Khamis, 27 Mei 2010

PAK LURAH PENGURUS, TUAN NAZIR, CIK NURUL SUHAILA , DALAM LAWATAN RUMAH KERUMAH OKU TELANTAR

BERTEMU BUAT SEMUA KALI INI BERSAMA PAK LURAH DALAM KUNJUNGAN MELIHAT PESAKIT YANG TELANTAR DI RUMAH ......

NAMA SALLEH BIN  HASAN
Beliau telah jatuh ketika mengangkat lantun di  PMG ketika felda dalam sistem saham lagi ..
dan telah menderita dan telantar hampir 20 tahun  makan minim buang air kecil / besar dan  mandi di tempat yang sama ,mereka sekeluarga besyukur kerana JKM telan membantu meringankan beban mereka sekeluarga dan sekalung tahniah kepada isteri dan anak tersayang yang setia menjaga suami & Ayah yang tercinta dengan baik dan sabar......betul kata pujanga yang sabar subur .....semoga kelurga ini di beri ketabahan dan keimanan dapat meharungi hidup yang mecabar ....untuk akan datang.

.LAWATAN SETERUSNYA

ANAKNDA MOHAMAD SHAFIE BIN WAHID
Bujang lagi belum berkawin tapi Anaknda telah ditimpa pelbagai penyakit selama setahun yang lalu hinggalah kaki sebelah kanan telah di potong.dan beliau telah pun pulang dari hospital tapi keadaan nya belum setabil kalau dulu boleh bercakap sekarang mata sahaja...yang dibuka.... apabila ayahnda dan rombongan tiba melawat  nya.mulut nya diam membisu ...semoga keluarganya tabah menjaga anak tersayang ....dan tabah mehadapi ujian Allah ..

LAWATAN DITERUSKAN LAGI ,

ANAKNDA:  MUHAMMAD IMRAN BIN SABAN
UMUR  24 TAHUN
Seorang angota tentera  masih bujang beliau lumpuh seluruh badan setelah telibat dalam kemalangan jalan raya 5 tahun yang lalu .disitu lah dia makan & minum buang air kecil &besar dan apabila mandi hendak lah diangkat sebab dia dah tidak mampu untuk membawa badan nya sendiri


LAWATAN SETERUSNYA

ANAKNDA  AYUB BIN ABU HASSAN
Pelajar Universiti Tun Hussin  Onn Malaysia .
Pelajar terbaik  sepertimana kata orang orang tua tua malang tidak berbau beliau telah Terlibat dalam kemalang jalan raya yang membawa tangan dan kakinya patah  tarkah hitam yang menimpa kelurga Abu Hassan , Pada 7 OKTOBER 2009 semoga mereka ini tabah menghadapi cabaran dan dugaan ini  dan pihak JKM telah meniliti apa yang patut .mengikut peraturan yang boleh dibantu keatas remaja ini

LAWATAN DI TERUSKAN LAGI .

ANAKNDA  MOHD MAZNAN BIN PAIJAN
Anaknda ini sudah telantar sejak dari lahir dan berusia 24  tahun .makan & minum buang air kecil & besar semua di tempat yang sama  ibu nya baru meningal tahun lepas mujur ada adik beradik yang lain dapat menjaga abang telantar kepada keluarga ini pak lurah harap supaya besabar dan kuatkan semangat untuk membela insan istemewa .....



LAWATAN YANG AKHIR.

ANAKNDA NOREDARWAN BIN BUNAWAN
Anaknda  ini umur nya sudah 28 tahun masih bujang badan sihat, tapi akal nya kurang sihat ,dia pemegang kad Psikiatrik ,tapi walaubagaimana pun pihak JKM  akan meniliti apa yang boleh di bantu untuk meringankan beban keluarga ini dalam menghadapi kehidupan harian yang ditangung keluarga ini ,





KESIMPULAN HASIL LAWATAN .

PENGURUS EN SALLEH BIN MUHIDIN

Ini adalah program lawatan mesra yang telah di lakukan bersama AJK JKKR PDK JKM beliau selaku pengurusi JKKR FELDA palong 9 telah menyampai sumbangan kepada pesakit persakit .
beliau berdoa yang sakit supaya lekas sembuh dan yang istimewa terus ceria .....kelurga pengajaga  agar sabar melayan keranah  golongan istimewa......

JKM CIK NURUL SUHAILA

Beliau merakam terima kasih kepada JKKR AJK PDK kerana menganjurkan lawatan mesra rumah kerumah persakit dan golongan istemewa yang telantar  rumah kerumah pada hari ini dengan lawatan ini dapatlah kita meninjau sendiri masalah yang di hadapi ...

TUAN NAZIR USTAZ  JALI BIN LODIN

THANIAH! kepada  semua kerana dapat meluangkan masa datang menzarahi pesakit dan insan insan istimewa amalan sebergini hendak lah diteruskan kerana dapat memberi semangat kepada keluarga yang di rundung malang siapa yang mahu anaknya sakit siapa mahu anak anak dilahirkan cacat semua insan yang di gelar manusia tak mahu ....tapi Allah maha mengetahui apa yang dilakukan .....semoga insan merasakan syukur apa yang dianugerahkan...

PAK LURAH

Pak lurah akan mengadakan lawatan seumpama ini dilain kali apabila Habis mesyuarat  AJK PDK kita sambung  dengan mengadakan lawatan kali ini dipalong 9 insakallah lain kali di palong 10 pulak dan seterus nya  di palong 11 agar AJK PDK JKKR DAN JKM dapat memain kan peranan dalam program program murni sebegini..... Salam Pak Lurah

2 ulasan:

  1. tahniah kerana pak lurah memaparkan cerita begini, setidaknya dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik...sayu hati..semoga keluarga mereka mendapat hidayah dan bersabar dengan ujian dari ALLAH..mungkin ada cara untuk membantu kita nantikan respons..

    BalasPadam
  2. ini macamlah baru namanya pemimpin. wa selut lah samalu pak lurah... (lu pikir lah sendiri)..

    BalasPadam