Jumaat, 25 September 2009

PERHIMPUNAN KETURUNAN HJ ABDUL KADIR


Pak Lurah dan keluarga bersama Tunggak Utama Keluarga Hj Abdul Kadir yang masih ada



PADA HARIRAYA KE 4 SATU PERHIMPUNAN KELUARGA ,
DI ADAKAN BERTEMPAT KG SERUM 3 SG MATI MUAR JOHOR.
BERTUJUAN BAGI MENGHIMPUN KETURUNAN HJ ABDUL KADIR.

Pak lurah tidak ketingalan juga untuk sama hadir di majlis tersebut jam 930 pgi pak lurah bersama sama anak dan bakal menantu terus pergi menuju ke Serum 3 kalau nak tahu...disinilah tempat pak lurah dilahirkan tentunya banyak kenangan ..tapi,tiada yang manis sebab air nya masam tanah gambut.walau bagaimanapun disini lah paklurah diajar untuk hidup disini paklurah diajarkan mengenal keturanan, mengenal agama dan ilmu pengatahuan sampai umur pak lurah 8 tahun lalu berpindah pak lurah ke kampung murni jaya layang layang johor.....

Majlis yang dianjur sunguh meriah sekali ..sampai sampai saja kami di suruh makan selepas makan kami berbual bual dengan sanak saudara yang datang .selepas solat zuhur ada ucapan dan penyampaian berita berita terkini tentang malumat keluarga.kesan daripada ini apa yang kita boleh dapat mengeratkan lagi hubungan kita sesama keluarga yang tercinta...pak lurah pun mohon diri untuk pulang setiba nya di Tangkak isteri tercinta pun pegang pegang tangan mohon pak lurah memberhentikan kereta dalam hati pak lurah habislah kena ,aku..,Tangkak adalah tempat pusat membeli belah, yang pak lurah kira toplah jugak tapi ...........tidak lah..sehebat NORDIN MAT TOP yang ini memang dah top.setelah borong sakan kami pun pulang kerumah tertamu Pertama datang keteratak pak lurah ialah TUAN HJ GHANI BIN MOHD ALI pengurus besar W.R.A bersama isteri dan anak lelaki nya.... cukup setakat ini dulu coretan pak lurah untuk hari raya ketiga salam pak lurah


Saudara mara berkumpul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan