DENGAN PASANGAN NYA..
HJ PARMAN BIN TAMSIR
Hj Parman Bin tamsir
Dilahirkan di kampung Parit Raja Gersek Muar Johor. Pada 1949 beliau telah mendirikan rumahtangga bersama pasanganya Umi Kalsom Bin Ahmad yang berasal dari Kampung Serom 3 Sungai Mati Muar...ketika itu Umi berumur 17 tahun dan Parman pula berumur 23 tahun.
UNTUK MEMULAKAN PENGIHIDUPAN
Hj Parman mengambil keputusan untuk membina sebuah rumah di Serom 3 dan bertugas sebagai NGO ( Noreh Getah Orang )Pernah juga bertugas sebagai AC yang ditugaskan digunung ledang... Selepas perang Jepun kehidupan mereka kais pagi makan pagi ,dan kais petang makan petang malam sahaja mereka tidak berkais kerana zaman itu banyak kominis , Maghrib sahaja mereka tidak membenarkan anak-anaknya keluar antara ayat yang digunakan OJO METU MAGRIB-MAGRIB YO!!ONO WAL WOO NAK JAWIL GOWO...,apabila mendengar kata -kata itu budak-budak pun gementar mendengarnya semuanya kecut perut....dan semuanya duduk dirumah tapi kehidupan mereka cukup bahagia walaupun keadaan saat itu cukup daif sekali, itulah yang di ceritakan oleh kakak umi iaitu Salamah Binti Ahmad
ZAINAB BINTI PARMAN
Kehidupan mereka mula di duga apabila anak mereka yang no 2 ketika itu berusia 10 tahun yang tiba-tiba demam panas. Pada zaman itu masyarakat melayu kita lebih mempercayai bomoh dari doktor lalu pasangan ini berjumpa dengan bomoh yang di gelar Busu Gondong dari Serom 3 tapi sayang Allah lebih menyanyanginya... Ujar bomoh " anak mu wes kasep "... Al - Fatihah
BERITA YANG MENGEMPARKAN
Pada masa itu orang yang begelar pertani pantang mendengar ada kawasan yang nak di-buka lalu segera bertanya di mana ? Rakan-rakannya berkata ,kabarnya. terdapat satu tanah ceroboh untuk buka kebun di Murni Jaya Layang-Layang Johor maka sekumpulan pakatan Jawa dari Serom 3 dan 4 telah pergi ke sana. Parman pun turut serta dan mengambil keputusan untuk berhijrah dan hanya mapu berda di serom cuma 11 tahun sahaja...
PADA 1962 HJ.PARMAN MEMULAKAN HIDUP BARU
Dengan berbekal kapak geraji parang Parman bersama rakan-rakannya membuka kawasan hutan belantara untuk dijadikan kawasan rumah dan kebun... Gajah, harimau dan binatang buas lain menjadi musuh mereka sehinggakan ketika itu sejarahnya keluar di surat kahbar.
KERJA HARIAN HJ.PARMAN
Sebelah pagi Hj parman menoreh di kebun orang yang tidak berapa jauh dari rumahnya( Ladang Cina ) pada sebelah petang pula kerjanya berkebun menanam ubi, nenas, keladi, kentang jambut, keledek dan lain-lain lagi.. Alhamdulilah ke semunya subur almaklumlah tanah baru.. Sebelah malam pula Parman mengajar agama dan meurut rakan-rakanya Hj Parman adalah bekas murid Pak Kiayi Samsuddin maka ramaila orang yang suka kerana sikap keperibadian yang ada dalam diri Hj.Parman, seperti ringan tulang dan orangnya berbudi bahasa.. Bila ramai yang suka ada juga yang membenci ..

PARMAN JATUH SAKIT
Ketika anaknya 8 orang masih kecil-kecil lagi, yang sulung baru berumur 15 tahun dan yang bongsu berumur 1 tahun beliau telah jatuh sakit.. Orang kampung memanggil sakit Busung. Saya masih terbayang ketika itu untuk membawanya keluar dari rumah ke jalan raya lebih kurang 2 kilometer berjalan kaki melalui paya dan menyeberangi sungai menggunakan sebatang kayu yang di jadikan titi. Hj.Parman di pikul oleh orang-orang kampung di naikan teksi untuk di bawa pulang ke kampung halamanya di Parit Raja Gersik Muar Johor.. Setiba di rumah bapanya Tamsir Bin Wahab Hj.Parman di carikan tabib bagi tujuan mengubat penyakitnya.. Perutnya semakin hari semakin membesar lalu keluarga mengambil keputusan untuk membawa Hj. Parman ke Hospital Muar... Doktor yang merawat Hj Parman mengambil keputusan untuk menjalankan pembedahan tapi Allah lebih menyayanginya...Hj. Parman pergi buat selamanya meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil dan belum mengerti. Bersemadilah Hj Parman di Tanah Perkuburan Kg Tiong Baru Muar Johor..
UMI KALSOM BINTI AHMAD MENJADI IBU TUNGGAL
Bermula lah kehidupan Umi sebagai ibu tunggal dengan 8 orang anak-anaknya yang masih lagi kecil.. Menangis anak-anaknya apabila diberi pada orang cuma yang no 2 sahaja iaitu Ithnin Bin Parman di bela oleh ibu saudaranya Tuminem Binti Tamsir yang tinggal di Kg Jawa Panchor. Umi telah mengambil keputusan untuk tinggal di Serom 3 dan tinggal bersama adiknya iaitu Wan Bin Ahmad.. Kehidupan adiknya cukup daif pada ketika itu kerana anak-anak yang ramai dan bertembung pula dengan anak- anak Umi maka terjadila peristiwa makan berebut-rebut, mandi sahaja yang tidak berebut masing-masing boleh terjun kolam air masam... Melihat keaadan Umi pada ketika itu maka ramaila orang-orang datang membantu membina sebuah rumah kecil yang di pangil (Gobok )umntuk di jadikan tempat berteduh, ada juga yang cuba ingin mengambil Umi sebagai isteri tapi pendirian Umi hanya SATU, semangat dan kesetianya hanya (SUWIJI ) satu tiada yang lain untuk selamanya.Umi Kalsom bersama anaknya yang sulong mengambil tugas untuk bekerja mengambil upah menoreh getah orang di Serom .1. yang berpendapatan pada ketika itu sekitar 1.50 sen sahaja.hendak menyara anak yang masih kecil dan semuanya sedang membesar kuat makan umi hanya mambu berdoa dan menangis semuga allah memberi hidayah untuk dia terus membesarkan anak-anaknya...dengan keadaan yang dialami maka. Umi hanya mampu bertahan selama 2 tahun sahaja lalu mengambil keputusan untuk kembali di Murni Jaya Layang-Layang Johor menyambung usaha-usaha yang di tinggalkan oleh Arwah Hj Parman.. Umi berazam untuk membesarkan anak-anaknya dengan berbekalkan maruah dan harga diri...hendak menyekolahkan Umi tak mampu masa itu kerajaan belum apa apa bantuan .tidak macam orang sekarang ....setidak-tidak nya JKM akan tampil membantu .dulu terpaksa Umi tanggung sendiri.....

PADA TAHUN 1970 UMI KALSOM PULANG KE MURNI JAYA LAYANG JOHOR...
Dengan semangat baru, ibu tunggal ini bertekad menyambung cita-cita arwah suaminya untuk berkebun.. Pada ketika itu rumah tiada lagi maka Umi menumpang di rumah kakaknya Salmah Binti Ahmad.. Sama seperti di rumah Adiknya Wan, kakaknya juga mempunyai anak-anak yang ramai dan Umi hanya betah bertahan selama 1 bulan sahaja .. Ramai yang sudi membantu terutama orang-orang kampung, membuatkan rumah semtara di belakang Balai Kampung Murni Jaya cukupla memadai buat kami semua untuk berteduh... Anak yang sulung sudah mula bekerja dari estet ke CRP dan pergi ke Bukit Badak Kelinggo.. Lebih kurang setahun maka pulangla semula Umi ke Kg Seri Muar untuk memulakan penghidupan baru bersama anak-anak.. Dapatla berkumpul menjadi 1 keluarga yang bahagia... Umi mendidik anak-anak bagaimana untuk bekerja dan juga mendidik anak-anak menjaga diri dan maruah harga diri.. Selain itu Umi menerapkan semangat keyakinan diri dalam setiap anak-anakya...
Gambar Umi Bersama Anak-Anaknya
Dari kiri berdiri : Muhamad, Ithnin, Othman, Ali, Daud
Duduk Dari Kiri : Siti Asiah, Umi, Saniah, Kamisah
ANAK ANAKNYA ~
- Muhamad Bin Parman Seorang Peneroka Felda, tinggal di Felda Tunggal Kota Tinggi Johor dan kini memegang jawatan sebagai ketua blok
- Itnin Bin Parman Bekerja sebagau Penyelia di sebuah Kilang di Kulai dan telah bersara.. Bekerja sambilan di kilang kerepek ubi milik penguasa tempatan di Kampung Seri Muar
- Othman Bin Parman Menjadi seorang peneroka Felda dan memegang jawatan sebagai Ketua Peneroka Negeri Sembilan merangkap AJK UMNO Bahagian dan lain-lain jawatan dalam NGO. Mempunyai Facebook dan seorang bloggers
- Ali Bin Parman Menjadi petani dan memiliki kebun sendiri
- Siti Asiah Binti Parman Menjalankan perniagaan runcit bersama suami di Felda Ulu Pengeli, Kluang Johor
- Saniah Binti Parman Mengikut suami tinggal di Pontian Johor berkerja di sebuah kilang swasta
- Kamisah Binti Parman Mengikut suami dan tinggal di Felda Layang-Layang Johor
- Mohd Daud Bin Parman Menetap di Kg Seri Muar Murna Jaya Layang-Layang Johor bekerja sebagi pembantu khas Adun Kawasan Kulai dan menyadang jawatan sebagai Ketua UMNO Cawangan dan Ajk UMNO Bahagian.
Saya Othman Bin Hj Parman (pak Lurah )mewakili anak-anak Umi Kalsom Binti Ahmad merasa bangga kerana mempunyai ibu yang baik menjaga kami walaupun ibu saya seorang buta huruf tapi beliau mempunyai hati yang terang, berjiwa besar, SUWIJI kesetiaan yang satu dan cekal menghadapi ujian dari Allah... Semoga Beliau terus menjadi kebanggaan kami adik beradik dan anak cucu cicit dalam mengharungi kehidupan yang mendatang... Semoga Allah memanjangkan usia beliau dengan memberi kesihatan yang berpenjangan... Amin
Terima Kasih Mak....
Terima Kasih Mak....