Bertemu kembali bersama Pak Lurah dalam program Titian kasih pada 22hb Februari 2014
Di Pejabat Astaka Felda Palong 9
Anjuran Kastam Di Raja Malaysia Dan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia Malaysia
Dengan Kerjasama:
Jabatan Belia Dan Sukan NS
Pejabat Belai Dan Sukan Daerah Jempol
Majlis Daerah Jempol dan
Pengurus Felda Raja Alias, Jempo
PEMULAAN PROGRAM
![]()  | 
PROGRAM DI SEBELAH PETANG
3.30pm - Aktiviti pertandingan memancing bersama-sama penduduk kampung yang berminat dalam              menyertai pertandingan ini. Hadiah yang disediakan berupa 10 hemper dan 3 hadiah barangan elektrik. Tujuan pertandingan memancing ini diadakan untuk mengeratkan lagi  hubungan silaturrahim antara penduduk kampung. Program ini berakhir pada pukul 5.00 petang.8.00pm - Penduduk kampung dan para jemputan hadir ke jamuan makan malam yang disediakan. Alhamdulillah sambutan dan kehadiaran penduduk begitu menggalakan.
9.00pm - Majlis Perasmian dirasmikan oleh YB Dato' Hj Lillah Bin Hj Yasin Adun kawasan Palong dan kehadiran Dato' untuk merasmikan program ini amatlah dihargai.
9.10pm - Ceramah berkaitan GSTyang disampaikan oleh pengarah kastam bekenaan GST bertujuan memberi penjelasan dan penerangan tentang dasar-dasar kerajaan kepada penduduk khususnya warga felda .
9.45pm - Ucapan kata-kata aluan dari Tuan Wan Razali Pegawai Daerah Jempol yang mengucapkan            setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Dan Jabatan Pertubuhan Belia  Malaysia yang memberi kepercayaan kepada Pejabat Daerah Jempol untuk melaksanakan dan menjayakan program ini diperingkat Negeri Sembilan yang diadakan di Padang Astaka Felda Palong 9 dan mengucapkan ribuan terima kasih  kepada Othman Parman Dan Tuan pengurus En. Salleh Bin Muhidin serta kepimpinan peneroka Palong 9 dan semua penduduk yang menjayakan program ini dengan jayanya.UCAPAN PERASMIAN OLEH YB DATO HJ LILLAH BIN HJ YASIN
ADUN KAWASAN PALONG
Antara lain mengingatkan agar masyarikat warga felda terus bersatu ...dan sentiasa berganding bahu dalam menghadapai cabaran masa akan datang ,
sebagai wakil rakyat kawasan ini , saya mahu palong yang dianggap sebuah kampung pendalaman jauh dari pekan dan bandar ,maju setandinging dengan kawasan yang lain...
kepada G2 saya berharap agar terus memberi sokongan kepada kerajaan dan sekiranya ada permasalahan jemputlah datang kepejabat saya tiap-tiap hari khamis ..di Felda Palong 5 ...sekiranya tiada persidangan dewan...Insyaallah saya ada...
CERAMAH FORUM PERDANA
Yang bertajuk DULU KU DITENDANG KINI KU DISAYANG dapat memukau penonton sehingga berjaya mengikat penonton hingga akhir. Ceramah pun tak bosan dan sentiasa membuat pononton hingga tak kering gusi. Ceramah di sampaikan Oleh Ybhg Ustaz Halim Din.
![]()  | 
| Tetamu Yang Hadir | 
Penceramah







