
KONSEP EGF ( PALONG 9 ) SUDAH MULA MENGELUARKAN HASIL
Sepertimana kata Pak Lurah dalam cerahmahnya berbunyi, “ Barang siapa yang mengenali akan daku, aku adalah sebatang pokok tumbuh-tumbuhan,sayur-sayuran yang hidup dan mati. Maka akan aku balas jasa dan bakti melalui akar-akarku, batang tubuhku dan daun-daun ku serta buah-buah ku untuk di nikmati oleh yang mengerti”.
Rumah-rumah peneroka Felda Palong 9 telah pun mula di hiasi dengan tanaman-tanaman sayuran dan telah pun mula berbuah dan dijangka mengeluarkan hasil pada 28hb Febuari ini. Pagola menjadi identity penghias rumah peneroka untuk taman dapur supaya ia kelihatan cantik dan menarik.
Cili Kulai adalah antara tanaman wajib yang diarahkan oleh pentadbiran Felda selain daripada itu, peneroka juga menanam lain-lain tanaman seperti, serai, kunyit, timun, halia, pegaga, bendi, terung, sawi, kangkong, kobis dan lain-lain lagi. Bekalan benih-benih ini boleh didapati di tapak semaian untuk taman dapur ( Eidble Garden ) di Felda Palong 9 yang diusahakan oleh Pak Lurah Sendiri. Usaha ini, adalah bagi menggalakan peneroka-peneroka bukan sahaja di Felda Palong 9 bahkan seluruh wilayah raja alias untuk bersama-sama menyahut seruan TPM untuk menjadikan Felda contoh kepada masyarakat luar Bandar.
Saranan Pak Lurah kepada peneroka melalui sebuah pantun yang berbunyi :-
“FELDA SELALU MENOLONG PENEROKA,
SABAN TAHUN DI BAYAR DIVEDEN,
AYUH BANGKIT WAHAI PENEROKA,
KITA JAYAKAN EIDBLE GARDEN”