Jumaat, 29 Januari 2010

PERJALANAN DAN TUGAS HARIAN KU

BERTEMU BUAT SEMUA


KALI INI BERSAMA PAK LURAH  DALAM PERJALANAN DAN TUGAS HARI KU

Seawal jam 830 pagi   25 Jan 2010 pak lurah telah meninggalkan palong 9 menuju KL untuk menghadiri mesyuarat ALP yang pertama dalam tahun 2010 walaupun mesyuarat pada 26 jan 2010 pak lurah pergi lebih awal kerana banyak tugas yang hendak di selesaikan di KL yang perlu di ambil perhatian segera.....
Pada pagi 26hb pak lurah menerima panggilan  daripada kamisan yusuf yang melaporkan bahawa anak buah saya yang bernama awang telah kehilangan anak yang terlibat dalam kemalangan jatuh dalam sungai palong 5  pak lurah hanya mampu sedekahkan Al Fatiha semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah semoga di tempatkan bersama-sama orang yang soleh,

Jam 300 ptg mesyuarat ALP di mulakan yang dipengurusikan  oleh Ybhg Tan Seri Dr Yusuf Nor  dan Dato' serta datin.... setelah selesai mesyuarat pak lurah minum petang dan pulang ke hotel  untuk berehat sebentar lalu pulang ke palong 9,

Pada 27hb seawal  jam 7 pagi pergi ke seremban untuk menghadiri satu lagi mesyuarat PDK NS di WISMA NEGERI semua pengerusi pengerusi NS di jemput hadir...  pak lurah baru pertama kali hadir dalam mesyuarat tersebut rupa rupanya tiap tiap pengurusi kena bentang kan kertas kerja program dan penyata kewangan....  seronok jugak pengalaman baru mesyuarat hingga jam 130 th,

Pak lurah meneruskan perjalanan lagi kali ini langkah agak panjang menuju ke KL bagi menghadiri mesyuarat agong belia MBF jam 5 ptg pak lurah pun sampai di hotel  merehatkan badan maklum lah bawa kereta seorang diri agak penat sebelah malamnya pak lurah bersama rakan JKPP makan malam kerana hotel tidak menyediakan makan setelah kenyang pak lurah pulang ke hotel lalu tidur,

Jam 800 pagi pak lurah dan rakan jkpp dan Gpw berjalan kaki menuju ke hotel Inter National untuk memberi semangat kepada belia belia felda yang tengah semangat menentukan pemimpin dan barisan kepimpinan yang baru di faham kan pemimpin yang lama seperti dato' ramlee akan meningal kan kuasa nya kepada kepimpinan baru walau bagaimanapun kepada Dato'Ramlee terima kasih kerana sumbangan nya begitu besar terhadap golongan belia dalam felda kepada pengantinya harapan pak lurah dan belia felda supaya dapat menyuntik semangat baru seperti 5 teras yang digaris kan oleh felda mudah di capai kerana memiliki jentera dari dalam pentadbiran belia.... Salam Satu Malaysia Dari Pak Lurah


PAK LURAH BERSAMA RAKAN-RAKAN DI HADAPAN PINTU MASUK



BARISAN PEMIMPIN MBFM


ANTARA YANG HADIR DI MESYUARAT MBFM

Ahad, 24 Januari 2010

MAJLIS PERTUNANGAN

BERTEMU BUAT SEMUA,

Kali ini bersama pak lurah dimajlis pertunangan anak buah pak lurah yang bernama Azli Bin Ali berasal dari kampung seri muar murni jaya layang layang johor dengan pasangan nya Norsalina Bte Diwasa yang tinggal di FELDA palong 9 pak lurah di beri tugas untuk menjadi juru runding sebelah lelaki seperti mana yang telah dirunding kan jam 2.30 petang rombongan sebelah lelaki yang diketuai oleh pak lurah pun sampai yang menyambut ketibaan en. Rahman Bin Majidi Selaku ketua blok dan ahli ahli nya
pak lurah memula kan becara dengan salam tuan tumah serta kelurga ketua belok imam dan kedua tuan rumah dan rombongan ,

JUMPA PERTAMA USIK MENGUSIK
JUMPA KEDUA TERKENANG KENANG
DATANG BPERTAMA UNTUK MERISIK
DATANG KEDUA LALU MEMINANG

ROMBONGAN AZLI BIN ALI NAMA DI BERI
DATANG JAUH  DARI SELATAN
TIADA BARANGAN BEHARGA HENDAK DI BERI
SEKADAR HANYA TANDA INGATAN

PERGI SEKEJAP KEKOTA LINGGI
BAWA BERSAMA SEGUNI RAMBUTAN
KAMI UCHAPKAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI
DIATAS PERSIAPAN SERTA SAMBUTAN

Pak lurah membawa 15 dulang hantaran berupa hadiah dan sedikit wang tunai sebentuk cincin lalu menyerah kan majlis kepada pihak penerima iaitu sebelah permpuan  lalu di terima dan menyerah kan kepada tuan imam untuk membacakan dooa selamat dan lalu tuan rumah rumah menjemput kami semua makan rezeki duduk di felda sekarang ini memang muai kerana musim kerja kawin masih rancak saban minggu pastinya ada sahaja orang yang memmbuat kenduri kawin pada hari ini pak lurah pertama pergi kepalong 10 kedua pergi ke palong 11 dan disini kali ketiga majlis makan hingga kadang kadang cium bahu saja datang jauh jauh
ini yang belaku saban minggu dalam penghidupan pak lurah yang ada sahaja jemputan
terima diatas jemputan kalau yang tak dapat datang maaf saja lah.salam pak lurah jumpa lagi...






Sabtu, 23 Januari 2010

SEMBAH TAKZIAH DIATAS KEMANGKATAN SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM

AL-FATIHAH



SEMBAH TAKZIAH KEPADA:-

DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH ZANARIAH BINTI ALMARHUM
TUNKU MAHMUD

SULTANAH JOHOR

Serta

Kerabat Di Raja, Kerajaan Negeri
Dan Seluruh Rakyat Negeri Johor Daarul Ta'zim

Di atas Kemangkatan

ALMARHUM DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA
ALMUTAWAKKIL'ALALLAH SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK
JOHOR DARUL TA'ZIM

Pada

22hb Januari 2010 bersamaan 06 Safar 1431H

' Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Al- Marhum'


Sembah Takziah daripada



KAMI RAKYAT JOHOR YANG TELAH BERPINDAH DI NEGERI SEMBILAN
&
PAK LURAH
TIMBALAN PENGERUSI GABUNGAN WILAYAH RAJA ALIAS
JEMPOL, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Khamis, 21 Januari 2010

MARI BERBALAS PANTUN BERSAMA PAK LURAH

                                                BERTEMU BUAR SEMUA

KALI INI INI PAK LURAH MENGAJAK PENGUNJUNG LAMAN INI BERPANTUN BERSAMA PAK LURAH TAK KIRA LAH PANTUN MENYENDIR PANTUN JENAKA PANTUN PATRIOTIK JANGAN PANTUN LUCAH SUDAH

PERGI MANDI BERSAMA SAMA
AIR NYA SEJUK TERASA NYAMAN
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA
KERANA SUDI SINGAH DI LAMAN

MASOK RANCANG DILANTIK KETUA
GELARAN DI PANGIL KETUA BLOK
WALAU PUN USHA MENINGKAT TUA
NAK CUBA JUGA MENULIS DI BLOG

APA KOMEN ANDA TERIMA KASIH SALAM PAK LURAH SELAMAT BERPANTUN

HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2009 FELDA WRA

                                                       BERTEMU BUAT SEMUA

Hari ini bersama pak lurah Tuan Salleh Bin Muhidin dan Puan Zaiton  Bte Kasman ke dewan orang ramai WRA kerana menghadiri satu majlis yang telah diatur kan bagi menghargai tugas guru ibu bapa dan anak anak

HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2010 FELDA WILAYAH RAJA ALIAS

TURUT HADIR DALAM MAJLIS TERSEBUT.

TUAN HAJI FAIZUL BIN AHMAD
Pengarah inovasi & pembangunan Genarasi baru (selaku perasmi)

YBHG DATO' ABDULLAH BIN MOHAMAD
Pengarah pelajaran NS

YBHG TUAN ABD GANI BIN ALI
Pengurus besar wilayah raja alias

YBHG TUAN MOHD SHAH BIN ZAINAL ABIDIN
PPDJJ NS

PEGAWAI KANAN WRA PENGURUS PENGURUS JKKR JKKK GPW PENGETUA GURU BESAR P/PENAJA MBF IBU BAPA PARA PELAJAR


Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang yang disampai kan ustaz misran
Dan teruskan dengan ucapan kata aluan  pak lurah  memulakan dengan salam dan terima kasih kepada jemputan yang sudi datang dan memberi tahu mengapa program sebegini di adakan yang pertama bagi menghargai tugas dan peranan guru, kedua peranan ibu bapa dan yang, ketiga peranan dan kesungguhan anak anak maka itu lah anugerah cermelang di ada kan untuk kamu semua
Diteruskan lagi dengan ucapan tuan pengarah pelajaran yang antara lain beliau amat berbanga terhadap pecapaian tahun ini jika di bandingkan tahun lalu

UPSR (Bilangan murid yang mengambil perperesaan 1538 )
CERMELANG 2008 :10.1% , 2009 11.8%
LULUS            2008 : 67.2 % 2009  56.9%
GAGAL           2009 : 32.8%  2009  32.3%

Ini membukti kan peranan yang telah dimain kan oleh pemimpin guru  ibu bapa dan murid cukup berkesan dan mahu usha usha ini di tengkat kan lagi
ucapan di terus lagi oleh tuan Hj Faizul Bin Ahmad yang mengambil masa 1 jam
Mahu warga peneroka mengamal kan 5 teras yang di gariskan oleh FELDA menjadi amalan kehidupan harian peneroka beliau menyeru warga felda jangan sekali sekali mendengar hasutan orang luar yang mengatakan felda adalan penipu yang faham tentang felda ialah kita ,kalau kita rasa kaum keluarga kita tak betul kita sama sama betul kan dan harapan saya bergitu jugak pemimpin negara iaitu PM mahu warga felda sebagai warga contoh mesyarakat luar bandar suatu hari nanti beliau turut bangga pencapaian anak FELDA yang sungguh memberangsangkan dan mempunyai cita cita yang tinggi ingin berjaya dalam bidang samaada  profesional ataupun tidak asalkan ia membuktikan kesungguhan kita untuk berjaya.... Setakat ini sahaja yang dapat Pak Lurah coretkan... Salam Pak Lurah

MESYUARAT KHAS AJK BADAN MASJID PALONG 9 10 11 18

                                              BERTEMU BUAT SEMUA ,

KALI INI BASAMA PAK LURAH DALAM MESYUARAT BADAN MASJID FELDA PALONG 9    10 11 18 YANG DI PENGURUSI KAN TUAN NAZIR YBHG USTAT  ZALI BIN LODIN

Dalam nota khas nya beliau menyeru semua AJK badan masjid dapat memain kan perananya  sama sama membangun kan umah dalam masa dunia yang semangkin mencabar banyak program yan dah disusun atur kita terus kan dan yang kita perlu tambah kita siapkan kertas kerja supaya tahun 2010 badan masjid palong 9 10 11 18 terus kehadapan seperti mana yang digariskan felda palong 9 maju tahun 2014 dan tak lupa juga saya berpesan kepada AJK badan masjid 9 10 11 18 supaya sentiasa menjaga nama baik diri kerana kita tak mahu melihat mesyerakat memandang serong terhadap kita


ANTARA AJK BADAN MASJID YANG HADIR







DARI SEBELAH KIRI SIAK PAK LURAN TUAN NAZIR PENGURUS TUAN SALLEH






TUAN NAZIR MEMPENGERUSI MESYUARAT SEBELAH NYA TUAN SALLEH







KELIHATAN TUAN HJ KORAN USTAZ RAHMAT, EN ABU, BENDAHARI KAHROM

PAK LURAH ANTARA LAIN DALAM UCAPAN
Mengharap kan apa yang di bincang kan dapat di laksana dengan baik

TUAN PENGURUS ANTARA LAIN DALAM UCAPANYA

MASJID FELDA PALONG 9 10 11
Antara 3 rancangan di WRA yang telah di pilih untuk mewakili bertanding di peringkat kebangsaan diharap barisan kepimpinan mestilah menunjuk pretasi  demi untuk menaik dan mengharum kan nama masjid nurul
iman

HANYA SETAKAT INI DULU DARI PAK LURAH
JUMPA LAGI




TUGAS HARIAN KU

PERJUMPAAN DAN TAKLIMAT KESALAMATAN
BERSAMA TUAN SABRI KETUA POLIS DEARAH JEMPOL











 KETUA KAMPONG PENGURUS RANCANGAN YANG DI UNDANG UNTUK
              UNTUK SAMA SAMA MEMBANTU MEMERANGI JENAYAH DI KAWASAN KITA
ANTARA YANG MEJADI PERHATIAN DADAH JUDI NOMBOL EKOR MENJUAL MINUMAN    KERAS LUMBA HARAM DAN HIDU GAM YANG SEMANGKIN POPULAR KETIKA INI





   BANGUNAN PEJABAT DEARAH INI LAH YANG MENEMPAT KAN PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT  DULU SEKARANG SUDAH PINDAH TAK JAUH DISEBELAH NYA SAHAJA




 INI LAH BANGUNAN PEJABAT KEBAJIKAN MESYARAKAT YANG BARU TENTU NYA LEBIH KEMAS DAN TERATUR RUANG MENUNGU LUAS DAN ADA PONDOK GAZIBO 2




YANG INI PAK LURAH BERSANA NESTLE BINCANG UNTUK MENGADA KAN PROGRAM YANG PAK LURAH JANGKAN PADA 13,14 15HB MAC NANTI PASTI MERIAH 3HARI DUA MALAM DI FELDA JAYA MACAM MACAM ADA
HANYA SAMPAI DISINI SAHAJA PERJALANAN PAK LURAH PADA HARI INI SEHINGGA BERJUMPA ESOK SAMBUT LAH SALAM MANIS DARI PAK LURAH

Ahad, 17 Januari 2010

HOSPITAL JEMPOL MENANTI PENYELESAIAN

BERTEMU BUAT SEMUA,

KALI INI BERSAMA PAK LURAH MENJENGGOK SEKETIKA DI HOSPITAL JEMPOL YANG DI BINA BERGITU INDAH DAN MENILAI BELANJA JUTAAN RINGGIT TAPI TIADA MEMBAWA ERTI KEPADA PENDUDUK DAERAH JEMPOL,

Pak lurah sudah dua kali berturut saban tahun ketika umat islam hendak menyambut hari raya maka pak lurah bersama pemimpin yang partama bersama Yb Yati dan ketua 4b kawasan Puan Rohana datang untuk membagi hemper kepada pesakit persakit dan yang kedua bersama Yb Samsul dengan tujuan yang sama memang tahu sangat keadaan rumah sakit  @ Hospital jempol apa yang pak lurah mahu bukan sahaja bangunan yang indah tapi ia hendak lah dilengkapi kemudahan yang cukup dan pertugas yang sedia berkhidmat untuk menerima pesakit tak kira bila waktu nya mereka akan datang kes bilik bedah sampai berjam jam menunggu  sakit kronik tak disediakan doktor pakar wad bersalin dan lain lain lagi semua kebanyakan hantar kuala pilah habis hospital jempol nak buat apa ? pak lurah dah banyak menerima aduan berhubung tentang hospital jempol sampai yang ada dah mula  mengelarkan gajah putih dah mati,

              MESYUARAT AHLI JAWATAN KUASA PANEL KESIHATAN JEMPOL
                            DIPENGERUSI KAN OLEH DR.MUHAMAD IKBAL

Baru baru ini pak lurah telah di jemput untuk menghadiri satu mesyuarat panel  yang terdiri dari semua AJK di daerah jempol dijemput hadir bagi membincang isu isu yang dibangkit oleh penduduk tentang pusat kesihatan  @ klinik dan termasuk lah hospital antara lain pak lurah menggesa pihak kementerian kesihatan memandang berat aduan rakyat tentang kekurangan perkhimatan yang belaku di hospital jempol dan memohon di baiki segera kerosakan ambulans kerana ini amat penting untuk membawa pesakit ini sampai 45 bulan tak siap ini amat menyulit kan pengguna yang amat memerlukan, sepekara lagi kawasan pesekitaran pusat kesihatan tidak mencerminkan pusat kesihatan, kotor tidak bersih ini juga perlulah di ambil perhatian kerana kesihatan mesti lah lambang nya bersih........... bukan kah........begitu? sepekara lagi yang selalu menjadi masalah orang kampong yang mehadapi  sakit dengan tiba di luar waktu pejabat ,masalah ini perlu di ambil pendekatan yang mana tidak mengelirukan pesakit yang datang dari jauh sampai rumah buka pintu lalu masuk dan tak keluar keluar lagi ,jawab lah kalau boleh kata kan boleh dan kalau HA tak ada kata tak ada  senang  pesakit boleh dihantar ketempat yang lain dan tak perlu membuang masa ,pak lurah mohon maaf diatas teguran ini insyaAllah akan membawa pekara ke pihak kementerian kesihatan untuk pertimbangan dan penyelesaian  salam pak lurah jumpa lagi,

PERTANDINGAN KESENIAN KEBUDAYAAN DAERAH JEMPOL

BERTEMU BUAT SEMUA ,


KALI INI BERSAMA PAK LURAH DALAM BEMBACARAKA KERTAS KERJA CADANGAN
KARNIVAL PERTANDINGAN KESENIAN KEBUDAYAAN DAERAH JEMPOL 2010

OBJEKTIF PERLAKSANAAN

Program ini di adakan bertujuan menggabungkan semua lapisan mesyarakat didaerah Jempol tidak kira apa jua fahaman dan idealogi bangsa dan agama  dalam membentuk masyarakat bersatu padu dibawah slogan 1 Malaysia,

AKTIVITI YANG AKAN DIPERTANDINGKAN

1 . PERTANDINGAN SUKAN
     Bola sepak, takraw, badminton, bola tampar, bola jaring, futsal

2 . PERTANDINGAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

     Kompang, cak lempong, kuda kepang, tarian  singa, tarian india, silat berpasukan, dan perseorangan
     dan lain yang mana di fikirkan perlu,

AKTIVITI PERTUNJUKAN DAN PAMERAN

1:  GERAI PENIAGAAN
2:  PROGRAM KESIHATAN
3: PROGRAM KESALAMATAN & PANDUAN JALAN RAYA BERSAMA  JPJ

Penganjuran ini akan melibat kan jabatan jabatan didaerah jempol dan termasuk lah felda sebagai tuan rumah barang siapa yang berminat sila membuat latihan agar kita masuk bertanding sudah betul betul bersedia makluman ini dikeluar kan lebih awal kerana pak lurah mahu penglibatan kali ini lebih baik dan ramai

                      PERTANDINGAN LAGU LAGU MELAYU ASLI

Pertandingan lagu lagu melayu asli akan diadakan di dewan pejabat daerah jempol yang akan dianjurkan oleh UMNO bahagian Jempol tak lama lagi, besar kemungkinan dalam petengahan bulan feb 2010 harap bakat bakat yang terpendaam dapat di cungkil melalui penganjuran program ini,  kepada belia belia wanis pak lurah posan dah.......mulakan belatih kemungkinan  pertandingan di peringkat negeri pun akan di adakan tahun ini
hanya setakat ini dulu yang dapat pak lurah maklumkan jumpa dilain kali salam pak lurah.

MESYUARAT JKKR GABUNGAN W.R A

BERTEMU BUAT SEMUA ,
Kali ini  bersama pak lurah Tuan pengurus En Saleh Mhidin Puan Zaiton Kasman
Seawal 730 pagi sudah pun meningalkan FELDA palong 9 menuju kedewan orang ramai WRA bagi tujuan  menghadiri mesyuarat JKKR  gabungan.....  setiba nya didewan,  sarapan pagi disediakan nasi lemak kuih keria menu sarapan pagi hari ini ,    jam 900 pagi mesyuarat di mulakan  dengan umul kitab al fatiha nota pengerusi  Tuan Hj Ghani Ali Pengurus besar WRA antara lain menanam kan semangat kepada pengurus jkkr jkkk gpw dan semua pemimpin di peringkat rancangan menanam kan azam baru tahun baru beteraskan,

LIMA TERAS FELDA

1: KOMUNITI FELDA MENJADI KOMUNITI CONTOH LUAR BANDAR
2: WARGA PENEROKA MENJADI GOLONGAN BERPENDAPATAN PERTENGAHAN
3: FELDA MENJADI  PELAKU GLOBAL
4: MEMBANGUNKAN POTENSI GENERASI BARU
5: MEMPERKUKUH BUDAYA FELDA SEBAGAI INSTITUSI

Beliau mengharap EGF  di teruskan dan taniah gpw yang banyak memain kan peranan dalam menjayakan EGF dan tak ketinggalan program baru yang mana sekarang sedang bermula GMN
golongan belia hendak lah diambil perhatian bawalah mereka bersama dalam mesyuarat jkkr supaya mereka dapat memberi pandang ,dan beliau mengharap belia tua supaya beundur bagi peluang belia muda mengurus kan persatuan,  kita sebagai orang tua memerhati dan menunjuk ajar apa yang kurang .

                  TERIMA KASIH KEPADA FELDA YANG MEMBERI INSANTIF

Kita warga peneroka berterima kasih yang tidak terhingga kepada pentabir dan pengurusan felda di bawah kepimpinan YBHG DATO'DZULKIFLI WAHAB kerana masih menerus kan bantuan persekolahan anak anak,pak lurah mewakili penoreka WRA merakam ribuan terima kasih daun keladi tahun hadaapaan bagi banyak lagi,

KETUA KETUA KAMPUNG DAN TIM PENGURUSI JKKR GPW 2010 HENDAK LAH BERKERJA LEBIH AKTIF TERUTAMA KAWASAN YANG HENDAK TANAM SEMULA

Sekarang sudah menjadi kecenderungan rakan rakan kita percaya dan dengar kata orang luar dari pada pemimpin nya sendiri sudah sampai masanya kita sebagai pemimpin tahu macam mana nak balas dakyah dakyah yang disebar kan oleh orang orang tertentu yang sentiasa ingin mengasut warga membenci kerajan dan FELDA nota pengarah besar dalam mesyuarat jkpp yang lepas penutup tahun,  memberi ruang kepada pemimpin untuk membalas dakyah dakyah yang disebar kan oleh orang orang tertentu melalui  media masa TV dan alam siber kita juga harus memberi tahu kepada umum kebaikan yang kita perolehi melalui FELDA dan program program yang kita lakukan untuk kebaikan dan keharmonian rancangan kepada umum
kita selalu di papar kan dalam surat kahabar tentang penyalah gunaan najis dadah rempit  lumba motor haram pergaluan bebas minum arak judi nombol ekor dan lain lain keburukan hingga malu pak lurah nak perkatakan
dah tiba masa nya kita dedah kan kebaikan kita kepada umum semenjak orang orang melayu tinggal di rancangan sudah banyak berubah ,ibu bapa ramai yang jadi tauke ada yang berkedai ada yang berternak ada yang jadi kontreaktor dan ada juga yang.........jadi tuan tanah kedaung,   anak anak nya pula ramai yang makan gaji jadi askar jadi polis jabatan kerajan dan swasta  dan lowyer dan lain lain lagi yang patut kita banga kan..... dan ada juga yang komeng  golongan ini lah yang kita pemimpin kena pantau supaya ia tidak merebak dan akhirnya ia akan merosak kan yang lain seperti mana kata pujanga kerana nila setitik maka rosak susu sebelanga..........

KEPADA G2 DAN PARA BELIA
Pak luran meharap kan dah jangan banyak songil lagi kejut kan rakan rakaan yang sedang tidur bangun kan lah dia lihat lah di hadapan jalan terbentang luas kamu perlu besuara sama ada kamu mahu berjalan kaki naik basikal naik kereta dan naik naik,percaya lah perjalanan penghidupan anda hendak lah diteruskan
Pak lurah doa kan semuga 2110  belia bangkit dalam menyambung tugas tugas untuk menjadikan FELDA warga contoh akan......tercapai .....salam pak lurah

DIRGAHAYU TUANKU

 MERAFAK SEMBAH DAN SERTNGGI TINGGI TAHNIA



DULI YANG MAHA MULIA
YANG DI-PERTUAN BESAR
                                                         
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TUANKU MUHRIZ IBNI AL-MARHUM TUANKU MUNAWIR
 DK., DMN., (PERAK)DK.,(PERLIS).,DK SELANGOR.,DKYR.,PPT.

 SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PEMERINTAHAN TUANKU
 SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE 62

 PADA 14 JANUARI 2010
 BERSAMAAN 28 MUHARAM 1431 H

 SEMBAH TAKZIM DARI PADA

 SEMUA WARGA FELDA WILAYAH RAJA ALIAS
 DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU

Jumaat, 15 Januari 2010

PENERANGAN KHAS PENGARAH PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN KOORDINASI DARI HJ MOHAMMAD IBRAHIM

BERTEMU BUAT SEMUA,

KALI INI BERSAMA PAK LURAH HJ MOHAMMAD IBRAHIM PENGARAH PEMBANGUNAN  KOMUNITI & KOORDINASI  FELDA BERTEMPAT  DI FELDA PALONG 8 NS,

Jam 500 ptg Pak Lurah sampai di balai raya FELDA Palong 8 di sambut oleh TP JKKR En Musa dan tuan Pengurus Tuan Ishak serta berisan kepimpinan ketua blok ketua gpw dan ajk nya  majlis diadakan bagi memberi pengelasan tentang dasar kerajaan melalui FELDA yang perlu di jelaskan dan majlis soal jawab
tetamu undangan Tuan Hj Mohammad  Ibrahim Pengarah Pembangunan Komuniti & Koordinasi ibu pejabat Kuala Lumpur jam 530 ptg  majlis di mulakan dengan bacaan doa  dan ucapan kata aluan Pengurus Felda En Ishak merakam kan terima kasih diatas kesudian tuan pengarah datang ke palong 8,dan menyambung program pada malam ini iaitu program forum perdana yang akan diadakan di masjid selepas solat maghrib ini..

MAJLIS DI TERUS KAN LAGI DENGAN UCAPAN TUAN PENGARAH
HJ MOHAMMAD IBRAHIM 

Beliau berharap semua pemimpin tim pengurusi Jkkr Gpw dan ketua ketua blok  dapat memainkan peranan  demam menangani masalah yang di bangkitkan oleh ahli ahli terutama dalam menangani  isu tanam semula yang sedang belaku dalam pelaksanaan, Felda Palong 8 adalah rancang yang tebesar dan ramai penduduk nya jika nak di banding kan rancangan yang lain sudah tentunya saya mahu ia menjadi sebuah rancangan contoh untuk di ikuti bukan sebaliknya beliau pun sedang meneliti apa yang dibangkitkan dan cuda sedaya upaya untuk menyelesaikan.........  majlis diterus kan lagi dengan sesi soal jawab yang banyak menyentuh tentang harta sepencarian dan insuran berkelompok jawapan Felda akan mengadakan seminar bagi memberi pendedahan dan penjelasan tentang harta sepencarian ,FELDA mulai tahun 2010 telah mengurang kan bayaran insuran dari 13,000 kepada 10,000 sahaja di harap warga FELDA faham dan mengerti  ditanya juga ada kah palong 8, boleh di tanam kelapa sawit jawapan warta felda jelas palong 7 hingga 16 tanaman yang di dicadangkan oleh FELDA ialah getah majlis di tanguh kan dan di sambung semula selepas magrif


DI MASJID PALONG 8 SYARAHAN AGAMA

Ramai yang hadir mendengar syarahan agama yang di sampai oleh ustaz dan turut hadir peneroka rancangan yang behampiran  program ini amat baik sekali, di adakan bagi merapatkan hubungan dan menyambung silaturrahim antara satu sama lain..  pak lurah mengharapkan  agar FELDA  memperbanyak kan program program kemasyarakatan di tiap tiap rancangan FELDA kerana ini penting bagi mengembali kan semangat setia kawan setia kejiranan setia pakatan dan sayang kan pemimpin perpaduan yang dah mula luntur al maklum lah sudah.......lama skru skru dah mula longar urat urat dah mula kendur , inilah.....kehidupan  cukup ini dulu yang dapat di kongsi mohon kemaafan......... salam pak lurah


Hj Mohammad Ibrahim Bersama Tuan Hj Abd Ghani Mohd Ali


Kakitangan Felda Dan Barisan Kepempinan JKKR Gabungan Wilayah Yang Sempat Hadir


Barisan Kepimpinan GPW Rancangan Dan Gabungan Wilayah Raja Alias


Forum Perdana Sebelah Malam Di Masjid Felda Palong 8

JAWAPAN KEPADA PENEROKA YANG ENGGAN FELDA URUSKAN KEBUN SENDIRI YANG DI SIARKAN DI SURAT KHABAR SINAR BERTARIKH 15HB JANUARI 2010



Pak Lurah berkata kalau jadi pemimpin jangan cakap sedap sahaja lihat dulu tongok dulu orang yang mengadu tu betul atau pun tidak mereka mendakwa tanah dah jadi milik nya hutang kebun ada yang belum habis bayar, pinjaman rumah, hasil kebun di jual di luar, yang ada tak sedar diri telah disingkir dari rancangan kerana pelbagai kesalahan datang semula macam pelarian... kami masyarakat felda kesian lalu membuat sokongan maka felda mempertimbangkan untuk menerima semula baru setahun sudah besar kepala bawa masuk NTV 7 mohon felda hapus kan hutang nya , ajak mesyarakat menyokong nya bak kata pepatah mengatakan orang kampong sudah tahu tanya orang, blok pun menyesal menyokong kemasukan nya belum tanya orang palong 9 am nya sudah tentu nya sudah meluat kerana manusia yang seperti ini ibarat kacang lupa kan kulit


USAHA PENEROKA INGIN BERDIKARI DALAM MENGURUSKAN PENEBANGAN DAN TANAM SEMULA

Tahukah penduduk felda palong 9 seramai 257 orang yang mana mejoriti nya mengikut felda dan seramai 21 0rang yang mendawa tidak mahu ikut felda nak tebang sendiri nak tanam sendiri sepatut nya siasat dulu latar belakang pengadu pengadu tersebut, orang nya macam mana perangai nya hutang nya dengan felda memang lah nak tebang sendiri nak tanam sendiri memang lah bagus tapi lebih bagus duduk di kampong bukan  di felda yang cantik nya kalau duduk di felda ikut mejoriti aman mesyarakat nya

FELDA ADA LAH SEBUAH ORGANISASI YANG SENTIASA BERLAPANG DADA MEMIKIR KAN UNTUK MEMBANGUNKAN NASIB PENEROKA DAN GENARASI NYA SEMENJAK DI TUBUH KAN ,

Selaras dengan matalamat allahyarham Tun Abdul Razak yang tidak mahu orang melayu menjadi pelarian di bumi nya sendiri,maka itu lah lahir LKTP yang sekarang di beri nama FELDA penempatan berkelompok masyarakat yang cantik dan tersusun oleh kerana fahaman atau idealogi politik yang tidak sehaluan timbul macam macam yang mengatakan Felda tidak telus lah dalam pengendalian tender tebang pokok dan macam macam lagi tuduhan yang di lempar kan oleh golongan tersebut terhadap FELDA

FELDA sentiasa mengalakkan peneroka menguruskan kebun dan tanam sendiri tapi ikut lah FELDA sebab mereka tinggal di FELDA tak tahu lah kalau dia tak mahu ikut felda lalu balik kampung banyak orang yang menunggu peluang tersebut untuk di rasai oleh golongan yang sentiasa meharapkan

KEPADA ANAK PENOREKA YANG BIJAK SANA BANTU LAH FELDA

Bagi idea bagaimana ingin menyatu padu kan masyarakat yang sekarang dah mula bercakaran sesama sendiri dan bagi tunjuk ajar bagaimana hendak meningkatkan ekonami yang mana orang orang malayu masih tertingal jauh kebelakang dan bagi pandangan bagaimana nak menyelesaikan nasib rakan rakan kamu yang ramai terjurumus dalam lembah najis dadah, lumba haram, pergaulan bebas dan bagaimana kita ingin menaik kan syiar islam yang sekarang mula di cabar

PESAN PAK LURAH

Jangan kita jadi pemimpin hanya dengar sahaja tanpa membuat siasatan lalu kita nak jadi hero kononya kita yang hebat kita lah yang selama ini berjuang untuk kebahagian warga peneroka tapi sebalik nya kita yang merosak dan menhancurkan  keharmonian kedamaian warga peneroka ..Sia sia sahaja kita yang berpendidikan tinggi diamanah kan menjadi pemimpin akhir nya kita menjadi seperti kacang yang melupakan kulit... Salam Pak Lurah

TAKZIAH KEPADA PENDUDUK HAITI YANG DI LANDA GEMPA BUMI


MAYAT-MAYAT diletakkan di depan rumah mayat sebuah hospital di Port-au-Prince kelmarin.
DUA lelaki melangkah di celah-celah mayat mangsa gempa bumi yang diletakkan di luar Port-au-Prince, Haiti kelmarin.



Timbunan beribu-ribu mayat dikumpulkan di kawasan lapang di hadapan rumah mayat Hospital Besar 
Port-au-Prince, Haiti dua hari selepas gempa berlaku


FOTO PBB menunjukkan mayat mangsa gempa diletak pada satu kawasan depan rumah rumah mayat hospital Port-au-Prince.



BERTEMU BUAT SEMUA DALAM KEJADIAN GEMPA BUMI YANG DASYAT SEKALI MELANDA MESYARAKAT DI HAITI YANG MENGORBANKAN  RATUSAN NYAWA TERKORBAN DAN KEHILANGAN SANAK SAUDARA HARTA BENDA DAN TEMPAT TINGAL PAK LURAH DAN MESYARAKAT FELDA SEMPATI ,DIATAS APA YANG BERLAKU SESUNGGUH HYA ALLAH SAHAJA YANG MAHA MENGATAHUI  SEGALA GALA NYA , KITA RAKYAT MALAYSIA HENDAK LAH BANYAK BANYAK BESYUKUR KERANA NEGARA KITA DI JAUHI MALAPETAKA YANG TIDAK DI INGINI OLEH SESIAPA PUN MAKHLUK DIDUNIA INI

MESYUARAT JKKR FELDA PALONG 9

BERTEMU BUAT SEMUA :


KALI INI BERSAMA PAK LURAH DALAM MESYUARAT JKKR FELDA PALONG 9

Jam 230 Ptg  Tempat balai raya felda palong 9
mesyuarat di mula kan dengan bacaan umul kitab dan diteruskan dengan kata kata aluan s/usha dan menyerah kan kepada tuan pengurusi Tuan Salleh Bin Muhidin ,
Antara lain beliau menyeru ketua ketua blok agar sentiasa mengambil tahu masalah anak buah masing masing dan mohon maaf kerana memangil mesyuarat dengan kadar segera.apa yang penting ketua ketua blok faham paranan dan tangung jawab masing masing .saya memangil mesyuarat kerana sekali lagi kita termasuk 12 rancangan telah di amanah kan untuk mewalili W R A untuk bertanding AKKF kalau dulu kita tak dapat merebut gelaran juara saya harap tahun ini kita pasti dapat yang penting kita bersatu melaksanakan ,

musyuarat diterus kan lagi dengan uchapan Tim Pengurusi Jkkr ,
pertama salam kepada pengurusi  pengurusi GPW ketua ketua blog taniah kerana anda diberi kelapangan untuk hadir dalam mesyuarat JKKR kali ini saya difaham kan notis singkat tapi tuan tuan dapat datang juga ini menanda kan tuan tuan komited dengan tugas yang di beri kan disini ciri ciri juara sudah kelihatan
untuk memastikan perjalanaan tugas lebeh tersusun dan kemas mesyuarat memutus untuk melantik ajk
AKKF 2010 yang berparanan menjaga dan meneliti tempat tempat berikut,

1: SEPANJANG JALAN MENGHALA MASUK KE KAMPUNG
2: MENGANDAM POKOK BUNGA HIASAN
3: PANTAUAN RUMAH RUMAH PENEROKA
4: TONG SAMPAH DAN TANDA NAMA PENOREKA
5: KAWASAN AWAM,PADANG BOLA GELANGANG SUKAN DEWAN ORANG RAMAI MASJID SEK.AGAMA SEK KEB.SEK TADIKA PUSAT PERNYAGAAN PUSAT SUMBER
6: PAPAN KENYATAAN DAN PAPAN BLOK
7: PROJEK PROJEK SAMPINGAN PENEROKA,KOLAM IKAN ,TERNAKAN  AYAM ITEK KAMBING LEMBU DAN PERJEK TANAMAN JAMBU BATU NANGKA MADU DAN AGF
8: SAMPAH SARAP DAN PELUPUSAN SAMPAH
9:LONGKANG LONGKANG DI KAWASAN KAMPUNG

Saya harap nama yang di amanah kan dapat menjalan kan tugas dengan baik .
berkenaan laporan akbar sinar oleh rakan rakan kita pak lurah meharap meraka bertobat jangan lah cakap sesuka hati kerana nanti akan memakan diri, pak lurah selalu mengingati kawan  kawan kita hidup ini mudah sekira nya kita boleh melihat kita boleh mendengar  boleh berkata berkata dan kita boleh berfikir kita manaafaatkan anugerah Allah sepenuh nya baru lah kita bertindak jangan hentam keromo akhir nya orang yang tidak memiliki 4 pekara yang  lebih baik dari yang memiliki
banyak lagi yang kita becarakan tapi hanya setakat ini sahaja yang dapat pak lurah tulis untuk di kongsi bersama jumpa dilain kali salam pak lurah




Pak Lurah Bersama Barisan Kepimpinan Felda




Barisan Kepimpinan JKKR



Barisan Kepimpinan GPW

Ahad, 10 Januari 2010

KEJADIAN TIGA GEREJA DI LEMPAR BOM!!!!


