Sabtu, 13 November 2010

Program Gerak Mesra 1 Felda

Assalamualaikum  WBT Dan salam perpaduan salam  1 Malaysia salam 1 felda
Pertamanya Saya Mengucap Syukur Ke Hadrat Allah SWT Kerana Dengan Keizinannya Program yang Begitu Bermakna ini Dapat di jalankan Dengan Teratur Dan lancar.Tidak lupa ucapan Setinggi-tingi Terima kasih Diatas Kesudian
YB Dato' Razak Mansor,YB Adun,Yang berbahagia Tan Sri,Dato,Dan semua Pengawai Felda Yang sudi Melapangkan Masa untuk hadir ke Program Gerak mesra kumpulan 1 felda bagi wilayah raja alias pada hari ini,Saya sebagai wakil dari masyarakat peneroka merasa sangat bangga dan berbesar hati diatas usaha pihak pengurusan felda yang sentiasa mengambil berat kebajikan peneroka, dan bersedia hadir bersama bagi memberi taklimat dan penjelasan.pada program ini.sesungguhnya dengan maklumat yang jelas akan mengurangkan salah faham dan kekeliruan di kalangan peneroka.dengan program ini juga diharapkan akan menambah lagi hubungan erat yang sedia terjalin antara masyarakat rancangan dan pengurusan tertinggi felda. bagi menentukan kejayaan warga felda sebagai komuniti contoh luar bandar,peneroka itu sendiri perlu bertindak secara berkesan dengan melakukan tranformasi diri dalam sikap,ilmu pengetahuan dan kemahiran.Terima kasih kepada felda yang telah menyediakan pelbagai kemudahan dan progaram ke arah masa depan yang lebih baik untuk warga felda dari peringkat anak kecil,golongan pelajar,belia,peneroka wati,peneroka.....malah sehingga ke akhir hayat peneroka itu sendiri..sesungguhnya kita sepatutnya merasa bersyukur diatas nikmat yang dipelorehi selama ini.segala masalah atau isu yang berbangkit perlu dikongsi dan ditanggani bersama secara rundingan supaya yang keruh dapat dijernihkan,yang kusut dapat di rungkaikan ibarat menarik rambut di dalam tepung,tepung tidak berselerak,rambut tidak putus... 

PAK LURAH MENYERU WARGA FELDA 
Marilah kita sama-sama berdoa supaya felda terus berjaya dan nikmatnya dapat dirasai oleh semua warga felda disamping kita sentiasa berusaha meningkatkan prestasi diri dan keluarga.kita juga mengharapkan agar misi felda sebagai pelaku Global dapat dicapai dan tetap disengani serta di hormati.

SEKALUNG PENGHORMATAN 
setinggi-tinggi penghargaan
YB  Dato' Razak Bin Mansor Yang Dipertua Dewan Undangan negeri
YB Dato' Zainal Abidin Bin Ahmad Adun Sungai Lui
YB Dato' Aziz Bin Shamsudin Adun Kawasan Palong
YBHG Tan Sri Dr.Mohd Usof Bin Nor Pengerusi kumpulan Felda
YBHG Dato Dzulkipli Bin Wahab pengarah Besar Felda
YBHG Dato' Sabri Ahmad Pengarah Urusan Kumpulan Felda
YBHG Semua Timbalan Pengarah Besar Felda
YBHG Pengarah-pengarah Syarikat Felda 
Yang dihormati Tuan Hj Ghani Bin Hj Ali Pengurus Besar Wilayah Raja Alias
Yang dihormati Semua Pengarah Dan Pengawai Dan pengurus Ibu Pejabat Wilayah Dan Rancangan 
Semua timbalan Pengerusi JKKR pengerusi JKKK pengerusi JPW Pengerusi MBFM
dan semua Warga Felda WRA Terutama Sekali Warga Tuan rumah Pasoh 3   Yang berjaya menyediakan tempat dan persiapan Pak Lurah Akhiri Dengan Kata Pujangga Kembali kan Semangat Tiga telungku Sepejerangan tiga kali seperlilitan semoga kita sama-sama mendokong 5 tras yang di gariskan oleh felda Majulah Felda untuk Warganya Salam Pak lurah.

Khamis, 11 November 2010

BERJAGONG-JAGONG DAHALU SEHINGGA MENUNGGU PADI MASAK.

BERTEMU BUAT WARGA FELDA 
KALI INI WARGA FELDA BERSAMA PAK LURAH DALAM MEMBICARA BERJAGONG -JAGONG SEHINGGA MENUNGGU PADI MASAK

TANAM SEMULA :-

Felda palong 9 adalah rancangan yang akan menghadapi tanam semula yang dijadualkan pada awal tahun depan bulan feb 2011,  lebih kurang 80%  warganya masih taat dan terus bersama felda dan ada 20 % sudah masuk angin yang mana mahu kerja-kerja  tanam semula dibuat  sendiri ...

SARANAN :-

Pak lurah menyarankan agar warga peneroka yang  masih bertenaga elok lah meneliti pujangga yang pak lurah sebutkan diatas , jangan lah gunakan pujangga moden yang menyatakan bernyagong nyagong dulu sehingga menunggu orang rumah masak ,yang ini lebih membuatkan warga peneroka lekas mati dan akan banyak menimbulkan masalah dirancangan ,kerana apabila manusia banyak rehat tanpa membuat apa-apa aktiviti sedangkan badannya masih bertenaga maka mulalah  nak mencari salah orang lain,  cuba salahkan orang  rumah yang lambat masak, mencari salah ketua kampung, mencari salah pengurus,mencari salah pemimpin seterusnya kerajaan, dan  akhirnya salah sendiri mereka tidak nampak...

PELUANG

Felda melalui GMN iaitu  gedung makanan negara telah merangka satu pendekatan baru yang mana bertujuan membantu warga felda mendapat pendapatan sampingan selain menerima wang penduhuluan RM 1000 hingga RM 1500 bagi setiap orang peneroka ,maka terserah kepada warga felda yang sedang menunggu tanam semula sama ada cukup hanya memperolehi wang RM 1000 hingga RM 1500 atau turun ke kebun mengeluarkan keringat untuk bersenam dan mendapat hasilnya kelak  kerana berbudi kepada tanah pastinya akan mendapat balasanya...

IMPIAN FELDA :-

Untuk menjadikan Warga contoh luar bandar,.
 kita khususnya warga felda harus sedar yang kita tidak boleh terikut -ikut  dengan gaya dan rentak oleh orang orang yang cuba hendak menghancurkan kita , kita warga felda seharusnya bersatu berganding bahu untuk  maju kerana masa sekarang  begitu pantas berlalu seperti kata pujangga berhenti dipersimpangan tanpa membuat keputusan pastinya sesaat mati.....
pak lurah mengharapkan agar warga felda khususnya  yang sayang pusaka yang tidak ternilai ini terus  merebut segala peluang yang ada didepan mata,

IMPIAN WARGA FELDA :-

Untuk memastikan kita selesa menghadapi masa-masa mendatang pak lurah tertarik kata - kata
Ybhg Dato' Hj Dzukifli Bin Wahab  pengarah besar FELDA yang mana rancangan felda -economic power house-pendapatan perkapita warga peneroka USD 15 000 atau lebih kurang 50,000 setahun  akan tercapai
dan sekarang pun dah ramai yang capai tetapi Pak Lurah  mahu lebih ramai lagi yang boleh mencapai kejayaan tesebut... Semoga apa yang Pak Lurah sampaikan ini di fikirkan, di renungkan dan di laksanakan Salam Pak Lurah untuk Warga Felda...

Ahad, 17 Oktober 2010

TEBANG SEPOHON KAYU YANG SUNGGUH BERNILAI

BERTEMU BUAT SEMUA
KALI INI BERSAMA PAK LURAH DALAM  TUMBANG SEPOHON KAYU YANG SUNGGUH BERNILAI...


SUDAH 13 TAHUN
Saya menjadi timbalan pengerusi JKKR Felda palong 9
selaku pemimpin kerdil saya terasa amat banga kerana memiliki anak buah yang rajin berusaha dan hormati menghormati ,dalam ucapan sulung sempena hari kemerdekaan pak lurah pernah berkata kita peneroka adalah tuan ,tuan apa sudara sudari ,lain tak bukan tuan punya tanah ,pak lurah juga pernah berkata akan menjadikan palong 9 antara rancangan terbaik seluruh malaysia  dan juga pernah berkata ingin membawa palong 9 maju 2014

MASA TERUS BERLALU

Sekarang sampailah masa yang di tunggu-tunggu oleh semua penduduk & peneroka Felda palong 9 apabila sampai saat & ketika apabila menghadapi susana tanam semula itu sebab nya pak lurah pernah menulis  KUSANGKA PANAS HINGGA KEPETANG RUPANYA HUJAN DITENGAH HARI ,KUSANGKA AMAN BERPANJANGAN RUPA-RUPANYA SENGKETA MENGINTAI HARI...

PEMBENTUKAN AJK TANAM SEMULA

Dulu pak lurah pernah berkata apabila sampai dan ketika tanam semula pak lurah tidak mahu dilantik untuk menjadi pengerusi  kerana  diatas pengalaman yang lalu yang telah dialami oleh rakan -rakan yang lain walau pemimpin berjuang bermatian matian untuk memuaskan anak anak buahnya tapi cemuhan dan fitnah yang mereka dapat,rupa -rupa hasrat pak lurah di kabul kan apabila dalam mesyuarat pembentukan AJK tanam semula maka terlantik lah En Safie Satam yang dulunya pengurusi biro ladang dan sekarang menjadi pengerusi tanam semula pak lurah dan pengurus dilantik sebagai penasihat...

TENDER TERBUKA TEBANG POKOK
Maka bermulalah episod   dari tawaran yang di keluar kan oleh pentabiran Felda ibu pejabat KLmelalui akbar akbar tempatan  pak lurah pun mengambil kesempetan mengeluarkan  iklan di laman blog nya untuk sama-sama membantu kalau ada tauke boleh menwarkan harga tinggi ,tapi malang nya hanya 15 borang sahaja yang mampu di jual  setelah tender ditutup hanya hanya 8 penender yang memasukan tawaran ..

TENDER DI BUKA

Apiba tender dibuka kami cuba cuba mengubungi Puan Rohana yang bertugas di-ibu pejabat KL sebagai pengarah memberi tahu kami tidak dibenarkan mengetahui kerana kami bukan dikalangan orang yang membeli tender...dan akan diberi tahu setelah rundingan pihak Felda dan penender selesai baru lah dibawa kejamaah tender yang dipengerusikan oleh pengarah besar kerana jumlah agak banyak melibatkan wang jutaan ringgit

KEPUTUSAN JAWATAN KUASA TENDER

Setelah keputusan dibuat maka pihak ibu pejabat memaklum kepada pengurusan Felda Palong 9 Tuan Salih Muhidin selaku pengurus rancang Felda Palong 9  orang yang berjaya mendapat tender tebang & cabut pokok getah Felda Palong 9 ialah LBJ Global  yang beribu pejabat di Melaka tuan Hj Rahman selaku pengurus

SATU MESYUARAT  AJK TANAM SEMULA DIADAKAN DI BALAI RAYA

Dalam mesyuarat pak lurah tidak ada, Yang di pengurusikan oleh Tuan Salleh Muhidin   mengambil keputusan jika tak ada lagi yang menawarkan yang lebih tinggi AJK menerima  kerana mengambil Faktur berikut
  1.  Felda palong 9 adalah salah satu rancangan yang gagal dari peringkat awal lagi tentang dirian pokok  sulaman demi sulaman dilakukan akibat ganguan binatang liar gajah landak dan sebagai nya
  2.  kebakaran ladang ketika sestem saham ladang tidak urus dengan baik.semak samun baja tidak ditabur ditempat yang sepatut nya,  maka pembesaran pokok terbantut  maka peneroka bertindak memperjuang kan agar sistem saham di tukar kepada individu perjuangan nya diterima yang di umumkan oleh Tun Gafar Baba Tim Menteri MAlaysia ketika itu di umumkan di Terengganu
  3. Bencana alam yang melanda Felda Palong 9 berupa angin puting beliung yang mengikabatkan pokok banyak yang tumbang pak lurah tak kira kemusnahan berapa batang yang tumbang di tempat lain tapi kebun pak lurah  hampir 500 pokok yang tumbang dan kalau kita lihat sekarang dirian pokok yang ada dikebun pak lurah  di bawah 1000 pokoknya ada lagi boleh datang kira
  4.  Kelun yang di tanam kebanyakan 600  dan pokok kecil tidak serupa macam tempat lain....yang tinggi dan besar..

SATU PERJUMPAAN DIADAKAN DI DEWAN PANGLIMA PALONG 09

Satu perjumpaan diadakan yang terdiri kepada peneroka & isteri bertujuan untuk mengambil keputusan kali ini pak lurah ada nota pengerusi yang memberi penjelasan tentang keputusan tender yang diperolehi
RM 33,300 setiap peneroka  ,ketika itu hari raya sudah hampir kebun pula sudah semak pokok pula dah ramai yang tidak boleh ditoreh ramai yang berpendapat tender diterima.. maka Shafie selaku pengurusi tanam semula memmbuat undian barang siapa yang setuju sila angkat tanggan yang tak setuju jangan angkat tangan
ketika itu orang banyak diluar dewan tiada tumpuan pak lurah tidak bersetuju dengan keputusan itu walau sudah majoriti lalu pak lurah yang mengambil alih lalu menjerit lah pak lurah yang mengatakan WAHAI SEMUA PENEROKA FELDA PETANG INI PAK LURAH MAHU MENGAMBIL KEPUTUSAN  ADA KAH KAMU SETUJU DENGAN HARGA YANG DI TAWAR KAN OLEH PENENDER INI jawapan yang diberi  SETUJU ....

ADA TAWARAN BARU
Keesokan nya ada tawaran baru yang di terima yang datang dari jiran sebelah  yang mana sangup membayar harga yang lebih tinggi kali kedua nak sebut jugak kali pertama dia nak masuk tender walau pun hari itu jam 12 tengahari tendar dah ditutup dia janji nak bayar 5000 1 ekar pak lurah bersusah payah hingga tayar kereta meletup dia masuk tender hanya 1 hekter 5000 dan kali kedua dia berjanji untuk membeyar 3900 dan membawa ajk tanam semula untuk berunding di KL tapi perundingan itu ditangguh kan sehingga hari rabu .
ketika itu pak lurah ada tapi pak lurah sempat berpesan kepada barisan ajk tanam semula sekiranya dia boleh membuktikan ada duit bawalah jumpa kepada pengarah felda,  dan tender yang ada kita boleh batal kan..kerana hari rabu pak lurah dah berlepas ke sabah pak lurah tidak dapat bersama pak lurah  bersama Ybhg Dato ' Dzul dalam program mersa felda ,


PENGURUS RANCANGAN MEMAKLUMKAN KEPUTUSAN

Pak lurah tiba tiba mendapat pangilan talipon dari tuan pengurus rancangan yang menyatakan tauke yang menawarkan 39000 kepada peneroka gagal untuk membukti kan dia ada duit,  pak lurah pun bertanya kepada pengurus  bagai mana keputusan Ajk tanam semula, pengurus menjawab  mereka telah bersetuju untuk menerima tender yang sekarang ada duit ,  bukan omong kosong  pak lurah menjawab kalau itu sudah menjadi keputusan pak lurah mengikut .

TOMAHAN DAN FITNAH

Kepada penduduk Felda Palong 9  peneroka & anak-anak  pak lurah & Ayahnda ingin berpesan jauhi lah dari fitnah kerana perbuatan itu amat senang dilakukan tapi kesan amat dalam kepada orang yang kamu fitnah kalau rasa-rasa nya benar pak lurah telah menerima duit  hasil dari tebang pokok peneroka bawa pak lurah kemasjid kita selesai anak beranak kalau ada yang sangup pegang al-Quran ayah pun sangup dan kalau ada yang pangil SPRM pak lurah sangup kalau tak tahu pak lurah pun boleh tunjuk dan kalau tak ada tambang pak lurah boleh bagi tambang jangan cakap sahaja ,semua orang pun boleh cakap,pujangga pernah berkata ikut kata engang makan buah belolok ikut kata orang nanti diri sendiri masuk lubuk...

GANGGUAN TANAM SEMULA TIDAK BELAKU

Kepada peneroka palong 9 yang penting kita tumpukan proses tanam semula berjalan dengan lancar  pasti kan benih yang mahu ditanam bermutu tinggi kerana benih menentu kan hasil  dan pastikan nurseri yang diurus oleh kontrektor diawasi oleh AJK tanam semula supaya tidak belakunya penyelewengan mencegah lebih baik dari kita merawat ,Ambil lah pesanan pujangga dulu berjagung jagung dulu sehingga menunggu padi masak ini lebih baik kerana dapat menjaga kesihatan .....

KEPADA ORANG LUAR JANGAN MASUK CAMPUR

Allah jadikan manusia tidak sama Allah memberi rezeki kepada manusia pun tak sama dan Allah janji kan balasan Akhirat pun tak sama  jadi kalau kamu di beri yang baik besyukur lah jangan kamu diberi yang lebih kamu hina orang lain dan hasut orang lain fitnah orang lain kerana balasan Allah amat pedih ....
Iklas Othman Parman ( Pak lurah )

Ahad, 5 September 2010

RAMADHAN AKAN BELALU SAWAL AKAN MENJELMA



BERTEMU BUAT SEMUA.
KALI INI BERSAMA PAK LURAH DALAM
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 2010


PENDAHULUAN


PAK LURAH MEWAKILI WARGA FELDA W.R.A NEGERI SEMBILAN  MENGUCAP KAN SELAMAT HARI RAYA SERTA MAAF ZAHIR BATIN KEPADA MUSLIMIM MUSILIMAH TIDAK KIRA DIMAMA ANDA BERADA JAUH&DEKAT ,


MENGALU ALU KAN KEPULANGAN
Pak lurah juga mengalu-alukan kepulangan anak-anak perantauan yang akan pulang menemui ibu ayah tersayang ,kami sentiasa menunggu kepulangan anak-anak diperantuan kalau dulu pergi seorang sekarang pulang berdua , dan kalau  dulu miningal kan rancangan berdua sekarang sudah bertiga berempat ..aduh!! seronok sekira nya tenrera-tentera  ini pulang berkompol bersama-sama dalam kemeriahan sawal yang akan menjelma tak lama lagi  jangan susah rumah ayah bonda pun dah besar besar ...luas untuk tidur dan bermain buat cucu .yang datang .

PESANAN & INGATAN
 meharap kan supaya berhati-hati ketika memandu ingat pesanan PM supaya jalan raya lebur raya tidak dijadi kan sungai yang bedarah sempena sawal yang mulia seperti kata pujangga biar lanbat asal selamat di guna jika perlu sebab pujanga dah betukar janji cepat asal selamat ....

MOHON KEMAAFAN

Kesmpatan ini pak lurah sekelurga mengucap kan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat meslimin dan musilimah tak kira dimana berada yang mengemali pak lurah .salam buat semua...


PANTUN HARI RAYA 

Kain rentang sudah di gantuan 
pelita raya sudah di pasang 
menunggu perantaun pulang kampung
agar hati nya akan terangsang


Gadis manis ayu jelita 
Memakai tudung berbaju kebaya 
keliling kampong pasang pelita 
kerana menyambut hari raya 

Jumaat, 3 September 2010

KERETA YANG DIPADDU TIBA-TIABA TEBAKAR

BERTEMU BUAT SEMUA ,
KALI INI BERSAMA PAK LURAH DALAM TREJIDI YANG TIBA-TIBA DATANG


DALAM PERJALAN

lebih kurang tengah hari  seorang guru perempuan yang telah memandu kereta nya sendirian dalam perjalanan menuju keluar menghala ke felda palong 14 15 16 selapas melepasi sempang palong 12 13 kereta yang dipandu tiba tiba tebakar...mujur lah sempat mempelahan kenderaan lalu membuka pintu lalu kereta itu berjalan sendiri melangar tebing lalu meletup dan tebakar hangus .....

ALLAH MASIH SAYANG HAMBA NYA

Yang di pangil cikgu Wan Rosni yang bertugas sebagai guru di sekolah Keb Felda Palong sembilan pak lurah terserempak di tempat kejadian dan sempati diatas apa yang belaku semoga  Wan  Rosni   tabah mehadapi dugaan dipeghujung ramadan ....menjelang nya syawal ini ....macam-macam boleh belaku ..tanpa diduga ..
kepada semua penguna jalan raya berhati hati lah ketika memandu dan ingatan PM yang tidak mahu  menjadi kan lebur raya & jalan raya... sungai maut .










Isnin, 30 Ogos 2010

MERDEKA ! MERDEKA!! MERDEKA!!! 2010

BERTEMU BUAT SEMUA

Kali ini bersama pak lurah dalam membicarakan erti kemerdekaan yang telah dikecapi selama 53 tahun .sebagai peribumi  YANG TINGGAL DI RANCANGAN FELDA tentunya merasa bangga kerana telah lahir di bumi yang bertuah ini,  pak lurah mula terfikir disudut hati kecil ini adakah keamanan yang  pak lurah kecapi ini boleh bertahan lama untuk anak dan cucu yang bakal pak lurah  tinggalkan nanti..


PERPADUAN DIKALANGAN MELAYU

 Hanya berlaku ketika dalam kesusahan ketika dalam kesengsaraan dan ketika dalam kesempitan golongan ini boleh kita bentuk dan boleh kita tegur dan yang paling istemewa boleh mendengar kata ..golongan ini hanya ada apa bila malaysia mula membangun yang diteraju oleh PM Tun Abd Razak yang digelar bapa pembangunan ,dan golongan ini juga yang telah di pilih menjadi anak emas di tanah rancangan yang diberi nama LKTP dan sekarang diberi nama baru iaitu FELDA... Golongan ini senang sekali diajar di suruh dimarah kebanyakanya tidak membantah dan melawan melalui makamah maka 50 tahun felda berjaya menempah kerjayaan .nama nya harum merata dunia bak harum bahu nya si bunga tanjung  dan wangi nya kasturi .itu lah felda hanya satu didunia.

KESINAMBUNGAN MULA TEPANCAR

Kalau dulu sakit sekarang dah sembuh , kalau dulu miskin sekarang ramai dah senang baru senang belum kaya,  kalau  dulu merempat sekarang dah ada tempat tinggal kalau dulu sempit sekarang dah lapang kalau dulu bapak  bodoh sekarang anak kita dah pandai kalau dulu berhutang sekarang dah habis bayar hutang, dan banyak lagi nikmat yang di perolehi..  ini  yang didapati hasil dari perjuangan ...

KEBIMBANGAN MENANTI HARI MEDATANG

Anak -anak ku terasa yang aku sudah dimamah usia entah esok entah lusa aku akan dijemput untuk menemui Allah .....akan ku tinggal kan desa yang indah & permai ini untuk kau jaga, aku amat bimbang & kuahtir apabila melihat karenah Anak-anak yang bukan kepalang, kamu sudah mula lupa diri , kamu juga sudah mula tidak mahu ditegur kamu juga sudah mula tidak boleh disuruh dan kamu juga tidak mahu diajar,kamu juga sudah pandai berbohong. kamu juga sudah tidak mahu berunding , sebalik nya kamu mula menuding ,aku amat terasa kebimbangan  dalam menanti hari mendatang ..kerana gambaran hari mendatang dilihat dari watak-watak sekarang..

PESANAN  BUAT WARGA FELDA

Dalam menerus kan perjalanan FELDA 100 tahun mendatang  rakan rakan taulan yang memainkan peranan dalam pembangunan warga Felda kita akan bertemu golongan diatas , maka satu pendekatan baru harus dilaksanakan melalui undang undang ,yang bolah menghalang, yang boleh mengawal ,yang boleh membendung yang boleh mecegah ,yang baiknya boleh mengambil tindakkan undang-undang...  Kita mesti lakukan  kalau tidak kerja kerja pembangunan warga felda akan terhalang dan di halang ,

BULAN KEMERDEKAAN

Pak lurah menyeru warga Felda  kita sudah merdeka isikan lah kemerdekaan ini dengan perbanyakan bersyukur dan  perbanyakan  berterima kasih , jagalah kemerdekaan yang kita miliki ini dengan berhati-hati kerana hendak mendapatkan kemerdekaan  bukan senang tapi kalau hendak menjahanamkan mudah.... Sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 pak lurah mengucap kan salamat menyambut bulan kemerdekaan buat warga peneroka dan rakyat malaysia salam kemerdekaan dari pak lurah

MERDEKA! MERDEKA!!MERDEKA!!!
















                                    


                                    




                                    

Ahad, 29 Ogos 2010

TRAGEDI YANG TAK DI UNDANG TIBA TIBA DATANG ...

Ayahnda bersama dengan En Rizal( Pen. RGM ) Dan Ust Yazid
 sama-sama turun ke tempat kejadian


BERTEMU BUAT SEMUA..
KALI INI BERSAMA PAK LURAH DALAM TERJIDI YANG TAK DIUNDANG TIBA-TIBA DATANG
DALAM KESIBUKAN UMAT ISLAM MENUNAI KAN IBADAT PUASA ,DAN KESIBUKAN UMAT ISLAM MEMBUAT PERSIAPAN MEMBELI PAKAIAN HARI RAYA ,SATU LAGI KELURGA
EN JAFAR BIN ADAM ,OKU , BLOK 4 FELDA SERTING HILIR 6 YANG TELAH HILANG TEMPAT KEDIAMAN MUSNAH DIJILAT API SEPERTI PADANG JARAK PADANG TEKUKUR ,SUDAH MENYARAP LAGI TESUNGKUR, ITU LAH PANTUN PURBA YANG SELALU DIUCAP KAN APA MASALAH SEBEGINI BELAKU APA YANG PENTING KITA SAMA SAMA MEMBANTU KELURGA MALANG INI , PIHAK FELDA  AKAN SEGERA MENYALURKAN PINJIMAN SEGERA DAN HARAPAN PAK LURAH ORANG KAMPUNG MENYALURKAN DERMA KILAT AGAR DAPAT MERINGAN KAN YANG DITANGGUNG , DAN MINGGU INI PULA GELIRAN  AHMAD BIN PUTEH YANG TINGGAL DI FELDA PALONG 9 , RUMAH NYA DI JILAT API ,  HAMPIR MEMUSNAH SEPARUH BANGUNAN  DAN PAKAIAN SERTA HARTA BENDA ,
MUJUR LAH PIHAK BOMBA CEPAT DATANG MEMBANTU MEMADAM KAN API SELAIN ORANG KAMPONG DATANG UNTUK SAMA-SAMA MENOLONG, PAK LURAH DI FAHAM KAN SEMASA KEJADIAN EN AHMAD BIN PUTIH SERTA ISTERI DAN ANAK-ANAK  TIADA  DI RUMAH ,APA PUN YANG BELAKU ADALAH UJIAN ALLAH SEMPENA BULAN RAMADAN YANG PENTING NYA KITA HARUS BESABAR  PAK LURAH AKAN MENGARAH KAN KUTIPAN DERMA KILAT KEPADA PENDUDUK KAMPONG DAN MEMBERI TAHU JABATAN KEBAJIKAN  SERTA PENGURUSAN TERTINGGI FELDA AGAR MENOLONG KELURGA YANG MALANG INI... MUDAHAN MUDAHAN BERAT SAMA DI PIKUL RINGAN SAMA-SAMA LAH KITA JINJING ......



Plug punca kebakaran

Baju persiapan hari raya habis musnah di jilat api

INGATAN PAK LURAH
Kepada warga peneroka dan rakyat malaysia supaya berhati hati apa bila meninggal kan umah pasti kan suis @ plug di mati kan dulu kerana sejak akhir ini kerap belaku nya kebakaran ketika penghuni meninggal kan rumah dan belaku nya lintas pintas yang menyebabkan kebakaran ...

DUGAAN DATANG DIBULAN RAMADHAN

BERTEMU BUAT SEMUA .
KALI INI BERSAMA PAK LURAH DALAM KISAH DUGAAN DATANG DALAM BULAN RAMADAN ..


PULANG KERUMAH
Pada 13 ogos 2010 jam 4:30 petang
Pak lurah pulang dari mehadiri mesyuarat JKKR Gabungan Wilayah Raja Alias yang diadakan di Melaka di Hotel Permaisuri  setibanya pak lurah dirumah pak lurah merasa hairan kerana rumah senyap sunyi tiada penghuni pak lurah lantas mengeluarkan talifon dari kereta yang di simpan ketika menunaikan sembahyang jumaat bersama Pengurus Tuan Salleh ,di masjid Melaka , lantas untuk bertanya sesautu kepada anak yang selalu menjaga program pak lurah setelah melihat ada 11 misscall pak lurah lantas menalifon lalu khabarnya dia membawa ibunya kehospital jempol untuk mendapatkan rawatan... pak lurah pun membuka rumah dan   berehat lah sebentar ..
Tiba-tiba Hj Muhamad  datang membawa surat jemputan untuk di sampaikan kepada pak lurah, Oleh kerana ketika itu kereta pak lurah belum siap masih berada di workshop ,pak lurah mohon tuan haji membawa pak lurah menemui isteri di hospital ,tuan Hj pun bersetuju ,
setibanya pak lurah dihospital pak lurah melihat isteri pak lurah lambat menerima rawatan pak lurah pun masuk melihat sendiri seorang Dr beketurunan india sedang merawat isteri pak lurah.melihat keadan nya pun tidak membimbang kan cuma suhu badan nya panas dan menurut kata Dr isteri pak lurah kurang air dalam tubuh badan nya  dan DR akan masuk kan air  pak lurah pun menunggu agak lama sudah hampair masuk waktu untuk berbuka pak lurah mohon izin untuk pulang kerumah di felda jaya ....
oleh kerana ketika pak lurah pulang pak lurah kena hujan badan pak lurah pun terasa mahu demam selepas berbuka, anak lelaki pak lurah memberi ubat pak lurah pun tak tahu ubat apa dia kata ubat demam setelah memakan pak lurah tidur tak sedar diri janji dengan orang rumah mahu datang di hospital pun tak tertunai sadar jam 5 pagi dikejut untuk bangun sahur...

HARI KEDUA DI HOSPITAL JEMPOL


Pak lurah pun sama tiada keistemawaan  apabila melihat persakit walau pun isteri sendiri tiba di katil persakit pak lurah melihat ramai juga anak buah yang telantar di rumah sakit kerana menghidap sakit buah pinggang kencing manis darah tinggi dan lemah jantung ,melihat keadaan isteri pak lurah senang hati kera tepancar diwajah nya tidak membimbang kan hati kecil ini  tak lama kemudian sahabat karib pak lurah patek desa dan isteri pun datang melawat kami berbual dan isteri pak lurah berbual sama ,setelah petang pak lurah mohon pulang seperti biasa pak lurah selepas berbuka makan ubat yang anak pak lurah beri setelah makan pak lurah pun tidur macam biasa,  jam lebih kurang 2.45 pagi satu pangilan talifon kedengaran terasa sayup nak bangun pun malas mungkin kesan dari makan ubat yang anak pak lurah bagi agaknya .tapi pangilan kedengaran lagi kali ini pak lurah bangun apa yang memaranjatkan pak lurah Dr.memberi tahu isteri pak lurah di bawa ke hospital kuala pilah kerana tidak sedarkan diri, kesukarannya untuk bernafas....pak lurah pun segera bangun dan bersiap siap untuk pergi melihatnya ...
walau bagaimanapun pak lurah merakamkan ribuan terima kasih kepada kakitangan hospital jempol kerana menjaga isteri kesayangan pak lurah dan keluarga ...

Jumaat, 2 Julai 2010

KETENANGAN WRGA FELDA DICUIT LAGI...

KALI INI BERSAMA PAK LURAH DALAM MEMBICARAKAN
WARGA FELDA DICUIT LAGI ..

SEAWAL MELANGKAH DITANAH RANCANGAN,

tahun 1986  pak lurah telah berpindah dari kampung murni jaya layang johor pergi ke felda palong 9 NS dengan membawa harapan agar sautu hari penhidupan lebih baik seperi yang ada sekarang ..
berbekal wang saku Rm 500 dan sedikit pakaian lusuh @ baju bandel dan sedikit peralatan dapur memadai sewa lori 2 tan  yang mehantar Maniam taukey kedai pekan layang-Layang  setibanya pak lurah dipejabat felda ketika itu pun belum siap mengunakan pejabat rumah peneroka pegawai yang bertugas En Sarin .cukup spoting dia menyuruh pak lurah memilih sendiri rumah yang pak lurah berkenan maka pemandu lori ketika itu mengcadang kan pak lurah memilih rumah yang bernombor 278 blok 14 pak lurah melihat kawasan itu cukup teruk licak dan becak ,dah lah musim hujan tapi kedudukan rumat di simpang tiga .pak lurah tampa berfikir panjang maka setuju lah untuk tingal di rumah itu...seminggu hujan hingga banjir di pesekitar rumah pagi pagi rokol  jam 6 pagi dah mula berhimpun ,macam macam perangai al-maklum dari kedah dari selangor kelantan melaka ns dan johor  yang..pang paling ramai johor ketika itu kami detempat kan sestem saham ,kami telah diajar kan bagai mana untuk membersehkan ladang kami juga telah diajar kan hidup bermasarikat saban minggu kita adakan yasin adakan mesyuarat jkkr dan diajar kan bagai mana ingin mencari pendapatan lebeh dari hasil yang di perolehi di ladang

SESTEM SAHAM

setahun kami berada dalam sestem saham kami merasa sestem saham tidak memberi gambaran yang baik buat wrga kami dengan peruntukan undang undang maka kami merayau agar sestem saham ditukar kepada sestem individu maka ketika itu felda macam di langar goreda angin bertiup kencang tapi orang melayu ketika itu amat beruntung kerana ada tokoh negarawan dan bomo yang di beri nama Tun Gafar Baba timbilan menteri yang peka dengan setuasi keadan maka sistem saham diapus kan , maka melonjat lah penerokan macam kera kena belacan  ..setelah menerima keputusan itu maka kami pun diberi kawasan yang mana setiap seorang menirima 10 ekar maka masing masing terus menjaga dan melaksana kan tugas masing masing hari berganti minggu minggu berganti bulan bulan berganti tahun ,peneroka tidak terasa terhempit kehidupan walau sekali kali harga turun dan naik namun peneroka tetap terbela nasib nasib orang kata
(anak Emas ) jika nak dibanding kan dengan masyarikat di luar kami terus mengecapi kehidupan yang amat baik dari pada naik basikal dah tukar motor dan dari motor dah tukar kerita dan yang ada dah 2-3 biji tersadai didepan rumah ini menunjukan kehidupan kami tambah baik dari pada kami mula datang ...

TIBA TIBA DATANG.

Dulu ketika kita susah sapa yang melihat kita , keluarga yang ketika itu kaya pun tak mahu menjenguk kita takut kita mintak duit nya .itu realiti kehidupan pujanga pernah berkata teman ketawa senang di dapat tapi teman menangis amat sukar dicari...
bergitu lah jugak apa yang berlaku sekarang mereka datang untuk mengangu hati hati kami,  dan matlamat mereka datang untuk mencuri kesetian cinta kami  bersama FELDA.

PERCAYA LAH
kami bukan lah seumpama seperti
pasir di pantai kami juga bukan setengang apabila senang tidak mengaku emak , kami juga bukan kacang yang lupakan kulit ,dan kami juga bukan lah gulungan orang apabila kesenangan mengetuk pintu cinta terbang ikut cendela ,

BENTENG KEKUATAN

sepertimana yang diimpikan oleh bapa pembangunan Tun Abdul Razak  Orang melayu felda hendak lah menjadi benting kekuatan kerajan BN diatas kesedaran diatas keinsafan dan diatas kesukuran dan keiklasan kami menolak dayah dayah pembangkang dan kami tetap menyokong kepimpinan Yab Dato'Seri Najib Tun Abdul Razak PM.M  serperti kata keramat yang telah ditinggal kan,SELANGKAH KAKI KU HAYUN BIAR SEJUTA TINGGAL KENANGAN ....Ini lah yang menjadi pendorong supaya kita terus...CINTA ,KASIH dan SAYANG seperti kata pijanga TIGA TALI SERPELILITAN,dan TIGA TERLUNGKU SEPENJERANGAN HIDUP!!! FELDA HIDUP !!! FELDA HIDUP!!! FELDA salam pak lurah

Rabu, 16 Jun 2010

BENCANA YANG TIDAK DIUNDANG TIBA- TIBA DATANG....

BERTEMU BUAT SEMUA :
KALI INI BERSAMA PAK LURAH DALAM SATU TRAGEDI BENCANA YANG TIDAK DIUNDANG TIBA-TIBA DATANG...





Tidak disangka dan tidak diduga pergi meninggalkan rumah bersama isteri dan anak-anak untuk makan malam ,apabila kembali rumah kediaman musnah dijilat api.....bergitu lah yang menimpa warga peneroka felda serting hilir 6 En. Razali Bin kamaruddin. dan pasangannya Aishah Bte Samah yang hanya sehelai sepinggang ,

Menurut saksi kejadian jiran sebelah rumahnya yang juga merupakan mantan Timbalan naib pengerusi gabungan W.R.A En Salih Bin Zakaria beliau mula menyedari seawal jam 9. malam lalu terus mehubungi pihak bomba  dan pihak bomba sampai jam 9.45 malam ,sebaik bomba sampai rumah pun dah habis di mamah api yang sedang kelaparan...dan sehinga pak lurah sampai...punca kebakaran belum diketahui....

Setakat Jam 6.20 petang tadi  pak lurah difahamkan pihak pentabiran rancangan sentiasa mengambil berat.dan telah menguruskan keperluan dan membantu ,begitu juga Wakil Parlimen,Adun,jabatan kebajikan ,puteri umno dan masyarakat setempat datang mehulurkan bantuan ,
pak lurah difahamkan mangsa mempunyi 4 orang anak dan yang masih bersekolah seorang ....
apa yang menyedihkan mangsa hanya sehelai sepinggang.semua harta benda hangus di mamah api ...pak lurah juga difaham angaran kerugian RM 50.000.00 ,



Pak lurah berharap keluarga mangsa kebakaran tabah mehadapi ujian Allah dan terus bersemangat Insy'allah. Ibu pejabat felda akan menyegerakan pinjaman perumahan RM 40.000.00 dan
bantuan insurans RM 10.000 00 dengan kemudahan tersebut dapatlah keluarga en razali memulakan penghidupan baru....
Kepada dermawan yang sudi membantu,bantulah rakan-rakan kita yang ditimpa kesusahan sedangkan penduduk palastin yang jauh kita bantu,jangan yang dekat kita lupai ....




Kepada Warga peneroka,pesanan pak lurah apabila hendak meninggalkan rumah pastikan semua plug,suis dapur gas dirumah ditutup.kalau semua dah okey barulah melangkah meninggalkan rumah ....
itu sahaja Salam pak lurah .....

Khamis, 3 Jun 2010

BEKELAH KE-TANJUNG BALAU KOTA TINGGI JOHOR,

BERTEMU BUAT SEMUA ,
KALI INI BERSAMA PAK LURAH BERKELAH KE TANJUNG BALAU KOTA TINGGI JOHOR ,

Pada hari jumaat,28 Mei 2010 jam 10 pagi pak lurah melangkah pergi meninggal kan rumah dari palong singgah sebentar di segamat ,membersihkan kenderaan yang kotor dan bau busuk dan menganti kan tayar yang sudah bocor ,(ganti baru satu tayar kena bayar 480 ringgit malaysia) sambung perjalanan singgah di kedai baiki radio kereta setelah diperiksa radio yang ada tidak boleh di guna @ dibaiki lagi  keputusan yang diambil , tukar..baru dengan bayaran 950 ringgit malaysia setelah siap pak lurah menerus kan perjalan tempat di tuju kampung seri muar murni jaya layang-layang johor pak lurah sampai dikampung murni, jam 8.30 malam tujuan .....untuk mengambil bonda yang tersayang untuk dibawa berkelah bersama ,pak lurah menerus kan lagi perjalanan kali ini lokasi yang dituju felda tunggal untuk penginapan ,malam kalau sewa hotel harga nya mahal kita sekeluarga tidur ditempat abang kandung. tidur percuma makan pun percuma jimat wang belanja,
pak lurah sampai ,dirumah abang long jam 11.00 malam,kak long rupa-rupa telah menyediakan sup ayam kampung untuk hidangan  kami apa lagi kena sup yang sedang panas hantam sahaja lah ...setelah kenyang kami masuk lah tidur.....

sebelah pagi nya pak lurah sempat melihat kawasan perkampungan felda tunggal yang bergitu pesat membangun ,bukan dipalong 9 sahaja  rumah nya cantik-cantik..rupa-rupanya di setiap felda sekarang telah banyak berubah,jika nak dibanding kan 10 tahun yang lalu,pak lurah difaham ada juga dikalangan peneroka felda yang masih malu-malu,pak lurah melihat..... gulungan ini akan bawa bersama malu nya hingga ke tanah pekuburan....kata pujanga malu bertanya sesat berjalan ,gulungan ini dah mula sesat dan disesat kan
oleh orang-orang yang sentasa irihati dengan apa yang dimiliki oleh FELDA...

jam 10.00 pagi pak lurah sempat berkunjung di salah sebuah rumah teman lama yang membuat kenduri kawin anaknya,orang felda jam 10.00 dan 11.00 majlis dah mula pak lurah dan keluarga mengambil masa 1 jam sahaja berada ditempat tersebut lalu meninggal kan rumah tersebut ,pergi semula kerumah abang long .untuk memohon pergi ,dengan kata yang paling manis terima kasih daun keladi..entah bila-bila kalau ada kesempatan akan datang lagi,

jam 2.00 petang bertolak lah pak lurah dan keluarga haluan di tuju DESARU & TANJUNG BALAU kota tinggi johor , oleh kerana desaru pantai nya tidak sesuai untuk kanak-kanak mandi lalu pak lurah menerus kan perjalanan ketanjung balau sampai sahaja tak sabar-sabar anak bungsu pak lurah mahu terjun kelaut pak lurah dan istri serta atuk nya  hanya mampu melihat sahaja,2 kakak nya pun sama terjun pak lurah mengambil masa 3 jam sampai tertidur menunggu anak-anak berkubang dilaut...
pak lurah melihat tempat ini sesuai untuk mandi-manda ombak tak tinggi..dan pantai nya landai air nya bersih cuma kawasan pesekitar nya hendak lah di kemas kini agar pantai ini cantik dan bersih senang untuk dikunjungi.....

pak lurah menerus kan perjalanan kali ini....tempat dituju kampung seri muar murni jaya layang-layang.pak lurah sampai tempat yang dituju jam 8.00 malam kedua mertua pak lurah amat terkejut diatas kehadiran pak lurah sekeluarga ,sampai-sampai lalu makan..malam seada nya sebab datang tanpa memberi tahu padan muka nasib baik emak tak lalu nak makan..jadi yang ada baki baki sedikit kamu makan lah.....anak beranak tapi..ibu yang sayang anak, nya lalu  semangat pun datang lalu semua bertindak buat.apa yang patut untuk di sajikan bagi tujuan ...makan  malam.....

jam 300 petang kami pergi ketempat ibu kandung yang tak jauh dari situ lalu mohon pamit mahu pulang kepalong 9 maka tamat lah 3 hari percutian pak lurah bersama keluarga sampai mabuk laut dan demam ....semoga ketemu dilain kali salam...dari pak lurah.
.

Khamis, 27 Mei 2010

PAK LURAH PENGURUS, TUAN NAZIR, CIK NURUL SUHAILA , DALAM LAWATAN RUMAH KERUMAH OKU TELANTAR

BERTEMU BUAT SEMUA KALI INI BERSAMA PAK LURAH DALAM KUNJUNGAN MELIHAT PESAKIT YANG TELANTAR DI RUMAH ......

NAMA SALLEH BIN  HASAN
Beliau telah jatuh ketika mengangkat lantun di  PMG ketika felda dalam sistem saham lagi ..
dan telah menderita dan telantar hampir 20 tahun  makan minim buang air kecil / besar dan  mandi di tempat yang sama ,mereka sekeluarga besyukur kerana JKM telan membantu meringankan beban mereka sekeluarga dan sekalung tahniah kepada isteri dan anak tersayang yang setia menjaga suami & Ayah yang tercinta dengan baik dan sabar......betul kata pujanga yang sabar subur .....semoga kelurga ini di beri ketabahan dan keimanan dapat meharungi hidup yang mecabar ....untuk akan datang.

.LAWATAN SETERUSNYA

ANAKNDA MOHAMAD SHAFIE BIN WAHID
Bujang lagi belum berkawin tapi Anaknda telah ditimpa pelbagai penyakit selama setahun yang lalu hinggalah kaki sebelah kanan telah di potong.dan beliau telah pun pulang dari hospital tapi keadaan nya belum setabil kalau dulu boleh bercakap sekarang mata sahaja...yang dibuka.... apabila ayahnda dan rombongan tiba melawat  nya.mulut nya diam membisu ...semoga keluarganya tabah menjaga anak tersayang ....dan tabah mehadapi ujian Allah ..

LAWATAN DITERUSKAN LAGI ,

ANAKNDA:  MUHAMMAD IMRAN BIN SABAN
UMUR  24 TAHUN
Seorang angota tentera  masih bujang beliau lumpuh seluruh badan setelah telibat dalam kemalangan jalan raya 5 tahun yang lalu .disitu lah dia makan & minum buang air kecil &besar dan apabila mandi hendak lah diangkat sebab dia dah tidak mampu untuk membawa badan nya sendiri


LAWATAN SETERUSNYA

ANAKNDA  AYUB BIN ABU HASSAN
Pelajar Universiti Tun Hussin  Onn Malaysia .
Pelajar terbaik  sepertimana kata orang orang tua tua malang tidak berbau beliau telah Terlibat dalam kemalang jalan raya yang membawa tangan dan kakinya patah  tarkah hitam yang menimpa kelurga Abu Hassan , Pada 7 OKTOBER 2009 semoga mereka ini tabah menghadapi cabaran dan dugaan ini  dan pihak JKM telah meniliti apa yang patut .mengikut peraturan yang boleh dibantu keatas remaja ini

LAWATAN DI TERUSKAN LAGI .

ANAKNDA  MOHD MAZNAN BIN PAIJAN
Anaknda ini sudah telantar sejak dari lahir dan berusia 24  tahun .makan & minum buang air kecil & besar semua di tempat yang sama  ibu nya baru meningal tahun lepas mujur ada adik beradik yang lain dapat menjaga abang telantar kepada keluarga ini pak lurah harap supaya besabar dan kuatkan semangat untuk membela insan istemewa .....



LAWATAN YANG AKHIR.

ANAKNDA NOREDARWAN BIN BUNAWAN
Anaknda  ini umur nya sudah 28 tahun masih bujang badan sihat, tapi akal nya kurang sihat ,dia pemegang kad Psikiatrik ,tapi walaubagaimana pun pihak JKM  akan meniliti apa yang boleh di bantu untuk meringankan beban keluarga ini dalam menghadapi kehidupan harian yang ditangung keluarga ini ,





KESIMPULAN HASIL LAWATAN .

PENGURUS EN SALLEH BIN MUHIDIN

Ini adalah program lawatan mesra yang telah di lakukan bersama AJK JKKR PDK JKM beliau selaku pengurusi JKKR FELDA palong 9 telah menyampai sumbangan kepada pesakit persakit .
beliau berdoa yang sakit supaya lekas sembuh dan yang istimewa terus ceria .....kelurga pengajaga  agar sabar melayan keranah  golongan istimewa......

JKM CIK NURUL SUHAILA

Beliau merakam terima kasih kepada JKKR AJK PDK kerana menganjurkan lawatan mesra rumah kerumah persakit dan golongan istemewa yang telantar  rumah kerumah pada hari ini dengan lawatan ini dapatlah kita meninjau sendiri masalah yang di hadapi ...

TUAN NAZIR USTAZ  JALI BIN LODIN

THANIAH! kepada  semua kerana dapat meluangkan masa datang menzarahi pesakit dan insan insan istimewa amalan sebergini hendak lah diteruskan kerana dapat memberi semangat kepada keluarga yang di rundung malang siapa yang mahu anaknya sakit siapa mahu anak anak dilahirkan cacat semua insan yang di gelar manusia tak mahu ....tapi Allah maha mengetahui apa yang dilakukan .....semoga insan merasakan syukur apa yang dianugerahkan...

PAK LURAH

Pak lurah akan mengadakan lawatan seumpama ini dilain kali apabila Habis mesyuarat  AJK PDK kita sambung  dengan mengadakan lawatan kali ini dipalong 9 insakallah lain kali di palong 10 pulak dan seterus nya  di palong 11 agar AJK PDK JKKR DAN JKM dapat memain kan peranan dalam program program murni sebegini..... Salam Pak Lurah

Khamis, 13 Mei 2010

Peneroka Dakwa Keliru Di Singkir… Memang Perlu Peneroka Itu Di Singkir

Bertemu buat semua....

 Che.Hassim Che long  adalah seorang peneroka FELDA  palong 9 yang mendakwa keliru disingkir  di akbar sinar,pada 12 Mei 2010,... Pada pandangan pak lurah berhubung kes tersebut memang wajar lah peneroka tersebut di singkir, kerana sebab-sebab seperti di bawah:-

Tarikh : 2/10/2000 ( Singkir Kali Pertama )
1.    Beliau telah melanggar perjanjian Akta GSA penempatan peneroka, surat perjanjian antara lembaga kemajuan tanah persekutuan( Felda ) dengan Che Hasim Che Long peserta rancangan kemajuan tanah.  Fasal 1&8 : kerana dia tidak bermaustatin di dalam rancangan   Beliau merasakan penyingkiran kali pertama  tidak berlaku pada diri dan keluarganya
3    Sebab itulah beliau menuntut kepada felda gantirugi pendapataan hasil kebunya dari tahun 2000-2006.....
4.       Bagi pihak Felda Barang siapa yang di dapati bersalah melanggar peraturan yang telah di tetapkan, segala kemudahan kebun diambil alih oleh Felda,peneroka yang di singkir tidak ada hak untuk menuntut

Tarikh : 30/4/2010 ( singkir Kali kedua )
1.       Setelah di singkir beliau membuat rayuan dan mendapat sokongan daripada ahli-ahli blok 3, JKKR,GPW,UMNO dan Unit Seranta  maka beliau di terima balik… Surat pada 31.10.2006 dengan menandatangani Aku Janji di saksikan oleh pesuruhjaya sumpah ( Majistret) bertarikh 14/11/2006
2.       
M   Mengapa beliau di singkir???
:- Beliau telah mengingkari surat aku janji sepertimana beliau diterima kembali ke dalam rancangan, beliau telah menerima sokongan daripada semua lapisan masyarakat, begitula juga apa beliau beliau di singkir pun .dengan mendapat restu daripada lapisan masyarakat  dan memang wajar la Che Hasim Che Long di singkir dari Felda Palong 09,pak lurah mengingat warga felda supaya agar kita sama menjaga adap dan sopan apa bila kita tinggal dalam penempatan berkelompok seperti dalam FELDA kita kena lah hormat jiran tertangga ,sahabat handai dan rakan taulan ini sepatut di amal kan , jangan kita mahu menunjuk kan jaguh kampong, dan tunjuk hero . pujanga telah berkata masok kandang kambing mengembek dan masok kandang lembu mengembok ,apa bila kita tidak dapat mengikut irama maka pincang lagu dan tari nya ini lah yang berlaku terhadap Che hassim Che long , apabila ia cuba menongkat arus .....
pesanan pak lurah kepada warga FELDA supaya kita kembali kepada kata pujanga ,rengan sama di jinjing  berat sama di pikul , gunung sama di daki lembah sama di harungi laautan sama diserbangi ,itu lah kata yang perlu warga penoreka ingati ,agar kehidupan warga peneroka terus di hormati dan,di contohi
salam pak lurah...

Isnin, 10 Mei 2010

BELIA BELIA DALAM TANAH BRANCANGAN .

BERTEMU BUAT SEMUA,
KALI BERSAMA PAK LURAH DALAM MEMBICARA BELIA DALAM RANCANGAN ,

Baru baru ini pak lurah telah di undang oleh pengerusi persatuan belia MBFM felda palong 7 dalam satu program yang pak lurah rasa sunguh berjaya yang di hadiri 420 orang  tediri dari pada belia dan pelajar yang akan menduduki peperasaan UPSR PMR SPM yang di rasmikan oleh .

Yb Dato Shamsukkahar Bin Mohd Deli
Adun kawasan serting merangkap Exco kerajaan negeri

Pak lurah di beri kesempatan untuk menyampaikan sepatah kata, apa yang pak lurah lihat sebenarnya kita boleh menarik minat para remaja menyertai belia tapi perlu di ingat pujanga telah mengatakan lenturlah buluh dari rebung nya .kalau ini kita dapat lakukan pasti nya kita tidak mempunyi masalah dalam menangani isu belia masa kini pak lurah sempat bertanya satu soalan,kepada belia ,barang siapa dapat menjawab soalan yang pak lurah beri maka pak lurah akan hadiahkan RM 100.00 satu ratus ringgit sahaja,nilai bagi jawapan soalan yang pak lurah beri.....soalan nya berbunyi bergini ,Wahai....mariam ...lahir saja bayi kamu di muka bumi ini apa yang perlu kamu ajar kan.. .1..2...3.maka tiada  pun sakorang yang  dapat menjawab persolan yang pak lurah beri, ini menunjukan anak anak anak kita kurang pendedahan dan kurang bergaul dengan orang orang tua mereka cuma bergaul dengan rakan sebaya saja ...........,apabila pak lurah buat bancian secara rambang hasil bancian ramai dikalangan remaja kita tidak kenal dengan pemimpin setempat dan juga pemimpin negara ini, amat mendukacita kan pak lurah.......... mengapa pula jadi bergini? pak lurah menyarankan  agar anak kita di dedah kan tentang pergaulan semenjak dibangku sekolah lagi... pak lurah ingat lagi ketika pak lurah sekolah darjah 4 lagi pemimpin datang ke kampung pak lurah bebaris dengan rakan rakan mengibar bendera hingga yang ada, pengsan  menunggu untuk menyambut penghulu ,sahaja.... bukan wakil rakyat dan bukan ahli parlimen,

Pak lurah masih ingat...lagi ketika pak lurah beumur 12 tahun pak lurah sudah di hantar untuk mengikuti satu program khemah kerja di bukit batu kulai johor ,di situ pak lurah diajar bergaul dengan abang akak orang tua tua,  pak lurah tidak merasa kekok `malah pak lurah merasa seronok,apabila dapat bergaul dengan orang tua tua,dapat mencungkil rahsia orang orang tua tua dulu.... walau tak punya wang tapi ramai gadis yang suka tak macam zaman sekarang kalau tak ada wang abang tetap melayang....entah kemana,

Anak anak muda,  pak lurah mengerti pandangan kamu sangat berbeza dengan ...pandangan kami sebab pandangan kamu masih terang lagi sedangkan kami sudah rabun .... tapi perasaan kamu sama dengan perasaan kami,  cuma tenaga kamu sangat jauh beza jika ....nak dibanding kan dengan kami pak lurah harap guna kaal lah pengelihatan yaang terang untuk membaca ,melihat apa yang sedeng berlaku ,dan guna lah tenaga mu..yang kuat untuk berbakti demi pertiwi .......

bediri menyanyi lagu nagara ku

bediri menyanyi lagu semai bakti ,



seramai 420 belia hadir

jamuan minum petang bersama vip

semuga pertemuan ini menyuntik semangat para remaja pera belia kembali berkicimpung di arena persatuan yang di bentuk untuk menyatukan belia  dalam  MBFM  untuk sama memikul tangung jawab untuk memaju kan belia khusus nya dalam rancangan felda kita tidak mahu belia dalam rancangan tanah  mundur dan ketinggal dalam harus kemajuan dan, kita mahu belia dalam rancangan lebih menonjol dalam segala bidang dan menjadi ikutan belia luar sana  ya....kita mahu menjadi contoh dan ikutan yang baik salam pak lurah ...



LAPANG SASAR BUKIT ROKAN

BERTEMU BUAT SEMUA ,


KALI INI PAK LURAH BAWA MENINJAU DAN MENGETAHUI KEUJUTAN LAPANG SASAR DI KAWASAN TANAH RANCANGAN DI BUKIT ROKAN ,

CETUSAN IDEA ,
Lapang sasar polis bantuan Felda,

Pembinaan lapang sasar polis bantuan Felda telah dirancang untuk di bina pada penghujung tahun 2007 diFelda bukit rokan Gemencheh Negeri sembilan....  bermula pada 11jun 2008 pengurusan polis bantuan telah pun mengemukan pelan cadangan pembinaan  lapang sasar kepada ybhg Dato' yusuf  bin  yunus Yg Di Pertua pergawai dearah tampin telah melulus kan projek ini, untuk memulakan kerja-kerja,tanah ditapak projek, tujuan pembinaan lapang sasar ada lah untuk memberi latihan kepada anggota polis bantuan ,Felda menjalan kan latihan penggunaan senjata api, bagi menambah kemahiran dan kecekapan dalam pengandalian senjata api, Lapangan sasar yang mempunyai  keluasan 26.99 ekar ini mempunyai kemudahan asas yang mencukupi  seperti tempat penginapan  Dewan ,surau ,dan lain-lain kemudahan asas  termasuk lah juru latih yang berkemahiran bagi memberi keselesaan kepada mana-mana kumpulan  yang mengguna kan lapang sasar
Bukit rokan,  dengan ada nya lapang sasar ini diharap dapat diguna dengan baik supaya dapat diguna kan untuk melatih polis bantuan ,dan juga dapat memberi peluang orang awam mengada kan aktiviti sukan menembak satu hari nanti...

SEKAPOR SIREH,

Dari Y.Bhg Tan Sri Dato yusuf Nor Pengurusi  Kumpulan Felda .

Alhamdulilah syukur kita ke hadrat Allah S.A.W kerana  dengan limpah Keberkatan dan izin - Nya dapat kita Bersama - sama dalam Majlis Perasmin lapang  Sasar  polis Bantuan Felda. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Wira Abu Seman Yusop, Kerana sudi hadir upacara ini.
Saya ingin merakamkan Ucapan tahniah dan syabas kepada Polis Bantuan Felda kerana telah bejaya membina sebuah Lapang Sasar yang cucup kemudahan - kemudahan asas Lapang sasar ini,  anggota polis bantuan felda dapat mnggunakan dan mengendalikan senjata api dengan lebih cekap dan berkesan sesungguhnya, berbekalkan dengan latihan menembak di lapang sasar ini, polis bantuan felda dapat bersiap sedia mengharungi cabaran dan realiti semasa menjalankan tugas megharungi cabaran dan realiti semasa menjalankan tugas demi menjaga harta benda, nyawa dan masyarakat dalam kumpulan felda.
akhir kata, saya melahirkan ucapan penghargaan dan terima ksih kepada semua yang terlibat dalam kejayaan upacara ini., semoga polis bantuan felda terus berusaha dan lebih berjaya dimana masa akan datang.

Pak lurah merakam setinggi tahniah diatas kejayan ini semoga apa yang  kita miliki ini kita dapat menafaat kan untuk melatih anggota cekap dalam mengandali kan senjata api bakan dapat memikul dan melaksanakan tugas yang mecabar . pak lurah mohon mencadang dengan kekuatan anggota yang ada maka sudah seharus senjata di bekal kan,     dan kuasa di tambah, agar dapat membantu  menangani gejala  mat rempit  gejala tikam nombor ekor gejala penyalahgunaan dadah yang berluas-luasa dan pergaulan bebas yang bukan murhim dan apa sahaja cabaran....dalam tanah rancangan kita juga ada kumpulan yang bersedia menyurai kan apabila belaku nya perhimpunan haram ,dan ..kita juga ada kumpulan unit anjing pengesan  pak lurah kita manafaat kan kemudahan ini untuk menjadikan felda sebuah kediaman warga yang aman damai .....salam pak lurah...

Ahad, 9 Mei 2010

MUSYUARAT UMNO CAWANGAN SUDAH BERMULA

BERTEMU BUAT SEMUA,

KALI BERSAMA PAK LURAH DALAM  MEMBICARA KAN PERSIAPAN DALAM MENGHADAPI MESYUARAT CAWANGAN-CAWANGAN ,

PANDANGAN PAK LURAH SUDAH SAMPAI MASA NYA SATU PENDEKATAN BARU DITEROKA AGAR MESYUARAT AGONG ATAU PERSIDANGAN ,DI JADI TEMPAT BERHIMPUN, TEMPAT BERTUKAR-TUKAR PENDAPAT ,TEMPAT PENYATUAN UMAT MELAYU DAN TEMPAT MERANGKA DASAR PEMERINTAHAN ORANG-ORANG MELAYU YANG MENJADI PENARAJU,.

PERSIDANGAN TAHUNAN :2010 CAWANGAN-CAWANGAN

Persidangan ....UMNO saban tahun diadakan tapi semangkin lama semakin kurang mendapat sambutan ibarat cahaya dah mula suram, ibarat air dah mula kering ibarat daun dah mula layu ,dan ibarat semangat dah mula luntur, ini lah yang kita ahli umno harus fikir kan, kalau kita hendak menjadikan umno terus menjadi sebuah pati yang gagah lagi perkasa ,
PERSIDANGAN  ahli UMNO seharus nya dijadikan persidangan ini satu pertemuan bagi membincang kan ,bagai mana kita selaku ahli umno untuk menaikan siar agama islam dalam kehidupan harian , Bagai mana pula tentang pelajaran anak-anak adakah sistem pembelajaran sekarang  sesuai atau
tidak ,bergitu juga tentang ekonami orang-orang melayu ,yang pak lurah kira jauh sudah di tinggal kan oleh rakan-rakan kita cina dan india ,cara kita berfikir masih cara lama lagi masih banyak iri hati dengki ,bergitu juga dengan masalah morel yang bergitu teruk sekali dalam masyarakat melayu yang beragama islam ,
dan seharus nya kita sektor semula budaya beragama, budaya pembelajaran, budaya mencari kesenangan dan budaya kemasyarakatan ,agar malayu  terus dihormati dan disegeni dan UMNO terus menjadi payung yang disayangi

Pak lurah sekali lagi merayu kepada ahli UMNO lapang kan masa tinggal pekara-pekara yang lain bagi lah masa untuk datang beramai dalam persidangan UMNO cawangan... salam pak lurah, 

                                                   SELAMAT BERSIDANG

Sabtu, 24 April 2010

PERJALANAN MEMBURU KEBENARAN DALAM MENGETAHUI SENDIRI SUASANA PILIHAN RAYA KECIL ULU SELANGOR




BERTEMU BUAT SEMUA :


DALAM PERJALANAN MEMBURU KEBENARAN MENGATAHUI SENDIRI PERJALANAN PILIHAN RAYA KECIL DI ULU SELANGOR ,

PADA : 22 April 2010 (KHAMIS )
JAM 1.45 Tengahari pak lurah keluar dari rumah menjemput Samsudin  Momo jurugambar yang akan bertugas dalam perjalanan bersama pak lurah di US, dalam permulaan pejalanan sudah ada yang tak kena barang mustahak tertinggal, iaitu hp pak lurah,  terpaksala Pak Lurah  pusing semula untuk mengambilnya...

Hajat untuk mengambil teman sudah terlepas sekali lagi pak lurah sudah terlajak...jauh  dah pun hampir tiba di serting ,sedangkan teman berada di serting hilir 5.... pak lurah terpaksa pusing semula dan  pergi ke serting hilir 5 yang mana teman telah lama menunggu di stesen minyak petronas desa.... Teman pak lurah yang menunggu...... lain tak bukan adalah  bloger Patek Desa,  yang pak lurah bawa untuk menceritakan ragam-ragam ,warna warni karenah yang belaku sepanjang kempen pilihan raya di US.....,

Dalam perjalanan pak lurah memandu sendiri kenderaan walaupun letih pak lurah senang hati dan terhibur kerana teman yang pak lurah bawa pandai melayan pak lurah... Tak sedar perjalanan  dah sampai di hentian  rawang jam 5 ptg, perut pun dah lapar lalu kita orang makan dahulu... pak lurah duduk di pesekitaran kawasan rehat melihat ragam-ragam pengunjung yang lalu lalang, dan sempat bertanya pemuda cina jauh lagi ke kawasan ulu selangor ? pemuda cina menjawab, kalau jalan lebih kurang setengah jam sampai, Ooooo....tak jauh lagilah....  pak lurah bertanya lagi,, ''lu...duduk mana? pemuda cina menjawab Wa...duduk di bukit beruntung.... 0oooo...kalau begitu lu pengundi disanalah.... pak lurah bertanya lagi apa macam siapa boleh menang ? pemuda cina menjawab PKR menang lah,..lu silap kirala, ini kali BN menang!!! kata pak lurah , pemuda cina  kena banyak belajar mengenai sejarah silam kerana dia lupa apa yang belaku sekiranya orang ramai semua nak main politik maka jadilah seperti apa yang belaku di negara jiran iaitu di Thailand... masyarakat terus berpolitik hinggakan sanggup mogok tunjuk perasaan dan ada yang sanggup kehilangan nyawa, dan  mungkin akan belaku juga di Malaysia sekiranya orang muda seperti Lu banyak di malaysia.. Mengangap politik ini suka dan main-main... Pak Lurah meninggalkan pemuda cina lalu beredar ... pak lurah terserempak dengan Dato Ramli pegawai Khas Ybhg Dato Dzulkifli Wahab yang mahu menunaikan sembahyang  dan sempat membisikan ke telingga pak lurah ada program bersama Ybhg Dato' Zul di FELDA  Sg Dusun,   pak lurah pun menjawab ok pak lurah kesana
Tiba-tiba satu pangilan Tel En.Amran Sainan  yang mengatakan beliau hampir sampai dan kami sepakat untuk bertemu beliau di sini....Jam 6.20 ptg  En. Amran pun sampai... beliau memberitahu mahu makan dulu...setelah perut sudah kenyang  kami mengambil keputusan untuk pergi ke Sg Tengi Selatan dimana  Ybhg Dato Zulkifli  berada disana untuk program Gerak Mersa  FELDA.....

Pak lurah terus memandu mencari tempat yang dituju, almaklumlah hujan renyai-renyai tak boleh memandu dengan laju....Jam 8 malam pak lurah tiba di bilik gerakan BN  bertanyakan program pada malam ini ,
orang-orang di sini peramah, berbudi bahasa..... Pak lurah puji orang felda , tapi maklumat program tidak begitu tersusun dan tidak menggunakan bilik gerakan dengan sebaik mungkin....Pak lurah menandatangan buku pelawat....pak lurah cuba menghubungi Dato Ramli tapi tiada jawapan....pak lurah bertanya untuk kepuasan hati,  disini ada dewan orang ramai tak?? akak-akak menjawab disini tak ada dewan..... kalaudi Sg Tengi ada..., pak lurah meneruskan lagi perjalanan.... mencari dewan orang ramai, pemuda yang begitu prihatin membawa pak lurah ke pejabat JKKR untuk melihat program program pada malam ini,...
pak lurah akhirnya pergi ke Felda  gugusan sungai dusun...  setibanya pak lurah di sambut dengan pengurus besar  dan pengarah dari ibu pejabat KL dan ketibaan Ybhg Dato Dzulkifli  dan Datin serta rombomgan sampai di dewan serbaguna Felda kawasan awam Sg Tengi  bagi merasmikan satu program gerak mesra felda, kali ini skaud Waja yang di tubuhkan bagi mehadapi bencana alam seperti ribut,  banjir ,dll yang di perlukan ,dan harapan Ybhg Dato'supaya skuad waja ini dapat mengharumkan   nama baik Felda di mata dunia.... Beliau berharap Skuad ini menjadi mata telingga, dan sentiasa peka dengan muslihat orang-orang yang ingin menggangu keharmonian dan menggugat perpaduan Felda...



Bersama Dato Dzulkifli Wahab



Kami meneruskan perjalanan dan singgah menikmati jamuan makan malam dengan hidangan mee goreng dan kueh tiau sambil minum kopi o... Terasa seronok makan santai di warung bersama pengarah besar....
lebih kurang 1/2 jam pak lurah meneruskan perjalanan, kali ini pergi rumah kerumah bagi melihat sendiri warga peneroka yang telah di uji dengan pelbagai penyakit....  kami pun mengikuti rombongan dengan bertanyakan khabar dan membawa cenderahati yang di sampaikan oleh Ybhg Datin untuk di berikan kepada pesakit pesakit hampir 15 rumah yang kami perlu kunjungi,tetapi  masa tidak mengizinkan dan tugas ini akan di sambung semula esok....Pak lurah lihat betapa warga peneroka beruntung mendapat sakorang pengarah besar  seperti Ybhg Dato Dzulkifli yang begitu prihatinn terhadap anak buahnya, jelas tepancar  keiklasan membantu peneroka di wajahnya...









Kali ini kami  ke Felda Soeharto untuk mencari sahabat En Jamaludin Wahab tapi beliau telalu sibuk kerana  beliau mesyuarat almaklumlah pegawai serantah negeri memanglah  sibuk... pak lurah tidak  dapat bertemu dengannya cuma jumpa keretanya sahaja ditepi jalan........

Teringat sahabat pak lurah  lalu pak lurah menilifon beliau dan mengadakan pertemuan, kedai makan dijadikan tempat pertemuan... Siapa kawan pak lurah kali ini,  lain tak bukan Sulung Jamil bertugas sebagai
pembantu khas Yb adun kawasan itu dan Tim Pengurusi JKKR Gabungan Wilayah ...  pak lurah menghabis kan masa 1 jam makan nasi goreng kampung dan  minum nescafe,,  mata tak terasa mengantuk kerana  banyak pelawaan untuk tidur.. Diaorang  sayang kepada pak lurah , tapi pak lurah mengambil keputusan untuk tidur bersama belia bertujuan untuk menyelami sendiri perasaan belia dalam menghadapi tugas pilihan raya ...

Pak lurah tiba di rumah tumpangan lebih kurang jam 2 pagi  selepas menunaikan sembahyang pak lurah tak dapat tidur lalu meneruskan perbualan bersama-sama dua orang tokoh belia, satu dari palong 7 yang satu lagi dari serting  hilir 6.... Kedua-duanya memang pak lurah kagum dengan semangat dan kesunguhan untuk menyedarkan belia Felda, yang mana masih ramai lagi yang tidur lena hingga tak sedar tempat tidur nya sedang di intai oleh penceroboh.... pak lurah juga merakamkan ribuan terima kasih kerana WRA telah ramai menghantar belia jika nak di bandingkan dengan tempat tempat yang lain, pak lurah jugak difahamkan tugas tugas yang mereka lakukan gotong royong membersihkan  kawasan pesekitaran rumah,  membetulkan rumah yang di pukul ribut, dan  membantu kerja kerja mengumpulkan orang dalam apa jua program yang akan di ada kan... sedar tak sedar jam sudah 5.20 pg lalu pak lurah memohon untuk tidor... tak sempat untuk berangan kerana keletihan pak lurah terus lena zzzzzzzz.....

Tiba-tiba pak lurah terjaga  mendengar kentong!!  berbunyi... pak lurah pada mulanya menyangka kentong orang mati,,,   rupanya panggilan untuk solat subuh.. dulu dikampung ada belajar sedikit bunyi pukulan ini... sekali lagi pak lurah terparanjat kerana mendengar bunyi bising diatas zing rumah   rupa-rupanya hujan lebat turun....walaupun belum ada satu jam dapat melelap kan mata , pak lurah bangun untuk sembahyang subuh selepas itu, pak lurah ingin menyambung tidur lagi tapi teman pak lurah patek desa sudah pun bangun dan kami menyambung perbualan sehingga jam 7.30pg dan bersiap  ke warung untuk sarapan pagi...



Setibanya di warong ramai orang kampung pekerja-pekerja parti yang datang untuk bersarapan masa inilah tauke warung senyum lebar kerana ramai orang yang datang untuk makan bukan datang untuk bersembang sahaja,pak lurah oder minuman nescafe dan mengambil makanan nasi lemak turut bersama pegawai felda palong 9 En Zamani....




Kali ini perjalanan menuju ke bukit beruntung menemui setiausha umno bahagian jempol yang bertugas bersama umno seremban,  En Amran bin Sainan.... Puaslah mencari, akhirnya berjumpa di warung  kali ini pak lurah oder tongkat ali pulak, kebetulan En kamarulzaman @ Acai ketua umno cawangan Rompin. merangkap ajk bahagian jempol pun ada ...pak lurah bertanya kepada En amran yang dah lama di kawasan ini  bagaimana kawasan yang kamu jaga En Amran menjawab biasalah apabila muncul sahaja pilihan raya kecil ramai mula meragam,  perangai ini belum lagi dapat dibuang bukan orang orang umno sahaja bahkan orang melayu pun kebanyakannya begitu... Jam 12 tengahari pak lurah menerus perjalan,  kali ini  ke lokasi yang di tuju masjid sungai buaya....


Setibanya di Felda sungai buaya pak lurah terasa hairan melihat kawasan yang pak lurah sangkakan cantik dan maju rupa rupa jauh lebih maju dari pada felda yang mundur di NS....Inilah  yang di lihat... pak lurah terus meronda pusing keliling melihat suasana pesekitaran dan berhenti di masjid untuk menunaikan solat jumaat, kali ini jemaah di sungai buaya berasa bertuah, kerana. pemimpin negara PM sama turun untuk menunaikan sembahyang bersama penduduk hingga melempah sampai di beranda.... Apa yang menarik di sini pak lurah melihat seperti yang di perkata orang-orang tua dulu kalau gajah lalu banyak ranting yang patah sudah terbukti ,pak lurah melihat sendiri diwajah orang-orang sungai buaya kegembiraan.... penantian yang begitu lama akhir nya kesampaian,RM 50,000.00..... walaupun  ramai yang tidak dapat merasa, namun yang tinggal dapatla merasa nikmatnya yang penting bersyukurla apa yang di perolehi....Semoga Felda Sg Buaya menjadi contoh kepada rancangan lain di suatu masa nanti, siapa tahu bukan?...




Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia

Menteri Besar Negeri Sembilan & Perdana Menteri Malaysia


Selesai menunaikan solat jumaat, pak lurah menerima panggilan talifon dari anak mengatakan bondanya kurang sihat lalu pak lurah putuskan mahu pulang......apa pun pak lurah simpulkan dalam perjalanan memburu kebenaran dalam mengetahui sendiri perjalan pilihan raya kecil di US aman dan damai tiada pekara-pekara yang tidak diingini berlaku ...Semua parti yang bertanding dan para penyokong telah melakukan yang terbaik, terserahlah kepada  pengundi untuk memilih yang terbaik kalau nak tanya pak lurah sudah tentunya BN yang terbaik.... pak lurah meningal kan US... Ada yang  sempat bertanya, bagaimana pandangan pak lurah ada harapan ke BN?  pak lurah menjawab angaran pak lurah BN menang 1800 undi  setakat hari ini tapi kemungkinan peratusnya akan meningkat lagi dan harapan PM kalau boleh kita menang besar...untuk menang besar undi lah BN...  Semoga US menjadi gelombang kebangkitan BN untuk terus memerintah negara yang kita cintai


Pak lurah terus menuju ke salah sebuah restoren untuk makan tengahari... sedap masakan orang bukit beruntung dan setiap hari jumaat makan pisang percuma....  setelah makan kenyang pak lurah menyerahkan setering kereta  kepada Patik Desa untuk meneruskan perjalanan pulang.....semoga kita bertemu lagi...  salam pak lurah...





Gambar Sekitar Di US


















Jangan Undi Yang Salah