Rabu, 4 November 2009

BADAN KHAIRAT KEMATIAN FELDA PALONG 9

BERTEMU BUAT SEMUA....
PADA HARI INI 04 NOV 2009.
Pak lurah tidak dapat pergi outstation kerana ada mesyuarat badan khairat kematian jam 300 ptg di balai raya macam biasa dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan Pengerusi pak lurah diminta memberi sedikit ucapan antara lain pak lurah menyeru bkkp9 menumpukan kebajikan kepada ahli ahlinya dan mengatur program program seperti sembahyang jenazah dan memandikan jenazah supaya jenarasi muda tidak ketinggalan dalam mennyempurnakan tugas tugas fardu kifayah masalah belanja program jangan lah di risaukan nanti pak lurah cari yang penting mesti diatur program .
tentang isu tanam semula pak lurah telah pun sampai kan hasrat warga Felda palong 9 dalam mesyuarat jkpp kali pertama dan telah dijawab oleh pengarah pertanian dan perladangan Tuan Md Nor kailany palong 9 telah pun di masukkan dalam progres tanam semula. cuma cadangan di pihak pentadbiran supaya palong 9 ditanam pokok getah.
berkenaan dengan tanam semula pak lurah akan menubuh kan AJK tanam semula bagi tujuan memberi penerangan dan penyatuan agar pelaksanaan teratur mengikut jadual seperti mana yang dirancang.berkenaan suara suara yang inginkan tanaman kelapa sawit pak lurah tidak dapat menjawab samada boleh atau tidak nanti lah kita bawa berbincang dalam pertemuan tanam semula bersama pihak pentadbiran Felda.
Mesyuarat diterus kan lagi dengan ucapan pengurus Tuan Salleh Bin Muhidin
memaklum kan seminar yang beliau hadiri selama dua hari di ibu pejabat kl pertama gedung makanan negara bukan sekadar omong omong kosong Felda serius untuk melasanakan meharap sokongan dari Pihak peneroka, kedua jenarasi kedua yang banyak di beri peruntukan bagi tujuan merpekasakan belia Felda sebanyak RM 50juta di peruntukan bagi tujuan tersebut yang penting gulungan belia menerima dan sedia merebut peluang peluang yang di sediakan oleh pentadbiran Felda,
Ketiga PM telah mengumum bonus Insentif produktiviti sebanyak minimum RM 400 maksimum 1200.Keempat FELDA akan membina rumah jenarasi kedua yang di jadual kan pada tahun hadapan rumah kos rendah 450 unit.

Sekian sahaja yang dapat pak lurah tulis kan dan paparkan untuk hari ini salam pak lurah.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan