BERTEMU BUAT SEMUA ,
KALI INI BERSAMA PAK LURAH BERKELAH KE TANJUNG BALAU KOTA TINGGI JOHOR ,
Pada hari jumaat,28 Mei 2010 jam 10 pagi pak lurah melangkah pergi meninggal kan rumah dari palong singgah sebentar di segamat ,membersihkan kenderaan yang kotor dan bau busuk dan menganti kan tayar yang sudah bocor ,(ganti baru satu tayar kena bayar 480 ringgit malaysia) sambung perjalanan singgah di kedai baiki radio kereta setelah diperiksa radio yang ada tidak boleh di guna @ dibaiki lagi keputusan yang diambil , tukar..baru dengan bayaran 950 ringgit malaysia setelah siap pak lurah menerus kan perjalan tempat di tuju kampung seri muar murni jaya layang-layang johor pak lurah sampai dikampung murni, jam 8.30 malam tujuan .....untuk mengambil bonda yang tersayang untuk dibawa berkelah bersama ,pak lurah menerus kan lagi perjalanan kali ini lokasi yang dituju felda tunggal untuk penginapan ,malam kalau sewa hotel harga nya mahal kita sekeluarga tidur ditempat abang kandung. tidur percuma makan pun percuma jimat wang belanja,
pak lurah sampai ,dirumah abang long jam 11.00 malam,kak long rupa-rupa telah menyediakan sup ayam kampung untuk hidangan kami apa lagi kena sup yang sedang panas hantam sahaja lah ...setelah kenyang kami masuk lah tidur.....
sebelah pagi nya pak lurah sempat melihat kawasan perkampungan felda tunggal yang bergitu pesat membangun ,bukan dipalong 9 sahaja rumah nya cantik-cantik..rupa-rupanya di setiap felda sekarang telah banyak berubah,jika nak dibanding kan 10 tahun yang lalu,pak lurah difaham ada juga dikalangan peneroka felda yang masih malu-malu,pak lurah melihat..... gulungan ini akan bawa bersama malu nya hingga ke tanah pekuburan....kata pujanga malu bertanya sesat berjalan ,gulungan ini dah mula sesat dan disesat kan
oleh orang-orang yang sentasa irihati dengan apa yang dimiliki oleh FELDA...
jam 10.00 pagi pak lurah sempat berkunjung di salah sebuah rumah teman lama yang membuat kenduri kawin anaknya,orang felda jam 10.00 dan 11.00 majlis dah mula pak lurah dan keluarga mengambil masa 1 jam sahaja berada ditempat tersebut lalu meninggal kan rumah tersebut ,pergi semula kerumah abang long .untuk memohon pergi ,dengan kata yang paling manis terima kasih daun keladi..entah bila-bila kalau ada kesempatan akan datang lagi,
jam 2.00 petang bertolak lah pak lurah dan keluarga haluan di tuju DESARU & TANJUNG BALAU kota tinggi johor , oleh kerana desaru pantai nya tidak sesuai untuk kanak-kanak mandi lalu pak lurah menerus kan perjalanan ketanjung balau sampai sahaja tak sabar-sabar anak bungsu pak lurah mahu terjun kelaut pak lurah dan istri serta atuk nya hanya mampu melihat sahaja,2 kakak nya pun sama terjun pak lurah mengambil masa 3 jam sampai tertidur menunggu anak-anak berkubang dilaut...
pak lurah melihat tempat ini sesuai untuk mandi-manda ombak tak tinggi..dan pantai nya landai air nya bersih cuma kawasan pesekitar nya hendak lah di kemas kini agar pantai ini cantik dan bersih senang untuk dikunjungi.....
pak lurah menerus kan perjalanan kali ini....tempat dituju kampung seri muar murni jaya layang-layang.pak lurah sampai tempat yang dituju jam 8.00 malam kedua mertua pak lurah amat terkejut diatas kehadiran pak lurah sekeluarga ,sampai-sampai lalu makan..malam seada nya sebab datang tanpa memberi tahu padan muka nasib baik emak tak lalu nak makan..jadi yang ada baki baki sedikit kamu makan lah.....anak beranak tapi..ibu yang sayang anak, nya lalu semangat pun datang lalu semua bertindak buat.apa yang patut untuk di sajikan bagi tujuan ...makan malam.....
jam 300 petang kami pergi ketempat ibu kandung yang tak jauh dari situ lalu mohon pamit mahu pulang kepalong 9 maka tamat lah 3 hari percutian pak lurah bersama keluarga sampai mabuk laut dan demam ....semoga ketemu dilain kali salam...dari pak lurah.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan