Sabtu, 22 Februari 2014

TITIAN KASIH TRASFOMARSASI MASYARAKAT



Bertemu kembali bersama Pak Lurah dalam program Titian kasih pada 22hb Februari 2014
Di Pejabat Astaka Felda Palong 9
Anjuran Kastam Di Raja Malaysia Dan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia Malaysia
Dengan Kerjasama:
Jabatan Belia Dan Sukan NS
Pejabat Belai Dan Sukan Daerah Jempol
Majlis Daerah Jempol dan
Pengurus Felda Raja Alias, Jempo


PEMULAAN PROGRAM 


10.00am - Aktiviti gotong-royong bersama masyarakat Felda Palong 9, 10, 11 dan 18 bersama-                  sama bergotong royong membuat persediaan dan persiapan untuk untuk menjayakan  program ini. Berkerjasama dalam menyusun kerusi menghias khemah , menyembelih 1 ekor lembu & menyembelih 2 ekor kambing dan membuat persediaan bahan-bahan menu  untuk memasak dan lain-lain kerja yang dibuat secara gotong royong dilakukan secara  harmoni dan kerjasama yang erat dengan  hubungan kasih sayang.

PROGRAM DI SEBELAH PETANG 

3.30pm - Aktiviti pertandingan memancing bersama-sama penduduk kampung yang berminat dalam              menyertai pertandingan ini. Hadiah yang disediakan berupa 10 hemper dan 3 hadiah barangan elektrik. Tujuan pertandingan memancing ini diadakan untuk mengeratkan lagi  hubungan silaturrahim antara penduduk kampung. Program ini berakhir pada pukul 5.00 petang.



8.00pm - Penduduk kampung dan para jemputan hadir ke jamuan makan malam yang disediakan.                 Alhamdulillah sambutan dan kehadiaran penduduk begitu menggalakan.
9.00pm - Majlis Perasmian dirasmikan  oleh YB Dato' Hj Lillah Bin Hj Yasin Adun kawasan                       Palong dan kehadiran Dato' untuk merasmikan program ini amatlah dihargai.
9.10pm - Ceramah berkaitan GSTyang disampaikan oleh pengarah kastam bekenaan GST bertujuan           memberi penjelasan dan penerangan tentang dasar-dasar kerajaan kepada penduduk khususnya                   warga felda .


9.45pm - Ucapan kata-kata aluan dari Tuan Wan Razali Pegawai Daerah Jempol yang mengucapkan            setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Dan Jabatan Pertubuhan Belia  Malaysia yang memberi kepercayaan kepada Pejabat Daerah Jempol untuk melaksanakan dan menjayakan program ini diperingkat Negeri Sembilan yang diadakan di Padang Astaka Felda Palong 9 dan mengucapkan ribuan terima kasih  kepada Othman Parman Dan Tuan pengurus En. Salleh Bin Muhidin serta kepimpinan peneroka Palong 9 dan semua penduduk yang menjayakan program ini dengan jayanya.



UCAPAN PERASMIAN OLEH YB DATO HJ LILLAH BIN HJ YASIN 
ADUN KAWASAN PALONG

Antara lain mengingatkan agar masyarikat warga felda terus bersatu ...dan sentiasa berganding bahu dalam menghadapai cabaran masa akan datang ,
sebagai wakil rakyat kawasan ini , saya mahu palong  yang dianggap sebuah kampung pendalaman jauh dari pekan dan bandar ,maju setandinging dengan kawasan yang lain...

kepada G2  saya berharap agar terus memberi sokongan kepada kerajaan  dan sekiranya ada permasalahan jemputlah datang kepejabat saya tiap-tiap hari khamis ..di Felda Palong 5 ...sekiranya tiada persidangan dewan...Insyaallah saya ada...

CERAMAH FORUM PERDANA 

Yang bertajuk DULU KU DITENDANG KINI KU DISAYANG dapat memukau penonton sehingga berjaya mengikat penonton hingga akhir. Ceramah pun tak bosan dan sentiasa membuat pononton hingga tak kering gusi. Ceramah  di sampaikan Oleh Ybhg Ustaz Halim Din.

Tetamu Yang Hadir
                                   
                                   
Penceramah




Khamis, 20 Februari 2014

MENITI TRANFORMASI KEARAH KECEMERLANGAN WARGA FELDA


Assalamualaikum
Wargaku Salam Perpaduan Salam Perjuangan
Dan Salam 1 Malaysia

BERTEMU KEMBALI

Lama ku tinggalkan halaman ini..
Kerana kesibukan tugas harian Pak Lurah , maka kesempatan  ini Pak Lurah ambil untuk mampir di sini... Pak Lurah  cuma mampu menulis di FB  sahaja untuk tugas-tugas harian.

TUGAS PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB

Pada tahun 2014 sekali lagi pak lurah telah di amanahkan untuk  memikul tangungjawab sebagai Ketua Peneroka Felda Palong 09 dan sekali lagi Pak Lurah telah  di amanahkan  menjadi Ketua Peneroka Negeri Sembilan..Tugas yang amat berat insyallah  Pak Lurah penuh yakin selagi amalan budaya berat sama di pikul ringan  sama dijinjing masih di amalkan dikalangan warga peneroka pastinya semua bisa diatur...

TAHUN BEKERJA

Bulan Pertama 2014 Pak Lurah  sudah pun selesai melawat 49 rancangan dalam Felda Negeri Sembilan Pak Lurah dapat menyelami kelebihan dan kekurangan rancangan yang dilawati .
Dari sudut kelebihan banyak lagi tanah kosong di kawasan rancangan tidak dapat di manafaatkan bagi tanaman sayur-sayuran ...peneroka sekarang lebih suka menanam kelapa sawit dan getah hingga aktivitinya sukar dikawal...Dari sudut kekurangan pula banyak rancangan yang memerlukan perhatian dari sudut perparitan longkang, jalan bangungan awam yang sudah usang terutama rumah kakitangan yang sekarang di lihat bergitu uzur nampaknya

Bulan Kedua Tumpuan pak lurah bersama Pengerusi Biro Ladang Wilayah melawat Rancangan tanam semula ...Perlu DIBERI PERHATIAN yang SANGAT SERIUS  agar tanam semula tidak gagal dan mengakibat peneroka ,anak & cucu peneroka menangung beban hutang dan kerugian disebabkan sikap sambil lewa dalam mengurus tanam semula ...

PENGELIBATAN BERSAMA

PENGURUS RANCANGAN  TPSB JKKR JKKK GPW MBFM
Hendak mengembeling tenaga bagi memastikan misi tanam semula berjaya
Pokok Getah & kelapa Sawit adalah BANK PENEROKA

Sekian dulu buat kali ini salam Pak Lurah



Melawat Kawasan Rancangan Bersama Wakil-Wakil Dari Wilayah

Tunas Baru Nak Tumbuh


Proses Penyiraman Terpaksa Dilakukan Kerana Sekarang Musim Kemarau



Bersama Pengurus Besar Teknoplant dan Ketua Kampung Rancangan Melawat Kawasan Ladang