Khamis, 22 Oktober 2009

Perjalanan Ku.....

Salam Buat semua Pembaca....

Hari ini pak lurah telah di jemput menghadiri majlis rumah terbuka anjuran jabatan kebajikan masyarakat bertempat di Selesa Beach resort hm... memang selesa.... tepat jam 9 pagi pak lurah sampai di Selesa di temani oleh anak pak lurah siti bersama dengan petugas PDK iaitu ikin dan ima... tetamu VVIP adalah YM Raja Datin Salbiah Binti Nujumuddin isteri kepada Menteri Besar Negeri Sembilan...Jam 11 barulah acara bermula dengan ucapan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu En Mizan Maulup dan di ikuti ucapan YM Raja.. Pak lurah tidak bayak makan kerana terhibur melihat pesembahan dari Golongan istimewa dan yang paling menarik hati Pa
k Lurah ialah nyanyian dari peserta Pasoh, sungguh menyayat hati...

Jam 1 petang Pak Lurah bersam anak2 menuju ke Senawang untuk mengukur baju... Dalam perjalanan pak lurah tersalah jalan sehingga ke Highway Nilai jadi terpaksa Pak Lurah patah balik.. Alhamdulilah walaupun lambat yang penting anaknda Pak Lurah dapat ukur baju... Selepas itu Pak Lurah pun begerak ke CIMB Kuala Pilah untuk menyelesaikan beberapa masalah dan selepas selesai perjalanan di teruskan ke Bahau untuk membeli Handphone.. Tapi bila sampai di Microsunt pak lurah hanya membeli untuk isteri tersayang tapi bukan untuk pak lurah kerana tidak ada yang berkenan... Pak Lurah pun menuju pulang dan berhenti di stesen minyak petronas untuk mengisi minyak.. selesai itu, semasa hendak pulang pak lurah di tahan oleh kawan2 untuk singgah, Jam 6.50 ptg barulah pak lurah pulang...

Pendapat Pak lurah sebagai insan yang sempurna di ciptakan oleh Allah hendaklah kita mensyukurinya dan kita tidak perlu menggelarkan mereka kurang upaya tapi istimewa kerana kadang2 golongan ini lebih berbudi dari yang sempurna...
Salam Pak Lurah


Pak Lurah bersama YM Raja Datin Salbiah



Bersama Pengarah JKM Negeri Sembilan En Mizan Bin Maulup


Anaknda-anaknda yang menemani ayahnda sepanjang perjalanan hari ini


Persembahan dari insan istimewa... sungguh menghiburkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan