Rabu, 16 Jun 2010

BENCANA YANG TIDAK DIUNDANG TIBA- TIBA DATANG....

BERTEMU BUAT SEMUA :
KALI INI BERSAMA PAK LURAH DALAM SATU TRAGEDI BENCANA YANG TIDAK DIUNDANG TIBA-TIBA DATANG...





Tidak disangka dan tidak diduga pergi meninggalkan rumah bersama isteri dan anak-anak untuk makan malam ,apabila kembali rumah kediaman musnah dijilat api.....bergitu lah yang menimpa warga peneroka felda serting hilir 6 En. Razali Bin kamaruddin. dan pasangannya Aishah Bte Samah yang hanya sehelai sepinggang ,

Menurut saksi kejadian jiran sebelah rumahnya yang juga merupakan mantan Timbalan naib pengerusi gabungan W.R.A En Salih Bin Zakaria beliau mula menyedari seawal jam 9. malam lalu terus mehubungi pihak bomba  dan pihak bomba sampai jam 9.45 malam ,sebaik bomba sampai rumah pun dah habis di mamah api yang sedang kelaparan...dan sehinga pak lurah sampai...punca kebakaran belum diketahui....

Setakat Jam 6.20 petang tadi  pak lurah difahamkan pihak pentabiran rancangan sentiasa mengambil berat.dan telah menguruskan keperluan dan membantu ,begitu juga Wakil Parlimen,Adun,jabatan kebajikan ,puteri umno dan masyarakat setempat datang mehulurkan bantuan ,
pak lurah difahamkan mangsa mempunyi 4 orang anak dan yang masih bersekolah seorang ....
apa yang menyedihkan mangsa hanya sehelai sepinggang.semua harta benda hangus di mamah api ...pak lurah juga difaham angaran kerugian RM 50.000.00 ,



Pak lurah berharap keluarga mangsa kebakaran tabah mehadapi ujian Allah dan terus bersemangat Insy'allah. Ibu pejabat felda akan menyegerakan pinjaman perumahan RM 40.000.00 dan
bantuan insurans RM 10.000 00 dengan kemudahan tersebut dapatlah keluarga en razali memulakan penghidupan baru....
Kepada dermawan yang sudi membantu,bantulah rakan-rakan kita yang ditimpa kesusahan sedangkan penduduk palastin yang jauh kita bantu,jangan yang dekat kita lupai ....




Kepada Warga peneroka,pesanan pak lurah apabila hendak meninggalkan rumah pastikan semua plug,suis dapur gas dirumah ditutup.kalau semua dah okey barulah melangkah meninggalkan rumah ....
itu sahaja Salam pak lurah .....

Khamis, 3 Jun 2010

BEKELAH KE-TANJUNG BALAU KOTA TINGGI JOHOR,

BERTEMU BUAT SEMUA ,
KALI INI BERSAMA PAK LURAH BERKELAH KE TANJUNG BALAU KOTA TINGGI JOHOR ,

Pada hari jumaat,28 Mei 2010 jam 10 pagi pak lurah melangkah pergi meninggal kan rumah dari palong singgah sebentar di segamat ,membersihkan kenderaan yang kotor dan bau busuk dan menganti kan tayar yang sudah bocor ,(ganti baru satu tayar kena bayar 480 ringgit malaysia) sambung perjalanan singgah di kedai baiki radio kereta setelah diperiksa radio yang ada tidak boleh di guna @ dibaiki lagi  keputusan yang diambil , tukar..baru dengan bayaran 950 ringgit malaysia setelah siap pak lurah menerus kan perjalan tempat di tuju kampung seri muar murni jaya layang-layang johor pak lurah sampai dikampung murni, jam 8.30 malam tujuan .....untuk mengambil bonda yang tersayang untuk dibawa berkelah bersama ,pak lurah menerus kan lagi perjalanan kali ini lokasi yang dituju felda tunggal untuk penginapan ,malam kalau sewa hotel harga nya mahal kita sekeluarga tidur ditempat abang kandung. tidur percuma makan pun percuma jimat wang belanja,
pak lurah sampai ,dirumah abang long jam 11.00 malam,kak long rupa-rupa telah menyediakan sup ayam kampung untuk hidangan  kami apa lagi kena sup yang sedang panas hantam sahaja lah ...setelah kenyang kami masuk lah tidur.....

sebelah pagi nya pak lurah sempat melihat kawasan perkampungan felda tunggal yang bergitu pesat membangun ,bukan dipalong 9 sahaja  rumah nya cantik-cantik..rupa-rupanya di setiap felda sekarang telah banyak berubah,jika nak dibanding kan 10 tahun yang lalu,pak lurah difaham ada juga dikalangan peneroka felda yang masih malu-malu,pak lurah melihat..... gulungan ini akan bawa bersama malu nya hingga ke tanah pekuburan....kata pujanga malu bertanya sesat berjalan ,gulungan ini dah mula sesat dan disesat kan
oleh orang-orang yang sentasa irihati dengan apa yang dimiliki oleh FELDA...

jam 10.00 pagi pak lurah sempat berkunjung di salah sebuah rumah teman lama yang membuat kenduri kawin anaknya,orang felda jam 10.00 dan 11.00 majlis dah mula pak lurah dan keluarga mengambil masa 1 jam sahaja berada ditempat tersebut lalu meninggal kan rumah tersebut ,pergi semula kerumah abang long .untuk memohon pergi ,dengan kata yang paling manis terima kasih daun keladi..entah bila-bila kalau ada kesempatan akan datang lagi,

jam 2.00 petang bertolak lah pak lurah dan keluarga haluan di tuju DESARU & TANJUNG BALAU kota tinggi johor , oleh kerana desaru pantai nya tidak sesuai untuk kanak-kanak mandi lalu pak lurah menerus kan perjalanan ketanjung balau sampai sahaja tak sabar-sabar anak bungsu pak lurah mahu terjun kelaut pak lurah dan istri serta atuk nya  hanya mampu melihat sahaja,2 kakak nya pun sama terjun pak lurah mengambil masa 3 jam sampai tertidur menunggu anak-anak berkubang dilaut...
pak lurah melihat tempat ini sesuai untuk mandi-manda ombak tak tinggi..dan pantai nya landai air nya bersih cuma kawasan pesekitar nya hendak lah di kemas kini agar pantai ini cantik dan bersih senang untuk dikunjungi.....

pak lurah menerus kan perjalanan kali ini....tempat dituju kampung seri muar murni jaya layang-layang.pak lurah sampai tempat yang dituju jam 8.00 malam kedua mertua pak lurah amat terkejut diatas kehadiran pak lurah sekeluarga ,sampai-sampai lalu makan..malam seada nya sebab datang tanpa memberi tahu padan muka nasib baik emak tak lalu nak makan..jadi yang ada baki baki sedikit kamu makan lah.....anak beranak tapi..ibu yang sayang anak, nya lalu  semangat pun datang lalu semua bertindak buat.apa yang patut untuk di sajikan bagi tujuan ...makan  malam.....

jam 300 petang kami pergi ketempat ibu kandung yang tak jauh dari situ lalu mohon pamit mahu pulang kepalong 9 maka tamat lah 3 hari percutian pak lurah bersama keluarga sampai mabuk laut dan demam ....semoga ketemu dilain kali salam...dari pak lurah.
.