Jumaat, 29 Januari 2010

PERJALANAN DAN TUGAS HARIAN KU

BERTEMU BUAT SEMUA


KALI INI BERSAMA PAK LURAH  DALAM PERJALANAN DAN TUGAS HARI KU

Seawal jam 830 pagi   25 Jan 2010 pak lurah telah meninggalkan palong 9 menuju KL untuk menghadiri mesyuarat ALP yang pertama dalam tahun 2010 walaupun mesyuarat pada 26 jan 2010 pak lurah pergi lebih awal kerana banyak tugas yang hendak di selesaikan di KL yang perlu di ambil perhatian segera.....
Pada pagi 26hb pak lurah menerima panggilan  daripada kamisan yusuf yang melaporkan bahawa anak buah saya yang bernama awang telah kehilangan anak yang terlibat dalam kemalangan jatuh dalam sungai palong 5  pak lurah hanya mampu sedekahkan Al Fatiha semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah semoga di tempatkan bersama-sama orang yang soleh,

Jam 300 ptg mesyuarat ALP di mulakan yang dipengurusikan  oleh Ybhg Tan Seri Dr Yusuf Nor  dan Dato' serta datin.... setelah selesai mesyuarat pak lurah minum petang dan pulang ke hotel  untuk berehat sebentar lalu pulang ke palong 9,

Pada 27hb seawal  jam 7 pagi pergi ke seremban untuk menghadiri satu lagi mesyuarat PDK NS di WISMA NEGERI semua pengerusi pengerusi NS di jemput hadir...  pak lurah baru pertama kali hadir dalam mesyuarat tersebut rupa rupanya tiap tiap pengurusi kena bentang kan kertas kerja program dan penyata kewangan....  seronok jugak pengalaman baru mesyuarat hingga jam 130 th,

Pak lurah meneruskan perjalanan lagi kali ini langkah agak panjang menuju ke KL bagi menghadiri mesyuarat agong belia MBF jam 5 ptg pak lurah pun sampai di hotel  merehatkan badan maklum lah bawa kereta seorang diri agak penat sebelah malamnya pak lurah bersama rakan JKPP makan malam kerana hotel tidak menyediakan makan setelah kenyang pak lurah pulang ke hotel lalu tidur,

Jam 800 pagi pak lurah dan rakan jkpp dan Gpw berjalan kaki menuju ke hotel Inter National untuk memberi semangat kepada belia belia felda yang tengah semangat menentukan pemimpin dan barisan kepimpinan yang baru di faham kan pemimpin yang lama seperti dato' ramlee akan meningal kan kuasa nya kepada kepimpinan baru walau bagaimanapun kepada Dato'Ramlee terima kasih kerana sumbangan nya begitu besar terhadap golongan belia dalam felda kepada pengantinya harapan pak lurah dan belia felda supaya dapat menyuntik semangat baru seperti 5 teras yang digaris kan oleh felda mudah di capai kerana memiliki jentera dari dalam pentadbiran belia.... Salam Satu Malaysia Dari Pak Lurah


PAK LURAH BERSAMA RAKAN-RAKAN DI HADAPAN PINTU MASUK



BARISAN PEMIMPIN MBFM


ANTARA YANG HADIR DI MESYUARAT MBFM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan