Isnin, 30 November 2009

UNDANGAN KE MESYUARAT JKKR WILAYAH RAJA ALIAS SATU.

BERTEMU BUAT SEMUA....
230 PTG pak lurah dijemput mehadiri satu mesyuarat bertempat di wilayah raja alias satu setiba nya pak lurah di pejabat pak lurah terus berjumpa tuan pengurus rancangan TUAN OTHram tanam semula berjalan dengan lancarMAN BIN PAIMON borak borak dan berkenalan tentang asal usul baru lah pergi ke balai raya mesyuarat jkkr kali 8 untuk raja alias satu tahun ini mesyarat di mulakan dengan bacaan doa oleh tuan imam deterus kan dengan uchapan alu aluan pengurusi jkkr antara nota khas nya mengingatkan peneroka wilayah raja alias dapat memberi kerja sama dalam mehadapi program tanam semula.
Uchapan di teruskan lagi dengan memberi laluan kepada Tim Pengurusi En hussin Bin Yakub.antara lain berharap agar semua penduduk tanah rancangan raja alias satu dapat menyokong progam tanam semula kalau boleh 100% mengikut felda memang lah arah felda tanam semula getah ke getah tapi kita boleh mohon dan pekara ini telah pun saya panjang kan melalui RGM saya harap tuan tuan besabar .
seterus nya pak lurah deberi peluang untuk menyampaikan uchapan anta lain pak lurah merakam ribuan terima kasih diatas undangan di kesempatan ini pak lurah menyeru warga felda supaya kembali bersatu terkala kita baru sampai di tanah rancangan walau kita belum mengenali antara satu sama lain kita saling bantu membanti kita seronok bertegur sapa dan begurau senda tapi kita lihat lah sama sama keadaan sekarang justeru iti

Ahad, 29 November 2009

2009 AKAN BERLALU 2010 MENANTI

BUAT RENUNGAN KELUARGA KU MASYARAKAT FELDA,

2009 tidak lama lagi akan meninggal kan kita semua dan 2010 akan menjelma,tidak lama lagi pastinya banyak kenangan yang manis mahupun yang pahit telah di alami oleh warga ku terutama masyarakat Felda,kenangan yang manis anak anak belajar dapat 5A Anak berjaya ke menara gading anak berjaya mendapat kerja yang amat baik dan lain lain lagi....bagi kenangan pahit anak telah diperkosa, anak ditangkap dalam penyalahan najis dadah, anak patah kaki dan tangan terjatuh dalam perlumbaan motor haram dan lain lain lagi musibah yang menimpa warga ku khusus di dalam masyarakat Felda.....sebagai pemimpin kerdil dalam Felda yang mana berada di tengah tengah kesibukan banyak yang ketinggalan daripada pencapaian justeru itu marilah kita menyusun semula langkah pemburuan kita supaya lebih kemas dan teratur supaya kesilapan 2009 tidak akan berulang,
UNTUK MELANGKAH 2OIO DENGAN LEBIH BERGAYA PAK LURAH MENGARIS KAN PERKARA PERKARA BERIKUT YANG HARUS DI IKUTI,

PERTAMA :- MESYUARAT BLOK hendaklah diadakan sekurang sekurang 5 kali setahun
KEDUA :- TAHLIL @ YASIN diblok blok hendak lah di ada mengikut giliran.
KETIGA :- MESYUARAT JKKR hendak lah dikemas mengikut kesuaian semasa badan badan yang ada di rancangan hendak lah di jemput sama seperti Imam nazir,rela, koperasi, badan khairat kematian belia/wanis... ini amat penting bagi mengerakkan badan beroperasi dalam memain kan peranan yang sama dalam pembangunan rancangan...,
KEMPAT :- TAKLIMAT @ ROKOL hendak diadakan sekurang kurang setahun 3kali majlis ini sesuai diadakan di dewan orang ramai... semua lapisan masyarakat dijemput hadir dalam program ini, dicadangkan memanggil jabatan jabatan yang sesuai seperti jabatan AGAMA, MKN, JABATAN BELIA DAN SUKAN, ANGKASA, JABATAN PERTANIAN, JABATAN HAIWAN dan lain lain jabatan yang difikirkan perlu...Generasi kedua dalam rancangan jangan sekali kali ditinggalkan, yang pandai belajar kita tatang, yang kurang pandai kita dokong, kita bawa bersama dalam pemburuan pencapaian masyarakat Felda maju 2014... Felda melangkah setapak demi setapak lagi 2010 bermulalah GMN sudah tentu peluang terbentang luas kepada rancangan yang akan tanam semula... Generasi kedua jangan lah asyik jadi penonton dah tiba masanya kita kali ini jadi perlaku yang akan mengambil tugas mat bangla, mat jebeng dan lain lain mat.... pak lurah mahu YOB, MAT,JANG tunjuk kan kehebatan seperti mana yang telah di tunjukan oleh orang orang dahulu... pak lurah percaya anak Felda boleh....... cukup dulu buat kali ini salam buat semua dari pak lurah jumpa lagi bye........

KORBAN KORBAN KORBAN... KORBAN PERDANA DAERAH JEMPOL

Bertemu kembali di ruangan maya ini... Hari ini korban perdana di daerah Jempol bertempat di Felda Raja Alias 2, sebanyak 68 ekor lembu di korban kan melibatkan seluruh penduduk di daerah Jempol yang di anjurkan oleh UMNO Bahagian.. Tetamu kehormat pada majlis itu ialah Dato Noh Omar Menteri Pertanian Malaysia , Felda Palong 9 mendapat 1 ekor lembu Korban.. Besar2 juga lembu kali ini.. penyertaan yang ramai dan mendapat sambutan... Bagi Pak Lurah sambutan seperti ini perlu dibuat secara tahunan supaya ia menjadi acara yang boleh mendekatkan pemimpin bersama rakyat ini amat bagus.... Sebenarnya pendapat Pak Lurah kita kena menghayati erti KORBAN itu sendiri bukan sekadar mengorbankan lembu dan kambing tapi jiwa kita sendiri... Begitu juga UMNO kita sebagai Pemimpin haruslah berjuang bagi memastikan UMNO terus subur bukan hanya di kalangan pemimpin tetapi ahlinya seperti kata pepatah kalau ingin buah yang baik kita hendaklah menjaga akarnya supaya pokok hidup subur... Hentikan pecah belah di kalangan pemimpin marilah kita bersatu supaya rakyat juga bersatu...Bekorban demi UMNO kita tak kan rugi malah kita juga menyelamatkan Bangsa kita Melayu.... Bekorban supaya kita berjaya....



PESERTA DARI FELDA PALONG 9



LEMBU YANG TELAH DI SEMBELIH

Khamis, 26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AINDILADHA 2009

BERTEMU BUAT SEMUA....

PAK LURAH MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA TAHUN 2009 KEPADA MUSLIMIN MUSLIMAH TAK KIRA DIMANA KELIAN BERADA.PASTINYA TAHUN INI HARI RAYA DI SAMBUT DENGAN MERIAH.BAGI RAKAN RAKAN KITA YANG TENGAH DI UJI OLEH ALLAH SAKIT.BANJIR.DAN LAIN LAIN.SABAR LAH KERANA SABAR ITU SUBUR....

Pada tahun ini pak lurah tidak pulang ke kampung murni jaya layang layang Johor kerana kedua mertua dan ibu kandung pak lurah berada di sini Jam 800 pagi pak lurah pergi ke masjid Felda palong 9 untuk menunai kan sembahyang sunat aidiladha bersama anak bongsu Nur Amirul Azizi. tiap tiap hari raya haji ramai jemaah hingga melimpah sampai diluar ruang legar beranda masjid di anggarkan 2500 orang. tiga atau empat tahun akan datang lagi ramai kerana ramai dah punyai menantu...


selepas sembahyang upacara korban di jalan di masjid yang sama. sebelah petang pak lurah tidak pergi kemana mana duduk di rumah menerima tetamu
sebelah malam nya pak lurah pergi ke raja alias untuk mendengar tokok agama membacarakan isu dalam forum perdana datang lah beramai ramai kita boleh bertemu sendiri kita boleh mendengar sendiri penceramah kesayangan kita yang terdiri Ybhg Dato'NOH GADUT Ybhg REDUAN TEE




Sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya




En Saleh Bin Muhidin Pengurus Palong 09



Lembu yang akan di korbankan

Rabu, 25 November 2009

MAJLIS PENERANGAN TANAM SEMULA

BERTEMU BUAT SEMUA...

Kali ini kita bercerita tentang majlis penerangan tanam semula di Felda Palong 9 yang di anjurkan oleh FELDA, RISDA dan LGM...Objektif majlis ini adalah untuk memberi maklumat awal kepada peneroka tentang perlaksanaan tanam semmula di Felda Palong 9 pada tahun 2010.selain itu juga peneroka boleh memahami tentang persediaan awal yang diperlukan sebelum perlaksanaan tanam semula dan mendapat pengetahuan dengan jelas tatacara dan proses permohonan bantuan tanam semula oleh Risda dan mendapat khidmat nasihat daripada pihak penyelidikan getah (LGM) tentang klon-klon yang baik untuk Felda Palng 9.

Kita akan menganjurkan program ini dari semasa ke semasa sehingga kata sepakat telah dibuat supaya perlaksanaan tanam berjalan dengan lancar....





PAK LURAH BERSAMA TETAMU VIP HADIR

TAMAT LATIHAN DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH TALI PINGGANG

BERTEMU BUAT SEMUA....

KALI INI PAK LURAH TELAH DI JEMPUT UNTUK MERASMIKAN MAJLIS TAMAT LATIHAN SENI SILAT LINCAH DAN PENYAMPAIAN ANURGRAH TALI PINGGANG KEPADA MURID MURID SEMPENA TAMAT LATIHAN SIRI SATU.
MAJLIS DI MULAKAN DENGAN BACAAN DOA OLEH IMAM BLOK EN SALAM BIN YUSOF
Dan disuli uchapan ketua pemuda UMNO CHGU FAIZAL BIN RAMLAN seterus nya uchapan persmian oleh ketua kampung pak lurah.En Othman Bin Parman.
Paklurah mengucap terima kasih di atas jemputan ini dan sekalung taniah kerana berjaya mengadakan majlis yang bergitu meriah sekali pada malam ini yang saya angarkan 250 orang taniah kepada pak alang dan kalid serta juak juak kerana dapat mendidik pelajar pelajar untuk mempelajari ilmu yang menjadi warisan dan keturunan orang orang melayu.seperti kata laksmana hang tuah tak kan hilang melayu di dunia...
Di gelangang ini kalau suadara ingat 15 tahun lalu kita adakan majlis yang sama yang di hadiri oleh Tim Menteri Tanah Dan Pembangunan Kop Yb Dato'Hj kalid Yunus
Pak lurah mengingat kan para pelajar supaya sentasa menjaga maruah dan harga diri felda palong sudah terkenal dan warga felda sudah berkerja kuat untuk meharum kan nama baik dan hampir sampai kepuncak jaya seharusnya kita jangan siasiakan harapan kita untuk menjadikan felda palong 9 menjadi warga cuntoh mesyerikat luar bandar yang di segani akan datang...pak lurah selaku AJK biro kesenian UMNO BHG jempol akan memainkan peranan agar warisan yang ada kita terus sama sama kita subur kan..dan akan mengatur progran program pertandingan seni silat persembahan tarian kebudayaan dan kompang ia nya akan diadakan awal tahun depan..harapan pak lurah supaya terus kan latihan latihan supaya felda palong 9 muncul johan pak lurah akhiri dengan seruan keramar GEMPUR...WIRA GEMPUR...WIRA GEMPUR...WIRA salam hormat jumpa lagi pak lurah



PENYERAHAN TALI PINGGANG KEPADA PESERTA SILAT




PERSEMBAHAN DARI PESERTA SILAT

Jumaat, 20 November 2009

PERNIKAHAN ANAK LELAKI SULUNG PAK LURAH



BERTEMU BUAT SEMUA...

Bertemu di hari peningkahan anak sulung pak lurah Nur Muhamad dengan pasangan nya Anirah bti Aris Raja Alias 4
Majlis di jadual kan pada hari jumaat jam 10 pagi bertempat di masjid raja alias dua jam 930 pagi pak lurah bersama rombungan sebelah lelaki sudah pun tiba di masjid ingat pak lurah kita dulu tiba rupa rupanya tuan imam sudah lebih awal telah menunggu bagus tuan imam @ juru nikah raja alis dua pak lurah tabik......
Tepat jam 10 pagi rombungan pengantin pihak perempuan pun tiba. lalu upacara angkat nikah bermula dengan bacaan doa taklimat ringkas prnyerahan bapa mewakilkan imam untuk menikahkan anak permpuanya... lalu imam pun menikahkan pengantin lelaki menjawab dengan sekali lafas dan sah...... pak lurah dan kelurga bersyukur kehadrat ilahi kerana telah menyatukan dua insan yang bercinta...semoga perkahwinan ini akan membawa kebahgian sampai keanak cucu... pak lurah bercadang akan membuat kenduri tahun hadapan belum dapat ilham tarikh nya lagi nantilah kalau dah ada ilham pak lurah akan beritahu rakan dan sahabat handai sanak saudara jauh dan dekat pasti sampai....ia..engak,?semoga ketemu lagi salam pak lurah.....

Selasa, 10 November 2009

BOLA...OH...BOLA PELAWAN AKHIR PAIALA MALAYSIA 2009

BERTEMU BUAT SEMUA ...

Dalam pelawanan akhir bola sepak paiala malaysia antara NS KELANTAN.
yang mana kita semua tahu bahawa keputusan yang cukup brmakna buat rakyat NS apa pun yang pak lurah ingin bicarakan tentang semangat yang telah ditunjukan oleh para pemain yang begitu baik sekali walau pun permain yang ditengelami oleh para penyokong fanatik negeri kelantan yang pada pandangan pak lurah bukan mudah untuk para permain menyesuaikan diri dalam situasi sedemikian.tapi.....wira wira kita berjaya menunduk pasukan lawan dengan kemenangan bergaya..... besejarah...... dan bermaruah.........
itu sebab pak lurah bersetuju teramat sangat cadangan YAB Dato'Sri muhamad Hassan
untuk membawa piala malaysia dan wira wira kita menjelajah dearah daerah untuk mengambalikan semangat belia pelajar cintakan sukan terutama bola sepak...pak lurah kalau diminta untuk menjadi tuan rumah sedia menjunjung perintah suntikan ajaib bukan datang selalu ianya datang setelah mehilang selama 61 tahun kini dia dah datang.sambut lah semai lah....manafaatkan lah dan seharusnya para pemimpin dearah lantas memberi respon apa yang disaran kan oleh MBNS kerana nasi yang sedang panas memang tengah sodap? jangan tunggu.... sesudah basi,yao.baru nak buat.

KEPADA MB KELANTAN
Jadikan ini satu penngajaran yang cukup bermakna buat diri mu dan anak buah mu kerana pujaganga berkata busuk ikan bermula dari kepala nya lihat lah mata nya dan ingsang nya nanti baru cerita.anak buah pak lurah di simbah air kencing lihat lah kotor nya, angkara gara gara siapa ini, sudah tentunuya gara gara orang yang tiada termadun pak lurah percaya tidak ramai yang berbuat sedemikian tapi ia mencacatkan gelaran yang di beri SERAMBI MEKAH,dan CIK SITI WAN KEMBANG.kedua dua nama itu seharua nya di jaga dengan baik supaya ianya mencermenkan kedamaian dan keselesaan keayuan kesopanan dan keharuman itulah yang sepatut di pertahankan selepas ini betulkanlah.mana yang cacat tambahkanlah mana yang kurang agar sukan tanah air kita terus menempa kejayan.... kita sebenar nya sudah lama keausan kejayan,dalam pertandingan nasional kalau sikap penyokong masih tidak berubah pasti nya suatuhari nanti permain tiada penyokong.....cukup dulu buat semua salam pak lurah.....

Isnin, 9 November 2009

TUGAS HARIAN KU..

BERTEMU BUAT SEMUA....
Dalam tugas harian ku.... pagi suasana mendung menyelubungi matahari yang tidak kelihatan dan badan terasa seram sejuk macam nak? domam ajo...mak lum lah penat belum hilang lagi ngantuk belum dibayar lagi tapi kemenangan yang cukup mehiburkan hati maka pak lurah terus pergi menjalan kan tugas yang sedia menanti. pertama menjemput pekerja indon lalu membawa ke FELDA WRA bagi tujuan membersehkan satu bilik bangunan untuk di jadikan pejabat JKKR GABUNGAN WRA pak lurah menyuruh pekerja mengangkat barang barang untuk dipindah kan di setor simpanan dan mencuci lantai mengemas wayar dan mengecat dinding kerja kerja tersebut tak dapat disiapkan dinihari esok sambung lagi.
Pak lurah meharap wujud nya pejabat ini nanti ianya dapat di menafaatkan oleh semua warga Felda tak kira yang tua dan muda berurusan disini. di pejabat ini akan dilengkapi dengan kemudahan tel dan petugas(kerani )dan ianya akan bertugas sama dengan petugas pejabat.dan untuk maluman warga felda pejabat JKKR GABUNGAN WRA akan dibuka operasinya serbarapa cepat yang mungkin.....
tunggu dulu dan sabar dulu jumpa lagi salam pak lurah ..

Sabtu, 7 November 2009

PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK PAIALA MALAYSIA 2009

BERTEMU BUAT SEMUA..
DALAM PERTEMUAN AKHIR BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA ANTARA KELANTAN DAN NEGERI SEMBILAN
JAM 200 ptg pak lurah telah mengatur kan penyokong penyokong untuk pergi ke Bukit Jalil KL tapi hanya separuh sahaja yang ada tiket yang lebih tak dapat tiket. walau bagaimana pun pak lurah tetap mengarah penyokong penyokong terus pergi bagi memberi sokongan pasukan NS agar muncul sebagai juara piala Malaysia tahun ini para penyokong begitu gembira sekali tepancar di wajah ceria masing masing kerana dapat melihat pasukan kesayanganya beraksi di padang sebelum berangkat pak lurah memberi taklimat supaya penyokong menjaga desplin serta tingkah laku yang baik jaga nama baik kampung dan jaga nama baik negeri. kamu pergi menteri besar kamu yang sponser jangan buat perangai yang bukan bukan nanti lain kali kamu tak merasa dan kalau pulang pastikan rakan semua dah cukup barulah kamu bergerak pulang pak lurah doa kan kamu selamat pergi dan selamat kembali. turut hadir semasa bertolak wartawan sinar Nor hidayah dan suami nya pak lurah mengangkat tangan dengan slogan N9 boleh N9 boleh N9 boleh cukup hanya di di sini dulu buat kali ini SALAM PAK LURAH......

Rabu, 4 November 2009

BADAN KHAIRAT KEMATIAN FELDA PALONG 9

BERTEMU BUAT SEMUA....
PADA HARI INI 04 NOV 2009.
Pak lurah tidak dapat pergi outstation kerana ada mesyuarat badan khairat kematian jam 300 ptg di balai raya macam biasa dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan Pengerusi pak lurah diminta memberi sedikit ucapan antara lain pak lurah menyeru bkkp9 menumpukan kebajikan kepada ahli ahlinya dan mengatur program program seperti sembahyang jenazah dan memandikan jenazah supaya jenarasi muda tidak ketinggalan dalam mennyempurnakan tugas tugas fardu kifayah masalah belanja program jangan lah di risaukan nanti pak lurah cari yang penting mesti diatur program .
tentang isu tanam semula pak lurah telah pun sampai kan hasrat warga Felda palong 9 dalam mesyuarat jkpp kali pertama dan telah dijawab oleh pengarah pertanian dan perladangan Tuan Md Nor kailany palong 9 telah pun di masukkan dalam progres tanam semula. cuma cadangan di pihak pentadbiran supaya palong 9 ditanam pokok getah.
berkenaan dengan tanam semula pak lurah akan menubuh kan AJK tanam semula bagi tujuan memberi penerangan dan penyatuan agar pelaksanaan teratur mengikut jadual seperti mana yang dirancang.berkenaan suara suara yang inginkan tanaman kelapa sawit pak lurah tidak dapat menjawab samada boleh atau tidak nanti lah kita bawa berbincang dalam pertemuan tanam semula bersama pihak pentadbiran Felda.
Mesyuarat diterus kan lagi dengan ucapan pengurus Tuan Salleh Bin Muhidin
memaklum kan seminar yang beliau hadiri selama dua hari di ibu pejabat kl pertama gedung makanan negara bukan sekadar omong omong kosong Felda serius untuk melasanakan meharap sokongan dari Pihak peneroka, kedua jenarasi kedua yang banyak di beri peruntukan bagi tujuan merpekasakan belia Felda sebanyak RM 50juta di peruntukan bagi tujuan tersebut yang penting gulungan belia menerima dan sedia merebut peluang peluang yang di sediakan oleh pentadbiran Felda,
Ketiga PM telah mengumum bonus Insentif produktiviti sebanyak minimum RM 400 maksimum 1200.Keempat FELDA akan membina rumah jenarasi kedua yang di jadual kan pada tahun hadapan rumah kos rendah 450 unit.

Sekian sahaja yang dapat pak lurah tulis kan dan paparkan untuk hari ini salam pak lurah.......

Selasa, 3 November 2009

MALAM SEMAI BAKTI 2009 FELDA.

BERTEMU BUAT SEMUA.....

PADA : 2 NOVEMBER 2009

TEMPAT :DEWAN PERDANA FELDA.

Dalam satu majlis Malam semai bakti yang di rasmikan oleh .
YAB DATO SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK perdana menteri malaysia

BAKTI DISEMAI BUKTI DITUAI.

Ilham mencipta moto dan logo "Bakti Disemai, Bukti Dituai" lahir pada tahun 1956 dari seorang peneroka, En Hamid Bin Tahir. Beliau adalah peneroka Felda Guar Napai, Wilayah Alor Setar. Bapa dan adik beradiknya adalah juga peneroka rancangan yang sama. Mengikut En Hamid ilham mencipta moto ini timbul dari mengingati kata orang tua-tua bahawa jika kita berbakti kepada tanah, kita akan mendapat hasilnya. Kebenaran kata - kata ini terbukti apabila beliau melihat usaha FELDA dan peneroka yang pada masa itu bertungkus lumus mengerjakan tanah rancangan, akhirnya mendapat hasil. Ilham mencipta logo pula timbul apabila beliau melihat peneroka ssetelah mencapai hasil getah, mereka berkumpul untuk menyimpan duit. Ini adalah hasil kempen menabung oleh pengurus rancangan pada masa itu iaitu Tuan hJ iSMAIL MAIDIN. Maka tercetusnya ilham En Hamid Bin tahir melukis gambar peneroka menyimpan duit di Pejabat Pos bergerak yang datang ke rancangan setiap dua minggu sekali kerana pada masa itu tidak ada bank.

PINGAT SEMAI BAKTI
Pingat semai bakti dianugerahkan kepada pegawai-pegawai Kumpulan Felda sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat dengan cemerlang. Anugerah ini diadakan setiap tahun sejak 1974. Pegawai yang layak di calonkan untuk menerima anugerah ini ialah pegawai yang twlah berkhidmat dengan kumpulan FELDA bagi tempoh sekurang-kurangnya lima belas tahun dan mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang dalam tempoh lima tahu yang terakhir secara berterusan. Pingat semai terbahagi kepada tiga kategori iaitu; Pingat Darjah Utama , Pingat Darjah Kedua dan Pingat Darjah Ketiga. Pingat Darjah Utama diperuntukan kepada pegawai kumpulan Pengurusan Tertinggi. Pingat Darjah Kedua kepada pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional atau yang setaraf dengannya, manakala Pingat Darjah Ketiga adalah untuk pegawai Kumpulan Sokongan.

ANUGERAH PENGURUS TERBAIK
Anugerah Pengurus Terbaik merupakan satu penghargaan kepada Pengurus yang membawa pembaharuan dan inovasi dan yang telah menunjukan komitmen tinggi untuk menjadikan rancangan atau projek yang ditugaskan kepadanya ke tahap cemerlang. Anugerah ini diperuntukkan kepada pengurus rancangan, pengurus ladang, pengurus kilang, dan timbalan pengerusi gabungan JKKR Wilayah. Anugerah pengurus terbaik diperkenalkan pada 1995 dan penerima anugerah menerima hadiah dalam bentuk saham Koperasi Permodalan Felda ( KPF ) bernilai RM5,000.00

pak lurah menyokong penganjuran malam semai bakti felda dengan cara ini sahaja dapat pehak pentabiran felda dan pemimpin dapat dinilai jasa baktinya dalam memajukan kelurga felda dan mencadang kan agar malam semai bakti tahun hadapan lebih meriah lagi.TANIAH...... jumpa lagi ... salam pak lurah

Ahad, 1 November 2009

PROGRAM JELAJAH IKON SERANTA (FELDA) JABATAN PERDANA MENTERI..

BERTEMU BUAT SEMUA...

SERANTA (FELDA ) JABATAN PERDANA MENTERI DENGAN KERJA SAMA FELDA WILAYAH RAJA ALIAS TELAH MENENJURKAN PROGRAM JELAJAH IKON YBHG DATIN PADUKA HJH SHRIFAH BTE SYED ABDUL KADIR...
Siri Jelajah IKON merupakan pendekatan Seranta untuk membawa IKON Belia Felda ke
Rancangan selepas pengiktirafan yang telah diberi kepada mereka dalam Anugerah Belia Felda
Malaysia (ABFM) Edisi 3 pada tahun 2008, program ini juga berkonsep kan mesra warga Felda di mana IKON di bawa dalam satu majlis untuk memberikan motivasi dan beramah mesra dengan masyarakat Felda. Tokoh IKON ini juga diharap dapat memberikan inspirasi kepada masyarakat Felda terutamanya belia supaya dapat bersama merasa dan berkongsi keagungan pencapaian.IKON tersebut adalah Datin Paduka Hjh. Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir .
Mendekatkan pemimpin serta pihak pengurusan FELDA dengan masyarakat FELDA. sebagai wadah menyatu padu dan memperkukuh muhibah antara generasi baru FELDA (di rancangan dan luar rancangan) dengan memupuk perpaduan melalui aktiviti - aktiviti belia terutamanya melalui sukan dan pertandingan. Pada pendapat Pak Lurah majlis ini baik kerana kita dapat berkongsi ilmu ,maklumat dan pengalaman sesama IKON, Belia Felda dan masyarakat setempat... Sekian Sahaja untuk kali ini, Salam Pak Lurah

MESYUARAT KHAS KORBAN PERDANA UMNO BHG JEMPOL

BERTENU BUAT SEMUA ....

Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan program korban perdana anjoran biro ekonami umno bahgian jempol yang di pengurusi kan oleh Tuan Hj Salim Bin Sarif di kediaman nya pada 30 okt 2009 jam 800 malam ramai dikalangan ketua dan wakil cawangan yang hadir bagi mendengar sendiri talimat yang disampai oleh pengurusi ekonami Tuan Hj Salim Bin Sarif, program korban perdana umno bahgian kali ini dijangka menyembelih 60 ekor lembu,

SEBAGAIMANA DALAM FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL KAUTHAR AYAT 2,
Hendaklah kamu menunaikan solat untuk menyembah tuhanmu dan laksanakan korban,
Menyahut seruan allah dalam ayat di atas, maka UMNO bahgian jempol akan melasanakan ibadah korban perdana,
Ianya dilasanakan semata mata untuk meninggikan syiar islam melalui ibadah korban serta mendekatkan UMNO bahgian jempol dengan masyarakat setempat melalui sumbangan dan pengagehaan daging daging korban kepada pakir miskin disekitar daerah jempol,
Selain dari itu kita dapat mengambar kembali satu perstiwa pengorbanan agung yang telah Dilakukan oleh Nabi Ismail a.s.Demi ketaatan melasanakan perintah allah kedua keduanya sangup mengorbankan kepentingan diri sendiri. semangatini haruslah menjadi contoh bagi semua golongan masyarakat. menyedari betapa besarnya hikmah ibadah ini.Umno Bahagian Jempol pada tahun 2009 mengorak langkah meganjurkan Program Korban Perdana ini berokjektifkan mengajak Umno Bahagian Jempol mendekatkan diri kepada Allah melalui pelaksanaan ibadah korban sempena hari aidiladha. mendidik umat islam semangat berkorban dalam kehidupan bermasyarakat sesuai dengan contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. menyemaikan semangat persaudaraan, tolong menolong, bergotong royong dalam suasana beribadah kepada Allah. Mendekatkan para pemimpin parti dengan ahli ahli di peringkat akar umbi dan juga dengan rakyat keseluruhan. Membantu golangan berpendapatan rendah di luar bandar dengan sumbangan daging korban agar mereka dapat sama sama bergembira di hari Raya yang mulia....

PRORGRAM KORBAN PERDANA AKAN DIADAKAN SERPERTI BERIKUT...

TARKH: 28 N0VEMBER 2009.(RABU).
MASA: 800 PAGI HINGGA 12 TENGAHARI
TEMPAT: PADANG AWAM RAJA ALIAS DUA
kepada warga umno datang lah beramai ramai bagi menjayakan program ini kata puganga berat sama di pikul ringan sama di jinjing... sekian salam pak lurah....


TEMPAT: PADANG RAJA ALIAS DUA

GEDUNG MAKANAN NEGAEA FELDA OLEH YBHG DATO' AHMAD TARMIZI BIN ALIAS

BERTEMU BUAT SEMUA......

KALI INI DALAM MEMBICARA KAN TENTANG GEDUNG MAKANAN NEGARA YANG TELAH DI UMUMKAN PM YAB DATO'MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK DALAM PELANCARAN DI FELDA MAOKIL SEGAMAT JOHOR PADA SAMBUTAN HARI PENOREKA TAHUN 2009 YANG LALU.

FELDA telah mengenal pasti beberapa rancangan yang berpotensi untuk dimajukan bagi tujuan tersebut antaranya di negeri sembilan iaitu Felda Titi selaku Tim Pengerusi Gabungan WRA pak lurah menyokong penuh usaha untuk menjadikan Felda GMN dengan wujud nya program ini kita dapat menyemai dan mendidik generasi kedua dalam rancangan tentang selok belok kaedah bercucuk tanam. Anak warga FELDA ramai yang telah berjaya dalam pelajaran dan kerjaya tapi tidak di nafikan ada juga yang terabai dan tertinggal yang tertinggal inilah perlukan pembelaan dan bimbingan...pak lurah melihat genarasi kedua yang tidak berjaya dalam pembelajaran perlu diasuh dan diajar mengambil alih tugas tugas yang dilakukan oleh bapanya yang sudah mula di mamah usia...pak lurah memandang serius pekara ini.dan mengharap genarasi kedua dalam Felda bangkit bangun menoleh ke kiri ladang ladang getah telah dikuasai oleh orang lain. menolehlah ke kanan ladang ladang kelapa sawit telah dikuasai oleh orang orang asing dan menoleh lah ke hadapan GMN yang baru dilancar pun kita masih ingin menjadi penuntun? pak lurah berharap kan kepada Ybhg Dato Ahmad Tarmazi Alias selaku orang yang di beri amanah fikir lah yang baik demi warga Felda dan kemakmuranya,dan
Kami akan sentasa menyokong apa jua saranan dan arahan demi untuk memajukan warga felda Am nya...... salam pak lurah .