Selasa, 29 Disember 2009

PERUTUSAN KHAS PENGARAH BESAR FELDA



Salam sejahtera kepada seluruh warga FELDA

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat tahun baru kepada warga FELDA di seluruh peluduk tanah air dan mendoakan agar tuan/puan berada dalam sihat sejahtera..

Syabas dan tahnia kerana kita telah berjaya menempuh cabaran getir tahun 2009 akibat kemelesetan ekonomi yang melanda negara. Alhamdulillah, berkat kebijaksanaan Kerajaan dalam menangani krisis ekonomi, pendapatan peneroka terus stabil. Bagi menghadapi tahun 2010, Felda akan terus melaksanakan beberapa program yang memberi faedah kepada warga peneroka dan adalah menjadi harapan agar warga peneroka menyokong dan menyambut baik program yang di jalankan..


MENINGKATKAN PRODUKTIVITI KEBUN
Hasil kebun merupakan sumber utama pendapatan peneroka. Marilah kita terus berusaha untuk meningkatkan produktiviti kebun supaya setanding dengan pesaing kita dalam industri sawit dan getah. Masih banyak usaha yang boleh di terokai untuk meningkatkan pengeluaran hasil pada tahap Maksima...

PROGRAM TANAM SEMULA
Kira-kira 92,450 hektar kebun peneroka akan ditanam semula dalam tempoh tiga tahun mulai 2009-2011. Program ini diharap dapat meningkatkan pendapatan peneroka melalui penerapan teknologi baru dan amalan pertanian baik ( GAP ) di kebun peneroka yang di tanam semula.. Usaha ini di lakukan melalui naik taraf insfrastruktur, benih dari klon yang bermutu, penggunaan baja terbaik dan sebagainya. Adalah menjadi harapan FELDA agar program ini disambut baik dan peneroka terus kekal bersama FELDA...


GEDUNG MAKANAN NEGARA
Program ini adalah satu cetusan idea YAB. Perdana Menteri Malaysia untuk melahirkan petani moden di kalangan warga FELDA melalui amalan teknologi moden seperti fertigasi, penanaman berskala besar, sistem pengairan dan lain-lain... Program ini akan menumpukan kepada penanaman pisang berangan/pisang industri, cili kulai, pengeluaran daging secara fidlot dan ternakan ikan. Marilah kita sama-sama menyambut baik program ini dalam membantu Kerajaan meningkatkan pengeluaran makanan negara dan sebagai langkah menangani krisis kekurangan bekalan makanan...

PEMBANGUNAN GENERASI BARU FELDA
Dalam usaha FELDA melahirkan generasi baru yang berpengetahuan, berinovasi dan berkemahiran tinggi, program akan di teruskan melitupi pendidikan dan latihan kemahiran, pembngunan sahsiah belia/ beliawanis dan menambah bilangan usahawan dari kalangan generasi baru. Kesemua program yang akan di laksanakan adalah untuk memperkasa dan meningkatkan jati diri generasi baru yang boleh menyumbang kepada pembangunan rancangan.


PERUMAHAN WARGA FELDA ( PWF )
Projek perumahan berkonsep Rumah Mampu Milik akan terus dilaksanakan di beberapa rancangan untuk membantu generasi baru peneroka memiliki rumah dengan sempurna. Adalah diharap Kerajaan Negeri memberi kelulusan segera terhadap projek yang dirancang ini....

PROGRAM KECERIAN KAWASAN KAMPUNG
Program ini adalah usaha menjadikan perkampungan FELDA indah, ceria dan menarik.. Usaha perlu di buat secara berterusan di kalangan semua ahli masyarakat di tanah rancangan melalui aktiviti gotong royong, sumbangan idea dan tenaga serta jalinan permuafakatan. Marilah kita sama-sama menjayakan program kecerian ini untuk faedah bersama , lantas menjadikan masyarakat FELDA sebagai masyarakat contoh.

PROGRAM KEROHANIAN
Pemikiran dan tindakan masyarakat FELDA mesti jauh dan berwawasan supaya tidak timbul tanggapan negetif terhadap warga FELDA. oleh itu, usaha berterusan perlu di lakukan oleh warga FELDA di tanah rancangan dalam memperbanyakkan program kerohanian melalui pelbagai aktiviti seperti mengimarahkan masjid, meningkatkan sahsia diri, mengeratkan ikatan ukhwah/perpaduan, mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan lain-lain.

Jesteru itu, marilah kita mulakan titik permulaan tahun 2010 dengan azam dan tekad yang jitu bagi mencapai sesuatu yang lebih baik. Di Negara inilah kita lahir, di sinilah kita membesar dan mencari nafkah dan di sini jugalah berakhirnya hayat kita. Marilah kita bertaut, bersatu hati sesama jirang tertangga, bijaksana membuat keputusan, berteduh di bawah satu payung berlambangkan FELDA dan sama-sama mengharungi cabaran mendatang.

Saya berdoa agar tahun baru 2010 membawa kebahgian kepada kita dan selamat daripada sebarang musibah.. Selamat Tahun Baru..

Wassalam

Iklas Daripada


Dato' Dzulkifli Abd Wahab
Pengarah Besar FELDA

6 ulasan:

  1. Tahnia kpd Dto Dzul dan ayahnda krn berwawasan tggi dan sntiasa memikirkan nsb g2 Felda.. Smg thn 2010 mberi sinar kpd g2.. Amin...

    BalasPadam
  2. Sebagai anak peneroka FELDA, saya sangat berbangga kerana FELDA telah berjaya meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar, daripada tiada bertanah kepada sekurang-kurangnya 10.25 ekar/ orang.Daripada memiliki rumah kayu berharga Rm7000.00 kepada Rm 40,000.00/ buah.Dari memperolehi pendapatan Rm 250.00 kepada sekurang-kurangnya Rm 1,000.00/ bulan.Kalau di kampung dahulu, terlalu sukar melihat anak-anak berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, setelah 53 tahun Felda- setiap rumah telah melahirkan sekurang-kurangnya satu orang graduan.Tidak kurang pula anak-anak peneroka menerajui ajensi dan organisasi terkemuka dalam dan luar negara.Saya yakin dan percaya, cita-cita PM Malaysia untuk menjadikan mesyarakat FELDA contoh di dunia boleh menjadi kenyataan, sekiranya warga Felda terus bersatu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada FELDA khasnya dan Kerajaan yang memerentah sekarang. Kita sudah tidak ada masa, berbalah sesama kita. Lagi banyak perkara remeh temeh yang sengaja di wujudkan, bertambah lamalah lagi masa yang terpaksa di korbankan untuk menuju kejayaan.

    Secara peribadi, saya menyarankan supaya FELDA menumpukan 150 peratus perhatian kepada pembangunan generasi kedua dan ketiga FELDA. Saya bimbang, jika kita terleka, akan ada bapa-bapa haram yang menyesatkan mereka. Cubalah selami perasaan dan gerak hati mereka. Mereka-mereka inilah yang akan mewarisi 50 tahun FELDA akan datang.Sudah sampai masanya IKS dan industri berat di bawa ke kawasan FELDA. Mereka bukan tidak berminat tinggal di rancangan. Jika ada sumber pendapatan yang boleh menjamin mereka, sudah tentu kawasan rancangan di jadikan pilihan mereka.

    Berhubung dengan program tanam semula yang sedang dan akan di laksanakan ( 2009-2011 ), merupakan KPI FELDA yang akan di nilai oleh peneroka setelah tanaman berhasil. Oleh yang demikian, bukan hanya berapa luas kawasan yang siap di tanam semula, akan tetapi apa yang lebih penting ialah- di tahaf mana kualiti tanam semula telah di laksanakan. FELDA harus menumpukan 200 peratus kepada program ini.Sistem kerja dan Rancangan kerja harus merangkumi untuk tempoh 25 tahun akan datang, supaya bila pokok sudah berhasil, tidak timbul pula masalah tiada buruh, tiada petugas untuk memantau dan berbagai-bagai lagi yang hanya akan mengaibkan FELDA.

    Berhubung dengan kecerian kawasan kampung, penilaian yang dilaksanakan perlu mengambarkan keadaan sebenar. Muka rancangan yang di buat pembedahan pelastik biasanya akan cair, orang tidak berselera untuk mendekatinya. Penilai harus bijak, menyelinap setiap bulan tanpa di ketahui oleh pihak rancangan.Mungkin cara ini dapat mengurangkan, rasa tidak puas hati dari rancangan yang masuk bertanding.

    Kepada Dato' Dzulkifli Abd Wahad, tahniah diucapkan di atas perlantikan beliau sebagai Pengarah Besar FELDA yang baru. Saya mendoakan Dato' agar terus di beri taufik dan hidayah oleh Allah supaya FELDA akan terus maju dan berjaya.

    BalasPadam
  3. Congratulations once again to all of you there, Everyone want everything to be all the best .May be you are among the best . Yang tak bestnya ialah tahun ni bonos peneroka lambat dibayar mungkin tahun depan awal minggu . bayangakan semenjak bulan oktober hingga ke akhir December gerimis sering datang mungundang . peneroka yang menyara hidup dengan hasil dari pokok getah dalam masa tiga bulan ini pendapatan mereka agak merosot . musim hujan tak dapat menoreh . yang dah senang lenag tu tak payah cakap lah . yang masih banyak tanggongan, anak anak masih besekolah tentu terasa peritnya,Sekolah akan dibuka semula pada 4hb Januari ini untok sesi tahun 2010 . bayanagkan tu bagi mereka yang kurang beruwang . tentu sekali mengharap bonus dari felda untuk membeli apa jua kelengkapan persekolahan anak anak mereka . Yang dah senang tu dan yang dah kaya tu yang anak anak mereka dah besar dan berkerja tu tak payah cakap lah . kalau setakat makan tu memang tak ada peneroka yang kebuloran lagi ....fikir fikir kan lah .....

    BalasPadam
  4. Tahniah diucapkan kepada Dato'Dzulkifli b Abd Wahab kerana telah dilantik sebagai Pengarah Besar FELDA..... Sebagai G2 FELDA, saya amat berbangga dan amat bersyukur diatas semua yang telah saya perolehi selama ini dari segi pendidikan dan kehidupan seharian.. saya merasa begitu kerana banyak keistimewaan yang diperolehi sebagai anak FELDA.. oleh itu saya tetap memilih FELDA sebagai tempat menimba pengalaman, seperti hari ini merupakan hari terakhir saya menjalani latihan industri di Pejabat Usahawan Felda Wilayah Raja Alias Negeri Sembilan..harapan saya agar Dato'Dzulkifli dapat meningkatkan lagi taraf kehidupan warga Felda pada masa akan datang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.. Terima kasih dan Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua warga FELDA...

    BalasPadam
  5. salam buat ayahda,
    ybhg dato'ZUL taniah!!! kerana diamanah kan tugas yang getir ini,ketika negara delanda masalah ekonami yang meruncing ini serta suasana politik yang tidak setabil pesan bujang yang selalu termenung ini nampak ujian besar menanti kita yang penting kelurga FELDA brrsatu kerana bersatu tegoh becerai roboh tk.

    BalasPadam
  6. BAGI ANAK ANDIR ... KALAU LAH ANAK PENEROKA YANG MASUK RANCANGAN DALAM TAHUN 60AN. (dulu LKTP sekarang FElDA ) yang pernah makan ubi keledik , mandi perigi dan waktu malam pakai pelita minyak tanah dgn sara hidup bapa peneroka RM69.90 sebulan , Berpengalaman hidup susah pergi sekolah rendah jalan kaki . berbasikal kesekolah menengah . pernah makan rebus ubi dgan sambal cili ,makan nasi lauk ikan masin dan rebus kangkong , pergi kekebun tolong meracun atau membersihkan teres dan menoreh selepas pokok bolih dituris .Masok Universiti dapat ijazah . Sekarang umor mereka mereka ini kebanyakannya didalam lingkungan lima puloh tahun keatas dan kalau lah mereka ini memegang jawatan yang tertinggi dalam FELDA tentu kita warga felda lebih berbangga lagi . kalau dibanci ramai anak anak peneroka yang berpengalaman , berkelulusan tinggi dan berkebolihan , yang tau pahit maung nya seawal tahun 60qn hidup ditanah rancangan..ang berkelayakan ... Dari anak Andir yang yang umor sudah tahap berpencen ....ikut Pak Andir pindah rancanagan tahun 60an ..masa itu hidup susah yang pandai pandai tak ramai yang boleh belajar tinggi ramai yang tak mampu , ramai yg masok maktab jadi cikgu atau kerja dgn felda sebagai pembantu luar .( FA )

    BalasPadam