Sabtu, 13 November 2010

Program Gerak Mesra 1 Felda

Assalamualaikum  WBT Dan salam perpaduan salam  1 Malaysia salam 1 felda
Pertamanya Saya Mengucap Syukur Ke Hadrat Allah SWT Kerana Dengan Keizinannya Program yang Begitu Bermakna ini Dapat di jalankan Dengan Teratur Dan lancar.Tidak lupa ucapan Setinggi-tingi Terima kasih Diatas Kesudian
YB Dato' Razak Mansor,YB Adun,Yang berbahagia Tan Sri,Dato,Dan semua Pengawai Felda Yang sudi Melapangkan Masa untuk hadir ke Program Gerak mesra kumpulan 1 felda bagi wilayah raja alias pada hari ini,Saya sebagai wakil dari masyarakat peneroka merasa sangat bangga dan berbesar hati diatas usaha pihak pengurusan felda yang sentiasa mengambil berat kebajikan peneroka, dan bersedia hadir bersama bagi memberi taklimat dan penjelasan.pada program ini.sesungguhnya dengan maklumat yang jelas akan mengurangkan salah faham dan kekeliruan di kalangan peneroka.dengan program ini juga diharapkan akan menambah lagi hubungan erat yang sedia terjalin antara masyarakat rancangan dan pengurusan tertinggi felda. bagi menentukan kejayaan warga felda sebagai komuniti contoh luar bandar,peneroka itu sendiri perlu bertindak secara berkesan dengan melakukan tranformasi diri dalam sikap,ilmu pengetahuan dan kemahiran.Terima kasih kepada felda yang telah menyediakan pelbagai kemudahan dan progaram ke arah masa depan yang lebih baik untuk warga felda dari peringkat anak kecil,golongan pelajar,belia,peneroka wati,peneroka.....malah sehingga ke akhir hayat peneroka itu sendiri..sesungguhnya kita sepatutnya merasa bersyukur diatas nikmat yang dipelorehi selama ini.segala masalah atau isu yang berbangkit perlu dikongsi dan ditanggani bersama secara rundingan supaya yang keruh dapat dijernihkan,yang kusut dapat di rungkaikan ibarat menarik rambut di dalam tepung,tepung tidak berselerak,rambut tidak putus... 

PAK LURAH MENYERU WARGA FELDA 
Marilah kita sama-sama berdoa supaya felda terus berjaya dan nikmatnya dapat dirasai oleh semua warga felda disamping kita sentiasa berusaha meningkatkan prestasi diri dan keluarga.kita juga mengharapkan agar misi felda sebagai pelaku Global dapat dicapai dan tetap disengani serta di hormati.

SEKALUNG PENGHORMATAN 
setinggi-tinggi penghargaan
YB  Dato' Razak Bin Mansor Yang Dipertua Dewan Undangan negeri
YB Dato' Zainal Abidin Bin Ahmad Adun Sungai Lui
YB Dato' Aziz Bin Shamsudin Adun Kawasan Palong
YBHG Tan Sri Dr.Mohd Usof Bin Nor Pengerusi kumpulan Felda
YBHG Dato Dzulkipli Bin Wahab pengarah Besar Felda
YBHG Dato' Sabri Ahmad Pengarah Urusan Kumpulan Felda
YBHG Semua Timbalan Pengarah Besar Felda
YBHG Pengarah-pengarah Syarikat Felda 
Yang dihormati Tuan Hj Ghani Bin Hj Ali Pengurus Besar Wilayah Raja Alias
Yang dihormati Semua Pengarah Dan Pengawai Dan pengurus Ibu Pejabat Wilayah Dan Rancangan 
Semua timbalan Pengerusi JKKR pengerusi JKKK pengerusi JPW Pengerusi MBFM
dan semua Warga Felda WRA Terutama Sekali Warga Tuan rumah Pasoh 3   Yang berjaya menyediakan tempat dan persiapan Pak Lurah Akhiri Dengan Kata Pujangga Kembali kan Semangat Tiga telungku Sepejerangan tiga kali seperlilitan semoga kita sama-sama mendokong 5 tras yang di gariskan oleh felda Majulah Felda untuk Warganya Salam Pak lurah.

Khamis, 11 November 2010

BERJAGONG-JAGONG DAHALU SEHINGGA MENUNGGU PADI MASAK.

BERTEMU BUAT WARGA FELDA 
KALI INI WARGA FELDA BERSAMA PAK LURAH DALAM MEMBICARA BERJAGONG -JAGONG SEHINGGA MENUNGGU PADI MASAK

TANAM SEMULA :-

Felda palong 9 adalah rancangan yang akan menghadapi tanam semula yang dijadualkan pada awal tahun depan bulan feb 2011,  lebih kurang 80%  warganya masih taat dan terus bersama felda dan ada 20 % sudah masuk angin yang mana mahu kerja-kerja  tanam semula dibuat  sendiri ...

SARANAN :-

Pak lurah menyarankan agar warga peneroka yang  masih bertenaga elok lah meneliti pujangga yang pak lurah sebutkan diatas , jangan lah gunakan pujangga moden yang menyatakan bernyagong nyagong dulu sehingga menunggu orang rumah masak ,yang ini lebih membuatkan warga peneroka lekas mati dan akan banyak menimbulkan masalah dirancangan ,kerana apabila manusia banyak rehat tanpa membuat apa-apa aktiviti sedangkan badannya masih bertenaga maka mulalah  nak mencari salah orang lain,  cuba salahkan orang  rumah yang lambat masak, mencari salah ketua kampung, mencari salah pengurus,mencari salah pemimpin seterusnya kerajaan, dan  akhirnya salah sendiri mereka tidak nampak...

PELUANG

Felda melalui GMN iaitu  gedung makanan negara telah merangka satu pendekatan baru yang mana bertujuan membantu warga felda mendapat pendapatan sampingan selain menerima wang penduhuluan RM 1000 hingga RM 1500 bagi setiap orang peneroka ,maka terserah kepada warga felda yang sedang menunggu tanam semula sama ada cukup hanya memperolehi wang RM 1000 hingga RM 1500 atau turun ke kebun mengeluarkan keringat untuk bersenam dan mendapat hasilnya kelak  kerana berbudi kepada tanah pastinya akan mendapat balasanya...

IMPIAN FELDA :-

Untuk menjadikan Warga contoh luar bandar,.
 kita khususnya warga felda harus sedar yang kita tidak boleh terikut -ikut  dengan gaya dan rentak oleh orang orang yang cuba hendak menghancurkan kita , kita warga felda seharusnya bersatu berganding bahu untuk  maju kerana masa sekarang  begitu pantas berlalu seperti kata pujangga berhenti dipersimpangan tanpa membuat keputusan pastinya sesaat mati.....
pak lurah mengharapkan agar warga felda khususnya  yang sayang pusaka yang tidak ternilai ini terus  merebut segala peluang yang ada didepan mata,

IMPIAN WARGA FELDA :-

Untuk memastikan kita selesa menghadapi masa-masa mendatang pak lurah tertarik kata - kata
Ybhg Dato' Hj Dzukifli Bin Wahab  pengarah besar FELDA yang mana rancangan felda -economic power house-pendapatan perkapita warga peneroka USD 15 000 atau lebih kurang 50,000 setahun  akan tercapai
dan sekarang pun dah ramai yang capai tetapi Pak Lurah  mahu lebih ramai lagi yang boleh mencapai kejayaan tesebut... Semoga apa yang Pak Lurah sampaikan ini di fikirkan, di renungkan dan di laksanakan Salam Pak Lurah untuk Warga Felda...