Isnin, 5 Oktober 2009

PEMBUNUHAN KEJAM..KEATAS PENGURUSI GPW

Gambar kenangan bersama Tan Sri Dr Yusof Nor

SALAM BUAT SEMUA :

Kali ini perjalanan pak lurah agak jauh ke Terengganu di rancangan Felda yang terpencil dan pendalaman ,Jam 1 tengah malam pak lurah bertolak dari rumah kediaman di Palong 9 menuju ke Felda Mengkawang Terengganu. Berhenti di Kuantan Pahang lebih kurang 1/2 jam minum tongkat ali panas dan sambung lagi perjalanan jam 830 pak lurah sampai di masjid tempat majlis sambutan hari raya Aidilfitri 2009 & Majlis Tahlil untuk Allahyarhamah Pn Asimah bte Abd Rahim

Turut hadir di majlis Pengerusi Felda Ybhg Tan Sri Dato'Dr.Mohd Yusof Bin Noor

Diiringi Pengarah Besar Felda Ybhg Dato Dzulkifli Abd Wahab.

Dan JKPP .GPW seluruh Malaysia Majlis sungguh meriah tapi sayu apabila mengenang kan
peristiwa yang menimpa Pn.Asimah yang di bunuh kejam . Menurut apa yang disampaikan oleh Tim pengurusi JKKR EN,Mamat @Zakaria bin Mat Ali, ketika kejadian warga Felda tersebut kebanyakan tidak ada di rancangan kerana pergi mengambil @menerima sumbangan wang raya dari pada kerajaan negeri sebanyak RM 300 .Kejadian yang berlaku antara jam 2 atau 3 ptg mungkin sudah dirancang telebih awal Mengenai kesan tikaman dan luka yang begitu banyak sehingga 34 luka mungkin mangsa melawan untuk mempertahan kan diri kerana pak lurah difahamkan Pn.Asimah ini orang nya memang mempunyai semangat yang tinggi sebab itu beliau dilantik jawatan ketua Umno cawangan di kalangan wanita pertama di Negeri Terengganu .
Kepada warga Felda sesunguhnya kehidupan mu sudah tidak aman lagi ........
Jadi..... sentiasa lah kita berjaga jaga kerana musuh sentiasa ada di sekeliling kita.

Selepas ucapan bacaan yasin dan tahlil ,sembahyang zohor berjemaah, jamuan makan dan sebelum pulang Pak Lurah pun singgah ke rumah mangsa. Disini Pak lurah ada beberapa keping gambar untuk di kongsi bersama.




Bersama Rakan - Rakan JKKP
Gambar bersama tiga anak keluarga mangsa
Rumah mangsa




2 ulasan:

  1. saye ucpkn takziah keats keluarga mangsa...ye btl kata ayahanda skrg nie kehdpn kt dah tak aman..d tenteram wlupn d dlm rmh sndri,tiap2 hr ade saje berita d tv dan srt kbr ttg pembunuhan kjm yg berlaku skrg nie.mane pgnye akal fikiran manusia skrg nie..meletakkan nyawa manusia d tgn sndri...

    BalasPadam
  2. Ucapan takziah kpd keluarga mangsa. Kpd warga Felda yg lain, anggaplah ini sebagai peringatan dan panduan. Jenayah ada di mana-mana. Segala percakapan, perbuatan, tingkahlaku, tindakan yang perlu diambil biar cara berhimah. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut dapat dikeluarkan, tepung tidak berselerak.

    BalasPadam