Sabtu, 9 Januari 2010

WARTA KAMPUNG


Salam buat semua pembaca di harap semua sihat dan ceria di hujung minggu ini.. Disini Pak Lurah ingin meminta pandangan semua pembaca memberi sedikit buah fikiran bagi melaksanakan Warta Kampung ini..  Di harap dengan pandangan semua dapat membantu pak lurah menjayakan Warta ini.... Salam Pak Lurah
OBJEKTIF
  • Ø  Membantukan membasmi permasalahan social dalam masyarakat rancangan Felda sepertimana dalam warta kampung
  • Ø  Membantu mengurangkan kadar jenayah dalam kawasan kampong/ rancangan
  • Ø  Berfungsi rakancop – Membantu pasukan polis
PENDEKATAN
  • Ø  Pelaksanaan jadual bertugas
  • Ø  Mewujudkan pengenalan diri anggota skim kepolisian
  • Ø  Memastikan setiap anggota skim kepolisian di beri perlindungan insurans ( MAA Takaful) seperti anggota rela dan JPA 3
PERANCANGAN
  • ØPenubuhan skim kepolisian di rancangan Felda amat wajar di wujudkan untuk membantu menggurangkan permasalahan social di rancangan.
  • Ø  Dengan adanya skim kepolisian di rancangan Felda kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat Felda dapat ditingkatkan dan di jamin
  • Ø  Dalam memastikan kelangsungan program kepolisian perlu di beri perlindungan insurans, kad kusa, uniform dan perbelanjaan harian.


WARTA KAMPUNG
1.      Tidak membenarkan pelajar Sekolah berada dikawasan awam atau di simpang-simpang jalan melebihi pukul 10 malam tanpa tujuan
1.1  Berkumpul tiada tujuan
1.2  Berbual bersama-sama rakan
1.3  Melepak dikawasan sunyi / gelap
1.4  Ponteng sekolah
1.5  Tidak membenarkan pelajar menghisap rokok
1.6  Minum arak dan terlibat penyalahan gunaan dadah
2.    Tidak membenarkan menunggang motosikal dan kereta melebihi 40km/j di kawasan kampong
2.1  Lumba haram tidak di benarkan di kawasan kampong
2.2  Berjalan secara berkumpulan (kecuali mendapat kebenaran)
2.3  Penungang motor dan kereta hendaklah mematuhi undang-undang yang telah di wartakan agar kemalangan dapat di elakan dan ganguan kepada orang ramai
3.      Tidak ternakan lembu, kambing berkeliaran di kawasan kampong
3.1  Binatang ternakan berkeliaran merosakan tanaman peneroka/penduduk
3.2  Kemalangan yang menyebabkan lembu dan kambing sering berlaku di dalam kawasan rancangan
3.3  Penternak hendaklah memastikan ternakan dipagar
3.4  Sekiranya ternakan dapat di tangkap denda akan dikenakan atau ternakan akan di lelong.
4.      Tidak membenarkan pendatang asing tanpa izin ( PATI ) dalam rancangan/kampong
4.1  setiap pekerja asing di rancangan hendaklah mempunyai permit yang di sahkan oleh imegresen dan majikan yang sah
5.      Tidak membenarkan penyalahan gunaan dadah berluluasa dirancangan
5.1  Mengedar segala bentuk dadah dirancangan
5.2  Menghisap dadah dan ganja
5.3  Menghidu gam
5.4  Penjualan minuman keras/arak
6.      Tidak membenarkan sumbang mahram berlaku di rancangan
6.1  Orang tua remaja berdua-duan di tempat sunyi dan gelap
6.2  Berdua-duan tanpa ikatan saudar ataupun pertunangan
6.3  Tidak membenarkan orang luar tanpa sebarang ikatan saudara ataupun pertungan tinggal dirumah selama 1 minggu tanpa memaklumkan ketua blok, peneroka yang ingkar akan di kenekan tindakan.
7.      Tidak membenarkan peniaga menjual barang-barang yang menyalahi undang-undang
7.1  Menjual mercun
7.2  Menjual nombor ekor
7.3  Menjual alat-alat mainan yang berunsur judi
7.4  Menjual rokok kepada pelajar yang memakai uniform sekolah
8.      Tidak membenarkan peniaga luar beroperasi di dalam rancangan sekiranya tiada kebenaran bertulis yang di keluarkan oleh rancangan / kampong melalui Pengurus atau Timbalan Pengerusi JKKR/JKKK dan Ketua kampong
8.1  Peniaga hendaklah melaporkan diri terlebih dahulu sekiranya hendak berurus niaga, supaya pihak rancangan dapat mengawal setiap barangan yang hendak di jual agar tidak mendatangkan masalah antara peniaga luar dan dalam
8.2  Peniaga Setiap peluar di larang sama sekali menjual barang yang bersamaan di jual di dalam rancangan
8.3  Denda akan di kenakan kepada peniaga luar yang ingkar dan tidak mengikut arahan yang ditetapkan . Tindakan mengikut budi bicara JKKR atau JKKK
8.4  Peniaga luar boleh memohon surat kebenaran dari pihak rancangan
i-                    Urus niaga 1 hari di kenakan sebanyak RM 10.00
ii-                   Urus niaga 2 hari keatas – mengikut budi bicara dari pihak pengurusan kampung 
iii-                 Peniaga luar hendaklah memastikan mempunyai kebenaran bertulis sebelum operasi 
                     peniagaan di jalankan
9.      Tidak membenarkan bermain judi
9.1  Bermain judi daun terup di rumah/majlis perkahwinan
9.2  Bermain judi atau daun terup di kedai makan
9.3  Apa sahaj bentuk yang melibatkan judi di haramkan di dalam kawasan/kampong rancangan
10.  Tidak membenarkan pertunjukan pentas @ majlis perkahwinan
10.1          Funfair – Perlu memohon kebenaran dari ketua kampong
10.2          Kugiran – Perlu memohon kebenaran dari ketua kampong
11.  Tidak membenarkan sebarang bentuk ceramah dan ajaran sesat
11.1          Ajaran sesat tidak di benarkan sama sekali di kampong
11.2          Setiap bentuk ceramah yang melibatkan parti pembangkang hendaklah mendapatkan 
                 permit dari pihak pengurusan rancangan, ketua kampong dan polis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan