Rabu, 14 Oktober 2009

MESYUARAT JKPP DAN JAMUAN HARI RAYA YBHG DATO' DZULKIFLI BIN WAHAB

SALAM BUAT SEMUA ...........



Pada 12/13 Okt 2009 dua majlis telah di adakan di ibu pejabat Felda kuala lumpur... pak lurah pun pergi seorang diri badan terasa penat dan letih terpaksa harungi kerana tugasan amanah menjadi seorang pemimpin , kebetulan pada hari itu mood tengah kurang baik beg yang mengandungi dokumen penting seperti buku cek dan lesen serta barang barang penting telah hilang... Pada petang itu juga ada perjumpaan khas dengan Timbalan pengurus besar operasi Tn HJ.Abidin Abd Rahman bagi membincangkan dasar Felda untuk dilaksanakan di peringkat rancangan pak lurah tak dapat sampai pada tarikh dan masa yang ditetapkan , mohon maaf banyak banyak..

Hari kedua mesyuarat JKPP yang pertama diadakan di bawah pentabiran pengarah besar Ybhg Dato'Dzulkifli Wahab banyak pekara pekara yang di bangkit termasuk lah soal keselamatan dalam masyarakat warga Felda yang merasa sudah tidak aman lagi justeru itu beliau merayu pemimpin pemimpin memberi sokongan yang tidak berbelah bagi dalam menangani gejala yang semangkin membimbangkan dan beliau seterusnya menyarankan agar semua kepimpinan warga Felda menyahut seruan PM yang mahu menjadikan FELDA gedung makanan negara ini perlu diambil serius......sebelah malamnya majlis jamuan hari raya yang dianjurkan oleh pengarah besar Ybhg Dato' Dzulkifli Wahab suasana sungguh meriah sekali ramai yang datang termasuk lah mantan pengarah pengarah Yang bersama menjamu selera bersama pak lurah Ybhg Dato Tarmizi bersama Datin Dr Asma seronok dapat berbual dengan mereka .jam 10 mlm pak lurah meninggal kan majlis pulang ke hotel..tidak sempat merayau lalu tidur.

Sekian saja untuk kali ini, Salam Pak Lurah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan