Yb Dato'Hj Lillah dan terima kasih diatas undangan, beliau seterusnya menyampaikan ceramah yang diberi tajuk satu malaysia rakyat didulukan pritasi diutamakan, banyaklah huruf-huruf dijadikan selogen dan panduan, dalam kita menjalin penghidupan dan kemersaan dalam kita memburu kebahagiaan dan kemewahan dalam kita mencari keimanan dan ketenangan itulah keistimawaan Yb Dato' Ahmad Bin Maslan, Tim Menteri Di Jabatan perdana Menteri,kami warga jempol sayang kat Yb Dato'...........salam pak lurah jumpa lagi di felda palong 3, jam 3:00 petang padang awam..


Pak Lurah Bersama YB Dato' Ahmad Maslam


YB Dato' Ahmad Maslam Bersama dengan YB Dato' Hj Lilah Yasin

Jumaat, 23 Oktober 2009

KURSUS PROTOKOL & ETIKET SOSIAL



SALAM BUAT SEMUA
DALAM KURSUS DUA HARI PADA.

TARIKH: 22-23 OKTOBER 2009
TEMPAT:MITC, Ancasa Hotel Melaka.


Felda Wilayah Raja Alias Telah berjaya menganjur kan kursus protokol & etiket sosial kepada pengurus & pegawai kanan . Timbalan Pengerusi JKKR /Pengerusi JKKK/ Pengrusi GPW berobjektifkan ,Memberi pengetahuan kepada peserta berkaitan amalan protokol dalam sesuatu majlis. Membina dan meningkat kan imej dan ketrampilan diri berlandaskan kepada nilai dan Etiket Sosial...Banyak pekara baru yang telah di pelajari sesungguhnya dalam kehidupan banyak pekara yang kita harus tahu ada kelebihan ini ada kekurangan itu,yang penting kita belajar tanpa jemu jemu .....pak lurah akan sertakan INFO dan malumat selanjutnya dalam kursus protokol &Etket Sosial jumpa lagi salam pak lurah...






Penceramah sedang memberi maklumat berkaitan dengan Protokol dan etiket sosial



Antara peserta yang hadir

Khamis, 22 Oktober 2009

Perjalanan Ku.....

Salam Buat semua Pembaca....

Hari ini pak lurah telah di jemput menghadiri majlis rumah terbuka anjuran jabatan kebajikan masyarakat bertempat di Selesa Beach resort hm... memang selesa.... tepat jam 9 pagi pak lurah sampai di Selesa di temani oleh anak pak lurah siti bersama dengan petugas PDK iaitu ikin dan ima... tetamu VVIP adalah YM Raja Datin Salbiah Binti Nujumuddin isteri kepada Menteri Besar Negeri Sembilan...Jam 11 barulah acara bermula dengan ucapan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu En Mizan Maulup dan di ikuti ucapan YM Raja.. Pak lurah tidak bayak makan kerana terhibur melihat pesembahan dari Golongan istimewa dan yang paling menarik hati Pa
k Lurah ialah nyanyian dari peserta Pasoh, sungguh menyayat hati...

Jam 1 petang Pak Lurah bersam anak2 menuju ke Senawang untuk mengukur baju... Dalam perjalanan pak lurah tersalah jalan sehingga ke Highway Nilai jadi terpaksa Pak Lurah patah balik.. Alhamdulilah walaupun lambat yang penting anaknda Pak Lurah dapat ukur baju... Selepas itu Pak Lurah pun begerak ke CIMB Kuala Pilah untuk menyelesaikan beberapa masalah dan selepas selesai perjalanan di teruskan ke Bahau untuk membeli Handphone.. Tapi bila sampai di Microsunt pak lurah hanya membeli untuk isteri tersayang tapi bukan untuk pak lurah kerana tidak ada yang berkenan... Pak Lurah pun menuju pulang dan berhenti di stesen minyak petronas untuk mengisi minyak.. selesai itu, semasa hendak pulang pak lurah di tahan oleh kawan2 untuk singgah, Jam 6.50 ptg barulah pak lurah pulang...

Pendapat Pak lurah sebagai insan yang sempurna di ciptakan oleh Allah hendaklah kita mensyukurinya dan kita tidak perlu menggelarkan mereka kurang upaya tapi istimewa kerana kadang2 golongan ini lebih berbudi dari yang sempurna...
Salam Pak Lurah


Pak Lurah bersama YM Raja Datin Salbiah



Bersama Pengarah JKM Negeri Sembilan En Mizan Bin Maulup


Anaknda-anaknda yang menemani ayahnda sepanjang perjalanan hari ini


Persembahan dari insan istimewa... sungguh menghiburkan

Selasa, 20 Oktober 2009

TAKLIMAT KHAS PROGRAM 24 OKT 2009 .

BERTEMU BUAT SEMUA....

PADA 20 OKT 2009.
MASA :10 Pgi
TEMPAT: DI PEJABAT PARLIMEN JEMPOL

Satu taklimat khas diadakan bagi membincang kan program pemimpin bersama rakyat tetamu undangan Yb Dato'Ahmad maslam Tim Menteri Di jabatan perdana Menteri yang di jadualkan hadir pada 24 okt 2009 pagi 10 pagi di dewan pejabat daerah Jempol bersama sap kepimpinan UMNO bahagian Jempol, dan sebelah petang jam 3 ptg . di padang awam Felda palong 3 jemputan semua warga Felda di jemput hadir .
Pak lurah berharap kesempatan ini diambil semua lapisan masyarakat tak kira warga peneroka /wati belia /wanis ... agar dapat melapang kan masa untuk sama menyumbang kehadiran agar bisikan suara kita didengar gerak geri dipandang .
dan masalah diambil perhatian ....
Tak guna kerajaan meluang kan selogan yang indah kalau rakyat nya asyik baling batu sembunyi tangan.. ayuh...lah kita bangun ! dan bangkit kemas kan diri berjalan seiring sehayun selenggang agar misi penubuhan Felda akan terus subur dulu kini dan selamanya..... sekian...salam pak lurah

Isnin, 19 Oktober 2009

PERJALANAN DAN TUGAS HARIAN KU...

SALAM BUAT SEMUA....

Jam 800 pagi bermula langkah ku. menuju serting pertama pergi ke pejabat FESB bertemu dengan para pegawai borak - borak tentang kerja...kemudian lalu keluar dari pejabat beselisih dengan kakak dari unit usahawan yang menggamit gamit pak lurah dan memberi tahu tentang beg yang mereka jumpa dalam bilik mesyuarat,sawari alangkah gembira nya hati ini sudah hampir dua minggu beg yang mengandungi dokumen penting hilang ucapan setinggi terima kasih kepada unit usahawan kerana memberi pak lurah kegembiraan...
Perjalanan seterusnya ke batu kikir majlis jamuan hari raya anjuran pertubuhan persatuan peladang daerah Jempol ramai yang hadir . pak lurah meneruskan perjalanan ke kampung bayai baru bapa kepada pemandu Yb Dato'Hj Lillah Bin Hj Yassin telah kembali kerahmatullah Al fatihah , sebentar di sana terus pergi ke pejabat W R A untuk menghadiri mesyuarat Exco jkkr Gabungan Jam 630 ptg pak lurah pulang ke rumah ... cukup di sini coretan yang dapat ditulis pada hari ini salam pak lurah






Antara rakan2 yang hadir semasa jamuan hari raya di Batu Kikir

Ahad, 18 Oktober 2009

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR.....



SALAM BUAT SEMUA.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada Yb Dato Hj lillah Bin Hj Yasin Ahli Parlimen Jempol, Kakitangan dari jabatan jabatan, pengurus -pengurus rancangan bersama timbalan pengerusi, peneroka dan peneroka wati dari semua FELDA yang datang dan kepada mambang DiGi iaitu En Samsudin, En Samsul, En Iksan dan rakan2..... kerana berjaya menyempurnakan program pelancaran .laman blok pak lurah dan melantik pak lurah menjadikan ketua kampung DiGi terima kasih di atas kepercayaan yang di beri pak lurah akan memikul tanggungjawab dengan sebaik mungkin......
KEPADA YANG HADIR PAK LURAH UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KALAU ADA KEKURANGAN MOHON MAAF
SALAM PAK LURAH , JUMPA LAGI






Antara tetamu yang hadir




Sabtu, 17 Oktober 2009

PELANCARAN LAMAN BLOG PAK LURAH FELDA PALONG 9


Salam Untuk Semua.

Felda Palong 9 yang diterajui oleh Pak Lurah kini maju setapak kehadapan bagi menyahut seruan kerajaan melahirkan generasi yang celik ICT/ Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Felda Palong 9 kini boleh di capai atau dilihat dari seluruh dunia.
Justeru itu Pak Lurah mengajak Belia-Belia dan Seluruh Warga Felda menggunakan laman Blog ini bagi memberi pandangan serta idea bagi menangani tanggapan negatif masyarakat luar bandar terhadap Felda. Bahawasanya masyarakat Felda tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dan kemajuan dunia ICT.

Dengan kewujudan laman blog ini, semoga segala pandangan atau masalah serta teguran dapat disalurkan melalui laman blog ini.

Salam Pak Lurah buat semua, dan Terima Kasih.

YB Dato' Hj Lilah melancarkan laman Blog Pak Lurah Felda Palong 9



ANTARA PROGRAM PENGISIAN SEPANJANG MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN PENYAMPAIAN HADIAH KECERIAAN KAMPUNG FELDA PALONG 9 2009


Kumpulan Marhaban Nur Hidayah Felda Palong 9

Belia dan Beliawanis bersama Mambang DIGI



Ahli Silat Seni Gayong Malaysia Felda Palong 9


GAMBAR SEPANJANG PERSIAPAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN PENYAMPAIAN HADIAH KECERIAAN KAMPUNG FELDA PALONG 9 2009


Tuan Salih Muhidin, Pengurus Felda Palong 9,
turut serta menjayakan program ini.

Warga Palong 9 sedang merebus daging untuk dijadikan
Juadah Sambutan Hari Raya Felda Palong 9.

En. Hamdan kita bersama En. Din bertugas memarut
kelapa.

Pak Itam dan Pak Rasyid turut sama-sama
bergotong-royong.

Belia dan Beliawanis turut memainkan peranan
dalam program ini.

GPW turut bekerja keras menyediakan lemang untuk majlis ini.


Warga RELA yang menjaga ketenteraman dan keselamatan.


Terima Kasih Buat Semua Petugas-Petugas Warga Palong 9,10,11 & 18 dan tidak lupa warga kerja DIGI telah yang Menjayakan Majlis Ini.


Akhir kata, Pantun Pak Lurah:


Maafkan saya si ikan duri,
Kerana tertimpa sebatang titi,
Takkan ku sanggup mencari ganti,
Kerana Mambang digi dah berkenan di hati.



Rabu, 14 Oktober 2009

SEKITAR MESYUARAT AGUNG UMNO 2009

SALAM BUAT SEMUA.......

Bermula 13hb dan berakhir 16 Okt 2009 ...
Sebagai ahli UMNO perhimpunan agung adalah saat yang ditunggu tunggu untuk menentukan hala tuju perjuangan seterusnya , sama ada UMNO masih menjadi sebuah parti pilihan orang orang melayu atau sebaliknya... Bermacam macam tanggapan di lemparkan terutama orang orang yang tidak mahu UMNO terus gagah dan berpengaruh,tapi bagi pandangan pak lurah dan orang orang yang waras tiada parti lain yang hebat selain parti UMNO dulu kini dan selamanya.... Setelah mendengar ucapan dasar persiden ada setengahnya menitiskan air mata termasuk lah pak lurah dulu di dewan yang mulia ini pernah pak lurah menitiskan air mata ketika TUN M mengumumkan peletakan jawatan dan mengatakan DAH LAMA DAH pak lurah merasakan pak lurah orang yang paling bertuah kerana apa?dulu pak lurah menitiskan air mata ketika itu UMNO gagah dan sekarang pak lurah menitiskan a
ir mata ketika UMNO sakit... apakah penyakit UMNO , setelah dibedah siasat UMNO sombong,UMNO lupa dan UMNO tidak mend
engar pekak... Benar kata kawan kawan pak lurah lazimnya seseorang itu hendak sangat menjadi ketua cawangan kerana dia melihat e
mpat lubang pertama dia melihat lubang lubang kenaikan pangkat dan lubang kerja projek tanah hutan pasir dan lain lain kedua lubang lubang gof ketiga lubang lubang sempit, ke empat,lubang kubur..... pak lurah ingin mengulas tentang sombong, kebanyakan pemimpin UMNO termasuklah menteri berlagak salam dengan rakyat hujung tangan saj
a dah......itu pulak tak nak lihat muka?kita yang
lawa, kedua lupa. kebanyakan masalah rakyat yang disalurkan melalui wakil rakyat tidak di ambil perhatian justeru itu rakyat mengambil pendekatan mengunakan saluran TV atau surat khabar, tetapi yang peliknya apabila keluar surat khabar dan TV pekara pekara yang di bangkit boleh di selesaikan.... kalau begitulah keadaannya tak payahlah lantik wakil rakyat atau menteri, kita lantiklah TV dan surat khabar sahaja jadi menteri , seterusnya tidak mendengar kata,kita lihat kebanyakan bukan tidak ditegur jadi pe
mimpin bukan susah yang penting masjid, kedua kenduri kendara yang ketiga kematian dan sedikit kebajikan yang di harap kan oleh rakyat .susah ke?pak lurah berharap apa yang di sampai oleh presiden UMNO dalam ucapan dasar dapat merubah haluan bahtera yang terpesong arahnya agar arah yang di garis rakyat di dahulukan peretasi di utamakan dapat dilaksana kan dengan jayanya. Amin........salam pak lurah,





Perbahasan dari perwakilan UMNO




Rakan-Rakan Pak Lurah




Pak Lurah Bersama Dato Shahir

MESYUARAT JKPP DAN JAMUAN HARI RAYA YBHG DATO' DZULKIFLI BIN WAHAB

SALAM BUAT SEMUA ...........



Pada 12/13 Okt 2009 dua majlis telah di adakan di ibu pejabat Felda kuala lumpur... pak lurah pun pergi seorang diri badan terasa penat dan letih terpaksa harungi kerana tugasan amanah menjadi seorang pemimpin , kebetulan pada hari itu mood tengah kurang baik beg yang mengandungi dokumen penting seperti buku cek dan lesen serta barang barang penting telah hilang... Pada petang itu juga ada perjumpaan khas dengan Timbalan pengurus besar operasi Tn HJ.Abidin Abd Rahman bagi membincangkan dasar Felda untuk dilaksanakan di peringkat rancangan pak lurah tak dapat sampai pada tarikh dan masa yang ditetapkan , mohon maaf banyak banyak..

Hari kedua mesyuarat JKPP yang pertama diadakan di bawah pentabiran pengarah besar Ybhg Dato'Dzulkifli Wahab banyak pekara pekara yang di bangkit termasuk lah soal keselamatan dalam masyarakat warga Felda yang merasa sudah tidak aman lagi justeru itu beliau merayu pemimpin pemimpin memberi sokongan yang tidak berbelah bagi dalam menangani gejala yang semangkin membimbangkan dan beliau seterusnya menyarankan agar semua kepimpinan warga Felda menyahut seruan PM yang mahu menjadikan FELDA gedung makanan negara ini perlu diambil serius......sebelah malamnya majlis jamuan hari raya yang dianjurkan oleh pengarah besar Ybhg Dato' Dzulkifli Wahab suasana sungguh meriah sekali ramai yang datang termasuk lah mantan pengarah pengarah Yang bersama menjamu selera bersama pak lurah Ybhg Dato Tarmizi bersama Datin Dr Asma seronok dapat berbual dengan mereka .jam 10 mlm pak lurah meninggal kan majlis pulang ke hotel..tidak sempat merayau lalu tidur.

Sekian saja untuk kali ini, Salam Pak Lurah

Ahad, 11 Oktober 2009

KEMBALI KAN SINAR DALAM UMNO.

SALAM KEMENANGAN BUAT PERDANA MENTERI,TIMBALAN PERDANA MENTERI,MENTERI BESAR N.SEMBILAN DAN SELURUH JENTERA PELIHAN RAYA DUN 31 BAGAN PINANG YANG BERTUNGKUS LUMUS DALAM PERJUANGAN MENGEMBALIKAN MARUAH BN DAN PENDUKUNGNYA IALAH UMNO DAN CALONNYA YANG DI GELAR YB TAN SRI MOHD ISA BIN HJ SAMAD .
SEMOGA KEMENANGAN INI DAPAT MENYUNTIK SEMANGAT CINTAKAN UMNO KASIHKAN UMNO DAN SAYANGKAN UMNO YANG TERUS MEMBARA DULU KINI DAN SELAMA NYA.....

SALAM PAK LURAH...

AKHIR NYA KITA MONANG BOSAR..YO JANG..


PILIHAN RAYA KECIL BAGAN PINANG SUDAH PUN BERAKHIR ....
Hujan, panas,lapar,dahaga,letih,ngantuk,penyokong dan pengundi lalui....
tiba masanya keputusan dinanti..
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA DUN 31 BAGAN PINANG CALON BN YB. TAN SRI MOHD ISA BIN SAMAD. DENGAN UNDI BERGAYA ....8013 DENGAN MAJORITI 5435 MANAKALA CALON PAS HANYA MEMPEROLEHI 2578.

Dengan keputusan ini pak lurah harap semua pihak hendaklah menerima dengan hati yang gembira dan menjadikan tauladan yang amat berguna..pak lurah awal-awal lagi sudah menjangka bahawa pembangkang tidak kuat di negeri sembilan cuma kita bercakaran sesama sendiri...untuk akan datang,barang siap yang ingin menjadi calon kenalah berguru kepada YB TAN SRI ISA ...Orangnya pendek,Akalnya panjang,Badannya kecil jiwanya besar,
Kata orang tua... tua-tua keladi semangkin tua semakin menjadi,
kesempatan ini juga pak lurah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ..kepada calon dan pengundi serta jentera pelihan raya..anda semua telah mengambalikan maruah Umno dan BN...percayalah, selagi kita bersatu sokongan bersepakat ahli ahli UMNO,
nescaya pembangkang tidak dapat menggugat kekuatan kita.......
HIDU UMNO 3X.... Salam Pak Lurah

Sabtu, 10 Oktober 2009

SEPANJANG BERKEMPIN DI BAGAN PINANG

SALAM BUAT SEMUA......

Sepanjang berkempen di Bagan Pinang Bermula pada 07 HB hingga 09 OKT 2009....
Bermula dari rumah pergi ke palong 8 menjemput sahabat karib iaitu EN Musa AJK Umno BHG jempol untuk sama pergi berkempen di Bagan Pinang setiba nya kami di sana kami melapor diri dengan mentandatangan buku pelawat, kami pun melihat keadan sekiling nampak nya bergitu aman ....

kami pun terus menalifon hanif selaku setiausha bagi menguruskan penginapan kami.. kami ke hotel untuk mandi manda setelah segar kami pun terus pergi ke bilik gerakan .menungu ketibaan YB Dato' Hj Lillah Bin Hj Yassin Ahli parlimen jempol dan membawa nya ketempat berkempen sesuana begitu tenang sekali cuma jalan raya kelihatan sesak di penuhi kereta yang keluar masuk dan pasar rongang yang tumbuh macam candawan

oleh pehak pembangkang..di sini pak lurah puji sambil menyelam sambil minum air kalah tak apa tapi masok....pencaramah pada malam itu semua hebat hebat belaka yang paling berasap Dato' Sahak dia tinju semacam pati pembangkang...jam 12 mlm pak lurah pun memb
awa Yb Dato Hj Lillah pulang bilik gerakan sembang sembang sekitika lalu pulang ke hotel lalu tidur....

jam 800 pagi pak lurah bersama teman teman pergi ke bilik gerakan melapur diri.minum pagi
dan baca surat kabar percuma .dalam itu sempat juga bertanya kan kabar kepada penduduk setempat rupa rupa nya ada jugak keturunan jawa dibagan pinang pak lurah masok lah daun dengan cerita mambang...rupa- rupanya ramai yang tak tahu tentang kisah silam ianya hilang setelah ejaan chinta di tukar dengan cinta...kita lupakan dulu tentang mambang .pak lurah terus menalifon ustaz Azman bin ithnin lalu beliau membawa pak lurah pergi melawat kawasan pengundi di sini beliau memberi tahu tentang kajian sikap pengundi di bagan pinang setelah selesai pak lurah di faham kan peratus yang menyokong BN amat mengalakan... lega... mendengar nya....pak lurah membawa mereka makan dan pulang ke hotel sambil menunggu ketibaan Yab Tan Sri Muhidin Yasin TPM sebelah malam secara kebetulan pak lurah ditemukan dengan Senator Dato Othman Bungsu maka berborak lah dan melihat susana cara pati PR berkempen .

Setelah penat berjalan kami pun singah di warung minum tongkat ali dan pekena sup panas kami terus betukar betukar pendapat seolah olah kami dah kenal dari kecil padahal kami baru kenal 2 jam saja....setelah kami selesai makan minum kami pun segera pulang ke bilik gerakan

Rupa rupa nya ada yang naik seh....juga dengan tingkah laku penyokong pembangkang puas TS Saidan Kasim memujuk ....pak lurah ingat lagi ketika pak lurah masih bujang ketika itu kita bergaduh bukan sesama kita tetapi dengan musuh kita yang berlaian agama....setelah semua nya tenang pak lurah pulang ke hotel lalu tidur....

800 pgi seperti biasa pak lurah melapur diri di bilik gerakan jam 930 pagi menerima arahan mewakili Yb Dato HJ Lillah Bin Hj Yassin Mesyuarat khas jentra pelihan raya nota pengerusi banyak menegur para jentera supaya tingkat kan lagi upaya satukan jentera bagi mengempur habis - habisan parti lawan kita bukan saja mahu menang bahkan kita mahu menang yang boleh di banga kan..... apabila pak lurah di suruh berucap pak lurah memberi tahu orang bagan pinang beruntung kerana mendapat calon orang tua kembali bujang dan pak lurah selitkan pantun semangat dan ramai lah yang bertepuk tangan seolah kita dah menang pada hari itu....

tepat jam 230 ptg pak lurah memangil mesyuarat khas jentera pilihan raya jempol dan memberi tahu tentang tindakan selanjut nya dan telah melantik EN mat ketua cawangan mahsan mengambil alih tugas seterus nya kerana pak lurah sudah mahu pulang .yang menarik nya terjumpa dengan calon bebas yang tak jadi calon dia sunguh baik hati belanja pak lurah minum ptg dan memberi tahu kepada pak lurah hasrat nya keluar pati dan memberi sokongan padu kepada TS.Isa , ini menunjukan satu pertanda baik buat parti BN..pak lurah bersama setiausha Zambri Siamon dan Asnan terus pergi ke sekolah di fahamkan TS MUHIDIN ada di situ langkah pun baik lalu Tuan HJ Salim pun membawa kami makan besar .sepanjang tinggal di PD pada malam itu pak lurah makan besar...pak lurah pun pulang ke hotel kemas kemas barang lalu meninggal PD tepat jam 1030 memandu seorang diri menuju ke palong dengan harapan BN akan menang dan kembali besinar ... kepada parti pembangkang banyak kemenangan mu dalam pilihan raya ke 12 bukan pakatan kamu baik tapi kerana BN lupa ..kerana BN lalai dan kerana BN sombong sekarang BN dah ingat ,sekarang BN dah sedar, dan sekarang BN dah senyum mesra ...RAKYAT DI DULU KAN PERTASI DI UTAMAKAN.ini lah kunci pembukaan kemenangan BN bagan pinang setakat ini dulu coretan sepanjang kempen bagan pinang SALAM PAK LURAH.........

Pak Lurah Bersama Barisan Kepimpinan Puteri UMNO



Bersam Tan Sri Isa Samad

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PALONG 18

BERTEMU LAGI BUAT SEMUA.....

Kali ini di majlis jamuan hari raya palong 18 tepat jam 800 mlm pak lurah bersama isteri sampai dan di sambut dengan penuh mesra sekali.. majlis di mulakan dengan bacaan doa dan ucapan ketua penduduk En Jumat antara lain beliau berharap agar wakil rakyat dan ahli parlimen dapat turun melihat kampung nya dan mengambil tahu masalah penduduk beliau kesal hingga kini hasrat penduduk untuk menubuh cawangan Umno tidak dilayan....dan merasa tepinggir sebagai contoh pada bulan ramadhan yang lepas masyarakat Felda 9 10 11 anak yatim ibu tunggal orang kurang upaya dan orang tua semuanya di ambil perhatian..sedangkan palong 18 mendengar dan melihat saja ...beliau berharap pak lurah tolong sampai kan hasrat nya demi kesejahteraan warga penduduk palong 18 akan datang ..

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pak lurah antara lain berterima kasih kerana sudi menjemput pak lurah dalam majlis yang penuh bermakna ini...pak lurah juga mengajak penduduk di kawasan ini jangan rendah diri dan kecil hati apa yang penting anda semuanya terus bangun ....membina jati diri melalui CHINTA KASIH SAYANG berkonsepkan MAMBANG.........
seperti mana kata pujangga tiga telungku sepenjerangan tiga tali seperlilitan..bukan saja kuat,bahkan mantop'...pak lurah juga respons apa juga yang di bangkit kan oleh penduduk dan akan segera menyampai kan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjut nya.
dan akhir nya pak lurah berpesan ingat lah pesan pak kei ojo kembar loro mati siji, makna nya orang alim mengingat kita jangan dua bersaudara mati satu,bergaduh kerana perempuan bergaduh kerana harta bergaduh kerana jawatan dan bergaduh kerana fahaman politik.
Akhirnya pak lurah mengucapkan terima kasih daun keladi ada majlis undang lagi salam pak lurah.....

SELAMAT MENGUNDI BUAT ANDA DAN NEGARA

SELAMAT BERTEMU KEMBALI BUAT SEMUA......



Dalam kesibukan jalan raya yang semangkin sesak di PD pada masa pembuangan undi hari ini pak lurah menasihat kan para pengunjung beri lanuan warga bagan piinang untuk menunai tangung jawab memilih calun yang boleh berbakti...untuk dirinya dan negara.
kepada penyokong pati yang bertanding bagilah semangat ...carilah meraka .kok kalau kalau dia pening ..dah banyak sangat dengar ceramah kalau perlu beri panadol..beri..lah.asal dia pergi menundi,....kepada calun yang bertanding sudah pastinya saat saatinilah yang medebar kan hati bawa bertenang..agar undi berpihak kepada anda..
Kalau ada pengundi yang belum tahu siapa yang perlu di pangkah pak lurah nak beri tahu tiada yang lain TS Mohd Isa lah orang ....nya ,SELAMAT MENGUNDI.buat anda dan negara.
Salam pak lurah ....

Selasa, 6 Oktober 2009

JAMUAN HARI RAYA

Pak Lurah Bersama dengan Pengurus Felda Palong9, 14,15 dan 16


Pada jam 12t/hari Pak Lurah bersama isteri yang tercinta pergi memenuhi jemputan hari raya anjuran JKKR Felda Palong 14,15,16.. Sampai sahaja di Balairaya Pak Lurah disambut dengan mesra oleh Pengurus, Ketua Kampung dan barisan kepimpinan Palong 14,15,16 serta tetamu yang hadir, turut sam Pengurus Felda Palong 9 iaitu Tuan Salih Bin Muhidin dan isteri. Pak lurah diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang.. Jam 1.30 petang Pak Lurah pun bergerak menuju ke Felda Jelai..


Pak Lurah Bersama Barisan Kepimpinan Felda Jelai


Jam 2.10 ptg Pak Lurah sampai disana dan di sambut dengan mesra oleh penduduk di sana dan menikmati juadah yang di sediakan.. Tahniah kepada barisan kepimpinan kerana berjaya menganjurkan majlis hari raya dan menyambungkan silaturrahim antara penduduk setempat.. Makanan nya sedap.. Insyallah Pak Lurah juga akan menganjurkan majlis yang sama pada 18hb ini. Sekian sahaja untuk kali ini.. Salam Pak Lurah

Isnin, 5 Oktober 2009

PEMBUNUHAN KEJAM..KEATAS PENGURUSI GPW

Gambar kenangan bersama Tan Sri Dr Yusof Nor

SALAM BUAT SEMUA :

Kali ini perjalanan pak lurah agak jauh ke Terengganu di rancangan Felda yang terpencil dan pendalaman ,Jam 1 tengah malam pak lurah bertolak dari rumah kediaman di Palong 9 menuju ke Felda Mengkawang Terengganu. Berhenti di Kuantan Pahang lebih kurang 1/2 jam minum tongkat ali panas dan sambung lagi perjalanan jam 830 pak lurah sampai di masjid tempat majlis sambutan hari raya Aidilfitri 2009 & Majlis Tahlil untuk Allahyarhamah Pn Asimah bte Abd Rahim

Turut hadir di majlis Pengerusi Felda Ybhg Tan Sri Dato'Dr.Mohd Yusof Bin Noor

Diiringi Pengarah Besar Felda Ybhg Dato Dzulkifli Abd Wahab.

Dan JKPP .GPW seluruh Malaysia Majlis sungguh meriah tapi sayu apabila mengenang kan
peristiwa yang menimpa Pn.Asimah yang di bunuh kejam . Menurut apa yang disampaikan oleh Tim pengurusi JKKR EN,Mamat @Zakaria bin Mat Ali, ketika kejadian warga Felda tersebut kebanyakan tidak ada di rancangan kerana pergi mengambil @menerima sumbangan wang raya dari pada kerajaan negeri sebanyak RM 300 .Kejadian yang berlaku antara jam 2 atau 3 ptg mungkin sudah dirancang telebih awal Mengenai kesan tikaman dan luka yang begitu banyak sehingga 34 luka mungkin mangsa melawan untuk mempertahan kan diri kerana pak lurah difahamkan Pn.Asimah ini orang nya memang mempunyai semangat yang tinggi sebab itu beliau dilantik jawatan ketua Umno cawangan di kalangan wanita pertama di Negeri Terengganu .
Kepada warga Felda sesunguhnya kehidupan mu sudah tidak aman lagi ........
Jadi..... sentiasa lah kita berjaga jaga kerana musuh sentiasa ada di sekeliling kita.

Selepas ucapan bacaan yasin dan tahlil ,sembahyang zohor berjemaah, jamuan makan dan sebelum pulang Pak Lurah pun singgah ke rumah mangsa. Disini Pak lurah ada beberapa keping gambar untuk di kongsi bersama.




Bersama Rakan - Rakan JKKP
Gambar bersama tiga anak keluarga mangsa
Rumah mangsa




Sabtu, 3 Oktober 2009

HARI PENAMAAN CALON BAGAN PINANG....

PENAMAAN CALON DI BAGAN PINANG KHABARNYA TIGA, KENYATAAN YA DUA.


Bermula langkah diiringi gendang.
Sorak nya kuat bunyinya hilang.
Ada yang di tumbuk ada yang di tendang,
Adakah fikiran semuanya dah hilang..

Bertemu lagi bersama pak lurah kali ini di hari penamaan calon bagan pinang.
Jam 615 pagi pak lurah bersama Jasni Anan menuju ke tempat penamaan calon dengan diiringi hujan sekejap renyai dan sekejap lebat .ramai berduyun duyun, penyokong kedua kedua pati yang bertanding untuk memberi sokongan ,pak lurah melihat dalam sepanjang berjalan menuju ke tempat penamaan calon penyokong komponen parti pembangkang masih lagi tidak mematuhi larangan memasang bahan-bahan kempen yang ditetapkan SPR kepada parti keadilan rakyat( PKR ) dan DAP dan parti-parti lain.yang tidak bertanding, Di harap SPR telus dalam menjalankan tugas, Biarlah cakap serupa bikin,kepada pemimpin pas beri peluang pehak polis menyaisat dulu .jangan lah lekas buat komen yang kena tumbuk @ di pukul Azeez .beri lah peluang Dato'Azeez mencari keadilan ,kepada pengundi bagan pinang pak lurah meharapkan berilah lah sokongan kepada calun pilihan rakyat iaitu Tan Sri Mohd Isa Samat.
Kepada jentera pati di bahu mu UMNO sandarkan harapan menuju kejayaan .

Laluan Sesak Menuju ke penamaan calon
Perjalanan terhalang di Batu 2, tidak di benarkan masuk

IRAMA DI SUSUN BERHATI - HATI
BEGITU INDAH TARIAN TRADISIONAL
BERSAMA LAH KITA SEHIDUP SEMATI
BERSAMA KERAJAAN BARISAN NASIONAL

GUNAKAN MASA BANYAK TERLUANG
UNTUK BERSAMA MENJAMU SELERA
MARILAH KITA TERUS BERJUANG
DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Salam Pak Lurah,dan jumpa lagi

Jumaat, 2 Oktober 2009

PERJALANAN HARIAN KU....DAN TUGAS KU,

PERJALANAN KU....

Tugas Pertama :- Mesyuarat Khas Majlis Jamuan Hari Raya

Bermula dari teratak pak lurah menuju ke serting disawari W.R.A menghadiri mesyuarat bagi membincang kan program sambutan hari raya dan meraikan bakal bakal haji yang telah di tetap kan pada 16 okt 2009 hari Jumaat. Bertempat di dewan Felda Wilayah RAja Alias


Aturcara majlis .

900 pagi : kesampaian tetamu jemputan .

930 pagi : bacaan doa.

:Ucapan Timbalan Pengerusi Gabungan

:Ucapan pengurus besar W.R.A

: penyampaian cendera hati kepada jemaah haji,serta cabutan pengunjung bertuah ...

:Kehadiran dijangka 2500 org .

:Menu istemewa disediakan ,pakaian kebangsaan dan kemas .

Tugas Kedua :- Mesyuarat Umno Taklimat Pilihan Raya


Selesai mesyuarat pak lurah terus pergi untuk menghadiri satu lagi mesyuarat Umno bhg Jempol kali ini bangunan Umno pusat khidmat parlimen bertujuan memberi penerangan tentang tugas membantu jentera pilihan raya Teluk Kemang dun Bagan Pinang, penerangan di sampaikan oleh En Mustafa Nagor Naib Ketua Umno Bhg Jempol Antara lain beliau mengingat kan ahli Umno khusnya dari bhg Jempol supaya menjaga nama baik dan mahu petugas petugas kerja kuat bagi memastikan calon BN menang . Pesan S/usaha kerja Umno bhg jaga kata kata mu ketika berkempen , dan jaga tingkah laku .. jangan cara kita membuat pengundi muak.
Di sini pak lurah pesan, kepada pengundi muda yang darah mu tengah panas supaya guna kan lah kepanasan darah mu untuk terus menyokong BN supaya BN terus gagah menjadi sebuah pati Kebangsaan Orang orang melayu dan kaum lain yang bersekutu dengannya
Setakat ini dulu langkah ku terhenti kita sambung esok salam pak lurah.....

Khamis, 1 Oktober 2009

PERJALANAN HARIAN KU.........

PERJALANAN HARIAN KU.....

BUAT RENONGAN RAKAN SEMUA.

Jam 800 pgi pak lurah meninggalkan rumah menuju kepejabat felda palong 9 berjumpa dengan pentabiran felda bagi mengatahui kalau ada berita yang pak lurah perlu tahu pertama pak lurah di maklum tentang program yang akan diadakan oleh wilayah raja alias jamuan hari raya & meraiekan bakal bakal haji yang dijadualkan pada 16 okt 2009 .
Pak lurah pun pamit , menyambung tugas terus menuju kesermban untuk memohon kebenar PKK untuk menaikan taraf daripada kelas .E. ke. D. bagi tujuan sebut harga kerja kerja menanam semula di felda palong 8 Ahlamdulillah kerja sama yang amat baik yang ditujukan oleh petugas petugas PKK kerjanya cepat siap.... pak lurah pun segera pulang ,
sampai dibahau terasa perut leper lalu singgah di resteron bunga raya makan Th bersama setolor lanang, setelah kenyang pak lurah pun menyambung semula perjalanan ke ladang gades
pak lurah singah dibalai polis kerana gadis yang dilaporkan hilang pada 25 hb okt 2009 telah dijumpai, sampai dibalai polis kelihatan ketua kg palong 14 dan 15 pak lurah di faham kan sudah satu minggu gadis ini bersembunyi di ladang getah palong 15, pak lurah mengucapkan taniah kepada pengurus Tn.syid Mohd Ridzuan dan pemimpin meayerikat kerana bersama menyelesai kemelut anak gadis dibawa lari, kepada ibu bapa pak lurah berpesan jagalah anak gadis kita baik baik .kerana pujangga telah mengatakan malu bertanya seset jalan tanyalah setiap perjalanan anak kita .awasilah gerak gerinya biar lah kita dikatakan ceriwet asalkan kita tidak menangis dalam penitian . BIAR....KAN, sudah menjadi tembuk,yang tinggi....marilah kita robohkan dengan TINDAKAN....agar anak gadis terpelihara,maruah nya dijaga ....... sekian dulu nukilan salam dari pak lurah