Rabu, 7 September 2011

NUKILAN KISAH SEORANG ANAK NGO


Dahulu  aku adalah seorang anak pertani  bapa ku saorang NGO, yang bermaksud ( noreh getah orang  ) yang luasnya kata orang kampong ku sekangkang kera..adik beradik ramai 9 orang ,kerana ketika itu lampu elektrik tak ada,  tv tak ada jadi anak-anak cepat tidur ,pernah Aku mendengar  ibu ku berkata-kata dimalam gelap diantara , masih terpahat dalam ingatan ku  yang berbunyi begini ..kata ibu ku "pak a 1 tahun jebrol 1 engko 1 tahun jebro1  kito  mangan  pil perancang keluarga... wahe yo pak A engko nak wes ramae  sopo arep ngaki mangan anak A kito" ,bapa ku menjawab.." ojo susah mak a janane pak keyaie setiap sing urip ono rezekine dewe-dewe  setiap baye sing lahir 1 ono bapak sing ngogoh 5" .dalam memeliara anak yang ramai bapa ku tidak mampu untuk menyekolah kan aku seperti kawan kawan ku yang lain ramai menjadi guru dan pegawai kerajaan , pada sautu hari  bapa ku mendekati aku lalu berkata " Ojo susah susah Os ngesok anger kueh wes gedi rabi wahe sijil enter masok felda kambek resid yuran UMNO"...aku terpinga-terpinga mendengar kata itu  tertapi setelah 55 tahun  baru aku tahu kata bapa ku betul dalam membuat pecaturan untuk anak-anak nya  abang ku yang tua  masuk felda, adik ku dua-dua perempuan masuk  felda... Apabila  aku banding kan apabila pulang hari raya ternyata yang duduk di Felda lebih bergaya daripada yang makan gaji......syukur kepada Allah aku telah mendengar pesan arwah bapak ku Al fatihah.... semoga rohnya dicucuri rahamat dari Allah.... Felda aku bangga menjadi Warga mu 



ini lah gambar kelurga ku  dari  kiri  yang tua Mohd  ,ithnin , othman , ali , mohd daud ,maimunah , (Umi ibu ) saniah ,kamisah ..

Jumaat, 20 Mei 2011

LAWATAN KE JOHOR DI-7 RANCANGAN DI-LAWATI

BERTEMU BUAT SEMUA ,
KALI INI PAK LURAH INGIN MENCERITAKAN  SEPANJANG DUA HARI LAWATAN
PAK LURAH DALAM MENGIKUTI ROMBONGAN  PENILAIAN AKKF

PERTAMA
PAK LURAH  disambut untuk makan malam disebuah  feri dibawa menikmati makanan  laut dan melihat  keindah malam yang amat mengagumkan , kunang-kunang terbang.... malam kami di bawa menyelusuri hutan kayu bakau dalam kegelapan malam  tapi seronok sambil berkaroke

Boleh Berkaraoke dan Melihat Kunang2

Makan Di atas Feri Bersama En Abidin Dan Rakan2

JAM 12 malam
Pak lurah  dibawa menginap disebuah hotel di Desaru  ketika pak lurah bujang tempat ini belum lagi dibangunkan tapi sekarang tempat ini pesat membangun, banyak hotel didirikan terasa kagum juga lah  maklumlah dah lama tak datang....
Tempat Pak Lurah Menginap Sepanjang Berada Di Johor



PAGI JAM 630 pagi
Pak lurah bersiap siap awal walau waktu makan jam 7 pagi pak lurah dan samsuddin sempat pergi kepantai untuk mengambil angin laut waktu menantinya terbit sang matahari,  rupa rupa ramai juga yang menunggu terbitnya matahari cantik kalau di rakam ...




Samsudin rakan Pak Lurah pun tidak ketinggalan Bergambar Kenangan

Jam 7.00 pak lurah bersarapan,  pagi itu tak selera mahu makan kerana tak biasa kalau di rumah minum secawan kopi o atau teh o dan kuih 1 di hotel macam -macam Ada...oleh kerana tak tahu nak pilih ,pak lurah serapan kentang goreng hoddog  dan buah semangka.




JAM 745 pagi
pak lurah dan rombongan pun menuju Ke Felda Tunggal ,setibanya kami di sana kami disambut dengan paluan kompang dan pertunjukan silat tekwando terasa meremang juga bulu roma dengan sambutan yang sebegitu., kami disajikan dengan jamuan minum dan sarapan pagi dan kami juga di hiburkan dengan tarian zapin johor....
kami juga di bawa melawat  pasukan bomba sukarelawan  dan rela dan terus dibawa melawat pesekitaran kampung pada hari itu...

Inilah Felda Tunggal




HARI KEDUA
Pak lurah melawat 3 rancangan yang pertama rancangan Felda Keledang  rancangan yang telah mengondol gelaran 1Juta yang telah dimenengi 2010 kami masuk simpang  telah di sambut oleh remaja bermotor dan radiocar polis yang membawa kami ke dewan... setibanya kami di sambut dengan meriah sekali dengan sajian lagu-lagu ghazal memang menghiburkan... setelah kami menikmati jamuan kami di bawa melawat kampung  yang di sebut kampung dalam taman apa yang pak lurah ingin katakan disini tercapailah impian PM untuk menjadikan warga Felda Komuniti contoh masyarakat luar bandar tercapai sekiranya warga felda semua menyahut seruannya.....
Pak lurah meneruskan perjalanan lawatan ke Felda Semencu dan Felda Air Tawar 3 semuanya yang dilawat rata-rata nya semua hebat-hebat belaka ...kalau rancangan lain untuk meniru dan mengambil gelaran yang dimiliki mereka mesti ada pekara berikut :-

PERTAMA : Bersatu kita teguh kalau becerai kita roboh
KEDUA      : Kita tidak berusha seorang, Ahli Keluarga, Jiran Tetangga, Masyarakat Blok, JKKK@ JKKR Pentadbiran Rancangan, Jabatan Kerajaan, Wakil Rakyat, Ahli Parlimen dan Semuanya hendak lah berganding bahu untuk menjayakan dan memajukan rancangan ...  Pada sesiapa yang ingin melihat gambar - gambar yang lain boleh la ke Facebook Pak lurah Othman Parman

Sabtu, 26 Mac 2011

ULANG TAHUN KE 55 TAHUN

SALAM BUAT SEMUA

Tahun  ini Pak Lurah  dalam meniti usia 55 tahun, Pak Lurah bersyukur kerana pak lurah masih bertenaga dan diberi Allah kekuatan dalam mencurahkan hikmat bakti kepada keluarga yang dicintai dan menyumbang bakti untuk masyarakat..... Menjadi warga malaysia yang tinggal di negara yang aman damai dan  menjadi  peneroka Felda satu-satunya warisan yang sungguh tinggi nilai  yang kita mampu miliki  dan warisi untuk  generasi kita yang akan datang.... Ulang tahun ke-55 mengajar pak lurah erti lebih dewasa dalam meniti perjalanan hidup agar pak lurah lebih berhati-hati .... Semoga Allah memberi kebahagian dan limpahan kasih sayang yang tidak terhingga buat keluarga yang Pak Lurah  cintai....Pak Lurah berdoa semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan terima kasih kepada semua yang mengenali pak lurah,  memberi sokongan, teguran dan juga ingatan dalam Pak Lurah meniti kejayaan....  Semoga budi baik semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan Pak Lurah di balas dengan kebaikan oleh Allah SWT... Amin

Jumaat, 11 Mac 2011

RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN YB TAN SERI ISA DATO HJ ABDUL SAMATPENGURUSI

SALAM BUAT SEMUA
KALI INI BERSAMA PAK LURAH DALAM PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA
YB TAN SRI ISA BIN DATO' ABDUL SAMAD 
PENGERUSI KUMPULAN FELDA 

TURUT HADIR: 
YBHG DATO'  DZULKIFLI  BIN WAHAB
PENGARAH BESAR FELDA

YBHG  TUAN HAJI ABIDIN ABDUL RAHMAN
TIMBALAN PENGARAH KOMUNITI & KOORDINASI FELDA

TUAN HJ  MD NOR KHAILANY
TIMBALAN PENGARAH BESAR OPERASI FELDA

TUAN PENGURUS BESAR EN IZHAM MUSTAFFA 
PENGURUS BESAR FELDA WILAYAH RAJA ALIAS

OJBEKTIF 

Mewujudkan platfrom Medium mengeratkan hubungan diantara pentadbiran  tertinggi FELDA dan  pemimpin peneroka kita supaya tiada jurang perbezaan diantara kita, selain itu ia juga dapat mewujudkan suasana harmoni dan hubungan akrab antara warga FELDA dalam menangani  setiap cabaran semasa... Dalam menjalinkan semangat silaturrahim dan menerapkan semangat bermusyawarah akan dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh rancangan. 

Pemimpin peneroka juga diberi peluang mengadakan soal jawab bersama Tan Sri dan pemimpin-pemimpin tertinggi Felda.... Apa yang pak lurah harap dengannya program ini sedikit sebanyak dapat memberi penjelasan kepada pemimpin - pemimpin di peringkat rancangan ..



Kehadiran Pemimpin Rancangan Wilayah Raja Alias


Ucapan Tan Sri Isa Dato' Abd Samad


Penyampaian Cenderahati Dari En Izham kepada Tan Sri Isa




Gambar-Gambar Jamuan Petang Pemimpin-Pemimpin Tertinggi Felda
Tuan Abidin dan Tuan Md Nor Kailany


En Izham Dan Dato' Ramli


Dato Dzulkifli bersama Dengan Tan Sri Isa Samad




Isnin, 7 Mac 2011

MENANTI TUNAS NYA BENIH DITAPAK SEMAIAN

SALAM BUAT SEMUA ,

Pagi   ini pak lurah besama tuan pengurus serta pegawai pentabiran felda palong 9 meninjau perkembangan kerja-kerja ditapak semaian ,apa yang saya lihat semuanya kerja-kerja berjalan mengikut jadual  setakat ini polybag yang telah di isi tanah sudah 250,000  sudah hampir separuh ,pak lurah difahamkan  kerja-kerja menanam tungul anak benih kayu getah akan mula ditanam dan dijangka anak boleh ditanam awal bulan jun 2011  kalau ini boleh dilakukan maka proses tanam semula felda mengikut jadual yang di tetapkan...


Lawatan Pak Lurah Bersama Kakitangan Rancangan Felda Palong 09



250,000 Ynag Telah Siap Di Isi dan Di jangka Di Tanam Anak2 Pokok Dalam Minggu Ini


Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan Kampung


Dari kiri :- En Salih Muhidin, Pak Lurah, Sdr Paijan Daud dan Sdr Mahadzir Aris

Sabtu, 13 November 2010

Program Gerak Mesra 1 Felda

Assalamualaikum  WBT Dan salam perpaduan salam  1 Malaysia salam 1 felda
Pertamanya Saya Mengucap Syukur Ke Hadrat Allah SWT Kerana Dengan Keizinannya Program yang Begitu Bermakna ini Dapat di jalankan Dengan Teratur Dan lancar.Tidak lupa ucapan Setinggi-tingi Terima kasih Diatas Kesudian
YB Dato' Razak Mansor,YB Adun,Yang berbahagia Tan Sri,Dato,Dan semua Pengawai Felda Yang sudi Melapangkan Masa untuk hadir ke Program Gerak mesra kumpulan 1 felda bagi wilayah raja alias pada hari ini,Saya sebagai wakil dari masyarakat peneroka merasa sangat bangga dan berbesar hati diatas usaha pihak pengurusan felda yang sentiasa mengambil berat kebajikan peneroka, dan bersedia hadir bersama bagi memberi taklimat dan penjelasan.pada program ini.sesungguhnya dengan maklumat yang jelas akan mengurangkan salah faham dan kekeliruan di kalangan peneroka.dengan program ini juga diharapkan akan menambah lagi hubungan erat yang sedia terjalin antara masyarakat rancangan dan pengurusan tertinggi felda. bagi menentukan kejayaan warga felda sebagai komuniti contoh luar bandar,peneroka itu sendiri perlu bertindak secara berkesan dengan melakukan tranformasi diri dalam sikap,ilmu pengetahuan dan kemahiran.Terima kasih kepada felda yang telah menyediakan pelbagai kemudahan dan progaram ke arah masa depan yang lebih baik untuk warga felda dari peringkat anak kecil,golongan pelajar,belia,peneroka wati,peneroka.....malah sehingga ke akhir hayat peneroka itu sendiri..sesungguhnya kita sepatutnya merasa bersyukur diatas nikmat yang dipelorehi selama ini.segala masalah atau isu yang berbangkit perlu dikongsi dan ditanggani bersama secara rundingan supaya yang keruh dapat dijernihkan,yang kusut dapat di rungkaikan ibarat menarik rambut di dalam tepung,tepung tidak berselerak,rambut tidak putus... 

PAK LURAH MENYERU WARGA FELDA 
Marilah kita sama-sama berdoa supaya felda terus berjaya dan nikmatnya dapat dirasai oleh semua warga felda disamping kita sentiasa berusaha meningkatkan prestasi diri dan keluarga.kita juga mengharapkan agar misi felda sebagai pelaku Global dapat dicapai dan tetap disengani serta di hormati.

SEKALUNG PENGHORMATAN 
setinggi-tinggi penghargaan
YB  Dato' Razak Bin Mansor Yang Dipertua Dewan Undangan negeri
YB Dato' Zainal Abidin Bin Ahmad Adun Sungai Lui
YB Dato' Aziz Bin Shamsudin Adun Kawasan Palong
YBHG Tan Sri Dr.Mohd Usof Bin Nor Pengerusi kumpulan Felda
YBHG Dato Dzulkipli Bin Wahab pengarah Besar Felda
YBHG Dato' Sabri Ahmad Pengarah Urusan Kumpulan Felda
YBHG Semua Timbalan Pengarah Besar Felda
YBHG Pengarah-pengarah Syarikat Felda 
Yang dihormati Tuan Hj Ghani Bin Hj Ali Pengurus Besar Wilayah Raja Alias
Yang dihormati Semua Pengarah Dan Pengawai Dan pengurus Ibu Pejabat Wilayah Dan Rancangan 
Semua timbalan Pengerusi JKKR pengerusi JKKK pengerusi JPW Pengerusi MBFM
dan semua Warga Felda WRA Terutama Sekali Warga Tuan rumah Pasoh 3   Yang berjaya menyediakan tempat dan persiapan Pak Lurah Akhiri Dengan Kata Pujangga Kembali kan Semangat Tiga telungku Sepejerangan tiga kali seperlilitan semoga kita sama-sama mendokong 5 tras yang di gariskan oleh felda Majulah Felda untuk Warganya Salam Pak lurah.

Khamis, 11 November 2010

BERJAGONG-JAGONG DAHALU SEHINGGA MENUNGGU PADI MASAK.

BERTEMU BUAT WARGA FELDA 
KALI INI WARGA FELDA BERSAMA PAK LURAH DALAM MEMBICARA BERJAGONG -JAGONG SEHINGGA MENUNGGU PADI MASAK

TANAM SEMULA :-

Felda palong 9 adalah rancangan yang akan menghadapi tanam semula yang dijadualkan pada awal tahun depan bulan feb 2011,  lebih kurang 80%  warganya masih taat dan terus bersama felda dan ada 20 % sudah masuk angin yang mana mahu kerja-kerja  tanam semula dibuat  sendiri ...

SARANAN :-

Pak lurah menyarankan agar warga peneroka yang  masih bertenaga elok lah meneliti pujangga yang pak lurah sebutkan diatas , jangan lah gunakan pujangga moden yang menyatakan bernyagong nyagong dulu sehingga menunggu orang rumah masak ,yang ini lebih membuatkan warga peneroka lekas mati dan akan banyak menimbulkan masalah dirancangan ,kerana apabila manusia banyak rehat tanpa membuat apa-apa aktiviti sedangkan badannya masih bertenaga maka mulalah  nak mencari salah orang lain,  cuba salahkan orang  rumah yang lambat masak, mencari salah ketua kampung, mencari salah pengurus,mencari salah pemimpin seterusnya kerajaan, dan  akhirnya salah sendiri mereka tidak nampak...

PELUANG

Felda melalui GMN iaitu  gedung makanan negara telah merangka satu pendekatan baru yang mana bertujuan membantu warga felda mendapat pendapatan sampingan selain menerima wang penduhuluan RM 1000 hingga RM 1500 bagi setiap orang peneroka ,maka terserah kepada warga felda yang sedang menunggu tanam semula sama ada cukup hanya memperolehi wang RM 1000 hingga RM 1500 atau turun ke kebun mengeluarkan keringat untuk bersenam dan mendapat hasilnya kelak  kerana berbudi kepada tanah pastinya akan mendapat balasanya...

IMPIAN FELDA :-

Untuk menjadikan Warga contoh luar bandar,.
 kita khususnya warga felda harus sedar yang kita tidak boleh terikut -ikut  dengan gaya dan rentak oleh orang orang yang cuba hendak menghancurkan kita , kita warga felda seharusnya bersatu berganding bahu untuk  maju kerana masa sekarang  begitu pantas berlalu seperti kata pujangga berhenti dipersimpangan tanpa membuat keputusan pastinya sesaat mati.....
pak lurah mengharapkan agar warga felda khususnya  yang sayang pusaka yang tidak ternilai ini terus  merebut segala peluang yang ada didepan mata,

IMPIAN WARGA FELDA :-

Untuk memastikan kita selesa menghadapi masa-masa mendatang pak lurah tertarik kata - kata
Ybhg Dato' Hj Dzukifli Bin Wahab  pengarah besar FELDA yang mana rancangan felda -economic power house-pendapatan perkapita warga peneroka USD 15 000 atau lebih kurang 50,000 setahun  akan tercapai
dan sekarang pun dah ramai yang capai tetapi Pak Lurah  mahu lebih ramai lagi yang boleh mencapai kejayaan tesebut... Semoga apa yang Pak Lurah sampaikan ini di fikirkan, di renungkan dan di laksanakan Salam Pak Lurah untuk Warga Felda...