Sabtu, 22 Februari 2014

TITIAN KASIH TRASFOMARSASI MASYARAKAT



Bertemu kembali bersama Pak Lurah dalam program Titian kasih pada 22hb Februari 2014
Di Pejabat Astaka Felda Palong 9
Anjuran Kastam Di Raja Malaysia Dan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia Malaysia
Dengan Kerjasama:
Jabatan Belia Dan Sukan NS
Pejabat Belai Dan Sukan Daerah Jempol
Majlis Daerah Jempol dan
Pengurus Felda Raja Alias, Jempo


PEMULAAN PROGRAM 


10.00am - Aktiviti gotong-royong bersama masyarakat Felda Palong 9, 10, 11 dan 18 bersama-                  sama bergotong royong membuat persediaan dan persiapan untuk untuk menjayakan  program ini. Berkerjasama dalam menyusun kerusi menghias khemah , menyembelih 1 ekor lembu & menyembelih 2 ekor kambing dan membuat persediaan bahan-bahan menu  untuk memasak dan lain-lain kerja yang dibuat secara gotong royong dilakukan secara  harmoni dan kerjasama yang erat dengan  hubungan kasih sayang.

PROGRAM DI SEBELAH PETANG 

3.30pm - Aktiviti pertandingan memancing bersama-sama penduduk kampung yang berminat dalam              menyertai pertandingan ini. Hadiah yang disediakan berupa 10 hemper dan 3 hadiah barangan elektrik. Tujuan pertandingan memancing ini diadakan untuk mengeratkan lagi  hubungan silaturrahim antara penduduk kampung. Program ini berakhir pada pukul 5.00 petang.



8.00pm - Penduduk kampung dan para jemputan hadir ke jamuan makan malam yang disediakan.                 Alhamdulillah sambutan dan kehadiaran penduduk begitu menggalakan.
9.00pm - Majlis Perasmian dirasmikan  oleh YB Dato' Hj Lillah Bin Hj Yasin Adun kawasan                       Palong dan kehadiran Dato' untuk merasmikan program ini amatlah dihargai.
9.10pm - Ceramah berkaitan GSTyang disampaikan oleh pengarah kastam bekenaan GST bertujuan           memberi penjelasan dan penerangan tentang dasar-dasar kerajaan kepada penduduk khususnya                   warga felda .


9.45pm - Ucapan kata-kata aluan dari Tuan Wan Razali Pegawai Daerah Jempol yang mengucapkan            setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Dan Jabatan Pertubuhan Belia  Malaysia yang memberi kepercayaan kepada Pejabat Daerah Jempol untuk melaksanakan dan menjayakan program ini diperingkat Negeri Sembilan yang diadakan di Padang Astaka Felda Palong 9 dan mengucapkan ribuan terima kasih  kepada Othman Parman Dan Tuan pengurus En. Salleh Bin Muhidin serta kepimpinan peneroka Palong 9 dan semua penduduk yang menjayakan program ini dengan jayanya.



UCAPAN PERASMIAN OLEH YB DATO HJ LILLAH BIN HJ YASIN 
ADUN KAWASAN PALONG

Antara lain mengingatkan agar masyarikat warga felda terus bersatu ...dan sentiasa berganding bahu dalam menghadapai cabaran masa akan datang ,
sebagai wakil rakyat kawasan ini , saya mahu palong  yang dianggap sebuah kampung pendalaman jauh dari pekan dan bandar ,maju setandinging dengan kawasan yang lain...

kepada G2  saya berharap agar terus memberi sokongan kepada kerajaan  dan sekiranya ada permasalahan jemputlah datang kepejabat saya tiap-tiap hari khamis ..di Felda Palong 5 ...sekiranya tiada persidangan dewan...Insyaallah saya ada...

CERAMAH FORUM PERDANA 

Yang bertajuk DULU KU DITENDANG KINI KU DISAYANG dapat memukau penonton sehingga berjaya mengikat penonton hingga akhir. Ceramah pun tak bosan dan sentiasa membuat pononton hingga tak kering gusi. Ceramah  di sampaikan Oleh Ybhg Ustaz Halim Din.

Tetamu Yang Hadir
                                   
                                   
Penceramah




Khamis, 20 Februari 2014

MENITI TRANFORMASI KEARAH KECEMERLANGAN WARGA FELDA


Assalamualaikum
Wargaku Salam Perpaduan Salam Perjuangan
Dan Salam 1 Malaysia

BERTEMU KEMBALI

Lama ku tinggalkan halaman ini..
Kerana kesibukan tugas harian Pak Lurah , maka kesempatan  ini Pak Lurah ambil untuk mampir di sini... Pak Lurah  cuma mampu menulis di FB  sahaja untuk tugas-tugas harian.

TUGAS PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB

Pada tahun 2014 sekali lagi pak lurah telah di amanahkan untuk  memikul tangungjawab sebagai Ketua Peneroka Felda Palong 09 dan sekali lagi Pak Lurah telah  di amanahkan  menjadi Ketua Peneroka Negeri Sembilan..Tugas yang amat berat insyallah  Pak Lurah penuh yakin selagi amalan budaya berat sama di pikul ringan  sama dijinjing masih di amalkan dikalangan warga peneroka pastinya semua bisa diatur...

TAHUN BEKERJA

Bulan Pertama 2014 Pak Lurah  sudah pun selesai melawat 49 rancangan dalam Felda Negeri Sembilan Pak Lurah dapat menyelami kelebihan dan kekurangan rancangan yang dilawati .
Dari sudut kelebihan banyak lagi tanah kosong di kawasan rancangan tidak dapat di manafaatkan bagi tanaman sayur-sayuran ...peneroka sekarang lebih suka menanam kelapa sawit dan getah hingga aktivitinya sukar dikawal...Dari sudut kekurangan pula banyak rancangan yang memerlukan perhatian dari sudut perparitan longkang, jalan bangungan awam yang sudah usang terutama rumah kakitangan yang sekarang di lihat bergitu uzur nampaknya

Bulan Kedua Tumpuan pak lurah bersama Pengerusi Biro Ladang Wilayah melawat Rancangan tanam semula ...Perlu DIBERI PERHATIAN yang SANGAT SERIUS  agar tanam semula tidak gagal dan mengakibat peneroka ,anak & cucu peneroka menangung beban hutang dan kerugian disebabkan sikap sambil lewa dalam mengurus tanam semula ...

PENGELIBATAN BERSAMA

PENGURUS RANCANGAN  TPSB JKKR JKKK GPW MBFM
Hendak mengembeling tenaga bagi memastikan misi tanam semula berjaya
Pokok Getah & kelapa Sawit adalah BANK PENEROKA

Sekian dulu buat kali ini salam Pak Lurah



Melawat Kawasan Rancangan Bersama Wakil-Wakil Dari Wilayah

Tunas Baru Nak Tumbuh


Proses Penyiraman Terpaksa Dilakukan Kerana Sekarang Musim Kemarau



Bersama Pengurus Besar Teknoplant dan Ketua Kampung Rancangan Melawat Kawasan Ladang

Ahad, 6 Januari 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

                                                   ASSALAMUALAIKUM
KEPADA
WARGA KU DAN RAKAN KU ,
TELAH LAMA HALAMAN INI PAK LURAH TINGGALKAN ,
TERASA HARI INI PAK LURAH JENGUK KEMBALI

KESIBUKAN TUGAS HARIAN HINGGA TAK SEMPAT UNTUK MENCORITKAN NUKILAN DISINI ,HANYALAH SABAN HARI KU PAPAPAR NUKILAN PENDEK DAN GAMBAR DI-FB
SEMPENA TAHUN BARU  PAK LURAH MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU SEMUGA ANDA SEMUA CERIA ...

Khamis, 20 Oktober 2011

KISAH IBU TUNGGAL YANG SETIANYA HINGGA KE-AKHIR HAYAT

UMI KALSUM BINTI HAMAD 
DENGAN PASANGAN NYA..
HJ PARMAN BIN TAMSIR



Hj Parman  Bin tamsir 
Dilahirkan di kampung Parit  Raja Gersek Muar Johor.  Pada 1949 beliau telah mendirikan rumahtangga bersama pasanganya Umi Kalsom Bin Ahmad  yang berasal dari Kampung Serom 3 Sungai Mati Muar...ketika itu Umi  berumur 17 tahun dan Parman pula berumur 23 tahun.


UNTUK MEMULAKAN  PENGIHIDUPAN 

Hj Parman  mengambil keputusan untuk membina  sebuah rumah  di Serom 3 dan bertugas sebagai NGO ( Noreh Getah Orang )Pernah juga bertugas  sebagai AC  yang ditugaskan digunung ledang... Selepas perang Jepun kehidupan mereka kais pagi makan pagi ,dan kais petang makan petang  malam sahaja mereka tidak berkais kerana zaman itu banyak kominis , Maghrib  sahaja mereka tidak membenarkan  anak-anaknya keluar antara ayat yang digunakan  OJO METU MAGRIB-MAGRIB YO!!ONO WAL WOO NAK JAWIL GOWO...,apabila mendengar  kata -kata itu budak-budak pun gementar mendengarnya semuanya kecut perut....dan  semuanya duduk dirumah tapi kehidupan mereka cukup bahagia walaupun keadaan saat itu cukup daif sekali, itulah yang di ceritakan oleh kakak umi iaitu Salamah Binti Ahmad

ZAINAB BINTI PARMAN 
Kehidupan mereka mula di duga apabila anak mereka yang no 2  ketika itu berusia 10 tahun  yang  tiba-tiba demam panas. Pada zaman itu masyarakat melayu kita lebih mempercayai bomoh dari doktor lalu pasangan ini berjumpa dengan bomoh yang di gelar Busu Gondong dari Serom 3 tapi sayang Allah lebih menyanyanginya... Ujar bomoh " anak mu wes kasep "... Al - Fatihah  

BERITA YANG MENGEMPARKAN 
Pada masa itu orang yang begelar pertani  pantang mendengar  ada kawasan yang nak di-buka lalu segera bertanya di mana ? Rakan-rakannya berkata ,kabarnya. terdapat satu tanah ceroboh untuk buka kebun di Murni Jaya Layang-Layang Johor maka sekumpulan pakatan Jawa dari Serom 3 dan 4  telah pergi ke sana. Parman pun turut serta dan mengambil keputusan untuk berhijrah dan hanya mapu berda di serom cuma 11 tahun sahaja...

PADA 1962 HJ.PARMAN MEMULAKAN HIDUP BARU
Dengan berbekal  kapak geraji parang Parman bersama rakan-rakannya  membuka kawasan hutan belantara untuk dijadikan kawasan rumah dan kebun...  Gajah, harimau dan binatang buas lain menjadi musuh mereka sehinggakan ketika itu sejarahnya keluar di surat kahbar.


KERJA HARIAN HJ.PARMAN
Sebelah pagi Hj parman menoreh di kebun orang yang tidak berapa jauh dari rumahnya( Ladang Cina ) pada sebelah petang pula kerjanya berkebun menanam ubi, nenas, keladi, kentang jambut, keledek dan lain-lain lagi.. Alhamdulilah ke semunya subur almaklumlah tanah baru.. Sebelah malam pula Parman mengajar agama dan meurut rakan-rakanya  Hj Parman adalah bekas murid Pak Kiayi Samsuddin maka ramaila orang yang suka kerana sikap keperibadian yang ada dalam diri Hj.Parman, seperti ringan tulang dan orangnya berbudi bahasa.. Bila ramai yang suka ada juga yang membenci  ..

PARMAN JATUH SAKIT 
Ketika anaknya 8 orang  masih kecil-kecil lagi,  yang sulung  baru berumur  15 tahun dan yang bongsu  berumur 1 tahun  beliau telah jatuh sakit.. Orang kampung memanggil sakit Busung. Saya masih terbayang ketika itu untuk membawanya keluar dari rumah ke jalan raya lebih kurang 2 kilometer berjalan kaki melalui paya dan menyeberangi sungai menggunakan sebatang kayu yang di jadikan titi. Hj.Parman di pikul oleh orang-orang kampung di naikan teksi untuk di bawa pulang ke kampung halamanya di Parit Raja Gersik Muar Johor.. Setiba di rumah bapanya Tamsir Bin Wahab Hj.Parman di carikan tabib bagi tujuan mengubat penyakitnya.. Perutnya semakin hari semakin membesar lalu keluarga mengambil keputusan untuk membawa Hj. Parman ke Hospital Muar... Doktor yang merawat Hj  Parman mengambil keputusan untuk menjalankan pembedahan  tapi Allah lebih menyayanginya...Hj. Parman pergi buat selamanya meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil dan belum mengerti. Bersemadilah Hj Parman di Tanah Perkuburan Kg Tiong Baru Muar Johor..

UMI  KALSOM BINTI AHMAD   MENJADI IBU TUNGGAL 
Bermula lah kehidupan Umi sebagai ibu tunggal dengan 8 orang anak-anaknya yang masih lagi kecil.. Menangis anak-anaknya apabila diberi pada orang cuma yang no 2 sahaja iaitu Ithnin Bin Parman di bela oleh ibu saudaranya Tuminem Binti  Tamsir yang tinggal di Kg Jawa Panchor. Umi telah mengambil keputusan untuk tinggal di Serom 3 dan tinggal bersama adiknya iaitu Wan Bin Ahmad.. Kehidupan adiknya cukup daif pada ketika itu kerana anak-anak yang ramai dan bertembung pula dengan anak- anak Umi maka terjadila  peristiwa makan berebut-rebut, mandi sahaja yang tidak berebut  masing-masing boleh terjun kolam air masam... Melihat keaadan Umi pada ketika itu maka ramaila orang-orang datang membantu membina sebuah rumah kecil  yang di pangil (Gobok )umntuk di jadikan tempat berteduh, ada juga yang cuba ingin mengambil Umi sebagai isteri tapi pendirian Umi hanya SATU, semangat dan kesetianya hanya (SUWIJI ) satu tiada yang lain untuk selamanya.Umi Kalsom bersama anaknya yang sulong mengambil tugas untuk bekerja mengambil upah menoreh getah orang di Serom .1.  yang berpendapatan pada ketika itu sekitar 1.50 sen sahaja.hendak menyara anak yang masih kecil  dan semuanya sedang membesar  kuat makan  umi hanya mambu berdoa dan menangis  semuga allah  memberi hidayah  untuk dia terus membesarkan anak-anaknya...dengan keadaan yang dialami maka. Umi hanya mampu bertahan selama 2 tahun sahaja lalu mengambil keputusan untuk kembali di Murni Jaya Layang-Layang Johor menyambung usaha-usaha yang di tinggalkan oleh Arwah Hj Parman.. Umi berazam untuk membesarkan anak-anaknya dengan berbekalkan maruah dan harga diri...hendak menyekolahkan Umi tak mampu  masa itu  kerajaan   belum  apa apa bantuan  .tidak macam  orang sekarang ....setidak-tidak nya JKM akan tampil membantu  .dulu terpaksa Umi tanggung sendiri.....

PADA TAHUN 1970  UMI KALSOM  PULANG KE MURNI JAYA LAYANG JOHOR...
Dengan semangat baru, ibu tunggal ini bertekad menyambung cita-cita arwah suaminya untuk berkebun.. Pada ketika itu rumah tiada lagi maka Umi menumpang di rumah kakaknya Salmah Binti Ahmad.. Sama seperti di rumah Adiknya Wan, kakaknya juga mempunyai anak-anak yang ramai dan Umi hanya betah bertahan selama 1 bulan sahaja .. Ramai yang sudi membantu terutama orang-orang kampung, membuatkan rumah semtara di belakang Balai Kampung Murni Jaya cukupla memadai buat kami semua untuk berteduh... Anak yang sulung sudah mula bekerja dari estet ke CRP dan pergi ke Bukit Badak Kelinggo.. Lebih kurang setahun maka pulangla semula Umi ke Kg Seri Muar untuk memulakan penghidupan baru bersama anak-anak.. Dapatla berkumpul menjadi 1 keluarga yang bahagia... Umi mendidik anak-anak bagaimana untuk bekerja dan juga mendidik anak-anak menjaga diri dan maruah harga diri.. Selain itu Umi menerapkan semangat keyakinan diri dalam setiap anak-anakya...




Gambar Umi Bersama Anak-Anaknya
Dari kiri berdiri : Muhamad, Ithnin, Othman, Ali, Daud
                     Duduk Dari Kiri : Siti Asiah, Umi, Saniah, Kamisah                                      

ANAK ANAKNYA ~

  1. Muhamad Bin Parman                                                                                                                     Seorang Peneroka Felda, tinggal di Felda Tunggal Kota Tinggi Johor dan kini memegang jawatan sebagai ketua blok
  2. Itnin Bin Parman                                                                                                                      Bekerja sebagau Penyelia di sebuah Kilang di Kulai dan telah bersara.. Bekerja sambilan di kilang kerepek ubi milik penguasa tempatan di Kampung Seri Muar
  3. Othman Bin Parman                                                                                                                      Menjadi seorang peneroka Felda dan memegang jawatan sebagai Ketua Peneroka Negeri Sembilan merangkap AJK UMNO Bahagian dan lain-lain jawatan dalam NGO. Mempunyai Facebook dan seorang bloggers   
  4. Ali Bin Parman                                                                                                                           Menjadi petani dan memiliki kebun sendiri
  5. Siti Asiah Binti Parman                                                                                                                   Menjalankan perniagaan runcit bersama suami di Felda Ulu Pengeli, Kluang Johor
  6. Saniah Binti Parman                                                                                                          Mengikut suami tinggal di Pontian Johor berkerja di sebuah kilang swasta
  7. Kamisah Binti Parman                                                                                                               Mengikut suami dan tinggal di Felda Layang-Layang Johor
  8. Mohd Daud Bin Parman                                                                                                       Menetap di Kg Seri Muar Murna Jaya Layang-Layang Johor bekerja sebagi pembantu khas Adun Kawasan Kulai dan menyadang jawatan sebagai Ketua UMNO Cawangan dan Ajk UMNO Bahagian.                                                                                                                                                                                                                                  
Saya Othman Bin Hj Parman  (pak Lurah )mewakili anak-anak Umi Kalsom Binti Ahmad merasa bangga kerana mempunyai ibu yang baik menjaga kami  walaupun ibu saya seorang buta huruf tapi beliau mempunyai hati yang terang, berjiwa besar, SUWIJI  kesetiaan yang satu dan cekal menghadapi ujian dari Allah... Semoga Beliau terus menjadi kebanggaan kami adik beradik dan anak cucu cicit dalam mengharungi kehidupan yang mendatang... Semoga Allah memanjangkan usia beliau dengan memberi kesihatan yang berpenjangan... Amin


Terima Kasih Mak....

Isnin, 10 Oktober 2011

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG BLOG PAK LURAH

Salam  buat rakan yang sudi berkunjung dihalaman ini
pak lurah mohon maaf kerana  tiada masa kelapangan untuk menulis coritan berita untuk dikongsi bersama dihalaman ini ,kerana banyak kerja yang terpakasa di buat,  banyak perogran  hendaklah dihadiri dan banyak jemputan wajib dipenuhi....
pak lurah merakam ribuan terima kasih kerana anda masih sudi menjengah dan melawat .laman ini ...

Rabu, 7 September 2011

NUKILAN KISAH SEORANG ANAK NGO


Dahulu  aku adalah seorang anak pertani  bapa ku saorang NGO, yang bermaksud ( noreh getah orang  ) yang luasnya kata orang kampong ku sekangkang kera..adik beradik ramai 9 orang ,kerana ketika itu lampu elektrik tak ada,  tv tak ada jadi anak-anak cepat tidur ,pernah Aku mendengar  ibu ku berkata-kata dimalam gelap diantara , masih terpahat dalam ingatan ku  yang berbunyi begini ..kata ibu ku "pak a 1 tahun jebrol 1 engko 1 tahun jebro1  kito  mangan  pil perancang keluarga... wahe yo pak A engko nak wes ramae  sopo arep ngaki mangan anak A kito" ,bapa ku menjawab.." ojo susah mak a janane pak keyaie setiap sing urip ono rezekine dewe-dewe  setiap baye sing lahir 1 ono bapak sing ngogoh 5" .dalam memeliara anak yang ramai bapa ku tidak mampu untuk menyekolah kan aku seperti kawan kawan ku yang lain ramai menjadi guru dan pegawai kerajaan , pada sautu hari  bapa ku mendekati aku lalu berkata " Ojo susah susah Os ngesok anger kueh wes gedi rabi wahe sijil enter masok felda kambek resid yuran UMNO"...aku terpinga-terpinga mendengar kata itu  tertapi setelah 55 tahun  baru aku tahu kata bapa ku betul dalam membuat pecaturan untuk anak-anak nya  abang ku yang tua  masuk felda, adik ku dua-dua perempuan masuk  felda... Apabila  aku banding kan apabila pulang hari raya ternyata yang duduk di Felda lebih bergaya daripada yang makan gaji......syukur kepada Allah aku telah mendengar pesan arwah bapak ku Al fatihah.... semoga rohnya dicucuri rahamat dari Allah.... Felda aku bangga menjadi Warga mu 



ini lah gambar kelurga ku  dari  kiri  yang tua Mohd  ,ithnin , othman , ali , mohd daud ,maimunah , (Umi ibu ) saniah ,kamisah ..

Jumaat, 20 Mei 2011

LAWATAN KE JOHOR DI-7 RANCANGAN DI-LAWATI

BERTEMU BUAT SEMUA ,
KALI INI PAK LURAH INGIN MENCERITAKAN  SEPANJANG DUA HARI LAWATAN
PAK LURAH DALAM MENGIKUTI ROMBONGAN  PENILAIAN AKKF

PERTAMA
PAK LURAH  disambut untuk makan malam disebuah  feri dibawa menikmati makanan  laut dan melihat  keindah malam yang amat mengagumkan , kunang-kunang terbang.... malam kami di bawa menyelusuri hutan kayu bakau dalam kegelapan malam  tapi seronok sambil berkaroke

Boleh Berkaraoke dan Melihat Kunang2

Makan Di atas Feri Bersama En Abidin Dan Rakan2

JAM 12 malam
Pak lurah  dibawa menginap disebuah hotel di Desaru  ketika pak lurah bujang tempat ini belum lagi dibangunkan tapi sekarang tempat ini pesat membangun, banyak hotel didirikan terasa kagum juga lah  maklumlah dah lama tak datang....
Tempat Pak Lurah Menginap Sepanjang Berada Di Johor



PAGI JAM 630 pagi
Pak lurah bersiap siap awal walau waktu makan jam 7 pagi pak lurah dan samsuddin sempat pergi kepantai untuk mengambil angin laut waktu menantinya terbit sang matahari,  rupa rupa ramai juga yang menunggu terbitnya matahari cantik kalau di rakam ...




Samsudin rakan Pak Lurah pun tidak ketinggalan Bergambar Kenangan

Jam 7.00 pak lurah bersarapan,  pagi itu tak selera mahu makan kerana tak biasa kalau di rumah minum secawan kopi o atau teh o dan kuih 1 di hotel macam -macam Ada...oleh kerana tak tahu nak pilih ,pak lurah serapan kentang goreng hoddog  dan buah semangka.




JAM 745 pagi
pak lurah dan rombongan pun menuju Ke Felda Tunggal ,setibanya kami di sana kami disambut dengan paluan kompang dan pertunjukan silat tekwando terasa meremang juga bulu roma dengan sambutan yang sebegitu., kami disajikan dengan jamuan minum dan sarapan pagi dan kami juga di hiburkan dengan tarian zapin johor....
kami juga di bawa melawat  pasukan bomba sukarelawan  dan rela dan terus dibawa melawat pesekitaran kampung pada hari itu...

Inilah Felda Tunggal




HARI KEDUA
Pak lurah melawat 3 rancangan yang pertama rancangan Felda Keledang  rancangan yang telah mengondol gelaran 1Juta yang telah dimenengi 2010 kami masuk simpang  telah di sambut oleh remaja bermotor dan radiocar polis yang membawa kami ke dewan... setibanya kami di sambut dengan meriah sekali dengan sajian lagu-lagu ghazal memang menghiburkan... setelah kami menikmati jamuan kami di bawa melawat kampung  yang di sebut kampung dalam taman apa yang pak lurah ingin katakan disini tercapailah impian PM untuk menjadikan warga Felda Komuniti contoh masyarakat luar bandar tercapai sekiranya warga felda semua menyahut seruannya.....
Pak lurah meneruskan perjalanan lawatan ke Felda Semencu dan Felda Air Tawar 3 semuanya yang dilawat rata-rata nya semua hebat-hebat belaka ...kalau rancangan lain untuk meniru dan mengambil gelaran yang dimiliki mereka mesti ada pekara berikut :-

PERTAMA : Bersatu kita teguh kalau becerai kita roboh
KEDUA      : Kita tidak berusha seorang, Ahli Keluarga, Jiran Tetangga, Masyarakat Blok, JKKK@ JKKR Pentadbiran Rancangan, Jabatan Kerajaan, Wakil Rakyat, Ahli Parlimen dan Semuanya hendak lah berganding bahu untuk menjayakan dan memajukan rancangan ...  Pada sesiapa yang ingin melihat gambar - gambar yang lain boleh la ke Facebook Pak lurah Othman Parman