Jumaat, 18 September 2009

KEGEMBIRAAN DI KEJAR TANGISAN MENANTI LEMBARAN

SALAM BUAT SEMUA....DI SUASANA LEMBARAN .

MOHON KEMAAFAN SEGALA KESILAPAN ZAHIR DAN BATIN.


Pak lurah doa kan kepada warga Felda yang ingin menziarahi ibu bapa sanak saudara di kampung supaya berhati hati ketika memandu, kalau kita lihat saban hari ada saja kemalangan jiwa berlaku ,setakat ini kemalangan maut 69 orang angka ini amat membimbangkan kita selaku pengguna jalan raya ,pak lurah pun pulang berhari raya di kampung ,murni jaya layang layang Johor kerana ibu kandung dan kedua mertua masih ada ..kenalah kita menziarahi mereka .



Tahun 2009 lembaran disambut sederhana al maklum lah tahun ini harga bahan utama getah kelapa sawit jatuh dan kesan dari kegawatan ekonomi yang melanda dunia kita pun kena tempiasnya juga walau bagai manapun kita kena bersabar orang jawa kata sabar...SUBUR...Tak Sabar LEBUR.......Kepada G2 yang mahu mengunjungi ibu bapa di kampung nasihat pak lurah berhati hati di jalan raya , jangan kegembiraan yang kita kejar .tangisan yang akan menanti,salam buat warga Felda SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN dari pak lurah sekeluarga ........Jumpa lagi..............bye...bye,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan