Sabtu, 26 Mac 2011

ULANG TAHUN KE 55 TAHUN

SALAM BUAT SEMUA

Tahun  ini Pak Lurah  dalam meniti usia 55 tahun, Pak Lurah bersyukur kerana pak lurah masih bertenaga dan diberi Allah kekuatan dalam mencurahkan hikmat bakti kepada keluarga yang dicintai dan menyumbang bakti untuk masyarakat..... Menjadi warga malaysia yang tinggal di negara yang aman damai dan  menjadi  peneroka Felda satu-satunya warisan yang sungguh tinggi nilai  yang kita mampu miliki  dan warisi untuk  generasi kita yang akan datang.... Ulang tahun ke-55 mengajar pak lurah erti lebih dewasa dalam meniti perjalanan hidup agar pak lurah lebih berhati-hati .... Semoga Allah memberi kebahagian dan limpahan kasih sayang yang tidak terhingga buat keluarga yang Pak Lurah  cintai....Pak Lurah berdoa semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan terima kasih kepada semua yang mengenali pak lurah,  memberi sokongan, teguran dan juga ingatan dalam Pak Lurah meniti kejayaan....  Semoga budi baik semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan Pak Lurah di balas dengan kebaikan oleh Allah SWT... Amin

Jumaat, 11 Mac 2011

RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN YB TAN SERI ISA DATO HJ ABDUL SAMATPENGURUSI

SALAM BUAT SEMUA
KALI INI BERSAMA PAK LURAH DALAM PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA
YB TAN SRI ISA BIN DATO' ABDUL SAMAD 
PENGERUSI KUMPULAN FELDA 

TURUT HADIR: 
YBHG DATO'  DZULKIFLI  BIN WAHAB
PENGARAH BESAR FELDA

YBHG  TUAN HAJI ABIDIN ABDUL RAHMAN
TIMBALAN PENGARAH KOMUNITI & KOORDINASI FELDA

TUAN HJ  MD NOR KHAILANY
TIMBALAN PENGARAH BESAR OPERASI FELDA

TUAN PENGURUS BESAR EN IZHAM MUSTAFFA 
PENGURUS BESAR FELDA WILAYAH RAJA ALIAS

OJBEKTIF 

Mewujudkan platfrom Medium mengeratkan hubungan diantara pentadbiran  tertinggi FELDA dan  pemimpin peneroka kita supaya tiada jurang perbezaan diantara kita, selain itu ia juga dapat mewujudkan suasana harmoni dan hubungan akrab antara warga FELDA dalam menangani  setiap cabaran semasa... Dalam menjalinkan semangat silaturrahim dan menerapkan semangat bermusyawarah akan dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh rancangan. 

Pemimpin peneroka juga diberi peluang mengadakan soal jawab bersama Tan Sri dan pemimpin-pemimpin tertinggi Felda.... Apa yang pak lurah harap dengannya program ini sedikit sebanyak dapat memberi penjelasan kepada pemimpin - pemimpin di peringkat rancangan ..



Kehadiran Pemimpin Rancangan Wilayah Raja Alias


Ucapan Tan Sri Isa Dato' Abd Samad


Penyampaian Cenderahati Dari En Izham kepada Tan Sri Isa




Gambar-Gambar Jamuan Petang Pemimpin-Pemimpin Tertinggi Felda
Tuan Abidin dan Tuan Md Nor Kailany


En Izham Dan Dato' Ramli


Dato Dzulkifli bersama Dengan Tan Sri Isa Samad




Isnin, 7 Mac 2011

MENANTI TUNAS NYA BENIH DITAPAK SEMAIAN

SALAM BUAT SEMUA ,

Pagi   ini pak lurah besama tuan pengurus serta pegawai pentabiran felda palong 9 meninjau perkembangan kerja-kerja ditapak semaian ,apa yang saya lihat semuanya kerja-kerja berjalan mengikut jadual  setakat ini polybag yang telah di isi tanah sudah 250,000  sudah hampir separuh ,pak lurah difahamkan  kerja-kerja menanam tungul anak benih kayu getah akan mula ditanam dan dijangka anak boleh ditanam awal bulan jun 2011  kalau ini boleh dilakukan maka proses tanam semula felda mengikut jadual yang di tetapkan...


Lawatan Pak Lurah Bersama Kakitangan Rancangan Felda Palong 09



250,000 Ynag Telah Siap Di Isi dan Di jangka Di Tanam Anak2 Pokok Dalam Minggu Ini


Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan Kampung


Dari kiri :- En Salih Muhidin, Pak Lurah, Sdr Paijan Daud dan Sdr Mahadzir Aris