Ahad, 29 November 2009

2009 AKAN BERLALU 2010 MENANTI

BUAT RENUNGAN KELUARGA KU MASYARAKAT FELDA,

2009 tidak lama lagi akan meninggal kan kita semua dan 2010 akan menjelma,tidak lama lagi pastinya banyak kenangan yang manis mahupun yang pahit telah di alami oleh warga ku terutama masyarakat Felda,kenangan yang manis anak anak belajar dapat 5A Anak berjaya ke menara gading anak berjaya mendapat kerja yang amat baik dan lain lain lagi....bagi kenangan pahit anak telah diperkosa, anak ditangkap dalam penyalahan najis dadah, anak patah kaki dan tangan terjatuh dalam perlumbaan motor haram dan lain lain lagi musibah yang menimpa warga ku khusus di dalam masyarakat Felda.....sebagai pemimpin kerdil dalam Felda yang mana berada di tengah tengah kesibukan banyak yang ketinggalan daripada pencapaian justeru itu marilah kita menyusun semula langkah pemburuan kita supaya lebih kemas dan teratur supaya kesilapan 2009 tidak akan berulang,
UNTUK MELANGKAH 2OIO DENGAN LEBIH BERGAYA PAK LURAH MENGARIS KAN PERKARA PERKARA BERIKUT YANG HARUS DI IKUTI,

PERTAMA :- MESYUARAT BLOK hendaklah diadakan sekurang sekurang 5 kali setahun
KEDUA :- TAHLIL @ YASIN diblok blok hendak lah di ada mengikut giliran.
KETIGA :- MESYUARAT JKKR hendak lah dikemas mengikut kesuaian semasa badan badan yang ada di rancangan hendak lah di jemput sama seperti Imam nazir,rela, koperasi, badan khairat kematian belia/wanis... ini amat penting bagi mengerakkan badan beroperasi dalam memain kan peranan yang sama dalam pembangunan rancangan...,
KEMPAT :- TAKLIMAT @ ROKOL hendak diadakan sekurang kurang setahun 3kali majlis ini sesuai diadakan di dewan orang ramai... semua lapisan masyarakat dijemput hadir dalam program ini, dicadangkan memanggil jabatan jabatan yang sesuai seperti jabatan AGAMA, MKN, JABATAN BELIA DAN SUKAN, ANGKASA, JABATAN PERTANIAN, JABATAN HAIWAN dan lain lain jabatan yang difikirkan perlu...Generasi kedua dalam rancangan jangan sekali kali ditinggalkan, yang pandai belajar kita tatang, yang kurang pandai kita dokong, kita bawa bersama dalam pemburuan pencapaian masyarakat Felda maju 2014... Felda melangkah setapak demi setapak lagi 2010 bermulalah GMN sudah tentu peluang terbentang luas kepada rancangan yang akan tanam semula... Generasi kedua jangan lah asyik jadi penonton dah tiba masanya kita kali ini jadi perlaku yang akan mengambil tugas mat bangla, mat jebeng dan lain lain mat.... pak lurah mahu YOB, MAT,JANG tunjuk kan kehebatan seperti mana yang telah di tunjukan oleh orang orang dahulu... pak lurah percaya anak Felda boleh....... cukup dulu buat kali ini salam buat semua dari pak lurah jumpa lagi bye........

4 ulasan:

  1. assalamualaikom.....saya sebagai anak peneroka ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada pak lurah kerana telah banyak membantu peneroka-peneroka palong 9,10 dan 11.tanpa bantuan pak lurah sudah tentu hidup kami porak poranda.lagi sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada pak lurah..assalamualaikom...

    BalasPadam
  2. salam buat bapak nya pak lurah bagus....sekali misi dan visi untuk warga felda,kalau gua pasti nya menyokong hidup pak lurah.

    BalasPadam
  3. BUAT RAKAN RAKAN FELDA, PAK LURAH SUDAH PUN MEMUKUL GENGANG AYUH KITA SEMUA MENARI''''JANGAN LUPA MENARI PASTI NYA MENGIKUT GENDANG DAN IRAMANYA.HIDUP PAK LURAH.....MASIH ADA 28 HARI NAMPAK NYA PAK LURAH BAGI NOTIS AWAL SAMA KITA NI

    BalasPadam