Isnin, 26 Oktober 2009

DIALOG BERSAMA MENTERI


Kali ini bertempat di padang Awam Felda Palong 3 dalam satu program pemimpin bersama rakyat yang dihadiri oleh Yb Dato' Hj Ahmad Bin Maslam Tim Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Turut mengiringi SAP kepimpinan UMNO Jempol yang di ketuai oleh Yb Dato' Hj Lillah Bin Hj Yassin..

Majlis sungguh meriah kerana ramai yang hadirmajlis dimulakan dengan bacaan doa yang di sempurnakan oleh imam masjid palong 3.....Diteruskan lagi dengan ucapan ketua cawangan En mustafa Bin NagurAntara lain beliau mengajak masyarakat kita orang melayu bersatu terutama penduduk palong 3, dan terima kasih kepada YB Dato' Hj Amad Bin Maslam kerana sudi datang di gugusan palong... Kedatangan Yb Dato' amat lah di tunggu tunggu kerana sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah yang selalu di bangkitkan oleh ahli ahli UMNO Jempol.dan terima kasih kerana memberi ruang untuk kami menyuarakan pandangan, pendapat, cadangan dan teguran yang di laksanakan oleh pentabiran Felda melalui dialog bersama peneroka agar segala permasalahan peneroka segera di ambil perhatian ..Majlis diteruskan lagi ,Dengan ucapan Yb Dato' Hj Lillah Bin Hj Yassin ketua UMNO bhg Jempolbeliau mengucapkan tahnia kepada tuan rumah En Mustafa Bin Nagur kerana berjaya menganjurkan majlis pada petang ini beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Yb Dato' Ahmad Bin Maslam kerana sudi datang ke dearah Jempol khusus nya di palong.kepada warga Felda jaminan di beri oleh Yb Dato' Hj Lillah saya sentiasa memperjuangkan nasib peneroka Di Parlimen ...Tibalah saat yang di tunggu tunggu ucapan Yb Dato'Hj Ahmad Bin MaslamBeliau merakam kan ribuan terima kasih diatas jemputan dan sambutan yang begitu ramaidan memahami hasrat warga Felda setelah berbincang dalam perjalanan menuju kemari bersama Yb Dato Hj Lilah .di kesempatan ini saya ingin mengumumkan berita gembira buat G2kerajaan melalui Felda akan membina rumah kos rendah untuk jenarasi kedua awal tahun depan beliau juga menyeru warga Felda menyokong saranan PM untuk menjadikan Felda Gedung Makanan Negara. Harapan disandarkan di ba
hu warga penoreka serta G2 rebut lah peluang ini jangan hanya sekadar melihat sahaja,belau percaya warga Felda boleh.......beliau seterusnya membuka ruang untuk pertanyaan di mulakan oleh En Amran Bin sainan dari Felda Palong 5.

PERTAMA:- Beliau membangkit kan tentang batu sepadaan lot ladang peneroka.
KEDUA :- Ketirisan sistem pentabiran kususnya jabatan haiwan
KETIGA: - Pinjaman pembesaran rumah warga peneroka diberi keutamaan yang memerlukan .
Dikuti oleh pertanyaan seterusnya oleh En Mad Zin Bin Baba Adik Gafar baba.

PERTAMA:- Kop peneroka diberi keutamaan kerja kerja di kawasan setempat.
KEDUA:- Memohon Felda memulangkan semula wang baki Rm 5000.00
KETIGA:- Menolak Tecnoplant sebagai Agensi pelaksana tanam semula.
KEMPAT:- Pinjaman sara hidup peneroka ditambah dari Rm 1500 kepada 25oo sebulan.
Pertanyaan menyusul lagi kali ini datang dari palong 7 En Amir ketua cawangan .

PERTAMA:- beliau menyarankan rumah generasi kedua di bina di rancangan sedia ada.
KEDUA:- Masalah bekalan Air di kawasan palong terutama di Felda palong 7 dan 8 .
KETIGA:- Kekurangan guru terlatih di kawasan Felda perlu di ambil perhatian.
KEMPAT:- Pengagihan hasil dari 149 lot lot kosong di beri kepada kop seperti janji MBNS.
KELIMA:- Tuntutan Janji gelangang futsal bernilai 3 juta yang di umumkan di serting hilir.
KENAM: - Masalah longkang dan sistem peparitan di kawasan kampung perlu diambil perhatian
KETUJUH:- Isu belia dalam tanah rancangan perlu diambil perhatian yang serius.

Pertanyaan menyusul lagi kali ini dari tuan rumah En Md Nor Irman @(bang Atan )
Beliau mendesak Felda untuk mengeluarkan kunci kira kira bagi akaun peneroka...
Soalan terakhir diberi peluang untuk lelaki En Hassan Basri dari Palong 15 tampil mengutarakan pandangan yang tidak puas hati tentang perlantikan ketua blok diharap pihak pentabiran Felda mengambil serius tentang pekera ini.Pertanyaan terakhir di beri peluang kepada wanita lantas bangkit kaum hawa menyuara kan pandangan agar apa sahaja perancangan wanita mesti diambil perhatian kerana wanita penggerak utama dalam segala bidang terutama dalam bidang kemasyarakatan .

Pak lurah mohon maaf kerana tidak dapat menyuarakan pandangan kerana memberi peluang kepada rakan rakan yang lain insayallah mana yang tertinggal pak lurah akan terus membisikan ke pengatuan pihak yang berkenaan kepada Yb Dato' Hj Ahmad Bin Maslam pak lurah mewakili warga WRA mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga diatas kesudian datang dan mendengar rintihan serta permasalahan yang dibangkitkan semoga semuanya diambil perhatian....

PANTUN BUAT MU PERJUANG.
HJ AHMAD MASLAM NAMA DIBERI
DATANG JAUH DARI PONTIAN
CINTA MENUSUK DISANUBARIKERANA MASALAH KAMI DIAMBIL PERHATIAN







Makan bersama YB Dato Ahmad Maslam

3 ulasan:

  1. Program dailog sprt di Plg 3 perlu diadakan secara menyeluruh mengikut di semua wilayah Felda. Ia akan dapat memantau maklumat yg tidak tepat dari pihak yg berkepentingan.
    Sebagai anak peneroka, saya akur tidak semua yg di pohon dapat di penuhi. Apa yg penting, isu yg di timbulkan dapat penjelasan.

    BalasPadam
  2. asmekum,program seperti ini bagus dan ptt di trskn...warga peneroka felda dpt memberitahu masalah di hadapi selama ini yg tak dpt diselesaikn dgn secara trs kpd phk yg berkenaan..di hrpkn segala persoalan yg diajukn olh warga felda dapatlah diselesaikn dan di beri perhatian oleh pihak yg berwajib....time ksh

    BalasPadam
  3. Minta Encik Othman pastikan bila rumah generasi kedua anak felda nak di bina di Palong terutama di Palong 4.5.6..

    BalasPadam