Rabu, 16 Disember 2009

kisah rumah tangga.....

bertemu buat keluarga ku warga felda....

kali ini pak lurah ingin membicarakan kisah rumah tangga yang sering melanda masyarakat melayu khususnya dalam rancangan felda, yang dulunya air nya yang tenang sekarang dah mula berkocak mungkinkan gerangan dahan yang jatuh atau sang katak kejar mengejar,ini lah yang dikatakan ujian Allah kepada hambanya bak kata pujanga kalau sesat di hujung jalan maka balek lah segera kepangkal jalan,pingan mana yang tak terantuk lidah mana yang tak tergigit bumi mana yang tidak di timpa hujan lautan mana yang tidak begelora cuma secebis harapan dari pak lurah biduk lalu kiambang bertaut,renungkan dua pujanga dari pak lurah
1=kalau berada di pulau yang indah ingat lah kembali ke pantai yang berlumut,
2=apabila kesenangan mengetuk pintu mengapa cinta terbang ikut cendela,
Kelurga ku warga felda sudah 26 @ 35 tahun kita meninggalkan kampung halaman,kalau dulu kita bertiga atau berlima sekarang berenam atau berlapan ada yang sembilan dan yang sepuluh kita semua mejoritinya dah punya kelurga besar sepatutnya jiwa juga besar,kereta besar rumah besar dan cita cita guga harus besar,cuma banyak kawan banyak wang harta,banyak sedekah banyak bezikir amal ibadah,yang tak perlu tanguh tunggu rundingan selesai baru jalan ,
warga ku masyarakat felda, dalam penitian perjalanan kita tentu nya langkah di susun penuh hati hati supaya langkah tak sumbang orang memerahati,
kata pujaga lagi Berhenti di persimpangan tampa membuat keputusan kekanan atau kekiri pasti nya sesaat pasti nya mati,
Cukup hanya setakat ini dulu buat kali ini semuga berjumpa di lain nukilan salam kekelurgaan iklas pak lurah salam,

3 ulasan:

  1. Lancang kuning lancang pusaka
    Nampak dari tanjung tuan
    Sekiranya kering Selat Melaka
    Barulah saya lupakan tuan

    BalasPadam
  2. lancang kuning dari muara
    singgah sebentar ke tanjung tuan
    terima kasih ingatan sudara
    pak lurah paserah kepada tuhan

    BalasPadam
  3. Kalau nak cerita kisah rumah tangga yang bergolak difelda mungkin disebabkan olih beberapa fakta fakta tersebut . Dulu masa mula mula masok felda suami dalam linkungan umor 30 tahun kebawah dan isteri pun umor lebih kurang gitu . Sama sama muda dan tinggal dirumah papan yang disediakan olih felda . selepas dua puloh tahun kehidupan sudah banyak yang berubah , dari motosikal dah ada kereta , dari rumah papan bertukar kerumah batu , dan makan minum dah tak macam dulu , lebih mewah terutama sekali semasa harga komoditi getah dan sawit melambong naik , Ramai yang dah lupa diri tak ingat langsung masa hidup susah bersama isteri masa mula mula masok felda dulu. Bila dah senang umor dah meningkat kelima puloh tahun keatas ramai yang dah mula buat perangai . Isteri bila dah meningkat umor 50 tahun tak macam muda dulu keadaam fizikal mula berubah . Ada yg dah dalam proses menopause dan tak serancak macam muda muda dulu dan muka tak secantik macam muda muda dulu . Suami masih macam dulu walaupun umor dah meningkat 50 tahun keatas . Tambahan pula dengan minuman kopi tongkat ali , kopi jantan , kopi janda dan segala macam kopi yang memberi tenaga buat seketika maka ramailah yang berselera nak kawin muda atau tambah lagi satu . kebanyakan isteri akan melenting bila dengar suami nak beristeri muda maka mulalah rumah tangga bergonchang . Ada suami dah buat perangai tanpa pengetahuan isteri .kebanyakan dinegara yang maju perempuan yang highly educated suka memilih suami yang lebih tua darinya . Kalau umor mereka 23 tahun mereka suka cari suami yang berumor lebih 30 tahun keatas .Sebagai contoh kalau umornya 23 tahun dan suami berumor 37 tahun maka bila umornya meningkat 46 tahun suaminya berumor 60 tahun. Mereka ini ada lah didalam keadaan yg seimbang , silap silap isteri lagi hebat dari suami . Kebayakan perempuan bila nak cari calon suami mereka nak yang sama sama muda terutama sekali remaja zaman sekarang .. kalau pilih yang lebih tua tentu dimasa yang akan datang tak banyak rumah tangga yang akan bergolak ...bukan kah gitu ...ha ha ha ha ... SORRY GIRLS , no joke no fun ....Ada banyak faka fakta lain yang menyebabkan rumah tangga bergolak ...fikirkan lah sendiri .... Bila bersolat tu sentiasa lah berdoa kepada Allah agar rumah tangga aman damai , hidup bahagia hingga keakhir hayat , Amin.........

    BalasPadam