Gambar Gereja Yang Kene Baling Dengan Bom




BERTEMU BUAT SEMUA ,

KALI INI BERSAMA PAK LURAH DALAM MEMBICARAKAN KISAH YANG MENJADI KERASAHAN UMAT ISLAM DALAM ISU PENGUNAAN KALIMAH ALLAH.

Yang mana umat islam tahu dan sedia tahu dia kepunyaan umat islam walau kita mempertahankan dan tidak membenarkan kalimah mulia digunakan oleh orang lain tidak semestinya kita hilang pertimbangan lalu membakar tempat ibadah orang lain,bagi pandangan pak lurah dalam menangani isu ini mudah sahaja kita tak perlu kumpul ramai ramai tunjuk perasaan bawa sepanduk kita serah kepada kebijaksanaan yang DIPERTUAN AGUNG DAN PERDANA MENTERI kerana isu ini sudah menjadi isu makamah kita rakyat kerja macam biasa cari duit orang lain melihat kelemahan orang orang melayu terutama islam ,kalau umat islam di malayasia sering menunjuk kan kelemahan pak lurah khuatir orang lain mengambil kesempatan
menjadikan umat islam di malaysia semangkin lemah, pak lurah ingin mengajak anda melihat apa yang pak lurah melihat ,umat islam kita dah ramai yang mula tidak mendengar arahan sebagai contoh had laju yang dibenarkan 90 batu sejam mereka langar dengan membawa lebih 140 hingga 160 yang ini pak lurah ....mengaku langar,kerana hendak mengejar masa konon nya.   arahan kerajan hari khamis pakai baju batik hari jumaat pakai baju melayu yang ini dah ramai yang tak buat dan ikut arahan  pak lurah ambil tiga contoh arahan kerajaan  cuba kita lihat pula arahan agama  terhadap penganut nya pertama sembayang kalau kita nak lihat waktu maghrib dan ketika sembayang jenazah dan kita lihat pula arahan orang politik tentang berpakaian pak lurah yang ini nampak megawati( Indon )  dan thaksin( Thai) telebih berjaya jika nak di banding kan dengan yang ada di malaysia  pak lurah punya pandang orang orang melayu yang beragama islam tak kira lah apapun fehaman politik nya kita misti bersatu .....kain bengkung kuning mu boleh mehilang kan lapar dahaga dan kain merah yang mengikat kepala mu boleh menaik semangat mu untuk berjuang kejalan Allah yang ini bukan hanya beli dan ikat , kamu melaung,  kamu menjerit  orang yang yang naik kereta roda yang tak boleh melawan pun masih senyum dan mengatawakan kita ,kain kuning @merah yang pak lurah maksudkan  ini yang dapat melalui pelajaran persilatan terakat dan amalan yang di buat oleh murid yang layak sahaja lalu guru memberi anugerah kepada murid tersebut,kita sekarang memang tidak Ajarkan anak anak tentang gaduh  mengapa kita cari gaduh dulu semasa 13 may guru pak lurah pernah berkat kita dah gaduh tapi ketika itu ada parang terbang pembawa tak nampak dulu kita ada bas lalu pemandu dan penumpang kosong dan banyak lagi yang boleh kita banggakan sampai orang lain takut lah dengan kebangkitan orang one kalau tak percaya tanya,orang orang alim sudah tentunya apa yang diperkatakan pak lurah adalah betul dan benar belaka itu sebab bung karno!!!ya   bukan bung mektar .pernah berkata bagi 10 jejaka akan ku goncang paksi dunia dia tak perlukan yang ramai  tapi kebangkitan sudah cukup dirasai  dan digeruni .tapi ...... sekarang semangat masih macam kernga yang kita tak tahan kencing nya bukan gigitan .
50 tahun dulu dunia persilatan berkembang luas lahir silat lincah ,silat gayong ,silat cekak ,silat cemande maga malang ,silat pulut ,silat helang ,silat harimau  silat monyet silat ular tedong dan banyak lagi silat yang pak lurah tak tahu ,dan tidak kurang pula tentang ilmu kebatinan Ngerowot,Emberakah ,Ngijangan ,dalam bahasa jawa banyak lagi ,dalam bahasa melayu budi sici,Wali suci ,nasrulhak ,dan banyak lagi yang belum diteroka tentang ilmu sunat allah yang tidak diteroka  oleh orang malayu yang beragama islam untuk maluman selepas itu kerajan telah meharam kan banyak pertubuhan silat yang zahir termasok yang batin dengan tidak mengantikan yang lain dan dengan tak disedari anak anak telah terjebak dengan budaya yang tidak diingini iaitu ini kata mereka ketika itu ....TANYA AYUB ,APA DUNIA PUNYA DALAM MAT , JAWAB MAMAT O.OGA !!!!!AYUB BERTANYA LAGI APA OGA PUNYA DALAM MAT SURGA!!!!!!lalu mereka berdua ketawa lah hingga kehari ini masih belum berhenti pak lurah takut selepas ini dia akan menangis pulak,sekarang mereka ketawa kita pun dah cukup risau cuba kalau menangis sudah tentunya bertambah risau........pak lurah ni tak pandai peneroka felda la,katakan...kalau cakap orang takkan nak dengar.. tapi...kalau kita nak lihat cakap kita laku atau pun tidak TM berkata letak tanda  nama di baju semua kakitangan kerajan sampai orang kampong pun ikut dan sekarang yang memerintah DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGUNG mengarahkan pergi sembayang jumaat tak kira apa pun fahaman mu pakaian baju kebangasaan bersamping bersongkok hitam  agakagak nya mahu tak kita kalau nak tanya pak lurah sudah tentunya mahu, jumaat kan pengulu hari dan kalau kita semua orang orang bersatu dalam berpakaian pun  orang lain lihat dah  merinding bulu ruma............ pak lurah menaruh harapaan kepada pucuk pimpinan tertinggi selesaikan isu ini melalui kebijaksanaan undang undang  dan sebagai rakyat sabar lah menunggu keputusan undang  undang sebagai rakyat juga kita kena menjunjung perintah itu yang lebeh baik cukup hanya setakat sahaja seandai tekasar bahasa tak faham bicara maaf sahaja yang pak lurah pinta salam pak lurah........

Sabtu, 9 Januari 2010

WARTA KAMPUNG


Salam buat semua pembaca di harap semua sihat dan ceria di hujung minggu ini.. Disini Pak Lurah ingin meminta pandangan semua pembaca memberi sedikit buah fikiran bagi melaksanakan Warta Kampung ini..  Di harap dengan pandangan semua dapat membantu pak lurah menjayakan Warta ini.... Salam Pak Lurah
OBJEKTIF
  • Ø  Membantukan membasmi permasalahan social dalam masyarakat rancangan Felda sepertimana dalam warta kampung
  • Ø  Membantu mengurangkan kadar jenayah dalam kawasan kampong/ rancangan
  • Ø  Berfungsi rakancop – Membantu pasukan polis
PENDEKATAN
  • Ø  Pelaksanaan jadual bertugas
  • Ø  Mewujudkan pengenalan diri anggota skim kepolisian
  • Ø  Memastikan setiap anggota skim kepolisian di beri perlindungan insurans ( MAA Takaful) seperti anggota rela dan JPA 3
PERANCANGAN
  • ØPenubuhan skim kepolisian di rancangan Felda amat wajar di wujudkan untuk membantu menggurangkan permasalahan social di rancangan.
  • Ø  Dengan adanya skim kepolisian di rancangan Felda kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat Felda dapat ditingkatkan dan di jamin
  • Ø  Dalam memastikan kelangsungan program kepolisian perlu di beri perlindungan insurans, kad kusa, uniform dan perbelanjaan harian.


WARTA KAMPUNG
1.      Tidak membenarkan pelajar Sekolah berada dikawasan awam atau di simpang-simpang jalan melebihi pukul 10 malam tanpa tujuan
1.1  Berkumpul tiada tujuan
1.2  Berbual bersama-sama rakan
1.3  Melepak dikawasan sunyi / gelap
1.4  Ponteng sekolah
1.5  Tidak membenarkan pelajar menghisap rokok
1.6  Minum arak dan terlibat penyalahan gunaan dadah
2.    Tidak membenarkan menunggang motosikal dan kereta melebihi 40km/j di kawasan kampong
2.1  Lumba haram tidak di benarkan di kawasan kampong
2.2  Berjalan secara berkumpulan (kecuali mendapat kebenaran)
2.3  Penungang motor dan kereta hendaklah mematuhi undang-undang yang telah di wartakan agar kemalangan dapat di elakan dan ganguan kepada orang ramai
3.      Tidak ternakan lembu, kambing berkeliaran di kawasan kampong
3.1  Binatang ternakan berkeliaran merosakan tanaman peneroka/penduduk
3.2  Kemalangan yang menyebabkan lembu dan kambing sering berlaku di dalam kawasan rancangan
3.3  Penternak hendaklah memastikan ternakan dipagar
3.4  Sekiranya ternakan dapat di tangkap denda akan dikenakan atau ternakan akan di lelong.
4.      Tidak membenarkan pendatang asing tanpa izin ( PATI ) dalam rancangan/kampong
4.1  setiap pekerja asing di rancangan hendaklah mempunyai permit yang di sahkan oleh imegresen dan majikan yang sah
5.      Tidak membenarkan penyalahan gunaan dadah berluluasa dirancangan
5.1  Mengedar segala bentuk dadah dirancangan
5.2  Menghisap dadah dan ganja
5.3  Menghidu gam
5.4  Penjualan minuman keras/arak
6.      Tidak membenarkan sumbang mahram berlaku di rancangan
6.1  Orang tua remaja berdua-duan di tempat sunyi dan gelap
6.2  Berdua-duan tanpa ikatan saudar ataupun pertunangan
6.3  Tidak membenarkan orang luar tanpa sebarang ikatan saudara ataupun pertungan tinggal dirumah selama 1 minggu tanpa memaklumkan ketua blok, peneroka yang ingkar akan di kenekan tindakan.
7.      Tidak membenarkan peniaga menjual barang-barang yang menyalahi undang-undang
7.1  Menjual mercun
7.2  Menjual nombor ekor
7.3  Menjual alat-alat mainan yang berunsur judi
7.4  Menjual rokok kepada pelajar yang memakai uniform sekolah
8.      Tidak membenarkan peniaga luar beroperasi di dalam rancangan sekiranya tiada kebenaran bertulis yang di keluarkan oleh rancangan / kampong melalui Pengurus atau Timbalan Pengerusi JKKR/JKKK dan Ketua kampong
8.1  Peniaga hendaklah melaporkan diri terlebih dahulu sekiranya hendak berurus niaga, supaya pihak rancangan dapat mengawal setiap barangan yang hendak di jual agar tidak mendatangkan masalah antara peniaga luar dan dalam
8.2  Peniaga Setiap peluar di larang sama sekali menjual barang yang bersamaan di jual di dalam rancangan
8.3  Denda akan di kenakan kepada peniaga luar yang ingkar dan tidak mengikut arahan yang ditetapkan . Tindakan mengikut budi bicara JKKR atau JKKK
8.4  Peniaga luar boleh memohon surat kebenaran dari pihak rancangan
i-                    Urus niaga 1 hari di kenakan sebanyak RM 10.00
ii-                   Urus niaga 2 hari keatas – mengikut budi bicara dari pihak pengurusan kampung 
iii-                 Peniaga luar hendaklah memastikan mempunyai kebenaran bertulis sebelum operasi 
                     peniagaan di jalankan
9.      Tidak membenarkan bermain judi
9.1  Bermain judi daun terup di rumah/majlis perkahwinan
9.2  Bermain judi atau daun terup di kedai makan
9.3  Apa sahaj bentuk yang melibatkan judi di haramkan di dalam kawasan/kampong rancangan
10.  Tidak membenarkan pertunjukan pentas @ majlis perkahwinan
10.1          Funfair – Perlu memohon kebenaran dari ketua kampong
10.2          Kugiran – Perlu memohon kebenaran dari ketua kampong
11.  Tidak membenarkan sebarang bentuk ceramah dan ajaran sesat
11.1          Ajaran sesat tidak di benarkan sama sekali di kampong
11.2          Setiap bentuk ceramah yang melibatkan parti pembangkang hendaklah mendapatkan 
                 permit dari pihak pengurusan rancangan, ketua kampong dan polis