Rabu, 28 Oktober 2009
TUGAS HARIAN KU
KEMBARA SERANTA(FELDA) & JELAJAH IKON 2009
PADA HARA INI : 28 OKT 2009.
MASA: 230 Ptg.
TEMPAT: Balai Raya Palong II
Satu mesyuarat di adakan bagi membincang kan satu program kembara seranta (felda ) & Jelajah Ikon 2009 peringkat wilayah raja Alias yang akan diadakan pada 31 okt 2009 (sabtu) Hingga 01 Nov 2009 (Ahad) bertempat di felda palong 11 Turut hadir Yb Dato' Aziz Bin Samsuddin Adun kawasan palong Wakil pengurus besar WRA Pengurus pengurus Tim pengurusi JKKR JKKK wakil jabatan pegawai seranta GPW Wakil belia ,mesyuarat di pengurusikan oleh
En Jamaludin Bin Wahab penolong pegawai seranta Negeri Sembilan....
Tentatif program yang akan berlangsung selama 2 hari bermula 31hb oktober - 1 nov...
31hb ( Sabtu )
8.00pg :- Pendaftaran peserta, penyerahan keluarga angkat pelajar dan PERSADA, pelancaran program jelajah ikon oleh Dato' Zulkifli dan pertandingan sukan..
2.00ptg :- Pertandingan kompang berirama,dan program motivasi pelajar oleh pengarah serantah.
5.00ptg :- Pertandingan sukan
9.00mlm :- Ceramah agama di padang awam Felda Palong 11
1hb Nov ( Ahad )
9.00pg :- Pameran/ gerai jualan,pertandingan sukan dan bengkel motivasi pelajar oleh Seranta
2.00ptg :- Motivasi pelajar bersama ibu bapa oleh Datin Paduka Syarifah Mazlina
9.00mlm :- Perasmian penutup, ucapan perasmian, ucapan penyerahan keluarga angkat pelajar dan PERSADA, dan penyampaian hadiah dan cenderamata
pak lurah harap program yang julong julong kali diadakan di rancangan tanah felda dapat menyuntik semangat belia belia rancang bangkit mengejar cita cita, bangun memburu impian dan harapan agar belia belia felda setanding dengan belia.. yang maju di luar sana,
Sekian sahaja untuk kali ini, Salam Pak Lurah
Isnin, 26 Oktober 2009
DIALOG BERSAMA MENTERI
KEDUA :- Ketirisan sistem pentabiran kususnya jabatan haiwan
KETIGA: - Pinjaman pembesaran rumah warga peneroka diberi keutamaan yang memerlukan .
Dikuti oleh pertanyaan seterusnya oleh En Mad Zin Bin Baba Adik Gafar baba.
PERTAMA:- Kop peneroka diberi keutamaan kerja kerja di kawasan setempat.
KEDUA:- Memohon Felda memulangkan semula wang baki Rm 5000.00
KETIGA:- Menolak Tecnoplant sebagai Agensi pelaksana tanam semula.
KEMPAT:- Pinjaman sara hidup peneroka ditambah dari Rm 1500 kepada 25oo sebulan.
Pertanyaan menyusul lagi kali ini datang dari palong 7 En Amir ketua cawangan .
PERTAMA:- beliau menyarankan rumah generasi kedua di bina di rancangan sedia ada.
KEDUA:- Masalah bekalan Air di kawasan palong terutama di Felda palong 7 dan 8 .
KETIGA:- Kekurangan guru terlatih di kawasan Felda perlu di ambil perhatian.
KEMPAT:- Pengagihan hasil dari 149 lot lot kosong di beri kepada kop seperti janji MBNS.
KELIMA:- Tuntutan Janji gelangang futsal bernilai 3 juta yang di umumkan di serting hilir.
KENAM: - Masalah longkang dan sistem peparitan di kawasan kampung perlu diambil perhatian
KETUJUH:- Isu belia dalam tanah rancangan perlu diambil perhatian yang serius.
Pertanyaan menyusul lagi kali ini dari tuan rumah En Md Nor Irman @(bang Atan )
Pak lurah mohon maaf kerana tidak dapat menyuarakan pandangan kerana memberi peluang kepada rakan rakan yang lain insayallah mana yang tertinggal pak lurah akan terus membisikan ke pengatuan pihak yang berkenaan kepada Yb Dato' Hj Ahmad Bin Maslam pak lurah mewakili warga WRA mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga diatas kesudian datang dan mendengar rintihan serta permasalahan yang dibangkitkan semoga semuanya diambil perhatian....
PANTUN BUAT MU PERJUANG.
DATANG JAUH DARI PONTIAN
CINTA MENUSUK DISANUBARIKERANA MASALAH KAMI DIAMBIL PERHATIAN
Ahad, 25 Oktober 2009
ISTIADAT PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA YANG DI PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN..
.jpg)
PADA :26 0KT 2009 BALAIRONG SERI ISTANA BESAR SERI MENANTISEMBAH TAKZIM DARIPADA :OTHMAN BIN HJ PARMAN ( PAK LURAH) DAN WARGA FELDA W.R.A..SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN..TUANKU MUHRIZ IBNI AL-MARHUM TUANKU MUNAWIR

MAJLIS BERSAMA TIM .MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DATO. HJ AHMAD BIN MASLAN
Jam 9:00 pagi pak lurah bersama samsudin pergi untuk mehadiri satu majlis pemimpin bersama rakyat yang di jadualkan bermula jam 10:30 pagi bertempat didewan orang ramai jempol ini selalu mengelirukan, pak lurah pun pergi ke pejabat dearah jempol setelah menunggu sekian lama, jaga pun tanya kepada pak lurah, tunggu apa En ? bukankah ini hari ada perjumpaan disini tanya pak lurah, jawab jaga bukan disini tapi didewan majlis dearah bahau, nasib baik jaga tanya kalau tidak pak lurah terlepas program bersama Tim Menteri..kepada pemberitahu tolong bagi maklumat yang betul kerana sudah 3 kali pak lurah salah tempat bukan pak lurah seorang yang sesat tapi ramai..Jam 11:40 pg Yb Dato' Hj Ahmad Maslam pun tiba ramai di kalangan Ajk Bhg Wanita, pemuda, puteri, cuma ketua wanita tak dapat hadir kerana menunaikan fardu haji dimekah..ketua pemuda pun tidak dapat hadir kerana ada program yang telah diatur terlebih awal..Sedihnya ketua puteri yang sedang sakit sekarang berada di wad hospital kuala pilah, majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh al-fadil ust Asnan Ajk Bhg . majlis diteruskan dengan ucapan ketua penerangan jempol En.Harudin Tambi antara lain ucapan beliau terkejut apabila dipanggil memberi ucapan setiausaha saja ingin perkenakan saya tapi pandangan pak lurah En Harudin Tambi mampu memikul tanggungjawab sebagai ketua penerangan sebab itulah setiausaha bagi beliau berucap, ucapannya menarik ada kelakar terhibur mendengarnya majlis diteruskan lagi, kali ini ucapan Yb Dato'Hj lillah Bin Hj Yassin ketua Umno Bhg Jempol merangkap ahli parlimen .
Antara lain beliau menyarankan agar ahli Umno terus bersatu memikul amanah persedin pati yang mahu ahli umno berubah sekiranya tidak mahu rebah umno mesti di pertahankan kerana umno sahaja pati yang memperjuangkan dan membela nasib, masa depan orang-orang melayu,beliau juga mengingatkan ahli umno agar jangan leka kerana masa dua tahun tidak lama untuk kita menghadapi pilihan raya..beliau mengingatkan pemimpin umno agar menjalankan kutipan yuran ahli kerana buat masa ini belum ada arahan dari ibu pejabat pati yang mengatakan yuran Rm 2.00 dua Ringgit sahaja seumur hidup dah dikuat kuasakan, nanti kalau ada arahan kita ikut ,dan akhirnya kepada warga felda beliau sentiasa membangkitkan masalah dan keperluan yang dihadapi keluarga felda dan akan membawa terus keparlimen....
majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yb Dato' Hj Ahmad Bin Maslam beliau melahirkan kegembiraan kerana dapat bertemu dengan ahli umno jempol yang dipimpin oleh Yb Dato'Hj Lillah dan terima kasih diatas undangan, beliau seterusnya menyampaikan ceramah yang diberi tajuk satu malaysia rakyat didulukan pritasi diutamakan, banyaklah huruf-huruf dijadikan selogen dan panduan, dalam kita menjalin penghidupan dan kemersaan dalam kita memburu kebahagiaan dan kemewahan dalam kita mencari keimanan dan ketenangan itulah keistimawaan Yb Dato' Ahmad Bin Maslan, Tim Menteri Di Jabatan perdana Menteri,kami warga jempol sayang kat Yb Dato'...........salam pak lurah jumpa lagi di felda palong 3, jam 3:00 petang padang awam..

Jumaat, 23 Oktober 2009
KURSUS PROTOKOL & ETIKET SOSIAL
DALAM KURSUS DUA HARI PADA.
TARIKH: 22-23 OKTOBER 2009
TEMPAT:MITC, Ancasa Hotel Melaka.
Felda Wilayah Raja Alias Telah berjaya menganjur kan kursus protokol & etiket sosial kepada pengurus & pegawai kanan . Timbalan Pengerusi JKKR /Pengerusi JKKK/ Pengrusi GPW berobjektifkan ,Memberi pengetahuan kepada peserta berkaitan amalan protokol dalam sesuatu majlis. Membina dan meningkat kan imej dan ketrampilan diri berlandaskan kepada nilai dan Etiket Sosial...Banyak pekara baru yang telah di pelajari sesungguhnya dalam kehidupan banyak pekara yang kita harus tahu ada kelebihan ini ada kekurangan itu,yang penting kita belajar tanpa jemu jemu .....pak lurah akan sertakan INFO dan malumat selanjutnya dalam kursus protokol &Etket Sosial jumpa lagi salam pak lurah...


Khamis, 22 Oktober 2009
Perjalanan Ku.....




Selasa, 20 Oktober 2009
TAKLIMAT KHAS PROGRAM 24 OKT 2009 .
PADA 20 OKT 2009.
MASA :10 Pgi
TEMPAT: DI PEJABAT PARLIMEN JEMPOL
Satu taklimat khas diadakan bagi membincang kan program pemimpin bersama rakyat tetamu undangan Yb Dato'Ahmad maslam Tim Menteri Di jabatan perdana Menteri yang di jadualkan hadir pada 24 okt 2009 pagi 10 pagi di dewan pejabat daerah Jempol bersama sap kepimpinan UMNO bahagian Jempol, dan sebelah petang jam 3 ptg . di padang awam Felda palong 3 jemputan semua warga Felda di jemput hadir .
Pak lurah berharap kesempatan ini diambil semua lapisan masyarakat tak kira warga peneroka /wati belia /wanis ... agar dapat melapang kan masa untuk sama menyumbang kehadiran agar bisikan suara kita didengar gerak geri dipandang .
dan masalah diambil perhatian ....
Tak guna kerajaan meluang kan selogan yang indah kalau rakyat nya asyik baling batu sembunyi tangan.. ayuh...lah kita bangun ! dan bangkit kemas kan diri berjalan seiring sehayun selenggang agar misi penubuhan Felda akan terus subur dulu kini dan selamanya..... sekian...salam pak lurah
Isnin, 19 Oktober 2009
PERJALANAN DAN TUGAS HARIAN KU...
Jam 800 pagi bermula langkah ku. menuju serting pertama pergi ke pejabat FESB bertemu dengan para pegawai borak - borak tentang kerja...kemudian lalu keluar dari pejabat beselisih dengan kakak dari unit usahawan yang menggamit gamit pak lurah dan memberi tahu tentang beg yang mereka jumpa dalam bilik mesyuarat,sawari alangkah gembira nya hati ini sudah hampir dua minggu beg yang mengandungi dokumen penting hilang ucapan setinggi terima kasih kepada unit usahawan kerana memberi pak lurah kegembiraan...
Perjalanan seterusnya ke batu kikir majlis jamuan hari raya anjuran pertubuhan persatuan peladang daerah Jempol ramai yang hadir . pak lurah meneruskan perjalanan ke kampung bayai baru bapa kepada pemandu Yb Dato'Hj Lillah Bin Hj Yassin telah kembali kerahmatullah Al fatihah , sebentar di sana terus pergi ke pejabat W R A untuk menghadiri mesyuarat Exco jkkr Gabungan Jam 630 ptg pak lurah pulang ke rumah ... cukup di sini coretan yang dapat ditulis pada hari ini salam pak lurah


Ahad, 18 Oktober 2009
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR.....
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada Yb Dato Hj lillah Bin Hj Yasin Ahli Parlimen Jempol, Kakitangan dari jabatan jabatan, pengurus -pengurus rancangan bersama timbalan pengerusi, peneroka dan peneroka wati dari semua FELDA yang datang dan kepada mambang DiGi iaitu En Samsudin, En Samsul, En Iksan dan rakan2..... kerana berjaya menyempurnakan program pelancaran .laman blok pak lurah dan melantik pak lurah menjadikan ketua kampung DiGi terima kasih di atas kepercayaan yang di beri pak lurah akan memikul tanggungjawab dengan sebaik mungkin......
KEPADA YANG HADIR PAK LURAH UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KALAU ADA KEKURANGAN MOHON MAAF
SALAM PAK LURAH , JUMPA LAGI
Sabtu, 17 Oktober 2009
PELANCARAN LAMAN BLOG PAK LURAH FELDA PALONG 9
Felda Palong 9 yang diterajui oleh Pak Lurah kini maju setapak kehadapan bagi menyahut seruan kerajaan melahirkan generasi yang celik ICT/ Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Felda Palong 9 kini boleh di capai atau dilihat dari seluruh dunia.
Justeru itu Pak Lurah mengajak Belia-Belia dan Seluruh Warga Felda menggunakan laman Blog ini bagi memberi pandangan serta idea bagi menangani tanggapan negatif masyarakat luar bandar terhadap Felda. Bahawasanya masyarakat Felda tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dan kemajuan dunia ICT.
Dengan kewujudan laman blog ini, semoga segala pandangan atau masalah serta teguran dapat disalurkan melalui laman blog ini.
Salam Pak Lurah buat semua, dan Terima Kasih.

Juadah Sambutan Hari Raya Felda Palong 9.

kelapa.

bergotong-royong.

dalam program ini.


Terima Kasih Buat Semua Petugas-Petugas Warga Palong 9,10,11 & 18 dan tidak lupa warga kerja DIGI telah yang Menjayakan Majlis Ini.
Akhir kata, Pantun Pak Lurah:
Maafkan saya si ikan duri,
Kerana tertimpa sebatang titi,
Takkan ku sanggup mencari ganti,
Kerana Mambang digi dah berkenan di hati.
Rabu, 14 Oktober 2009
SEKITAR MESYUARAT AGUNG UMNO 2009
Sebagai ahli UMNO perhimpunan agung adalah saat yang ditunggu tunggu untuk menentukan hala tuju perjuangan seterusnya , sama ada UMNO masih menjadi sebuah parti pilihan orang orang melayu atau sebaliknya... Bermacam macam tanggapan di lemparkan terutama orang orang yang tidak mahu UMNO terus gagah dan berpengaruh,tapi bagi pandangan pak lurah dan orang orang yang waras tiada parti lain yang hebat selain parti UMNO dulu kini dan selamanya.... Setelah mendengar ucapan dasar persiden ada setengahnya menitiskan air mata termasuk lah pak lurah dulu di dewan yang mulia ini pernah pak lurah menitiskan air mata ketika TUN M mengumumkan peletakan jawatan dan mengatakan DAH LAMA DAH pak lurah merasakan pak lurah orang yang paling bertuah kerana apa?dulu pak lurah menitiskan air mata ketika itu UMNO gagah dan sekarang pak lurah menitiskan a



MESYUARAT JKPP DAN JAMUAN HARI RAYA YBHG DATO' DZULKIFLI BIN WAHAB
Pada 12/13 Okt 2009 dua majlis telah di adakan di ibu pejabat Felda kuala lumpur... pak lurah pun pergi seorang diri badan terasa penat dan letih terpaksa harungi kerana tugasan amanah menjadi seorang pemimpin , kebetulan pada hari itu mood tengah kurang baik beg yang mengandungi dokumen penting seperti buku cek dan lesen serta barang barang penting telah hilang... Pada petang itu juga ada perjumpaan khas dengan Timbalan pengurus besar operasi Tn HJ.Abidin Abd Rahman bagi membincangkan dasar Felda untuk dilaksanakan di peringkat rancangan pak lurah tak dapat sampai pada tarikh dan masa yang ditetapkan , mohon maaf banyak banyak..
Hari kedua mesyuarat JKPP yang pertama diadakan di bawah pentabiran pengarah besar Ybhg Dato'Dzulkifli Wahab banyak pekara pekara yang di bangkit termasuk lah soal keselamatan dalam masyarakat warga Felda yang merasa sudah tidak aman lagi justeru itu beliau merayu pemimpin pemimpin memberi sokongan yang tidak berbelah bagi dalam menangani gejala yang semangkin membimbangkan dan beliau seterusnya menyarankan agar semua kepimpinan warga Felda menyahut seruan PM yang mahu menjadikan FELDA gedung makanan negara ini perlu diambil serius......sebelah malamnya majlis jamuan hari raya yang dianjurkan oleh pengarah besar Ybhg Dato' Dzulkifli Wahab suasana sungguh meriah sekali ramai yang datang termasuk lah mantan pengarah pengarah Yang bersama menjamu selera bersama pak lurah Ybhg Dato Tarmizi bersama Datin Dr Asma seronok dapat berbual dengan mereka .jam 10 mlm pak lurah meninggal kan majlis pulang ke hotel..tidak sempat merayau lalu tidur.
Sekian saja untuk kali ini, Salam Pak Lurah
Ahad, 11 Oktober 2009
KEMBALI KAN SINAR DALAM UMNO.
SEMOGA KEMENANGAN INI DAPAT MENYUNTIK SEMANGAT CINTAKAN UMNO KASIHKAN UMNO DAN SAYANGKAN UMNO YANG TERUS MEMBARA DULU KINI DAN SELAMA NYA.....
SALAM PAK LURAH...
AKHIR NYA KITA MONANG BOSAR..YO JANG..
.jpg)
PILIHAN RAYA KECIL BAGAN PINANG SUDAH PUN BERAKHIR ....
Hujan, panas,lapar,dahaga,letih,ngantuk,penyokong dan pengundi lalui....
tiba masanya keputusan dinanti..
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA DUN 31 BAGAN PINANG CALON BN YB. TAN SRI MOHD ISA BIN SAMAD. DENGAN UNDI BERGAYA ....8013 DENGAN MAJORITI 5435 MANAKALA CALON PAS HANYA MEMPEROLEHI 2578.
Dengan keputusan ini pak lurah harap semua pihak hendaklah menerima dengan hati yang gembira dan menjadikan tauladan yang amat berguna..pak lurah awal-awal lagi sudah menjangka bahawa pembangkang tidak kuat di negeri sembilan cuma kita bercakaran sesama sendiri...untuk akan datang,barang siap yang ingin menjadi calon kenalah berguru kepada YB TAN SRI ISA ...Orangnya pendek,Akalnya panjang,Badannya kecil jiwanya besar,
Kata orang tua... tua-tua keladi semangkin tua semakin menjadi,
kesempatan ini juga pak lurah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ..kepada calon dan pengundi serta jentera pelihan raya..anda semua telah mengambalikan maruah Umno dan BN...percayalah, selagi kita bersatu sokongan bersepakat ahli ahli UMNO,
nescaya pembangkang tidak dapat menggugat kekuatan kita.......
HIDU UMNO 3X.... Salam Pak Lurah
Sabtu, 10 Oktober 2009
SEPANJANG BERKEMPIN DI BAGAN PINANG


MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PALONG 18
Kali ini di majlis jamuan hari raya palong 18 tepat jam 800 mlm pak lurah bersama isteri sampai dan di sambut dengan penuh mesra sekali.. majlis di mulakan dengan bacaan doa dan ucapan ketua penduduk En Jumat antara lain beliau berharap agar wakil rakyat dan ahli parlimen dapat turun melihat kampung nya dan mengambil tahu masalah penduduk beliau kesal hingga kini hasrat penduduk untuk menubuh cawangan Umno tidak dilayan....dan merasa tepinggir sebagai contoh pada bulan ramadhan yang lepas masyarakat Felda 9 10 11 anak yatim ibu tunggal orang kurang upaya dan orang tua semuanya di ambil perhatian..sedangkan palong 18 mendengar dan melihat saja ...beliau berharap pak lurah tolong sampai kan hasrat nya demi kesejahteraan warga penduduk palong 18 akan datang ..
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pak lurah antara lain berterima kasih kerana sudi menjemput pak lurah dalam majlis yang penuh bermakna ini...pak lurah juga mengajak penduduk di kawasan ini jangan rendah diri dan kecil hati apa yang penting anda semuanya terus bangun ....membina jati diri melalui CHINTA KASIH SAYANG berkonsepkan MAMBANG.........
seperti mana kata pujangga tiga telungku sepenjerangan tiga tali seperlilitan..bukan saja kuat,bahkan mantop'...pak lurah juga respons apa juga yang di bangkit kan oleh penduduk dan akan segera menyampai kan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjut nya.
dan akhir nya pak lurah berpesan ingat lah pesan pak kei ojo kembar loro mati siji, makna nya orang alim mengingat kita jangan dua bersaudara mati satu,bergaduh kerana perempuan bergaduh kerana harta bergaduh kerana jawatan dan bergaduh kerana fahaman politik.
Akhirnya pak lurah mengucapkan terima kasih daun keladi ada majlis undang lagi salam pak lurah.....
SELAMAT MENGUNDI BUAT ANDA DAN NEGARA
Dalam kesibukan jalan raya yang semangkin sesak di PD pada masa pembuangan undi hari ini pak lurah menasihat kan para pengunjung beri lanuan warga bagan piinang untuk menunai tangung jawab memilih calun yang boleh berbakti...untuk dirinya dan negara.
kepada penyokong pati yang bertanding bagilah semangat ...carilah meraka .kok kalau kalau dia pening ..dah banyak sangat dengar ceramah kalau perlu beri panadol..beri..lah.asal dia pergi menundi,....kepada calun yang bertanding sudah pastinya saat saatinilah yang medebar kan hati bawa bertenang..agar undi berpihak kepada anda..
Kalau ada pengundi yang belum tahu siapa yang perlu di pangkah pak lurah nak beri tahu tiada yang lain TS Mohd Isa lah orang ....nya ,SELAMAT MENGUNDI.buat anda dan negara.
Salam pak lurah ....
Selasa, 6 Oktober 2009
JAMUAN HARI RAYA

Isnin, 5 Oktober 2009
PEMBUNUHAN KEJAM..KEATAS PENGURUSI GPW
Kali ini perjalanan pak lurah agak jauh ke Terengganu di rancangan Felda yang terpencil dan pendalaman ,Jam 1 tengah malam pak lurah bertolak dari rumah kediaman di Palong 9 menuju ke Felda Mengkawang Terengganu. Berhenti di Kuantan Pahang lebih kurang 1/2 jam minum tongkat ali panas dan sambung lagi perjalanan jam 830 pak lurah sampai di masjid tempat majlis sambutan hari raya Aidilfitri 2009 & Majlis Tahlil untuk Allahyarhamah Pn Asimah bte Abd Rahim
Turut hadir di majlis Pengerusi Felda Ybhg Tan Sri Dato'Dr.Mohd Yusof Bin Noor
Diiringi Pengarah Besar Felda Ybhg Dato Dzulkifli Abd Wahab.
Dan JKPP .GPW seluruh Malaysia Majlis sungguh meriah tapi sayu apabila mengenang kan
peristiwa yang menimpa Pn.Asimah yang di bunuh kejam . Menurut apa yang disampaikan oleh Tim pengurusi JKKR EN,Mamat @Zakaria bin Mat Ali, ketika kejadian warga Felda tersebut kebanyakan tidak ada di rancangan kerana pergi mengambil @menerima sumbangan wang raya dari pada kerajaan negeri sebanyak RM 300 .Kejadian yang berlaku antara jam 2 atau 3 ptg mungkin sudah dirancang telebih awal Mengenai kesan tikaman dan luka yang begitu banyak sehingga 34 luka mungkin mangsa melawan untuk mempertahan kan diri kerana pak lurah difahamkan Pn.Asimah ini orang nya memang mempunyai semangat yang tinggi sebab itu beliau dilantik jawatan ketua Umno cawangan di kalangan wanita pertama di Negeri Terengganu .
Kepada warga Felda sesunguhnya kehidupan mu sudah tidak aman lagi ........
Jadi..... sentiasa lah kita berjaga jaga kerana musuh sentiasa ada di sekeliling kita.
Selepas ucapan bacaan yasin dan tahlil ,sembahyang zohor berjemaah, jamuan makan dan sebelum pulang Pak Lurah pun singgah ke rumah mangsa. Disini Pak lurah ada beberapa keping gambar untuk di kongsi bersama.
Bersama Rakan - Rakan JKKP




Sabtu, 3 Oktober 2009
HARI PENAMAAN CALON BAGAN PINANG....
Sorak nya kuat bunyinya hilang.
Ada yang di tumbuk ada yang di tendang,
Adakah fikiran semuanya dah hilang..
Bertemu lagi bersama pak lurah kali ini di hari penamaan calon bagan pinang.
Jam 615 pagi pak lurah bersama Jasni Anan menuju ke tempat penamaan calon dengan diiringi hujan sekejap renyai dan sekejap lebat .ramai berduyun duyun, penyokong kedua kedua pati yang bertanding untuk memberi sokongan ,pak lurah melihat dalam sepanjang berjalan menuju ke tempat penamaan calon penyokong komponen parti pembangkang masih lagi tidak mematuhi larangan memasang bahan-bahan kempen yang ditetapkan SPR kepada parti keadilan rakyat( PKR ) dan DAP dan parti-parti lain.yang tidak bertanding, Di harap SPR telus dalam menjalankan tugas, Biarlah cakap serupa bikin,kepada pemimpin pas beri peluang pehak polis menyaisat dulu .jangan lah lekas buat komen yang kena tumbuk @ di pukul Azeez .beri lah peluang Dato'Azeez mencari keadilan ,kepada pengundi bagan pinang pak lurah meharapkan berilah lah sokongan kepada calun pilihan rakyat iaitu Tan Sri Mohd Isa Samat.
Kepada jentera pati di bahu mu UMNO sandarkan harapan menuju kejayaan .
Laluan Sesak Menuju ke penamaan calon
Perjalanan terhalang di Batu 2, tidak di benarkan masuk
IRAMA DI SUSUN BERHATI - HATI
BEGITU INDAH TARIAN TRADISIONAL
BERSAMA LAH KITA SEHIDUP SEMATI
BERSAMA KERAJAAN BARISAN NASIONAL
GUNAKAN MASA BANYAK TERLUANG
UNTUK BERSAMA MENJAMU SELERA
MARILAH KITA TERUS BERJUANG
DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA
Salam Pak Lurah,dan jumpa lagi
Jumaat, 2 Oktober 2009
PERJALANAN HARIAN KU....DAN TUGAS KU,
Tugas Pertama :- Mesyuarat Khas Majlis Jamuan Hari Raya
Bermula dari teratak pak lurah menuju ke serting disawari W.R.A menghadiri mesyuarat bagi membincang kan program sambutan hari raya dan meraikan bakal bakal haji yang telah di tetap kan pada 16 okt 2009 hari Jumaat. Bertempat di dewan Felda Wilayah RAja Alias
Aturcara majlis .
900 pagi : kesampaian tetamu jemputan .
930 pagi : bacaan doa.
:Ucapan Timbalan Pengerusi Gabungan
:Ucapan pengurus besar W.R.A
: penyampaian cendera hati kepada jemaah haji,serta cabutan pengunjung bertuah ...
:Kehadiran dijangka 2500 org .
:Menu istemewa disediakan ,pakaian kebangsaan dan kemas .
Tugas Kedua :- Mesyuarat Umno Taklimat Pilihan Raya
Selesai mesyuarat pak lurah terus pergi untuk menghadiri satu lagi mesyuarat Umno bhg Jempol kali ini bangunan Umno pusat khidmat parlimen bertujuan memberi penerangan tentang tugas membantu jentera pilihan raya Teluk Kemang dun Bagan Pinang, penerangan di sampaikan oleh En Mustafa Nagor Naib Ketua Umno Bhg Jempol Antara lain beliau mengingat kan ahli Umno khusnya dari bhg Jempol supaya menjaga nama baik dan mahu petugas petugas kerja kuat bagi memastikan calon BN menang . Pesan S/usaha kerja Umno bhg jaga kata kata mu ketika berkempen , dan jaga tingkah laku .. jangan cara kita membuat pengundi muak.
Di sini pak lurah pesan, kepada pengundi muda yang darah mu tengah panas supaya guna kan lah kepanasan darah mu untuk terus menyokong BN supaya BN terus gagah menjadi sebuah pati Kebangsaan Orang orang melayu dan kaum lain yang bersekutu dengannya
Setakat ini dulu langkah ku terhenti kita sambung esok salam pak lurah.....
Khamis, 1 Oktober 2009
PERJALANAN HARIAN KU.........
BUAT RENONGAN RAKAN SEMUA.
Jam 800 pgi pak lurah meninggalkan rumah menuju kepejabat felda palong 9 berjumpa dengan pentabiran felda bagi mengatahui kalau ada berita yang pak lurah perlu tahu pertama pak lurah di maklum tentang program yang akan diadakan oleh wilayah raja alias jamuan hari raya & meraiekan bakal bakal haji yang dijadualkan pada 16 okt 2009 .
Pak lurah pun pamit , menyambung tugas terus menuju kesermban untuk memohon kebenar PKK untuk menaikan taraf daripada kelas .E. ke. D. bagi tujuan sebut harga kerja kerja menanam semula di felda palong 8 Ahlamdulillah kerja sama yang amat baik yang ditujukan oleh petugas petugas PKK kerjanya cepat siap.... pak lurah pun segera pulang ,
sampai dibahau terasa perut leper lalu singgah di resteron bunga raya makan Th bersama setolor lanang, setelah kenyang pak lurah pun menyambung semula perjalanan ke ladang gades
pak lurah singah dibalai polis kerana gadis yang dilaporkan hilang pada 25 hb okt 2009 telah dijumpai, sampai dibalai polis kelihatan ketua kg palong 14 dan 15 pak lurah di faham kan sudah satu minggu gadis ini bersembunyi di ladang getah palong 15, pak lurah mengucapkan taniah kepada pengurus Tn.syid Mohd Ridzuan dan pemimpin meayerikat kerana bersama menyelesai kemelut anak gadis dibawa lari, kepada ibu bapa pak lurah berpesan jagalah anak gadis kita baik baik .kerana pujangga telah mengatakan malu bertanya seset jalan tanyalah setiap perjalanan anak kita .awasilah gerak gerinya biar lah kita dikatakan ceriwet asalkan kita tidak menangis dalam penitian . BIAR....KAN, sudah menjadi tembuk,yang tinggi....marilah kita robohkan dengan TINDAKAN....agar anak gadis terpelihara,maruah nya dijaga ....... sekian dulu nukilan salam dari pak lurah