Rabu, 28 Oktober 2009

TUGAS HARIAN KU

Salam buat semua pembaca....


Hari ini pak lurah bersama pdk Felda Palong 9... Disini Pak lurah ingin bercerita serba sedikit tentang PDK iaitu Pusat Dalam Komuniti yang bertempat di Felda Palong 9.. Pusat ini di tubuh kan pada 3hb Ogos 2009 dengan 3 orang petugas.. Pusat ini menempatkan 31 orang insan istimewa yang terdiri dari peringkat umur yang berbeza dan dari Felda Palong 9 - 16... Pak Lurah di lantik sebagai Pengerusi untuk badan ini... Misi Pak lurah untuk melihat PDK ini terus maju dan menyedarkan masyarakat bahawa golongan istimewa ini perlu di beri perhatian dan kasih sayang dari masyarakat setempat... Pusat ini di tubuhkan supaya golongan ini belajar berdikari dan belajar membaca,melukis, anyaman, tanam pokok dan kemahiran lain....

Pada pendapat pak lurah golongan ini kalau di ajar dan di latih ia akan menjadi lebih pandai dan biasa menyesuaikan diri dengan masyarakat dan tidak lah mereka merasa terpinggir.... Pak Lurah berharap kepada masyarakat setempat supaya membantu dan menyokong pertubuhan ini... kepada ibu bapa yang mempunyai anak seperti ini janganlan malu atau berasa rendah diri dan pak lurah memohon supaya mereka di hantar ke PDK supaya mereka belajar berdikari....

Sekian Sahaja untuk Kali ini... Salam Pak Lurah

2 ulasan:

  1. Salam ayahnda.. anaknda rs bangga dgn ayahnda kerana bnyak sgt organisasi yng ingin mengmbil ayhnda sbg pengerusi.. Mereka tau menilai sapa yng buat kerja sapa yang tak.. di harap ayanda maju kehdapan.. pedulikan kata-kata org yang ingin melihat ayahnda jatuh... SEMOGA BERJAYA!!!!

    BalasPadam
  2. Saya Rick Pang dari Az Flooring, segamat ingin mengucapkan taniah kepada Pak. Lurah kerana berjaya melancarkan blog dengan begitu berjaya sekali. Semoga segala usaha tuan terhadap masyarakat barjaya. Terima kasih kepada Pak Lurah yang sanggup berkorban demi penduduk setempat dan masyarakat.

    BalasPadam