Jumaat, 5 Mac 2010

MEMORANDUM REBEN JINGGA

BERTEMU BUAT SEMUA 

DALAM MEMORANDUM BANTAHAN MBFM TERHADAP  SEGALA GERAKAN MENGHANCUR GAGASAN FELDA YANG USIA NYA 54 TAHUN DALAM KEADAAN AMAN

DENGAN RASA PENUH TANGGUNG JAWAB DAN ILTIZAM YANG TINGGI KAMI WARGA MBFM MENZAHIRKAN MEMORANDUM INI ATAS SEMANGAT CINTA KAMI TERHADAP FELDA


  1. MBFM MENGUTUK DAN MEMBANTAH SEKERAS KERASNYA SEMBARANG GERAKAN   MEMECAH BELAH PERPADUAN & USHA MENGANCAM KEHARMONIAN WARGA FELDA MELALUI FITNAH & PENYONGSANGAN FAKTA
  2. MBFM MENDESAK AGAR Y.B MENTERI DALAM NEGERI MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS DAN SEGERA TERHADAP KUMPULAN KUMPULAN ATAU GERAKAN GERAKAN YANG TIDAK SHAH DAN CUBA MENGUGAT KEHARMONIAN SERTA USHA MEMPERKASAKAN FELDA & WARGA NYA SEBAGAI MANA YANG DILAKUKAN OLEH PERSATUAN ANAK SEMBARANG KENAYATAN BERTULIS ATAU SECARA DIGITEL YANG BERBAUR FITNAH PERLULAH DIRAMPAS DAN DIHARAMKAN PENERBITAN DAN PENGEDARANYA
  3. MBFM SEBUAH BADAN BELIA SUKARELA YANG MENERIMA MANDAT RASMI DARI 317 CAWANGAN PERTUBUHAN BELIA DI SELURUH RANCANGAN FELDA MELALUI 11 MAJLIS BELIA FELDA WILAYAH SEJAK 1991 ( DIBAWAH ROS )DAN 20099(DIBAWAH ROY ) MERUPAKAN PERTUBUHAN YANG SHAH ISTIQAMAH BERTINDAK SEBAGAI WADAH & PENGANTARA UNTUK MENYAMPAIKAN HASRAT DAN ASPIRASI GENARASI MUDA KEPADA KERAJAN & PENGURUSAN FELDA DEMI KEBAIKAN UNTUK PERJUANGAN AGAMA BANGSA &NUSA
  4. MBFM MENGESA AGAR PENGURUSAN FELDA MEMIKIRKAN SEPENUHN KEPERCAYAAN KEYAKINAN  & SOKONGAN KEPADA MBFM DALAM USAHA MEMBERI PENERANGAN BERKAITAN ISU&DAN MASALAH YANG BERBANGKIT  DIKALANGAN GENARASI MUDA FELDA
  5. MBFM MENCADANGKAN AGAR FELDA MEMPERKASAKAN PERANAN JAWATAN KUASA KEMAJUAN RANCANGAN (JKKR) DAN JAWATAN KUASA KEMAJUAN KAMPUNG (JKKK)YANG MEMPUNYAI KUASA DIRANCANGAN UNTUK MENOLAK KEMASOKAN MANA MANA PERTUBUH YANG TIDAK BEDAFTAR SECARA SAH BEGERAK DIDALAM RANCANGAN (FELDA)
  6. FELDA HARUS MELIHAT DAN MEMPERHALUSI SEGALA SARANAN DAN LUAHAN GENARASI MUDA DISETIAP RANCANGAN UNTUK PERTIMBANGAN DAN TINDAKAN SEGERA AGAR TIADA LAGI PIHAK LUAR DAPAT MENGAMBIL KESEMPETAN ATAS KELEMAHAN TERSEBUT
  7. PAKLURAH  BERPENDAPAT SUDAH TIBA LAH MASA NYA FELDA MEMBUAT PENDEKATAN BARU SESUAI DENGAN USIANYA FELDA 54 TAHUN MAKA ITU PAK LURAH SARAN KAN PENDEKATAN BARU BERKONSEPKAN MESRA PENGURUSAN MESRA PENTABIRAN MESRA PERHIMATAN  AGAR GENARASI KEDUA MENDAPAT SUNTIKAN SEMANGAT BARU MENERUSKAN PERJUANGAN UNTUK MEMPERTABATKAN MASAREKAT FELDA MAJU AMAN MAKMOR DULU KINI DAN SELAMANYA MOHON MAAF SALAM PAK LURAH

9 ulasan:

  1. Tak kiralah apa memorendum sekalipun atau apa jua gertak sekalipun . Pemimpin pemimpin felda sekarang ini perlu buat sesuatu jangan pandai cakap saja . semenjak tahun 2000 cubalah dikaji selidik berapa ramaikah remaja dari anak anak peneroka felda diseluroh kawasan felda disemenanjung Malaysia ini yang telah terjebak didalam penyalah gunaan dadah , menjadi penagih dan berapa ramaikah mereka ini yang telah mati akibat HIV . Kalau merujok kepada angka yang sebenar ia sangat menakutkan . Itu belum pekara pekara yang lain seperti berjudi didalam kebun dan macam macam lagi . Hidup dalam felda kalau pemimpinnya lebih lebih sangat berpolitiking dan gairah nah jadi calon wakil raayat macam sekarang ini lah keadaan . tengok lah generasi felda pertama yang masok felda awal tahun 60an mereka memimpin tak macam angkatan sekarang yang lebih berpolitik dan tak neutral macam orang dulu , mereka lebih mementingkan kepada rohani dan jasmani walaupun msa itu keadaan serba kekurangan . No PWD water supply and no LLN electricity supply and also with sixty nine ringgit and ninety cent per month. Walaupun demikian keadaan kehidupan mereka pada masa itu tetapi ramai diantara mereka sekarang ini telah pun berjaya dalam perkerjaan ,akademik dan kewangan,.... fikir fikirkan lah ...jangan bila kena bangkang sikit cepat melenting anggap macam2 dan nak menggertak pulak .kalau buat sesuatu yang baik tentu akan menghasilkan kebaikan........dan memdapat pembalsan yang setimpal diakhirat nanti ,,, jangan didunia hidup bagaikan surga tetapi bila mati di masokkan keneraka sebelum layak masok kesurga ....

    BalasPadam
  2. You are right !!.. ramai anak anak peneroka generasi pertama yang telah berjaya , Cuma mreka ini tak duduk difelda untuk jadi pemimpin difelda ,Salam saya pada pak lurah dari anak peneroka yang pernah menuntut diluar negara hingga keperingkat Masters .

    BalasPadam
  3. ANAK ANAK FELDA YANG PANDAI PANDAI SEKALI SEKALI KENA LAPANG KAN MASA BALIK KE KAMPUNG BUAT PROGRAM TUNJUK ADEK ADEK YANG LAIN MACAM MANA ABANG BOLEH PERGI KEMENARA GADING JANGAN LAH MAKAN SENDIRI KEPANDAIAN YAANG DI MILIKI

    PERSATUAN BELIA DI RANCANGAN JANGAN LAH ASIK BERGADUH SESAMA SENDIRI BEREBUT JAWATAN TAMPA MENYUSUN PROGRAN

    BENTENG BELIA HENDAKLAH KUAT SUPAYA PENCEROBOH TIDAK DAPAAT MASOK YANG HANYA MENIMBULKAN MASAALLAH

    SEMUGA BELIA FELDA BANGUN DARI KEJUTAN INI PERCAYA LAH KESELAMATAN KAMPUNG KITA KITA KITA LAH YANG MENJAGA SALAM DAN TERIMA KASIH

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Ayahanda...

    Anakanda benar bersetuju dengan pendapat itu.Disini Anakanda juga ingin memberi komen.Ingin menyentuh sedikit tentang segelintir warga Felda.Mungkin di kalangan mereka sudah lupa...sebenarnya perpecahan di dalam warga Felda adalah berpunca dari segelintir mereka / warga Felda yang lupa akan kesusahan mereka sendiri sebelum / semasa mula-mula mereka meneroka tanah yang mereka miliki / kerjakan sekarang.Orang melayu mudah lupa...sedangkan peratusan ketinggian yang layak ditapis untuk menyertai warga Felda adalah orang Melayu sendiri.Diharap mereka - mereka yang berkenaan membuka mata.sekali-sekala pandang hari - hari yang susah dahulu untuk mengingatkan diri bahawa dulu pernah bersusah payah mengapa tidak memikirkan untuk terus berusaha lebih maju di tanah Felda yang mereka miliki.Ramai orang diluar sana yang teringin mempunyai tanah dan hasil sendiri tetapi tidak bernasib baik seperti warga Felda yang ada sekarang.Fikirkanlah wahai insan yang bernasib baik jangan mudah terpengaruh dengan anasir - anasir luar yang ingin menjatuhkan anda sendiri wahai warga Felda.....

    BalasPadam
  5. masok felda pun bukan semuanya free , seorang peneroka sekurangnya kurangnya membayar lebih dari tiga puloh ribu ringgit kepada felda selepas kebun mereka mengeluarkan hasil . baja kena bayar , cukai tanah kena bayar dan macam2 lagi kena bayar . masa awal tahun sembilan pulohan harga lantun tak sampai satu ringgit . pernah harga lantun hanya 40 sen sekilo dan harga sawit murah . ramai yang masok felda tak tahan sebab pendapatan tak sampai enam ratus ringgit sebulan setelah ditolak dengan bayaran kembali dan macam2 lagi yang mencecah lebih tiga ratus ringgit . mengapa sekarang bila harga lantun dah mencecah empat ringgit sekilo dan harga sawit dah mahal dan ramai peneroka dah bolih rasa hidup senang bagi mereka yang kebunnya masih bolih mengeluarkan hasil ada pula golongan yang rasa iri hati mengungkit dan menugutok peneroka felda macam2 ,Ingat sejarah sikit , Apabila hutan rimba diMalaysia ni ditebang pokoknya untuk aktiviti pembalakan yang menghasilkan keuntungan berjuta juta ringgit maka hutan yang beribu hektar ini akan terang , kalau lah tak dijadikan kawasan felda dan dihuni olih peneroka peneroka yang terdiri dari majoritinya orang melayu siapa kah yang akan memiliki tanah tanah ini . tentu lah akan dimiliki olih taukey taukey yang kaya kaya untuk dijadikan estate dan sebagainya . Olih yang demikian maka peneroka peneroka feldalah yang telah menyelamatkan sebahagian tanah tanah diMalaysia ini supaya tidak tergadai dan dimiliki oleh golongan yang tertentu sahaja sedang datuk nenek dan ibu bapa mereka adalah mereka meraka yang bersama sama berjuang sebelum tahun 1957 untok menuntut kemerdekaan dari penjajah . kawasan kawasan felda yang dahulunya hutan rimba adalah juga tempat kominis menjalankan kegiatan mereka ....mengakibatkan ramai anggota keselematan terkorban dan cedera seta cacat anggota . Bagi generasi yang tak pernah hidup dizaman mengunakan pelita minyak tanah , mandi dam minum air perigi kena ingat dan hormat sikit kepada kami peneroka peneroka terutama sekali generasi yang pertama jangan nak tunjok padai saja dan main sedap cakap aje . look before you leap and think before you said... so that your words will not hurt others......

    BalasPadam
  6. as-salam banyak info dari pak lurah..teruskan bermaklumat untuk warga felda-serting hilir 5

    BalasPadam
  7. Salam sejahtera Pak Lurah. Saya rasa terpanggil apabila melihat tajuk isu yang dipaparkan di blog Pak Lurah kali ini. Saya juga mengucapkan tahniah, terutama kepada peneroka jenarasi pertama yang telah membangunkan Felda. Saya yakin, kejayaan peneroka jenarasi pertama adalah disebabkan pemilihan pengambilan peneroka pada ketika itu menepati sasaran kerajaan untuk membasmi kemeskinan.

    Selain daripada itu, peneroka-peneroka jenarasi pertama memang benar-benar susah dan mempunyai tanggungan keluarga yang ramai. Diatas kesedaran itulah, peneroka tiada masa di kedai-kedai kopi mempersoalkan itu dan ini. Mereka lebih gemar bekerja bercucuk tanam dan menjalankan kerja sampingan untuk menambah pendapatan sara hidup keluarga.

    Bagi peneroka Jenarasi kedua, mereka tidak mengalami kesusahan dan kegetiran seperti yang di alami oleh Ibubapa mereka. Kalau dizaman Ibubapa mereka dahulu, semasa melapor diri ke rancangan Felda hanya membawa segendong pakaian dan sehelai dua tikar mengkuang yang dibuat sendiri. Kalau dari kawasan yang terlalu jauh, terpaksa naik keretapi.

    Semasa peneroka jenarasi kedua melapor diri ke rancangan Felda, kebanyakannya sudah memiliki motosikal dan sebahagiannya pula memiliki kereta dan lori. Tahaf pendidikan juga berbeza, kalau dizaman Ibubapa mereka- paling tinggi darjah 6. Tidak kurang juga yang buta huruf.

    Akan tetapi, bagi peneroka jenarasi kedua, mereka memiliki pendidikan sekurang-kurangnya di tahaf Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ).Tidak kurang juga yang ada STP dan Diploma.

    Sebelum menjadi peneroka, mereka kebanyakanya telah bekerja di Jabatan Kerajaan (Tentera, Polis, Guru, Pegawai dll. ), di kilang-kilang dan makan gaji di majikan berbagai Ajensi dan Organisasi. Oleh yang demikian, kerja sebagai petani ( Peneroka ) merupakan bidang kerja yang agak asing bagi mereka.

    Usaha Felda untuk menjadikan mereka supaya menjadi Usahawan yang berjaya, melalui berbagai jenis pemberian bantuan dan pinjaman SIUF ( Skim Insintif Usahawan Felda ) merupakan satu tindakan yang tepat. Jika 100 peratus peneroka menjadi usahawan berjaya, sudah tentu rungutan supaya tambahan sarahidup dari RM 1500.00/ bulan kepada RM2500.00/ bulan tidak di timbulkan.

    Walaupun, pihak Felda menyediakan berbagai skim latihan secara percuma dan berbentuk pinjaman kepada anak-anak peneroka Jenarasi Kedua, tidak mendapat sambutan.

    Felda perlu memikirkan, apakah sebenarnya yang di mahukan oleh mereka? Mereka juga yang akan mewarithi status peneroka Jenarasi ke Tiga.

    Dalam pemerhatian saya, mereka mahukan jaminan pekerjaan selepas tamat latihan.

    Keperhatinan pihak-pihak tertentu ( Ajensi kerajaan & swasta ) mengambil anak-anak peneroka melalui latihan dan seterusnya mengambil mereka sebagai pekerja sangat-sangat dialu-alukan. Contoh: latihan kejururawatan, GiatMara dan perniagaan ).

    Walaubagaimanapun itu masih belum mencukupi.

    Bagi anak-anak peneroka yang meminati bidang pertanian, perlu diberi peluang , pendedahan, bantuan serta LATIHAN BERTERUSAN supaya mereka tidak menjadi hangat-hangat tahi ayam.

    Jika ini berjaya dilaksanakan, sudah tentu Felda tidak perlu bergantung 100 peratus kepada buruh asing.

    Berhubung dengan pertubuhan ANAK untuk mencabar dasar-dasar kerajaan yang telah terbukti berjaya membela rakyat, tidak perlu dilayan.

    Virus tersebut seperti Dadah, kawal sebelum terlibat. Saya bimbang, jika tidak dipantau, akan menghancurkan dan memonofoskan zuriat warga peneroka akan datang.

    BalasPadam
  8. jang o jang , macam ni lah jang , kita ni jangan copek melenting , kone lah neutral , kalau acid campur akali kalau seimbang ph nya ia akan jadi neutral , kita ambik kira apa yang diluah olih mereka yang tak puas hati tu dan kita bincangkan kalau betul kita sokong kalau tak betul kita tolak bulat2 . kalau apa yang diperjuangkan olih mereka tu sekiranya betul yang memerentah sekarang ni kenalah buat perubahan atau memperbaiki kelemahan . yang menubuhkan ANAK tu pun kebanyakan dari anak anak peneroka yang berpendidikan rendah dan yang perpendidikan tinggi , Diantara mereka ada yang berfikir luas seimbang dan setanding dengan dunia semasa dan yang akan mendatang dan ada juga yang masih berfikiran sempit macam katak kena sungkup bawah tempurong .Kenalah kaji selidik dengan teliti , dengan daya fikiran yang tajam dan jauh kehadapan tanpa membodek mana mana pehak tentu akan ada penyelesaian demi untok kebaikan bersama dan keselurohann peneroka peneroka felda dan generasinya . Alam luas terbentang negara yang maju bertambah maju dengan para saintisnya dan teknologi canggihnya nanti kita tak kemana hanya pi mai pi mai tang tu ,kurang kemajuan akan hanya jadi pelanggan dan pengguna sahaja . .Bila terlalu ekrem sangat berpolitiking maka yang sana kutuk yang sini yang sini kutuk yang sana sampai bila bila pun tak ada kesudahan lamo lamo jadi macam perang saudara , orang luar mulalah tepok tangan dan ambil kesempata. yang rugi kita sesama sendiri . kalau tak percaya tanyalah pendita ...

    BalasPadam
  9. salam buat semua semangkin panas dalam becara isu anak dalam blog pak lurah saya harap pak lurah suka dan mengambil yang baik untuk di ambil untuk tindakan
    pandangan saya dalam isu ini belia di felda tak perlu banyak saluran kita gunakan saluran bila ketua blok L.W.gpw tim pengerusi jkkr pengerusi(pengurus
    pak lurah mungkin lebeh arif tentang pekara ini sebab dia di gelar pak lurah di NS oleh MB mungkin selarun yang saya sebut kan diatas dah mula sumbat almaklum sudah 54 tahun sudah tak dicuci Dato' zulkifle selepas ini akan keluarkan tender untuk memberseh kan longkang yang dah sumbat supaya tidak brlaku banjir besar yang akan musnah kan masadepan warga FELDA yang kita semua sayang mohon maaf tk

    BalasPadam