Isnin, 8 Februari 2010

MELAYU BANGKIT MENITI HARI


BERTEMU BUAT SEMUA


KALI INI BERSAMA PAK LURAH DALAM PERJALAN HARIAN KU
YANG MANA SUNGGUH MENARIK SEKALI BERSAMA KAWAN KAWAN DALAM PENGAMBARAAN  MELAYU BANGKIT MENITI HARI

Apa yang yang pak lurah ingin kongsi pandangan ini bersama anda yang menjadi ahli parti tak kira lah ahli dah lama ataupun baru yang penting ahli parti pak lurah ingin menyingkap kembali kata mutiara Tun Abd Razak  yang mengatakan setiap ahli sedia menjadi pemimpin, tapi.... barang siapa untuk menjadi pemimpin mesti lah ada tiga pekara berikut,

PERTAMA :  Berkhidmat dengan parti dengan sepenuh jiwa dan raga tak kira panas dan hujan tak kira gelap dan terang  bermula kutip yuran hantar surat pasang khemah susun bangku pasang poster apabila pilihan raya,  ini diantara tugas tugas yang di jalankan seorang ahli

KEDUA : Membantu dari segi kewangan pandangan ini perlu untuk menguatkan sebuah parti
kalau duhulu pak lurah masih kecil pak lurah dapat melihat orang orang duhulu punya semangat kerja sama tolong menolong bantu membantu datang balairaya yang ada bawa ubi yang ada bawa kopi  gula   cari kayu api sekarang semangat itu tidak kelihatan ketua  dibiarkan sendiri  tidak dibantu dengan wang tidak dibantu pandangan juga tidak dibantu dengan perancangan dan tidak dibantu dengan tenaga dan sokongan sebalik nya dikritik difitnah di kutuk ini yang menjadikan  parti menjadi lemah

KETIGA : Menegur anak menegur kawan menegur ibu bapa dan lagi  yang digelar pemimpin adalah pekara yang amat sukar dilakukan pada zaman sekarang sebab pandangan mesyarakat sudah berubah kalau dulu orang yang menegur dianggap sayang tapi sekarang orang yang menegur dianggap musuh dah tiba masanya sekarang mesyarikat bangkit untuk membetulkan keadaan supaya ia tidak terus telanjur yang akan merugikan bangsa melayu itu sendiri

KEEMPAT : Menawarkan diri untuk menjadi pemimpin adalah bermaksud sesorang sudah melalui tiga pekara diatas bersedia di cadangkan untuk dicalon kan untuk menjadi pemimpin,apa yang belaku dalam parti  sekarang kebanyakannya bidan terjun tak pernah susun kurusi tak pernah pasang khemah tidak pernah menegur alih-alih terpacul nak jadi pemimpin habis orang yang selama ini berkerja kuat siang dan malam hujan dan panas hanya layak jadi saldadu sahaja ke? tak layak naik pangkat, ini  yang menjadikan orang orang jadi malas dan setengah setengahnya merajuk membawa diri, itu yang lari kesana kemari tak tentu arah

UNTUK MENJADI PEMIMPIN
Sebaik baiknya jawatan adalah amanah yang diamanahkan jangan mintak jangan lobi melobi jangan hasut mengasut jangan fitnah menfitnah naik mengikut susunan jangan naik pijak kepala orang kalau ini kita mesyarakat melayu boleh lakukan tentu nya, takkan timbullah pekara yang  melanda parti melayu masakini  pak lurah melihat pemimpin atasan antara sedar atau tidak sedar bahawa dalam pati biasa nya tiang tiang yang tegak di buat jambatan tiang tiang yang bengkok di jadikan tiang bendera pemimpin atasan masih melihat tiang bendera yang bengkok itu tegak sedang kan rakyat melihat tiang itu bengkok

SUDAH SAMPAI MASANYA PENDEKATAN BARU DI LAKSANAKAN


  1.  BERHIDMAT
  2. MEMBANTU
  3. MENEGUR
  4. MENAWAR KAN DIRI


ADA 4  PEKARA BARU LAYAK SESEORANG DI CADANGKAN MENJADI PEMIMPIN
KALAU TAK ADA 4 PEKARA DIA CUMA LAYAK MENJADI KETUA & PENGURUS CUBA ANDA LIHAT  DIMANA KEDUDUKAN ORANG ORANG ATASAN KITA???


  1. ADAKAH DIA PEMIMPIN
  2. ADAKAN DIA KETUA
  3. ADAKAH DIA PENGURUS


MOHON MAAF HANTAR KAN PANDANGAN ANDA MELALUI RUANGAN KOMEN INI

1 ulasan:

  1. pak lurah kadang kadang malas nak nak bagi pandang tapi terpangil nak bagi juga ,
    memang betul orang yang mintak mintak nak jadi ketua nak jadi wakil rakyat semasa belum dapat ingin bertugas untuk rakyat setelah dapat lain pulak yang dikrrja kan bukan tugas membela rakyat tapi pergi mengurat pulak, macam macam ada itu yang PM nak tukar tu tk

    BalasPadam