Sabtu, 17 Oktober 2009

PELANCARAN LAMAN BLOG PAK LURAH FELDA PALONG 9


Salam Untuk Semua.

Felda Palong 9 yang diterajui oleh Pak Lurah kini maju setapak kehadapan bagi menyahut seruan kerajaan melahirkan generasi yang celik ICT/ Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Felda Palong 9 kini boleh di capai atau dilihat dari seluruh dunia.
Justeru itu Pak Lurah mengajak Belia-Belia dan Seluruh Warga Felda menggunakan laman Blog ini bagi memberi pandangan serta idea bagi menangani tanggapan negatif masyarakat luar bandar terhadap Felda. Bahawasanya masyarakat Felda tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dan kemajuan dunia ICT.

Dengan kewujudan laman blog ini, semoga segala pandangan atau masalah serta teguran dapat disalurkan melalui laman blog ini.

Salam Pak Lurah buat semua, dan Terima Kasih.

YB Dato' Hj Lilah melancarkan laman Blog Pak Lurah Felda Palong 9



ANTARA PROGRAM PENGISIAN SEPANJANG MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN PENYAMPAIAN HADIAH KECERIAAN KAMPUNG FELDA PALONG 9 2009


Kumpulan Marhaban Nur Hidayah Felda Palong 9

Belia dan Beliawanis bersama Mambang DIGI



Ahli Silat Seni Gayong Malaysia Felda Palong 9


GAMBAR SEPANJANG PERSIAPAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN PENYAMPAIAN HADIAH KECERIAAN KAMPUNG FELDA PALONG 9 2009


Tuan Salih Muhidin, Pengurus Felda Palong 9,
turut serta menjayakan program ini.

Warga Palong 9 sedang merebus daging untuk dijadikan
Juadah Sambutan Hari Raya Felda Palong 9.

En. Hamdan kita bersama En. Din bertugas memarut
kelapa.

Pak Itam dan Pak Rasyid turut sama-sama
bergotong-royong.

Belia dan Beliawanis turut memainkan peranan
dalam program ini.

GPW turut bekerja keras menyediakan lemang untuk majlis ini.


Warga RELA yang menjaga ketenteraman dan keselamatan.


Terima Kasih Buat Semua Petugas-Petugas Warga Palong 9,10,11 & 18 dan tidak lupa warga kerja DIGI telah yang Menjayakan Majlis Ini.


Akhir kata, Pantun Pak Lurah:


Maafkan saya si ikan duri,
Kerana tertimpa sebatang titi,
Takkan ku sanggup mencari ganti,
Kerana Mambang digi dah berkenan di hati.



8 ulasan:

  1. mudik kehulu mencari ragi,
    untuk dicampur bersama ubi,
    terima kasih sumbangan diberi,
    MAMBANG DIGI dekat dihati...

    BalasPadam
  2. Saya bagi pihak pengurusan rancangan mengucapkan jutaan t/kasih kpd pihak DIGI yg banyak sumbangan, bagi sama-sama menjayakan sambutan Hari Raya di F.Palong 9.Kpd AJK kerja, t/kasih daun keladi. Insaalah tahun depan, kita buat lagi. Kpd Pak Lurah tahniah, kerana jadi duta kampung DIGI.

    BalasPadam
  3. Tahniah ayahanda kerana telah maju lagi setapak dalam dunia pemodenan masa kini. Kini, DiGi tak perlu pakai ikon orang gemuk kuning dah, pakai mambang kuning pun boleh.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum buat ayahanda....terutama juga kpada smua warga feld palong 9 dan sesiapa yg melayari laman blog ini...sbgai warga felda kita harus brbangga dgn pncapaian kt skrg ini...felda sudah jauh lbh maju jika dbandingkan dgn dhulu...sy sbgai anak jati felda palong 9 ingin menyeru smua utk sama2 menaik taraf pncapaian anak2 felda...kt harus sama2 membrsihkn imej anak2 felda kerana kt mampu brsaing dgn smua...okey..same2 lah kt brusaha ke arah itu...hidup anak2 felda.....

    BalasPadam
  5. siapa kate warga felda tak maju dalam bidang IT...sudah terbukti skrg warga felda mampu bersaing dgan smua org trutama warga kota....sy sndiri sbgai anak felda brbngga dgn pncapaian felda skg ini,.trutama felda palong 9...kpd pak lurah sy ucapkan thniah atas plancaran laman blog ini....

    BalasPadam
  6. assalamualaikum...
    saya ucapkan tahniah kepada warga felda di bawah teraju pak lurah kaerana telah maju setapak lagi..semoga blog ini akan menjadi satu check point bagi kita untuk bertukar-tukar pendapat..Kepada Pak Lurah tahniah sekali lagi..

    BalasPadam
  7. salam pak lurah.....
    baru kini hamba menjelma....
    mohon pertolongan dari pak lurah...

    BalasPadam
  8. pak lurah... sila lawat laman web saya berkenaan projek usahawan belia tq....
    raya bleh datang jumpa pak lurah?

    BalasPadam