BERTEMU BUAT SEMUA :
DALAM PERJALANAN MEMBURU KEBENARAN MENGATAHUI SENDIRI PERJALANAN PILIHAN RAYA KECIL DI ULU SELANGOR ,
PADA : 22 April 2010 (KHAMIS )
JAM 1.45 Tengahari pak lurah keluar dari rumah menjemput Samsudin Momo jurugambar yang akan bertugas dalam perjalanan bersama pak lurah di US, dalam permulaan pejalanan sudah ada yang tak kena barang mustahak tertinggal, iaitu hp pak lurah, terpaksala Pak Lurah pusing semula untuk mengambilnya...
Hajat untuk mengambil teman sudah terlepas sekali lagi pak lurah sudah terlajak...jauh dah pun hampir tiba di serting ,sedangkan teman berada di serting hilir 5.... pak lurah terpaksa pusing semula dan pergi ke serting hilir 5 yang mana teman telah lama menunggu di stesen minyak petronas desa.... Teman pak lurah yang menunggu...... lain tak bukan adalah bloger Patek Desa, yang pak lurah bawa untuk menceritakan ragam-ragam ,warna warni karenah yang belaku sepanjang kempen pilihan raya di US.....,
Tiba-tiba satu pangilan Tel En.Amran Sainan yang mengatakan beliau hampir sampai dan kami sepakat untuk bertemu beliau di sini....Jam 6.20 ptg En. Amran pun sampai... beliau memberitahu mahu makan dulu...setelah perut sudah kenyang kami mengambil keputusan untuk pergi ke Sg Tengi Selatan dimana Ybhg Dato Zulkifli berada disana untuk program Gerak Mersa FELDA.....
orang-orang di sini peramah, berbudi bahasa..... Pak lurah puji orang felda , tapi maklumat program tidak begitu tersusun dan tidak menggunakan bilik gerakan dengan sebaik mungkin....Pak lurah menandatangan buku pelawat....pak lurah cuba menghubungi Dato Ramli tapi tiada jawapan....pak lurah bertanya untuk kepuasan hati, disini ada dewan orang ramai tak?? akak-akak menjawab disini tak ada dewan..... kalaudi Sg Tengi ada..., pak lurah meneruskan lagi perjalanan.... mencari dewan orang ramai, pemuda yang begitu prihatin membawa pak lurah ke pejabat JKKR untuk melihat program program pada malam ini,...
Bersama Dato Dzulkifli Wahab
Kami meneruskan perjalanan dan singgah menikmati jamuan makan malam dengan hidangan mee goreng dan kueh tiau sambil minum kopi o... Terasa seronok makan santai di warung bersama pengarah besar....
lebih kurang 1/2 jam pak lurah meneruskan perjalanan, kali ini pergi rumah kerumah bagi melihat sendiri warga peneroka yang telah di uji dengan pelbagai penyakit.... kami pun mengikuti rombongan dengan bertanyakan khabar dan membawa cenderahati yang di sampaikan oleh Ybhg Datin untuk di berikan kepada pesakit pesakit hampir 15 rumah yang kami perlu kunjungi,tetapi masa tidak mengizinkan dan tugas ini akan di sambung semula esok....Pak lurah lihat betapa warga peneroka beruntung mendapat sakorang pengarah besar seperti Ybhg Dato Dzulkifli yang begitu prihatinn terhadap anak buahnya, jelas tepancar keiklasan membantu peneroka di wajahnya...
Teringat sahabat pak lurah lalu pak lurah menilifon beliau dan mengadakan pertemuan, kedai makan dijadikan tempat pertemuan... Siapa kawan pak lurah kali ini, lain tak bukan Sulung Jamil bertugas sebagai
pembantu khas Yb adun kawasan itu dan Tim Pengurusi JKKR Gabungan Wilayah ... pak lurah menghabis kan masa 1 jam makan nasi goreng kampung dan minum nescafe,, mata tak terasa mengantuk kerana banyak pelawaan untuk tidur.. Diaorang sayang kepada pak lurah , tapi pak lurah mengambil keputusan untuk tidur bersama belia bertujuan untuk menyelami sendiri perasaan belia dalam menghadapi tugas pilihan raya ...
Pak lurah tiba di rumah tumpangan lebih kurang jam 2 pagi selepas menunaikan sembahyang pak lurah tak dapat tidur lalu meneruskan perbualan bersama-sama dua orang tokoh belia, satu dari palong 7 yang satu lagi dari serting hilir 6.... Kedua-duanya memang pak lurah kagum dengan semangat dan kesunguhan untuk menyedarkan belia Felda, yang mana masih ramai lagi yang tidur lena hingga tak sedar tempat tidur nya sedang di intai oleh penceroboh.... pak lurah juga merakamkan ribuan terima kasih kerana WRA telah ramai menghantar belia jika nak di bandingkan dengan tempat tempat yang lain, pak lurah jugak difahamkan tugas tugas yang mereka lakukan gotong royong membersihkan kawasan pesekitaran rumah, membetulkan rumah yang di pukul ribut, dan membantu kerja kerja mengumpulkan orang dalam apa jua program yang akan di ada kan... sedar tak sedar jam sudah 5.20 pg lalu pak lurah memohon untuk tidor... tak sempat untuk berangan kerana keletihan pak lurah terus lena zzzzzzzz.....
Tiba-tiba pak lurah terjaga mendengar kentong!! berbunyi... pak lurah pada mulanya menyangka kentong orang mati,,, rupanya panggilan untuk solat subuh.. dulu dikampung ada belajar sedikit bunyi pukulan ini... sekali lagi pak lurah terparanjat kerana mendengar bunyi bising diatas zing rumah rupa-rupanya hujan lebat turun....walaupun belum ada satu jam dapat melelap kan mata , pak lurah bangun untuk sembahyang subuh selepas itu, pak lurah ingin menyambung tidur lagi tapi teman pak lurah patek desa sudah pun bangun dan kami menyambung perbualan sehingga jam 7.30pg dan bersiap ke warung untuk sarapan pagi...
Setibanya di warong ramai orang kampung pekerja-pekerja parti yang datang untuk bersarapan masa inilah tauke warung senyum lebar kerana ramai orang yang datang untuk makan bukan datang untuk bersembang sahaja,pak lurah oder minuman nescafe dan mengambil makanan nasi lemak turut bersama pegawai felda palong 9 En Zamani....
Kali ini perjalanan menuju ke bukit beruntung menemui setiausha umno bahagian jempol yang bertugas bersama umno seremban, En Amran bin Sainan.... Puaslah mencari, akhirnya berjumpa di warung kali ini pak lurah oder tongkat ali pulak, kebetulan En kamarulzaman @ Acai ketua umno cawangan Rompin. merangkap ajk bahagian jempol pun ada ...pak lurah bertanya kepada En amran yang dah lama di kawasan ini bagaimana kawasan yang kamu jaga En Amran menjawab biasalah apabila muncul sahaja pilihan raya kecil ramai mula meragam, perangai ini belum lagi dapat dibuang bukan orang orang umno sahaja bahkan orang melayu pun kebanyakannya begitu... Jam 12 tengahari pak lurah menerus perjalan, kali ini ke lokasi yang di tuju masjid sungai buaya....
Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia
Menteri Besar Negeri Sembilan & Perdana Menteri Malaysia
Selesai menunaikan solat jumaat, pak lurah menerima panggilan talifon dari anak mengatakan bondanya kurang sihat lalu pak lurah putuskan mahu pulang......apa pun pak lurah simpulkan dalam perjalanan memburu kebenaran dalam mengetahui sendiri perjalan pilihan raya kecil di US aman dan damai tiada pekara-pekara yang tidak diingini berlaku ...Semua parti yang bertanding dan para penyokong telah melakukan yang terbaik, terserahlah kepada pengundi untuk memilih yang terbaik kalau nak tanya pak lurah sudah tentunya BN yang terbaik.... pak lurah meningal kan US... Ada yang sempat bertanya, bagaimana pandangan pak lurah ada harapan ke BN? pak lurah menjawab angaran pak lurah BN menang 1800 undi setakat hari ini tapi kemungkinan peratusnya akan meningkat lagi dan harapan PM kalau boleh kita menang besar...untuk menang besar undi lah BN... Semoga US menjadi gelombang kebangkitan BN untuk terus memerintah negara yang kita cintai
Pak lurah terus menuju ke salah sebuah restoren untuk makan tengahari... sedap masakan orang bukit beruntung dan setiap hari jumaat makan pisang percuma.... setelah makan kenyang pak lurah menyerahkan setering kereta kepada Patik Desa untuk meneruskan perjalanan pulang.....semoga kita bertemu lagi... salam pak lurah...
Gambar Sekitar Di US
Jangan Undi Yang Salah