Sabtu, 24 April 2010

PERJALANAN MEMBURU KEBENARAN DALAM MENGETAHUI SENDIRI SUASANA PILIHAN RAYA KECIL ULU SELANGOR




BERTEMU BUAT SEMUA :


DALAM PERJALANAN MEMBURU KEBENARAN MENGATAHUI SENDIRI PERJALANAN PILIHAN RAYA KECIL DI ULU SELANGOR ,

PADA : 22 April 2010 (KHAMIS )
JAM 1.45 Tengahari pak lurah keluar dari rumah menjemput Samsudin  Momo jurugambar yang akan bertugas dalam perjalanan bersama pak lurah di US, dalam permulaan pejalanan sudah ada yang tak kena barang mustahak tertinggal, iaitu hp pak lurah,  terpaksala Pak Lurah  pusing semula untuk mengambilnya...

Hajat untuk mengambil teman sudah terlepas sekali lagi pak lurah sudah terlajak...jauh  dah pun hampir tiba di serting ,sedangkan teman berada di serting hilir 5.... pak lurah terpaksa pusing semula dan  pergi ke serting hilir 5 yang mana teman telah lama menunggu di stesen minyak petronas desa.... Teman pak lurah yang menunggu...... lain tak bukan adalah  bloger Patek Desa,  yang pak lurah bawa untuk menceritakan ragam-ragam ,warna warni karenah yang belaku sepanjang kempen pilihan raya di US.....,

Dalam perjalanan pak lurah memandu sendiri kenderaan walaupun letih pak lurah senang hati dan terhibur kerana teman yang pak lurah bawa pandai melayan pak lurah... Tak sedar perjalanan  dah sampai di hentian  rawang jam 5 ptg, perut pun dah lapar lalu kita orang makan dahulu... pak lurah duduk di pesekitaran kawasan rehat melihat ragam-ragam pengunjung yang lalu lalang, dan sempat bertanya pemuda cina jauh lagi ke kawasan ulu selangor ? pemuda cina menjawab, kalau jalan lebih kurang setengah jam sampai, Ooooo....tak jauh lagilah....  pak lurah bertanya lagi,, ''lu...duduk mana? pemuda cina menjawab Wa...duduk di bukit beruntung.... 0oooo...kalau begitu lu pengundi disanalah.... pak lurah bertanya lagi apa macam siapa boleh menang ? pemuda cina menjawab PKR menang lah,..lu silap kirala, ini kali BN menang!!! kata pak lurah , pemuda cina  kena banyak belajar mengenai sejarah silam kerana dia lupa apa yang belaku sekiranya orang ramai semua nak main politik maka jadilah seperti apa yang belaku di negara jiran iaitu di Thailand... masyarakat terus berpolitik hinggakan sanggup mogok tunjuk perasaan dan ada yang sanggup kehilangan nyawa, dan  mungkin akan belaku juga di Malaysia sekiranya orang muda seperti Lu banyak di malaysia.. Mengangap politik ini suka dan main-main... Pak Lurah meninggalkan pemuda cina lalu beredar ... pak lurah terserempak dengan Dato Ramli pegawai Khas Ybhg Dato Dzulkifli Wahab yang mahu menunaikan sembahyang  dan sempat membisikan ke telingga pak lurah ada program bersama Ybhg Dato' Zul di FELDA  Sg Dusun,   pak lurah pun menjawab ok pak lurah kesana
Tiba-tiba satu pangilan Tel En.Amran Sainan  yang mengatakan beliau hampir sampai dan kami sepakat untuk bertemu beliau di sini....Jam 6.20 ptg  En. Amran pun sampai... beliau memberitahu mahu makan dulu...setelah perut sudah kenyang  kami mengambil keputusan untuk pergi ke Sg Tengi Selatan dimana  Ybhg Dato Zulkifli  berada disana untuk program Gerak Mersa  FELDA.....

Pak lurah terus memandu mencari tempat yang dituju, almaklumlah hujan renyai-renyai tak boleh memandu dengan laju....Jam 8 malam pak lurah tiba di bilik gerakan BN  bertanyakan program pada malam ini ,
orang-orang di sini peramah, berbudi bahasa..... Pak lurah puji orang felda , tapi maklumat program tidak begitu tersusun dan tidak menggunakan bilik gerakan dengan sebaik mungkin....Pak lurah menandatangan buku pelawat....pak lurah cuba menghubungi Dato Ramli tapi tiada jawapan....pak lurah bertanya untuk kepuasan hati,  disini ada dewan orang ramai tak?? akak-akak menjawab disini tak ada dewan..... kalaudi Sg Tengi ada..., pak lurah meneruskan lagi perjalanan.... mencari dewan orang ramai, pemuda yang begitu prihatin membawa pak lurah ke pejabat JKKR untuk melihat program program pada malam ini,...
pak lurah akhirnya pergi ke Felda  gugusan sungai dusun...  setibanya pak lurah di sambut dengan pengurus besar  dan pengarah dari ibu pejabat KL dan ketibaan Ybhg Dato Dzulkifli  dan Datin serta rombomgan sampai di dewan serbaguna Felda kawasan awam Sg Tengi  bagi merasmikan satu program gerak mesra felda, kali ini skaud Waja yang di tubuhkan bagi mehadapi bencana alam seperti ribut,  banjir ,dll yang di perlukan ,dan harapan Ybhg Dato'supaya skuad waja ini dapat mengharumkan   nama baik Felda di mata dunia.... Beliau berharap Skuad ini menjadi mata telingga, dan sentiasa peka dengan muslihat orang-orang yang ingin menggangu keharmonian dan menggugat perpaduan Felda...



Bersama Dato Dzulkifli Wahab



Kami meneruskan perjalanan dan singgah menikmati jamuan makan malam dengan hidangan mee goreng dan kueh tiau sambil minum kopi o... Terasa seronok makan santai di warung bersama pengarah besar....
lebih kurang 1/2 jam pak lurah meneruskan perjalanan, kali ini pergi rumah kerumah bagi melihat sendiri warga peneroka yang telah di uji dengan pelbagai penyakit....  kami pun mengikuti rombongan dengan bertanyakan khabar dan membawa cenderahati yang di sampaikan oleh Ybhg Datin untuk di berikan kepada pesakit pesakit hampir 15 rumah yang kami perlu kunjungi,tetapi  masa tidak mengizinkan dan tugas ini akan di sambung semula esok....Pak lurah lihat betapa warga peneroka beruntung mendapat sakorang pengarah besar  seperti Ybhg Dato Dzulkifli yang begitu prihatinn terhadap anak buahnya, jelas tepancar  keiklasan membantu peneroka di wajahnya...









Kali ini kami  ke Felda Soeharto untuk mencari sahabat En Jamaludin Wahab tapi beliau telalu sibuk kerana  beliau mesyuarat almaklumlah pegawai serantah negeri memanglah  sibuk... pak lurah tidak  dapat bertemu dengannya cuma jumpa keretanya sahaja ditepi jalan........

Teringat sahabat pak lurah  lalu pak lurah menilifon beliau dan mengadakan pertemuan, kedai makan dijadikan tempat pertemuan... Siapa kawan pak lurah kali ini,  lain tak bukan Sulung Jamil bertugas sebagai
pembantu khas Yb adun kawasan itu dan Tim Pengurusi JKKR Gabungan Wilayah ...  pak lurah menghabis kan masa 1 jam makan nasi goreng kampung dan  minum nescafe,,  mata tak terasa mengantuk kerana  banyak pelawaan untuk tidur.. Diaorang  sayang kepada pak lurah , tapi pak lurah mengambil keputusan untuk tidur bersama belia bertujuan untuk menyelami sendiri perasaan belia dalam menghadapi tugas pilihan raya ...

Pak lurah tiba di rumah tumpangan lebih kurang jam 2 pagi  selepas menunaikan sembahyang pak lurah tak dapat tidur lalu meneruskan perbualan bersama-sama dua orang tokoh belia, satu dari palong 7 yang satu lagi dari serting  hilir 6.... Kedua-duanya memang pak lurah kagum dengan semangat dan kesunguhan untuk menyedarkan belia Felda, yang mana masih ramai lagi yang tidur lena hingga tak sedar tempat tidur nya sedang di intai oleh penceroboh.... pak lurah juga merakamkan ribuan terima kasih kerana WRA telah ramai menghantar belia jika nak di bandingkan dengan tempat tempat yang lain, pak lurah jugak difahamkan tugas tugas yang mereka lakukan gotong royong membersihkan  kawasan pesekitaran rumah,  membetulkan rumah yang di pukul ribut, dan  membantu kerja kerja mengumpulkan orang dalam apa jua program yang akan di ada kan... sedar tak sedar jam sudah 5.20 pg lalu pak lurah memohon untuk tidor... tak sempat untuk berangan kerana keletihan pak lurah terus lena zzzzzzzz.....

Tiba-tiba pak lurah terjaga  mendengar kentong!!  berbunyi... pak lurah pada mulanya menyangka kentong orang mati,,,   rupanya panggilan untuk solat subuh.. dulu dikampung ada belajar sedikit bunyi pukulan ini... sekali lagi pak lurah terparanjat kerana mendengar bunyi bising diatas zing rumah   rupa-rupanya hujan lebat turun....walaupun belum ada satu jam dapat melelap kan mata , pak lurah bangun untuk sembahyang subuh selepas itu, pak lurah ingin menyambung tidur lagi tapi teman pak lurah patek desa sudah pun bangun dan kami menyambung perbualan sehingga jam 7.30pg dan bersiap  ke warung untuk sarapan pagi...



Setibanya di warong ramai orang kampung pekerja-pekerja parti yang datang untuk bersarapan masa inilah tauke warung senyum lebar kerana ramai orang yang datang untuk makan bukan datang untuk bersembang sahaja,pak lurah oder minuman nescafe dan mengambil makanan nasi lemak turut bersama pegawai felda palong 9 En Zamani....




Kali ini perjalanan menuju ke bukit beruntung menemui setiausha umno bahagian jempol yang bertugas bersama umno seremban,  En Amran bin Sainan.... Puaslah mencari, akhirnya berjumpa di warung  kali ini pak lurah oder tongkat ali pulak, kebetulan En kamarulzaman @ Acai ketua umno cawangan Rompin. merangkap ajk bahagian jempol pun ada ...pak lurah bertanya kepada En amran yang dah lama di kawasan ini  bagaimana kawasan yang kamu jaga En Amran menjawab biasalah apabila muncul sahaja pilihan raya kecil ramai mula meragam,  perangai ini belum lagi dapat dibuang bukan orang orang umno sahaja bahkan orang melayu pun kebanyakannya begitu... Jam 12 tengahari pak lurah menerus perjalan,  kali ini  ke lokasi yang di tuju masjid sungai buaya....


Setibanya di Felda sungai buaya pak lurah terasa hairan melihat kawasan yang pak lurah sangkakan cantik dan maju rupa rupa jauh lebih maju dari pada felda yang mundur di NS....Inilah  yang di lihat... pak lurah terus meronda pusing keliling melihat suasana pesekitaran dan berhenti di masjid untuk menunaikan solat jumaat, kali ini jemaah di sungai buaya berasa bertuah, kerana. pemimpin negara PM sama turun untuk menunaikan sembahyang bersama penduduk hingga melempah sampai di beranda.... Apa yang menarik di sini pak lurah melihat seperti yang di perkata orang-orang tua dulu kalau gajah lalu banyak ranting yang patah sudah terbukti ,pak lurah melihat sendiri diwajah orang-orang sungai buaya kegembiraan.... penantian yang begitu lama akhir nya kesampaian,RM 50,000.00..... walaupun  ramai yang tidak dapat merasa, namun yang tinggal dapatla merasa nikmatnya yang penting bersyukurla apa yang di perolehi....Semoga Felda Sg Buaya menjadi contoh kepada rancangan lain di suatu masa nanti, siapa tahu bukan?...




Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia

Menteri Besar Negeri Sembilan & Perdana Menteri Malaysia


Selesai menunaikan solat jumaat, pak lurah menerima panggilan talifon dari anak mengatakan bondanya kurang sihat lalu pak lurah putuskan mahu pulang......apa pun pak lurah simpulkan dalam perjalanan memburu kebenaran dalam mengetahui sendiri perjalan pilihan raya kecil di US aman dan damai tiada pekara-pekara yang tidak diingini berlaku ...Semua parti yang bertanding dan para penyokong telah melakukan yang terbaik, terserahlah kepada  pengundi untuk memilih yang terbaik kalau nak tanya pak lurah sudah tentunya BN yang terbaik.... pak lurah meningal kan US... Ada yang  sempat bertanya, bagaimana pandangan pak lurah ada harapan ke BN?  pak lurah menjawab angaran pak lurah BN menang 1800 undi  setakat hari ini tapi kemungkinan peratusnya akan meningkat lagi dan harapan PM kalau boleh kita menang besar...untuk menang besar undi lah BN...  Semoga US menjadi gelombang kebangkitan BN untuk terus memerintah negara yang kita cintai


Pak lurah terus menuju ke salah sebuah restoren untuk makan tengahari... sedap masakan orang bukit beruntung dan setiap hari jumaat makan pisang percuma....  setelah makan kenyang pak lurah menyerahkan setering kereta  kepada Patik Desa untuk meneruskan perjalanan pulang.....semoga kita bertemu lagi...  salam pak lurah...





Gambar Sekitar Di US


















Jangan Undi Yang Salah 

4 ulasan:

  1. pak lurah teruskan perjuangan kami doakan bn menang dalam pelihan raya kali ini...

    BalasPadam
  2. tahniah..cerita pak lurah kali ini tentang prk hulu selangor..agak tepat ramalan tentang kemenangan bn. seronok dan gembira bersama pak lurah..berkongsi idea dan pengalaman..hidup pak lurah....

    BalasPadam
  3. salam pak lurah...mungkin ada cerita pasal gedung makanan negara...
    nampak macam meriah jer majlis tersebut kt fb

    BalasPadam
  4. w.salam tuan fasa pertama sudah habis dijual kini menunggu fasa kedua yang akan keluar pada bulan 3 2013 harap maklum

    BalasPadam