Sabtu, 19 Disember 2009

PERGI TAK KEMBALI SATU PERSATU ANAK BUAH KU

BERTEMU BUAT SEMUA ,

PADA HARI INI PAK LURAH MENGABISKAN MASA DI RUMAH PALONG 9 ,
JAM 230 PETANG KETUA BLOK 13 SDR PAIJAN BIN DAUD TELAH MENILAPON PAK LURAH DAN MEMBERI TAHU BAHAWA ISTRI SDE RAHIM BIN BAHARAN TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH TENGAH HARI TADI DI HOSPITAL JEMPOL DAN JENAZAH NYA AKAN DI KEBUMIKAN SELEPAS WAKTU ANSAR,DI TANAH PERKUBURAN PALONG 9 10 11,
Begitu lah kehendak Allah Tuhan Pentadbir Alam kalau Allah mengatakan jadi maka jadilah,tiada siapa dapat mehalang nya,
Sebagai pemimpin kerdil Kampung pak lurah terus pergi datang melawat dan mengucapkan takziah kepada suaminya di atas apa yang berlaku , KERANA ini juga amalan pak lurah semenjak tinggal di rancangan kerana arwah parman pernah berkata untuk melihat orang itu baik ,yang pertama tanya jiran sebelah kanannya,yang kedua tanya pula kepada jiran sebelah kirinya, dan yang tiga tanya pula jiran di belakang nya dan yang keempat tanya pula jiran di hadapan nya,dan seterus nya kenduri kendara kematian dan masjidnya ini yang perlu ada kepada kita semua lagi lagi kita yang digelar pemimpin
Pak lurah sempat sembahyang kan jenazah dan mengiringi hingga jenazah di semadikan selesai jam 600 ptg dan pulang,

SEBELAH MALAM NYA ADA DUA JEMPUTAN TAHLIL PAK LURAH AKAN CUBA MEMBAGI MEMBAGI MASA UNTUK MEMENUHI JEMPUTAN TERSEBUT,
Jam 830 selepas sembahyang insak pak lurah pun pergi ke rumah pertama sdr mazin yahya ramai yang datang pak lurah rasa bangga program program yasin tahlil masih ada difelda palong 9 dan di rancangan rancangan lain dalam Felda kerana dengan adanya program sebegini dapat merapat kan hubungan sesama kita almaklum di siang hari kita sibuk membuat kerja masing di sebelah malam kita adakan aktiviti, sebegini bukan selalu dapat satu bulan sekali pun dah cukup ,
Jam 930 malam pak lurah memenuhi jemputan kedua rumah sdr Nordin Bin Ahmad,beliau membuat kenduri arwah dan menyambut tahun baru 1431H di rumah ini pun ramai yang datang saudara mara dari Kampung pun datang almaklum lah cuti tiga hari kawan bertanya kepada pak lurah sejak akhir akhir ini pak lurah begitu sibuk nampak? sibuk kalau kita nak buat sibuk, tapi bagi pak lurah pak lurah hadapi tugas ini biasa sahaja, masih dapat jumpa kamu semua jadi masih tak sibuk lah,
nampak nya hanya setakat ini dulu pertemuan kita kali ini sehingga kita bertemu di lain coritan sambut salam dari pak lurah....


Suami nya Rahim Bin Bahran menyiram air mawar ke pusara isteri tersayang


1 ulasan:

  1. Walaupun saya tidak mengenalinya ,saya tetap membaca surah Al-FATHIAH mendoakan semoga rohnya akan bersama sama dengan mereka yang beriman...Amin....

    BalasPadam