Ahad, 30 Ogos 2009

Eidble Garden Di Felda Palong 9


KONSEP EGF ( PALONG 9 ) SUDAH MULA MENGELUARKAN HASIL


Sepertimana kata Pak Lurah dalam cerahmahnya berbunyi, “ Barang siapa yang mengenali akan daku, aku adalah sebatang pokok tumbuh-tumbuhan,sayur-sayuran yang hidup dan mati. Maka akan aku balas jasa dan bakti melalui akar-akarku, batang tubuhku dan daun-daun ku serta buah-buah ku untuk di nikmati oleh yang mengerti”.
Rumah-rumah peneroka Felda Palong 9 telah pun mula di hiasi dengan tanaman-tanaman sayuran dan telah pun mula berbuah dan dijangka mengeluarkan hasil pada 28hb Febuari ini. Pagola menjadi identity penghias rumah peneroka untuk taman dapur supaya ia kelihatan cantik dan menarik.
Cili Kulai adalah antara tanaman wajib yang diarahkan oleh pentadbiran Felda selain daripada itu, peneroka juga menanam lain-lain tanaman seperti, serai, kunyit, timun, halia, pegaga, bendi, terung, sawi, kangkong, kobis dan lain-lain lagi. Bekalan benih-benih ini boleh didapati di tapak semaian untuk taman dapur ( Eidble Garden ) di Felda Palong 9 yang diusahakan oleh Pak Lurah Sendiri. Usaha ini, adalah bagi menggalakan peneroka-peneroka bukan sahaja di Felda Palong 9 bahkan seluruh wilayah raja alias untuk bersama-sama menyahut seruan TPM untuk menjadikan Felda contoh kepada masyarakat luar Bandar.
Saranan Pak Lurah kepada peneroka melalui sebuah pantun yang berbunyi :-

“FELDA SELALU MENOLONG PENEROKA,
SABAN TAHUN DI BAYAR DIVEDEN,
AYUH BANGKIT WAHAI PENEROKA,
KITA JAYAKAN EIDBLE GARDEN”

Gedung Makanan Negara


Kuala Lumpur- Kita tidak rela Felda di cop oleh masyarakat luar sebagai
Felda Gedong Gejala Sosial
1. Sumbang Mahram
2. Hidu Gam
3. Lumba Haram
4. Penyalah gunaan dadah
5. Dan lain-lain gejalah social yang malu untuk saya katakan

Untuk menanam kan semangat supaya gembira mendengarnya kita keluarga felda seharusnya berbangga kerana mendapat pemimpin YAB Dato Seri Najib Tun Razak yang prihatin terhadap warga Peneroka Dato Seri boleh memberi tangungjawab ini kepada jabatan pertanian,Fama,risda dan lain-lain. Tapi kerana memiliki jiwa yang sama dengan almarhum ayahndanya Tun Razak maka itu Felda pilihanya.
Jesteru itu, kita warga Felda hendaklah menerimanya dengan hati yang terbuka, supaya matlamat PM tercapai.

KONGSI PENGALAMAN
Apabila kemelesatan ekonomi melanda Negara maka Felda mencadangkan pelaksanakan Eidble garden, bagi membantu meringankan beban kewangan peneroka Pak Lurah mengambil pendekatan yang pertama bagi menjelaskan sejelas2nya kepada pemimpin Masyarakat dan warga Felda. Yang ke dua Pak Lurah melaksanakan fasa ke dua dengan mengadakan mesyuarat blok, yang ketiga mengadakan perhimpunan bulanan ( ro call ) turut serta Fama, pegawai pertanian. Yang ke-4 memberi pendedahan dan pendekatan tentang kaedah penanaman iaitu

6 M
1. MENCARI (BENIH)
2. MELUBANG (PENYEDIAAN MENANAM BENIH)
3. MENANAM (LETAK ANAK POKOK)
4. MENJAGA (MENYIRAM,MENGAWAL,MEMBAJA)
5. MENUAI (MENGUTIP HASIL)
6. MERASA (MENIKMATI HASIL TANAMAN)

1 .MENCARI * PASANGAN/AHLI
2. MEMBENTUK *PAKATAN
3. MENANAM * CITA-CITA
4. MENGGERAK * HALA TUJU
5. MENJAGA * HATI DAN PERASAAN
6 . MENCAPAI * KEJAYAAN

MAMBANG 6M

1. MENAWAN (TERTAWAN )
2. MENARIK (TERTARIK)
3. MENGGODA ( TERGODA )
4. MEMIKAT (TERPIKAT )
5. MERASA ( TERASA )
6. MELEKAT ( TERLEKAT )

Tranformasi Pemimpin yang perlu ada

1. KUAT – BATANG TUBUHNYA
2. CERGAS – DAYA PEMIKIRANYA
3. TEGAS – PENDIRIANYA
4. MANTAP –PERTIMBANGANYA
5. KUKUH – EKONOMI
6. TEGUH –IMANYA

Pantun Semangat

Eidble Garden
Felda selalu membantu peneroka,
Saban tahun dibayar dividen
Ayuh bangkit wahai peneroka
Kita jayakan Eidble garden

Datang Jauh beribu batu
Singgah sebentar menjamu selera
Ayuh kita semua bersatu
Kita jayakan gedung makanan negara