Khamis, 17 September 2009

MAJLIS RAHMAT RAMADHAN DAN BERBUKA PUASA

FELDA WILAYAH RAJA ALIAS DENGAN KERJASAMA SERANTA(FELDA) 2009

TARIKH :17.9 2009 (KHAMIS)

MASA:6.30 PTG

TEMPAT :MASJID DATO'UNDANG MUSA AL - HAJ FELDA TITI

Pada petang ini pak lurah bersama pengurus En Salih Bin Muhidin, Tuan Nazir Ust Jali Bin Ludin dan setiausaha masjid En Kadir... Seawal jam 4 ptg kami sudah bertolak kerana destinasi yang hendak dituju kami semua belum Pernah pergi takut takut terlewat nanti .Alhamdullilah kami sampai lebih awal kami pun terus sembahyang fardu asar di masjid. Program dimulakan dengan penyampaian sumbangan hari raya kepada anak anak yatim anak Istimewa Warga emas warga uzur dan ajk masjid selesai jam 7 ptg . pak lurah turun hujan ketika itu lebat tetamu jemputan YB DATO' SERI UTAMA DR.RAIS YATIM tidak dapat datang pak lurah difahamkan Dato'seri ada program yang lebih mustahak di tempat lain.Waktu berbuka pun dah sampai menu jamuan berbuka puasa petang ini sungguh istemewa bagi pak lurah ikan tengeri masak kicap..Setelah selesai menjamu selera kami pun menunaikan sembahyang maghrib , majlis diteruskan lagi lagi dengan ucapan En Jamaludin Wahab peg seranta ns antara lain beliau menyentuh tentang sumbangan duit raya yang diberi pada tahun ini yang berjumlah 5,415,400.00 lima juta empat ratus lima belas ribu empat ratus sahaja, dapat juga meringankan beban dalam mehadapi ketibaan Syawal dan seharusnya peneroka besyukur dan berterima kasih kepada PM dan pentadbiran Felda kerana sentiasa memikirkan kebajikan peneroka .....
Majlis diteruskan lagi dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Tn Hj Ghani Bin Mohd Ali antara yang perlu diambil perhatian oleh warga peneroka ialah tentang generasi kedua, dia adalah harta,beliau tidak mahu generasi kedua dalam Felda menjadi gedung masalah sosial dengan merempit, hidu gam, penyalahan gunaan dadah, pergaulan bebas yang bukan muhrim dan minuman keras yang tidak bermutu.. Ini semua akan merosakan nilai - nilai moral di kalangan G2 sendiri.. Beliau menyarankan sempena pelancaran GMN yang di umumkan oleh PM
baru - baru ini . Felda antara rancangan yang di cadangkan, yang pertama :-
1. Cili Kulai - Tanaman cara Fertigasi
2. Ternakan Ikan dalam sangkar
3. Ternakan kambing
Felda Mengharap kan G2 yang akan mendukung misi dan visi ini, supaya warga Felda akan menjadi warga contoh masyarakat luar bandar... Sekian saja yang dapat Pak Lurah catatkan dalam nukilan kali ini... Salam Pak Lurah
Ucapan Tn Hj Ghani Bin Mohd Ali
Pengurus Besar Wilayah Raja Alias

Pak Lurah bersama dengan Tim. Pengerusi Felda Titi

Pantun Rahmat Ramadan


KAMI BESRYUKUR TINGGAL DI RANCANGAN
HIDUP KAMI BERTAMBAH SELESA
SEMOGA AMAN TERUS BERPANJANGAN
RAJIN BERIBADAT KEPADA YANG ESA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan