Rabu, 25 November 2009

MAJLIS PENERANGAN TANAM SEMULA

BERTEMU BUAT SEMUA...

Kali ini kita bercerita tentang majlis penerangan tanam semula di Felda Palong 9 yang di anjurkan oleh FELDA, RISDA dan LGM...Objektif majlis ini adalah untuk memberi maklumat awal kepada peneroka tentang perlaksanaan tanam semmula di Felda Palong 9 pada tahun 2010.selain itu juga peneroka boleh memahami tentang persediaan awal yang diperlukan sebelum perlaksanaan tanam semula dan mendapat pengetahuan dengan jelas tatacara dan proses permohonan bantuan tanam semula oleh Risda dan mendapat khidmat nasihat daripada pihak penyelidikan getah (LGM) tentang klon-klon yang baik untuk Felda Palng 9.

Kita akan menganjurkan program ini dari semasa ke semasa sehingga kata sepakat telah dibuat supaya perlaksanaan tanam berjalan dengan lancar....





PAK LURAH BERSAMA TETAMU VIP HADIR

1 ulasan:

  1. Dari Pengurus Felda Palong 9:-
    Saya bagi pihak pengurusan rancangan mengucapkan jutaan terima kasih, terutama kepada penceramah- penceramah dari LGM, Risda dan En. Ishak A. Gani (Pengurus Felda Palong 8) dlm menjayakan program tersebut. Insaalah, dari masa kesemasa tenaga anda
    amat kami perlukan. Kepada Pak Lurah, terima kasih kerana tidak lupa-sentiasa menyokong pengurusan.

    BalasPadam