Jumaat, 11 Disember 2009

ANGKAT KAIN JEMURAN ...HUJAN MAU TURUN

BERTEMU BUAT SEMUA....
KALI INI PAK LURAH MEMILIH TAJUK UNTUK MELUAHKAN PERASAAN ANGKAT KAIN JEMURAN KERANA HUJAN MAHU TURUN,SEBAB PUJANGGA PERNAH BERKATA KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI,KU SANGKA AMAN PERPANJANGAN RUPA RUPA NYA SENGKETA MENGINTAI HARI,
Keluarga ku khusus yang tinggal didalam rancangan tanah Felda seharusnya kita besyukur di atas rahmat ALLAH yang telah dianugerah diharap kita harus berbangga kerana kita menjadi warga Felda, diluar sana ramai yang mengidam idam kan untuk menyertai nya tapi sudah terlambat kerana masa sudah berlalu,
pak lurah ingin menyingkap kembali sejarah orang melayu ketika zaman 50-an orang melayu hanya berbangga kerana mempunyai geran tanah,ia tidak memikirkan tanah yang ada untuk ditanam apa, yang boleh mengeluarkan hasil, yang mana boleh menampung keperluan kehidupan keluarga mereka satu hari kelak,lalu tanpa berfikir panjang telah membuat keputusan menanam pokok kelapa kata orang Johor, nyok kata orang Kedah,kalau nak mengulai ayam, kambing, dan lembu senang tak payah cari kelapa di pasar,tapi bab menyimpan geran orang melayu memang pandai dia tak mahu geran di makan anai anai ,buluh yang paling sesuai untuk diletak kan geran ,di dalam ruas lubang buluh lah geran dimasukkan dan tutup tiang buluh di gantung nampak begitu selamat sekali,orang dulu menyimpan geran rupa rupanya geran selamat menjadi milik orang lain,berbanding orang asing tak kisah kan geran, orang asing tak kisah tanah siapa, tanah kerajaan tanah haram tanah ceroboh yang pastinya tanah boleh buat mereka bercucuk tanam,sampai tahap kehairanan apabila melihat seperti lampu aladin gosok sahaja jadi ladang getah, gosok saja jadi ladang kelapa sawit, gosok saja jadi kebun sayuran ini yang berlaku ketika itu hingga mencetus kebimbangan para pemimpin ketika itu,dan menyedari kalau aku tidak membuat sesuatu keatas bangsaku aku khuatir bangsa ku akan menjadi pelarian di buminya sendiri,kerana pokok kelapa yang di tanam di keliling rumah, ayam kambing lembu yang dipelihara tidak mampu menampung kos sara hidup keluarga, lantas tawaran harga yang di buat oleh orang asing walau tidak begitu tinggi lalu geran yang disimpan begitu rapi akhirnya dijual ke bangsa asing, menyedari apa yang belaku maka lahir lah bayi yang di gelar LKTP yang membawa maksud lembaga kemajuan tanah pusaka @Persekutuan, tapi..... telah disalah tafsir golongan tertentu yang mengatakan maksud LKTP langkah kerajaan tipu penduduk dan lembu kerajaan tahan panas,ini lah di antara sejarah yang perlu warga peneroka harus ingat, bahawa kita boleh buat sesuatu kerana kita sihat,kita boleh buat sesuatu kerana kita gagah, kita boleh buat sesuatu kerana kita bermuafakat kerana pakat membawa berkat , dulu kita datang ke Felda tak kira dari mana asal nya,dari parit bengkok ke, parit tegak tapi kita serasi dalam satu bumbung FELDA tapi apabila kita hendak mehadapi tanam semula kita mula tidak percaya kepada rakan,kita mula pandai mencatur ini dan itu kadang tak terfikir oleh kita yang akan di sampai oleh rakan kita yang menyatakan FELDA dulu TOLONG sekarang ALONG .....
di sini pak lurah mengambil kesempatan untuk mengingat kan rakan seperjuangan kita kerana langit dah mula mendung kilat sambar menyambar guruh berdentum jangan masih ada yang tidur lagi angkat kain jemuran supaya malam hari kita tidak kesejukan,begitu lah pesanan si MAMBANG,salam dari pak lurah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan