Ahad, 20 Disember 2009

TAWARAN TENDER POKOK KAYU GETAH DI TEBANG

BERTEMU BUAT SEMUA,

Kali ini pak lurah ingin bicara tentang tebang pokok kayu getah kawasan rancangan WRA NS yang mana di jadualkan Tahun 2010 hingga tahun 2011,banyak rancangan akan terlibat pak lurah mohon kepada broker cari lah tauke yang sanggup membayar harga tinggi,dan jangan lupa masuk sebut harga di peringkat ibu pejabat,
jangan cakap sahaja itu dan ini,menghasut peneroka felda dulu tolong sekarang dah jadi along,sebenar felda sama sahaja yang menjadi bapa kepada ramai anak tentunya tidak dapat melayan kerenah semua anak dalam masa yang sama,jadi kita sebagai anak kena lah juga pandai menyesuaikan diri,untuk terus hidup,
pak lurah melihat isu selalu timbul apabila peneroka mahu tebang pokok kalau dulu nya aman sekarang dah mula huru hara ada separuh nak ikut felda ada separuh nya nak buat sendiri,ada separuh nya nak tanam getah ada separuh nya nak tanam kelapa sawit ini antara isu panas dalam rancangan ,yang akan tanam semula,
pak lurah ingin mengajak warga peneroka kembali mengingat kan ketika kita di temu duga pengambilan penempatan peneroka, bertanya jemaah temuduga kepada Ali ya....Ali adakah kamu setuju jika saya hantar kamu di ladang kelapa sawit?jawab ali setuju tuan!!!kalau ladang getah? pun setuju tuan!!!jadi kamu tak ada masalah lah? ya...Tuan!!!kalau nak tanya pak lurah senang dulu kita bersetuju di tempat kan didalam rancangan kita telah menanda tangani perjanjian GSA bersama felda maka berada lah kita di dalam felda hingga sekarang, dalam baki umur yang tinggal sedikit ini badan selalu nak domam,ikut lah mana yang baik,kalau yang ramai nak ikut felda kita ikut lah... kalau ramai nak tanam getah ikut lah.... panduan ini amat jelas dan mudah di ikuti,90% yang tanam semula mengikut felda ternyata berjaya,dan yang tanam sendiri io% ada yang gagal, ini menunjukan kita cuma ada semangat sahaja yang tinggi nak tanam semula sedang kan tubuh kita sudah mula mengigil bada dah mula nak domam kocek pun dah mula kimpis,warga ku memang lah sebaik sebaik manusia ialah manusia yang tak berhutang,tapi kalau dah tak ada lebih baik berhutang,dari pada mencuri,
kepada broker broker dan tauke tauke kayu jangan lepas kan peluang ini rebut lah peluang ini, ADA 13 TEMPAT DALAM RAJA ALIAS YANG MAHU DI TANAM SEMULA DENGAN KELUASAN 9,923.60H REBUT BUKAN DENGAN CAKAP TAPI!!! DENGAN MASUK TENDER YANG AKAN DI KELUARKAN DI AKHBAR AKHBAR TEMPATAN MASUK JANGAN TAK MASOK,
Cukup hanya setakat ini dulu yang dapat saya tulis kan buat kali ini sehingga bertemu kembali salam dari pak lurah



INILAH POKOK GETAH YANG NAK DI TEBANG



APA MACAM BESAR TAK POKOK GETAH INI



BAGI HARGA MAHAL TAU

11 ulasan:

  1. Wah nampaknya harus di tanam semula ni... tanaman apa nak diganti Sawit ke... Tahniah boleh jadi half jutawan ni. Wan Salman ADUN Jengka

    BalasPadam
  2. Saleh Muhidin berkata...

    Terima kasih Pak Lurah, kerana masih berfikiran matang dan sentiasa mengingatkan anak-anak buah yang hampir-hampir terpesung , kerana terpengaruh janji-janji manis dari individu-individu yang tidak bertanggung jawab. Cukuplah pengalaman lalu kepada peneroka-peneroka yang terdahulu, gagal melaksanakan tanam semula sendiri. Pada tahun 2003, FELDA telah menambah dananya untuk menyelamatkan lot-lot peneroka yang tanam sendiri jadi hutan dan belukar. Jika perkara yang sama berulang lagi, mungkin tidak ada lagi dana yang di peruntukan untuk menyelamatkan lot-lot peneroka yang tanam semula sendiri gagal. Saya bimbang, anak cucu-cicit peneroka yang gagal- akan menyalahkan ibubapa mereka kerana meninggalkan tanah-tanah terbiar tidak mendatangkan hasil. Ini tidak bermakna, saya memperkecilkan kemampuan peneroka.Peneroka yang masih kuat, minat yang tinggi kepada pertanian masih boleh berunding dengan FELDA dengan bekerja di lot sendiri di bawah pengurusan FELDA. Kepada Warga Palong 9, saya nasihatkan supaya -pandanglah keuntungan jangka panjang, jangan menganggap kehidupan hanya untuk hari ini dan untuk diri sendiri. Kesilapan hari ini akan di persoalkan di masa akan datang di dunia dan di akhirat.

    BalasPadam
  3. Apa yang disarankan oleh Pak Lurah itu betul . Apa yang kita fahami bahawa kebayakan kumpulan green peace dan pencinta alam diselurah dunia ramai yang memboikot pengunaan kayu kayan tropika yang dijadikan perabut dan sebagainya . Olih yang demikian pengunaan kayu dari pokok getah yang dijadikan perabaut dan sebagainya telah menjadi salah satu alternatif . Ini telah membuatkan penambahkan lagi permintaan bahan tesebut diperingkat gelobal menyebabkan pokok getah yang telah dimesin dieksport keluar negara untok dijadikan perabut dan sebagainya. semasa ekonomi belum merudum pernah pokok getah dengan kawasan seluas 10 ekar yang ditebang ditwarkan haganya mencecah lebih tujoh puloh ribu ringgit . Harga ini adalah bergantung kepada pemitaan dan mengikut harga pasaran semasa . Sekarang ini apabila ekonomi dunia merudum harga pasaran kayu getah agak menurun juga . Walau bagaimana pun tender secara terbuka adalah cara yang terbaik dari segi penentuan harga pada setiap kawasan felda yang pokok getahnya yang akan ditebang . tentu sekali penawaran harga tender yang tinggi menjadi pilihan peneroka dengan cara yang telus . pejanjian antara peneroka dan kontraktor hendak dilakuan dengan teliti supaya peneroka tidak tertipu olih mana mana pehak . Setelah kesemua pembayar dijelaskan kepada setiap peneroka mengikut harga pejanjian dalam kontrak yang telah dipersetujui dan yang telah ditanda tangani olih peneroka sendiri atau warisnya maka barulah pehak penender atau kontrakor bolih menebang pokok getah tersebut . Sekiranya pembayaran belum diselesaikan keselurohan maka peneroka berhak megeluarkan susu getah dari kebunnya. Saya fikir inilah cara yang seadil adilnya dan sebaik baiknya agar peneroka tidak tertipu oleh kontraktor yang telah berjaya ditawarkan kontrak tersebut sebagai penender .

    BalasPadam
  4. BILO PEMBAYARAN DAH SELOSAI TOBANG LAH COPEK COPEK BIAR COPEK BULIH TANAM SEMUALA DAN BIAR COPEK PULAK BOLIH MOTONG LAGI SEKALI ,KALAU KITA RASA GAJIN SIKIT YA BIAR LAH FELDA YANG URUSKAN TANAM SEMULA NI. TAKUT NANTI KALAU BUEK SENDIRI NANTI POKOK GETAH TAK TUMBUH POKOK LAIN PULAK YANG TUMBOH ,SEMAK SAMUN JADI BELUKAR .ORANG LAIN POKOK DAH BOLIH DITURIS,KOK PUTIH MATA, MENYESAL TAK SUDAH SUDAH . KALAU POKOK MUDA AGAK AGAK EE GAMAI YANG SUKA MENOREH ,ITU PUN KALAU BADAN SIHAT LAGI KALAU TIDAK JADI MANDOR YA LAH , YANG PENTING BENIH YANG NAK TANAM SEMULA BIARLAH DARI KLON BONIH YANG BOLIH KELUAR BANYAK GETAH , JANGAN DAPEK KLON POKOK CANTEK TAPI TAK BEGETAH , POKOK TAK TAHAN COPEK MATI KERA , BUEK KAYU API UNTOK BAKAR LOMANG BULIH LAH , PAK CIK TAK KESAH NAK TANAM SAWIT TANAM LAH , NAK TANAM GETAH TANAM LAH , SUPAYA JANGAN KECHOH KECHOH IKUT LAH SUARA MAJORITI , PILIH LAH MANA YANG LEBIH MENGUNTUNGKAN . SILAP SILAP PILIH NANTI KOK SAMA SAMA MENYEASAL . KALAU TAK CAYA TANYA PAK LURAH......

    BalasPadam
  5. pengulas yang menamakan diri Wan Salaman , Adun Jengka mengatakan bolih jadi half jutawan , Setakat tebang pokok getah sepuloh ekar seorang mana bolih jadi half jutawan ,cakapnya tak logik , kalau dipilih sebagai calon dan menang pilihan raya tak sampai sepenggal memang rami dah jadi jutawan , kereta merc rumah banglo mewah , lagi banyak projek kong kali kong didalam kawasannya lagi bertamabahlah kayanya dan bolihlah tambah isteri muda yang cantik, Selepas dua penggal berkhidmat sebagai wakil raayat dibayar pula pencen tiap tiap bulan , dudok goyang goyang kaki . Kita saudara seugama ,bila dah kenal dan rapat rasa macam adik beradk sepusat sepusing . emak lain lain dan ayah asing asing buek lah apo yang kau suka ,bak kata orang negori kito sama kito pergi mana mana pon naik kereto . jasad kita nak masok kelubang lahad pun kena hantar dengan kereta . kalau dapat duit yang halal dari tebang pokok getah tu kalau yang belum pernah ketanah suci elok elok pergi kesana mengerjakan amal ibadat .Lepas tu elakkan diri dari membuat dosa terutama sekali yang melibat orang supaya diakhirat nanti senang sikit nak masok surga . Kalau kurang yakin tanyaklah ulamamak tulin . Sekiranya ada ulasan saya yang menimbulkan kemarahan ,saya mohon maaf kepada kesemua orang dari hujung rambut hingga kehujon kaki ,...Dari saya yang suka komen apa yang dirasakan tak munasabah dan tak betul .

    BalasPadam
  6. salam wak lurah.....
    cerita tebang pokok ni....bagus lah, belum tebang lagi istri dah jumpa pengurus mohon bagi dua,sampai tebang anak anak menyerbu mintak bahagian juga macam mana nak jadi jutawam sudah tak? ketahuan dan macam mana nak naik haji belum belum dah kena taji,semuga allah sentasa melindungi orang orang yang berniat kebaikan AMIN,

    BalasPadam
  7. Kalau harga paling mahal pun tak kan cecah lebih seratus ribu ringgit keatas ,kalau ada seratus ribu ringgit hanya bolih dipaggil 0.10 Jutawan Malaysia , sukuwan pun tak sampai . kalau pergi London tukar duit sana cuma dapat 14.286 ribu pound sterling saja. kalau berangan nak jadi jutawan takut takut nanti kok jadi tak ketawan ,dah ada contohnya ,ada kawasan felda yang dah kena beli dulu, peneroka dapat pampasan lebih satu juta ringgit . semuanya bergelar jutawan tetapi sekarang ada yang bekas jutawan yang tak sedar diri dulu balik macam asal , ada yang pengang cotar kerja jaga dari kereta mewah balik semula pakai motor cub cai . beringat sebelum kena , berjimat sebelum habis , kalau tak pandai berniaga bila ada duit sejuta tu boli ya lah saham yang bolih dapat pulangan sepuloh peratus . tiap tiap tahun dah tentu ya dapek seratus ribu ringgit dividen . dudok gumah goyang goyang kaki sampai mati pun duit tak abih ....

    BalasPadam
  8. WAK!!!!!!ADA ORANG KEMPIN KELILING KAMPONG MACAM MANATU? KABAR NYA NAK TANAM SENDIRI,TAK MAHU IKUT FELDA SAKARANG PUN TAK MASOK LADANG,
    LADANG UPAH KAT ORANG ENDON TAKUT TAKUT SEMANGAT SAHAJA KUT YANG KUAT BADAN DAH TAK LARAT
    SAYA TETAP IKUT FELDA WAK,DULU KINI DAN SELAMA NYA,CUMA KALAU BOLEH KALI INI NAK TANAM KELAPA BALI, KERANA SUDAH HAMPIR KEMBALI ,

    BalasPadam
  9. tanam semula di Felda Lui Barat tidak tahu harga kayu getah tapi peneroka dah sain agrement..kalau dpt RM30k nayala mereka..

    BalasPadam
  10. MAICHEM RUBBERTEX

    MAICHEM RUBBERTEX adalah produk pengeluaran terbaru. Produk ini direka khas untuk pokok getah yang tidak boleh menghasilkan susu getah pekat berlebihan. Ia adalah dicipta dari hasil kajian teliti dan memuaskan.


    Kelebihan MAICHEM RUBBERTEX:

    • Menghasilkan susu getah berlebihan antara dua hingga tiga kali ganda dari kaedah biasa
    • Kandungan getah kering (DRC) 31-36% tanpa menjejaskan pokok getah
    • Kos efektif dan menambahkan pendapatan penoreh getah
    • Mempercepat pembekuan getah selepas torehan
    • Mengurangkan kadar lupus hasil torehan akibat hujan
    • Kerja kurang hasil lumayan


    Cara Pengunaan MAICHEM RUBBERTEX

    • Bersihkan tempat torehan lama yang masih lekat getah kering sebelum sapukan MAICHEM RUBBERTEX padanya.
    • Sapukan MAICHEM RUBBERTEX pada alur torehan dengan berus lukisan saiz kecil
    • Celup berus dalam MAICHEM RUBBERTEX, kemudian sapu pada tempat torehan, ulangi jika tidak mencukupi.
    • Torehan boleh dibuat selepas satu hari, tidak kurang dari (15-24 jam).
    • Ulangi 10 hari sekali pada pokok getah yang biasa.

    Harga pasaran yang disyorkan untuk 1kg untuk kegunaan 333 pokok getah RM85.00
    Kumatts 0176818199



    PERHATIAN !
    Simpan ditempat teduh dan selamat. Jauhi daripada kanak-kanak. Basuh dengan air yang banyak jika terkena mata dan kulit anggota badan yang sensitive. Elakan daripada cahaya matahari.

    BalasPadam
  11. Pokok ini nak di jual untuk di tebang ?
    Sila whatsapp saya di +60173960644 zaini

    BalasPadam