Selasa, 3 November 2009

MALAM SEMAI BAKTI 2009 FELDA.

BERTEMU BUAT SEMUA.....

PADA : 2 NOVEMBER 2009

TEMPAT :DEWAN PERDANA FELDA.

Dalam satu majlis Malam semai bakti yang di rasmikan oleh .
YAB DATO SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK perdana menteri malaysia

BAKTI DISEMAI BUKTI DITUAI.

Ilham mencipta moto dan logo "Bakti Disemai, Bukti Dituai" lahir pada tahun 1956 dari seorang peneroka, En Hamid Bin Tahir. Beliau adalah peneroka Felda Guar Napai, Wilayah Alor Setar. Bapa dan adik beradiknya adalah juga peneroka rancangan yang sama. Mengikut En Hamid ilham mencipta moto ini timbul dari mengingati kata orang tua-tua bahawa jika kita berbakti kepada tanah, kita akan mendapat hasilnya. Kebenaran kata - kata ini terbukti apabila beliau melihat usaha FELDA dan peneroka yang pada masa itu bertungkus lumus mengerjakan tanah rancangan, akhirnya mendapat hasil. Ilham mencipta logo pula timbul apabila beliau melihat peneroka ssetelah mencapai hasil getah, mereka berkumpul untuk menyimpan duit. Ini adalah hasil kempen menabung oleh pengurus rancangan pada masa itu iaitu Tuan hJ iSMAIL MAIDIN. Maka tercetusnya ilham En Hamid Bin tahir melukis gambar peneroka menyimpan duit di Pejabat Pos bergerak yang datang ke rancangan setiap dua minggu sekali kerana pada masa itu tidak ada bank.

PINGAT SEMAI BAKTI
Pingat semai bakti dianugerahkan kepada pegawai-pegawai Kumpulan Felda sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat dengan cemerlang. Anugerah ini diadakan setiap tahun sejak 1974. Pegawai yang layak di calonkan untuk menerima anugerah ini ialah pegawai yang twlah berkhidmat dengan kumpulan FELDA bagi tempoh sekurang-kurangnya lima belas tahun dan mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang dalam tempoh lima tahu yang terakhir secara berterusan. Pingat semai terbahagi kepada tiga kategori iaitu; Pingat Darjah Utama , Pingat Darjah Kedua dan Pingat Darjah Ketiga. Pingat Darjah Utama diperuntukan kepada pegawai kumpulan Pengurusan Tertinggi. Pingat Darjah Kedua kepada pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional atau yang setaraf dengannya, manakala Pingat Darjah Ketiga adalah untuk pegawai Kumpulan Sokongan.

ANUGERAH PENGURUS TERBAIK
Anugerah Pengurus Terbaik merupakan satu penghargaan kepada Pengurus yang membawa pembaharuan dan inovasi dan yang telah menunjukan komitmen tinggi untuk menjadikan rancangan atau projek yang ditugaskan kepadanya ke tahap cemerlang. Anugerah ini diperuntukkan kepada pengurus rancangan, pengurus ladang, pengurus kilang, dan timbalan pengerusi gabungan JKKR Wilayah. Anugerah pengurus terbaik diperkenalkan pada 1995 dan penerima anugerah menerima hadiah dalam bentuk saham Koperasi Permodalan Felda ( KPF ) bernilai RM5,000.00

pak lurah menyokong penganjuran malam semai bakti felda dengan cara ini sahaja dapat pehak pentabiran felda dan pemimpin dapat dinilai jasa baktinya dalam memajukan kelurga felda dan mencadang kan agar malam semai bakti tahun hadapan lebih meriah lagi.TANIAH...... jumpa lagi ... salam pak lurah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan