Khamis, 11 November 2010

BERJAGONG-JAGONG DAHALU SEHINGGA MENUNGGU PADI MASAK.

BERTEMU BUAT WARGA FELDA 
KALI INI WARGA FELDA BERSAMA PAK LURAH DALAM MEMBICARA BERJAGONG -JAGONG SEHINGGA MENUNGGU PADI MASAK

TANAM SEMULA :-

Felda palong 9 adalah rancangan yang akan menghadapi tanam semula yang dijadualkan pada awal tahun depan bulan feb 2011,  lebih kurang 80%  warganya masih taat dan terus bersama felda dan ada 20 % sudah masuk angin yang mana mahu kerja-kerja  tanam semula dibuat  sendiri ...

SARANAN :-

Pak lurah menyarankan agar warga peneroka yang  masih bertenaga elok lah meneliti pujangga yang pak lurah sebutkan diatas , jangan lah gunakan pujangga moden yang menyatakan bernyagong nyagong dulu sehingga menunggu orang rumah masak ,yang ini lebih membuatkan warga peneroka lekas mati dan akan banyak menimbulkan masalah dirancangan ,kerana apabila manusia banyak rehat tanpa membuat apa-apa aktiviti sedangkan badannya masih bertenaga maka mulalah  nak mencari salah orang lain,  cuba salahkan orang  rumah yang lambat masak, mencari salah ketua kampung, mencari salah pengurus,mencari salah pemimpin seterusnya kerajaan, dan  akhirnya salah sendiri mereka tidak nampak...

PELUANG

Felda melalui GMN iaitu  gedung makanan negara telah merangka satu pendekatan baru yang mana bertujuan membantu warga felda mendapat pendapatan sampingan selain menerima wang penduhuluan RM 1000 hingga RM 1500 bagi setiap orang peneroka ,maka terserah kepada warga felda yang sedang menunggu tanam semula sama ada cukup hanya memperolehi wang RM 1000 hingga RM 1500 atau turun ke kebun mengeluarkan keringat untuk bersenam dan mendapat hasilnya kelak  kerana berbudi kepada tanah pastinya akan mendapat balasanya...

IMPIAN FELDA :-

Untuk menjadikan Warga contoh luar bandar,.
 kita khususnya warga felda harus sedar yang kita tidak boleh terikut -ikut  dengan gaya dan rentak oleh orang orang yang cuba hendak menghancurkan kita , kita warga felda seharusnya bersatu berganding bahu untuk  maju kerana masa sekarang  begitu pantas berlalu seperti kata pujangga berhenti dipersimpangan tanpa membuat keputusan pastinya sesaat mati.....
pak lurah mengharapkan agar warga felda khususnya  yang sayang pusaka yang tidak ternilai ini terus  merebut segala peluang yang ada didepan mata,

IMPIAN WARGA FELDA :-

Untuk memastikan kita selesa menghadapi masa-masa mendatang pak lurah tertarik kata - kata
Ybhg Dato' Hj Dzukifli Bin Wahab  pengarah besar FELDA yang mana rancangan felda -economic power house-pendapatan perkapita warga peneroka USD 15 000 atau lebih kurang 50,000 setahun  akan tercapai
dan sekarang pun dah ramai yang capai tetapi Pak Lurah  mahu lebih ramai lagi yang boleh mencapai kejayaan tesebut... Semoga apa yang Pak Lurah sampaikan ini di fikirkan, di renungkan dan di laksanakan Salam Pak Lurah untuk Warga Felda...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan