Isnin, 28 Disember 2009

TUGAS HARIAN KU ,

BERTEMU BUAT SEMUA...

KALI INI DALAM PEJALAN TUGAS DAN HARIAN KU ...
Jam seawal 730 pagi pak lurah sudah meninggal kan Felda polong 9 menuju ke bandar raya KL,kali ini bersama isteri tersayang,sebagai teman dapat lah borak borak agar tidak mengantuk ketika memandu, sejak akhir ini pak lurah semangkin menjadi takut apabila di jalan raya saban hari ada sahaja berita kemalangan dilaporkan melibatkan kematian,kadang kadang kita begitu berhati hati tapi orang lain yang kurang hati hati... kita pula yang menjadi mangsa,walau bagaimanapun perjalanan hendak lah di teruskan...
jam 1000 pagi pak lurah singgah di kuala pilah bertemu dengan rakan berniaga berunding sebentar, lalu meneruskan perjalanan dan tiba di ibu pejabat KL jam 1130 th pak lurah terus ke bank membuat bank draf bagi tujuan bayaran bank gerenti kerja kerja pembinaan di felda plantations,di sini pak lurah merasakan sedikit tertekan dengan peraturan Felda yang mengenakan peraturan bank geranti ke atas kontraktor terutama warga felda sendiri kerana dengan peraturan ini amat membeban kan kontraktor peneroka yang baru baru hendak berjinak berjinak dalam bidang kontraktor,
setelah selesai pak lurah terus menyerah kan bank draf di tingkat empat di bangunan sebelah,tengkat 4 berjumpa dengan Tuan Hj daud bahagian kewangan setelah selesai pak lurah pun terus pergi ke hotel GRAND SEASONS.chek in.

Jam 245 ptg pak lurah mehadiri perikonsel mesyuarat JKPP di dewan mesyuarat tingkat tiga banyak pekara yang di bangkit kan terutama generasi kedua dalam FELDA yang mana perlu di ambil perhatian generasi kedua adalah penyambung dan pewaris masa depan felda jestru itu pak lurah meharap kan gulungan ini mengunakan saluran saluran yang betul pak lurah mengerti ada setengah tengahnya selarun yang sumbat tapi bukan semua
nya sumbat dan di peringkat JKPP sedang merangka pendekatan baru seiring dengan keperluan masa depan genarasi kedua dan FELDA.
penekananan di beri juga dalam isu menghadapi tanam semula dan masalah sosial yang melanda masyarakat FELDA dan pemimpin dalam rancangan diberi tugas untuk membendung gejala yang tidak bermoral seperti DADAH PERGAULAN BEBAS, LUMBA HARAM HIDU GAM DAN LAIN YANG MENYALAHI UNDANG NEGARA demi menjaga keharmonian warga nya FELDA juga berharap agar EGF di terus kan tak kira apa pun yang hendak di tanam cuma kalau dah cili kulai jangan kali kedua cili kulai jugak ini pak lurah tidak galakan tanam lah kali kedua brandi plak,baru lah ngam!!! selain itu FELDA akan membangun kan satu projek besar iaitu GMN yang ini lima rancangan telah di kenal pasti bagi permulaan projek, gulungan belia jangan lepas kan peluang,tapi pesan pak lurah kalau nak membuat sesuatu mesti lah kita kenal dulu seperti kata puganga TAK KENAL MAKA TAK CINTA , jam 450 ptg pak lurah pun selesai mesyuarat dan akan di sambung esok jam 0800pagi, pak lurah bersama sahabat dari temangor EN MANSUR ronda ronda kota raya seronok juga meronda petang petang melihat kesesakan jalan raya melihat warga kota mencari keperluan untuk menanti malam, sempat pak lurah singgah untuk perkena tongkat ali secawan mahal juga di KL 1 cawan harga nya RM 2.oo berbanding di setengah rancangan cuma RN 1.50 @ 1.80 sen selesai pak lurah pulang ke hotel,sebelah malam nya pak lurah bersama isteri ronda ronda, kata orang jalan cari makan, sambil menikmati suasana malam ibu kota KL tapi di sudut hati kecil pak lurah terasa tidak begitu selamat sentiasa berwaspada dari pada segala sudut jika nak di banding kan dalam kehidupan dalam rancangan felda, hati sentiasa tenang, walau kadang kadang kocek kosong tak ada duit...jam 1030 malam pak lurah pulang ke hotel lalu menulis kalau ada kesilapan maaf jua yang pak lurah pinta semoga bertemu kembali salam pak lurah,.....

1 ulasan:

  1. asmekum,selamat thn br saye ucpkn pd pak lurah sekeluarga,smg thn 2010 nie plg9 akn bertmbh maju d trs melgkh kehdpn d bwh kepimpinan pak lurah...

    BalasPadam