Rabu, 30 September 2009

SIAPA ITU PAK LURAH.....

SALAM PENGENALAN BUAT SEMUA.....

Nama di beri Othman bin parman
Gelaran garang panglima air
Kalau nak berkata terasa nyaman
kena sediakan banyak air

KEDUA

Gelaran seterus di panggil paklurah
gelaran manjanya di panggi ayahda
Tiada ilmu hendak di curah
hannya sekadar begurau senda

Berasal dari kampung serom 3 sg mati muar johor di sini saya diajarkan makan di sinilah saya diajarkan mengenal keturunan dan di sini saya diajar serba sedikit tentang agama anutan, keturunanku ketika umur mula membesar dan mula mengenal kawan kawan kedua ibu bapa ku membawa saya pindah ke kampung murni jaya layang layang johor,


BERHIJRAH MEMBUKA HUTAN

 kampung murni jaya ketika itu hutan begitu mengerunkan apabila nak pulang kerumah jalan hanya boleh dilalui oleh orang berjalan kaki , bawa basikal pun di pikul lebih kurang 1/2 batu jauh nya ini amat memilukan sekali...kawasan itu pada mulanya adalah kawasan ceroboh ,kemudahan asas api dan air paip langsung tak ada pada waktu malam cukup menakutan kerana kanan kiri masih di penuhui hutan dan banyak binatang liar ular harimau gajah liar...Pernah penduduk di situ dikerjakan dengan Gajah liar hampir separuh mati kalau tak silap nama wak saring Kasiman, begitu hebat sekali dugaan dan cabaran.. Dengan kesabaran dan kecekalan akhirnya kampung itu berjaya dihalalkan dengan diberi nama KG Sri Muar Murni Jaya Layang Layang Johor..

PENDUDUK TERDIRI DARI KETURUNAN JAWA.

Mengapa kampung itu di beri nama kampung sri muar oleh kerana penduduk 99% datangnya dari muar dan beketurunan jawa,kebanyakan nya pendatang dari muar johor yang mahu mengubah penghidupan demi masa depan .

SUMBER PENDAPATAN HARIAN

Penduduk disitu pada awal nya mencari makan sampingan dengan mngambil upah kerja dipesekitaran ladang kelingo estete dan kebun kebun sayur milik cina... saya pun pernah bekerja di istete tersebut dengan mengambil upah potong buah kelapa sawit dengan mengunakan kerbau...Di sini saya merasa kagum kerana saya berjaya menundukkan kerbau garang lagi liar sehingga menjadi jinak mendengar kata ,apabila saya suruh jalan dia pun jalan, dan apabila saya suruh berhenti dia pun behenti . ini sunguh menyeronokan sekali tapi problem...apabila musim ....mahu mengawan kerbau naik gila manusia kena jaga jaga kalau tidak tanduk menusuk di perut .oleh kerana tidak mahu risiko yang bakal dialami maka keputusan ,MEMBIRI terpaksa dilakukan walau pada mula nya tak sampai hati,itu lah kenangan singkat yang saya lalui bersama kerbau ternakan semasa memotong buah kelapa sawit di ladang kelinggo estete sedenak kulai johor...

KEGIATAN SOSIAL DI KAMPONG


mengenang kembali kegiatan semasa tinggal dikampung sri muar saya amat suka kan seni hendak menyanyi suara tak merdu jadi penyanyi kumpulan kempelingan yang diangotai oleh orang orang tua sunguh mehiburkan... pernah kumpulan kami di undang peringkat daerah dan negeri tapi biasanya kumpulan kempelingan memenuhi undangan ketika menyambut kelahiran atau pun majlis sunatan sampai pagi menyanyi..

MENUBUH KAN PERSATUAN SENI SILAT

 selain itu saya pun menubuh kan persatuan seni silat cemande mega malam, kumpulan bertahan selama 4 tahun ramai anak murid yang di latih bagi tujuan seni mempertahan kan diri dan saya tubuhkan kompang seri muar dan kompang sentiasa di undang untuk menyambut orang kenamaan Dato'On Tun Abdul razak dan pembesar negeri kami ketika itu tidak pernah bertanding peringkat negeri tapi bertanding saja pasti nya menang cuma rekod daerah sahaja...poyo......
dalam kegiatan sukan saya minat 3 sukan popular kampung bola sepak takrow, badminton dan bola sepak wakil daerah tak pernah merasa . sepak takrow pernah mewakili daerah dan pernah bermain di kluang johor, badminton pula setakat jaguh kampung perseorangan aja.dalam badan pertubuhan belia saya dilantik sebagai ketua belia selalu di hantar kurusus BTN khemah kerja kata orang dulu asyik-asyik khemah kerja asyik-asyik kursus.... ketika itu wakil rakyat saya cina nama nya YB Jimi lau boon hong orang kampung sebut jimi lu bohong saya pun kurang mengerti tentang politik tapi begitu lah orang kampung sebut..tapi saya suka dengan ketua pemuda saya ketika itu hebat orang nya nama nya Tosrin Jarawanti tak lama jadi ketua pemuda bahagian rengam sudah diamanahkan menjadi wakil rakyat yang digelar YB Sedeli kota tinggi desaru johor.
entah apabila mula berkenalan dengan tosren dalam bidang politik dan seni silat saya sudah mula seronok bergaul dengan orang politik orang tua tua suka menyuruh saya menyusun kerusi meja apabila ada majlis, suruh kutip yuran umno apa sajalah melibatkan kegiatan sosial maka sayalah yang pertama diaorang nampak sampai tak boleh menyorok dibuatnya .

BERTEMU JODOH

...ketika umur saya 24 tahun saya menamatkan zaman bujang saya dengan membuat ,gadis pilihan ketiga.. pilihan pertama gadis kota tinggi johor umur masih belasan tahun abang ada dua yang belum kawin, orang tua tidak restu orang dulu taat dengan orang tua tak berani melawan ,walau pun ketika itu lagu...
 nasi lemak buah bidara sayang selasih hamba lurut kan tingal emak tingal seudara kerana kasih hamba turutkan,.. tapi kecut....bercinta kali kedua orang kampung tengah layang layang orang nya cantik putih keturunan cina melayu tak ada jodoh melepaslah aku ...dan kali ketiga sekampung, saya pernah mengajarkan pukulan kompang tak sangka dia menjadi buah hati akhir nya saya dijab kabulkan dalam majlis yang meriah lah ketika itu.,

MENGUBAH NASIB

Demi menjamin masa depan saya mengambil keputusan untuk mencari kerja tetap maka mohon kerja polis bantuan di terima berkursus undang undang di malaka dan di tugaskan CRP dan berpindah OIL PAM kulai Dan berhdimat selama setahun...dalam masa bertugas saya menyertai PSTD pasukan simpanan tentera darat atau lebih dikenali ..pakai semat takada duit...masa berlalu saya pun di tawarkan untuk di serap menjadi askar sepenuh masa maka azab sengsara kan aku rasa...bermula di kem majidi johor berpindah kem sir banding KP taiping perak ,sungai pertani kedah dan kem batu gajah perak setelah merantau habis semananjung ku jelajahi maka saya mengambil keputusan untuk berhenti..

DALAM MEMBURU CITA CITA & MASA DEPAN.

Destinasi di tuju adalah FELDA, 1986 saya mulakan lembaran baru dengan membungkus pakaian yang lusuh dengan mengemas barang yang reput untuk di naikan lori menuju ke palong 9 negeri sembilan dalam sistem saham diberi kebebasan memilih rumah saya pilih sendiri rumah...N0 278 blok 14 felda palong 9 tugas @ kerja harian di bayar gagi kong sikong saya bertekat untuk menjadi petani di samping kerja ladang sebelah petang saya suka bercucuk tanam... saya tanam pokok koko, tanam pisang, sampai johan pisang tandan terpanjang yang di pertandingkan di palong dua saya juga suka ternak ikan keli dan ayam daging serta itik ,saya pernah bela lembu pawah dari jabatan haiwan daerah jempol saya juga pernah mengambil upah menoreh getah di palong dua setelah lima tahun saya tinggal di rancangan saya mengambil keputusan untuk membuka kedai runcit lalu bermula lah terjun dalam dunya perniagaan hingga lah tahun 1999

TERJUN DALAM BIDANG POLITIK.

saya di gelar panglima air setelah menjadi ketua belia 4B(M) menyusul kemudian pengerusi PIBG menyusul lagi pengerusi kop peneroka palong sembilan BHD lalu di lantik ketua UMNO Cawangan dan diamanahkan Naib Pengurusi JKKR ketika dalam belia 4B Saya suka di pangil AYAHDA saya kira apabila orang pangil saya ayah saya rasa lebih selamat bertahun telah berlalu hari berganti minggu ,minggu telah berganti bulan ISA berganti MUHAMAD PANGLIMA Berganti PAK LURAH

TERJUN DALAM BIDANG KONTRAKTOR

.Ini lah bidang yang pak lurah rasa sesuai dengan jiwa dan tugas pak lurah yang sentiasa sibuk dengan kegiatan sosial dan masyarakat ,yang selalu sibuk mesyuarat sana kesini ...dan berprogram sana sini....itu lah pak lurah yang merasakan sebahigian hidup nya..DIHABIS KAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan