Rabu, 3 Februari 2010

PERJUMPAAN BERSAMA AHLI PARLEMEN YB DATO HJ LILLAH YASSIN

BRETEMU BUAT SEMUA


PAGI INI BERSAMA PAK LURAH  TUAN PENGURUS FELDA PALONG 9 BESERTA GPW .... SEAWAL  JAM 730 PAGI MENUJU KE BANGUNAN PEJABAT DAERAH JEMPOL BAGI MENGHADIRI PERJUMPAAN BERSAMA JABATAN JABATAN DEARAH JEMPOL YANG DI PENGURUSIKAN OLEH YB DATO'HJ LILLAH YASIN,

Tujuan program ini diadakan bagi mengetahui segala permasalah rakyat supaya dapat disalurkan terus dan dapat diatasi dengan kadar segera

Ramai dikalangan ketua kampung dan gpw hadir yang pak lurah seronok ramai yang bertanya dan melontarkan pendapat  masalah yang dihadapi dan mohon diselesaikan dengan kadar segera.......
Pak lurah tidak melepaskan peluang yang apabila sampai giliran lalu terus menujukan masalah berikut

SOALAN 1 : Ditujukan kepada pegawai kesihatan Dr mohamad ikbal pak lurah tidak berpuas hati dengan perhimatan yang di beri di pusat kesihatan kecil di Felda palong 9 yang selama ini tidak di bekal Doktor
JAWAPAN :(akan di selesaikan selawatnya  bulan mac 2010)

SOALAN 2 : Masalah yang sama tapi kali ini hospital jempol yang dibina hampir 100 j tapi hanya dijadikan laluan sahaja tanpa di lengkapi peralatan yang cukup dan Dr yang  pakar dalam bidang perubatan
JAWAPAN : Memberi peluang kepada anak peneroka yang menjadi Dr supaya memohon untuk berkhidmat di hospital jempol

SOALAN 3 : Longkang longkang kawasan kampung perlu diambil perhatian dan diambil tindakan dengan segera kita tidak mahu belakunya wabak dengi, malaria baru nak salah sana nak salah sini
JAWAPAN : Felda telah mengarahkan  pengurusan untuk membuat bancian longkang yang di perlukan dan akan menyelesaikanya seberapa segera, kawasan tumpuan kawasan yang selalu belaku banjir kilat

SOALAN 4 : Sungai kawasan sepadan antara palong 5 & 9 kiri dan kanan hendaklah diberi penghadang agar pemandu yang mengantuk tidak terjun kedalam sungai yang mengakibatkan kemalangan jiwa seperti yang belaku baru baru ini
JAWAPAN : JKR akan datang melawat tempat kejadian bersama ketua kampung dan akan mengambil tindakan dengan kadar segera

SOALAN 5 : Felda jaya cuma ada satu jalan masuk sahaja ini amat menyulitkan penguna hendak keluar masuk pak lurah mohon JKR dan MDJ membuat rombakan semula berhubung status jalan tersebut
JAWAPAN : Pekara yang pak lurah bangkitkan melibat pelan pembangunan dan melibatkan keselamatan eloklah dibawa di mesyuarat tindakan dearah ,

Pak lurah harap segala perbincangan dan permasalahan rakyat dapat diatasi dengan kadar segera seperti mana yang disarankan oleh PM rakyat didulukan pretasi di utamakan.... salam pak lurah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan