Kali ini bersama pak lurah dalam membicarakan erti kemerdekaan yang telah dikecapi selama 53 tahun .sebagai peribumi YANG TINGGAL DI RANCANGAN FELDA tentunya merasa bangga kerana telah lahir di bumi yang bertuah ini, pak lurah mula terfikir disudut hati kecil ini adakah keamanan yang pak lurah kecapi ini boleh bertahan lama untuk anak dan cucu yang bakal pak lurah tinggalkan nanti..
PERPADUAN DIKALANGAN MELAYU
Hanya berlaku ketika dalam kesusahan ketika dalam kesengsaraan dan ketika dalam kesempitan golongan ini boleh kita bentuk dan boleh kita tegur dan yang paling istemewa boleh mendengar kata ..golongan ini hanya ada apa bila malaysia mula membangun yang diteraju oleh PM Tun Abd Razak yang digelar bapa pembangunan ,dan golongan ini juga yang telah di pilih menjadi anak emas di tanah rancangan yang diberi nama LKTP dan sekarang diberi nama baru iaitu FELDA... Golongan ini senang sekali diajar di suruh dimarah kebanyakanya tidak membantah dan melawan melalui makamah maka 50 tahun felda berjaya menempah kerjayaan .nama nya harum merata dunia bak harum bahu nya si bunga tanjung dan wangi nya kasturi .itu lah felda hanya satu didunia.
KESINAMBUNGAN MULA TEPANCAR
Kalau dulu sakit sekarang dah sembuh , kalau dulu miskin sekarang ramai dah senang baru senang belum kaya, kalau dulu merempat sekarang dah ada tempat tinggal kalau dulu sempit sekarang dah lapang kalau dulu bapak bodoh sekarang anak kita dah pandai kalau dulu berhutang sekarang dah habis bayar hutang, dan banyak lagi nikmat yang di perolehi.. ini yang didapati hasil dari perjuangan ...
KEBIMBANGAN MENANTI HARI MEDATANG
Anak -anak ku terasa yang aku sudah dimamah usia entah esok entah lusa aku akan dijemput untuk menemui Allah .....akan ku tinggal kan desa yang indah & permai ini untuk kau jaga, aku amat bimbang & kuahtir apabila melihat karenah Anak-anak yang bukan kepalang, kamu sudah mula lupa diri , kamu juga sudah mula tidak mahu ditegur kamu juga sudah mula tidak boleh disuruh dan kamu juga tidak mahu diajar,kamu juga sudah pandai berbohong. kamu juga sudah tidak mahu berunding , sebalik nya kamu mula menuding ,aku amat terasa kebimbangan dalam menanti hari mendatang ..kerana gambaran hari mendatang dilihat dari watak-watak sekarang..
PESANAN BUAT WARGA FELDA
Dalam menerus kan perjalanan FELDA 100 tahun mendatang rakan rakan taulan yang memainkan peranan dalam pembangunan warga Felda kita akan bertemu golongan diatas , maka satu pendekatan baru harus dilaksanakan melalui undang undang ,yang bolah menghalang, yang boleh mengawal ,yang boleh membendung yang boleh mecegah ,yang baiknya boleh mengambil tindakkan undang-undang... Kita mesti lakukan kalau tidak kerja kerja pembangunan warga felda akan terhalang dan di halang ,
BULAN KEMERDEKAAN
Pak lurah menyeru warga Felda kita sudah merdeka isikan lah kemerdekaan ini dengan perbanyakan bersyukur dan perbanyakan berterima kasih , jagalah kemerdekaan yang kita miliki ini dengan berhati-hati kerana hendak mendapatkan kemerdekaan bukan senang tapi kalau hendak menjahanamkan mudah.... Sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 pak lurah mengucap kan salamat menyambut bulan kemerdekaan buat warga peneroka dan rakyat malaysia salam kemerdekaan dari pak lurah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan