Rabu, 28 Oktober 2009

KEMBARA SERANTA(FELDA) & JELAJAH IKON 2009

BERTEMU BUAT SEMUA.....

PADA HARA INI : 28 OKT 2009.
MASA: 230 Ptg.
TEMPAT: Balai Raya Palong II

Satu mesyuarat di adakan bagi membincang kan satu program kembara seranta (felda ) & Jelajah Ikon 2009 peringkat wilayah raja Alias yang akan diadakan pada 31 okt 2009 (sabtu) Hingga 01 Nov 2009 (Ahad) bertempat di felda palong 11 Turut hadir Yb Dato' Aziz Bin Samsuddin Adun kawasan palong Wakil pengurus besar WRA Pengurus pengurus Tim pengurusi JKKR JKKK wakil jabatan pegawai seranta GPW Wakil belia ,mesyuarat di pengurusikan oleh
En Jamaludin Bin Wahab penolong pegawai seranta Negeri Sembilan....

Tentatif program yang akan berlangsung selama 2 hari bermula 31hb oktober - 1 nov...

31hb ( Sabtu )

8.00pg :- Pendaftaran peserta, penyerahan keluarga angkat pelajar dan PERSADA, pelancaran program jelajah ikon oleh Dato' Zulkifli dan pertandingan sukan..

2.00ptg :- Pertandingan kompang berirama,dan program motivasi pelajar oleh pengarah serantah.

5.00ptg :- Pertandingan sukan

9.00mlm :- Ceramah agama di padang awam Felda Palong 11

1hb Nov ( Ahad )

9.00pg :- Pameran/ gerai jualan,pertandingan sukan dan bengkel motivasi pelajar oleh Seranta

2.00ptg :- Motivasi pelajar bersama ibu bapa oleh Datin Paduka Syarifah Mazlina

9.00mlm :- Perasmian penutup, ucapan perasmian, ucapan penyerahan keluarga angkat pelajar dan PERSADA, dan penyampaian hadiah dan cenderamata
pak lurah harap program yang julong julong kali diadakan di rancangan tanah felda dapat menyuntik semangat belia belia rancang bangkit mengejar cita cita, bangun memburu impian dan harapan agar belia belia felda setanding dengan belia.. yang maju di luar sana,
Sekian sahaja untuk kali ini, Salam Pak Lurah

1 ulasan:

  1. Salam Pak Lurah,

    Saya ni nak buat promosi bergerak produk pertanian seluruh negara, Nak minta pandangan Pak Lurah sebagai otai felda Palong :D, di mana lokasi yang bagus untuk buka gerai promosi untuk satu dua hari.

    Kalau tak keberatan pak lurah boleh email ke mukhlis@globalmicrobes.com

    Mekasih Pak Lurah.

    BalasPadam