KALI INI BERSAMA PAK LURAH DALAM SATU TRAGEDI BENCANA YANG TIDAK DIUNDANG TIBA-TIBA DATANG...
Tidak disangka dan tidak diduga pergi meninggalkan rumah bersama isteri dan anak-anak untuk makan malam ,apabila kembali rumah kediaman musnah dijilat api.....bergitu lah yang menimpa warga peneroka felda serting hilir 6 En. Razali Bin kamaruddin. dan pasangannya Aishah Bte Samah yang hanya sehelai sepinggang ,
Menurut saksi kejadian jiran sebelah rumahnya yang juga merupakan mantan Timbalan naib pengerusi gabungan W.R.A En Salih Bin Zakaria beliau mula menyedari seawal jam 9. malam lalu terus mehubungi pihak bomba dan pihak bomba sampai jam 9.45 malam ,sebaik bomba sampai rumah pun dah habis di mamah api yang sedang kelaparan...dan sehinga pak lurah sampai...punca kebakaran belum diketahui....
Setakat Jam 6.20 petang tadi pak lurah difahamkan pihak pentabiran rancangan sentiasa mengambil berat.dan telah menguruskan keperluan dan membantu ,begitu juga Wakil Parlimen,Adun,jabatan kebajikan ,puteri umno dan masyarakat setempat datang mehulurkan bantuan ,
pak lurah difahamkan mangsa mempunyi 4 orang anak dan yang masih bersekolah seorang ....
apa yang menyedihkan mangsa hanya sehelai sepinggang.semua harta benda hangus di mamah api ...pak lurah juga difaham angaran kerugian RM 50.000.00 ,
Pak lurah berharap keluarga mangsa kebakaran tabah mehadapi ujian Allah dan terus bersemangat Insy'allah. Ibu pejabat felda akan menyegerakan pinjaman perumahan RM 40.000.00 dan
bantuan insurans RM 10.000 00 dengan kemudahan tersebut dapatlah keluarga en razali memulakan penghidupan baru....
Kepada dermawan yang sudi membantu,bantulah rakan-rakan kita yang ditimpa kesusahan sedangkan penduduk palastin yang jauh kita bantu,jangan yang dekat kita lupai ....
Kepada Warga peneroka,pesanan pak lurah apabila hendak meninggalkan rumah pastikan semua plug,suis dapur gas dirumah ditutup.kalau semua dah okey barulah melangkah meninggalkan rumah ....
itu sahaja Salam pak lurah .....
salam, info yang menarik, nasihat yang perlu dipatuhi, saya cadangkan setiap rumah perlu ada alat pemadam api sebagai langkah awal mencegah kebakaran..manalah tahu persedian awal mampu menanganinya..insyaallah
BalasPadam