KALI INI BERSAMA PAK LURAH DALAM TUMBANG SEPOHON KAYU YANG SUNGGUH BERNILAI...
SUDAH 13 TAHUN
Saya menjadi timbalan pengerusi JKKR Felda palong 9
selaku pemimpin kerdil saya terasa amat banga kerana memiliki anak buah yang rajin berusaha dan hormati menghormati ,dalam ucapan sulung sempena hari kemerdekaan pak lurah pernah berkata kita peneroka adalah tuan ,tuan apa sudara sudari ,lain tak bukan tuan punya tanah ,pak lurah juga pernah berkata akan menjadikan palong 9 antara rancangan terbaik seluruh malaysia dan juga pernah berkata ingin membawa palong 9 maju 2014
MASA TERUS BERLALU
Sekarang sampailah masa yang di tunggu-tunggu oleh semua penduduk & peneroka Felda palong 9 apabila sampai saat & ketika apabila menghadapi susana tanam semula itu sebab nya pak lurah pernah menulis KUSANGKA PANAS HINGGA KEPETANG RUPANYA HUJAN DITENGAH HARI ,KUSANGKA AMAN BERPANJANGAN RUPA-RUPANYA SENGKETA MENGINTAI HARI...
PEMBENTUKAN AJK TANAM SEMULA
Dulu pak lurah pernah berkata apabila sampai dan ketika tanam semula pak lurah tidak mahu dilantik untuk menjadi pengerusi kerana diatas pengalaman yang lalu yang telah dialami oleh rakan -rakan yang lain walau pemimpin berjuang bermatian matian untuk memuaskan anak anak buahnya tapi cemuhan dan fitnah yang mereka dapat,rupa -rupa hasrat pak lurah di kabul kan apabila dalam mesyuarat pembentukan AJK tanam semula maka terlantik lah En Safie Satam yang dulunya pengurusi biro ladang dan sekarang menjadi pengerusi tanam semula pak lurah dan pengurus dilantik sebagai penasihat...
TENDER TERBUKA TEBANG POKOK
Maka bermulalah episod dari tawaran yang di keluar kan oleh pentabiran Felda ibu pejabat KLmelalui akbar akbar tempatan pak lurah pun mengambil kesempetan mengeluarkan iklan di laman blog nya untuk sama-sama membantu kalau ada tauke boleh menwarkan harga tinggi ,tapi malang nya hanya 15 borang sahaja yang mampu di jual setelah tender ditutup hanya hanya 8 penender yang memasukan tawaran ..
TENDER DI BUKA
Apiba tender dibuka kami cuba cuba mengubungi Puan Rohana yang bertugas di-ibu pejabat KL sebagai pengarah memberi tahu kami tidak dibenarkan mengetahui kerana kami bukan dikalangan orang yang membeli tender...dan akan diberi tahu setelah rundingan pihak Felda dan penender selesai baru lah dibawa kejamaah tender yang dipengerusikan oleh pengarah besar kerana jumlah agak banyak melibatkan wang jutaan ringgit
KEPUTUSAN JAWATAN KUASA TENDER
Setelah keputusan dibuat maka pihak ibu pejabat memaklum kepada pengurusan Felda Palong 9 Tuan Salih Muhidin selaku pengurus rancang Felda Palong 9 orang yang berjaya mendapat tender tebang & cabut pokok getah Felda Palong 9 ialah LBJ Global yang beribu pejabat di Melaka tuan Hj Rahman selaku pengurus
SATU MESYUARAT AJK TANAM SEMULA DIADAKAN DI BALAI RAYA
Dalam mesyuarat pak lurah tidak ada, Yang di pengurusikan oleh Tuan Salleh Muhidin mengambil keputusan jika tak ada lagi yang menawarkan yang lebih tinggi AJK menerima kerana mengambil Faktur berikut
- Felda palong 9 adalah salah satu rancangan yang gagal dari peringkat awal lagi tentang dirian pokok sulaman demi sulaman dilakukan akibat ganguan binatang liar gajah landak dan sebagai nya
- kebakaran ladang ketika sestem saham ladang tidak urus dengan baik.semak samun baja tidak ditabur ditempat yang sepatut nya, maka pembesaran pokok terbantut maka peneroka bertindak memperjuang kan agar sistem saham di tukar kepada individu perjuangan nya diterima yang di umumkan oleh Tun Gafar Baba Tim Menteri MAlaysia ketika itu di umumkan di Terengganu
- Bencana alam yang melanda Felda Palong 9 berupa angin puting beliung yang mengikabatkan pokok banyak yang tumbang pak lurah tak kira kemusnahan berapa batang yang tumbang di tempat lain tapi kebun pak lurah hampir 500 pokok yang tumbang dan kalau kita lihat sekarang dirian pokok yang ada dikebun pak lurah di bawah 1000 pokoknya ada lagi boleh datang kira
- Kelun yang di tanam kebanyakan 600 dan pokok kecil tidak serupa macam tempat lain....yang tinggi dan besar..
SATU PERJUMPAAN DIADAKAN DI DEWAN PANGLIMA PALONG 09
Satu perjumpaan diadakan yang terdiri kepada peneroka & isteri bertujuan untuk mengambil keputusan kali ini pak lurah ada nota pengerusi yang memberi penjelasan tentang keputusan tender yang diperolehi
RM 33,300 setiap peneroka ,ketika itu hari raya sudah hampir kebun pula sudah semak pokok pula dah ramai yang tidak boleh ditoreh ramai yang berpendapat tender diterima.. maka Shafie selaku pengurusi tanam semula memmbuat undian barang siapa yang setuju sila angkat tanggan yang tak setuju jangan angkat tangan
ketika itu orang banyak diluar dewan tiada tumpuan pak lurah tidak bersetuju dengan keputusan itu walau sudah majoriti lalu pak lurah yang mengambil alih lalu menjerit lah pak lurah yang mengatakan WAHAI SEMUA PENEROKA FELDA PETANG INI PAK LURAH MAHU MENGAMBIL KEPUTUSAN ADA KAH KAMU SETUJU DENGAN HARGA YANG DI TAWAR KAN OLEH PENENDER INI jawapan yang diberi SETUJU ....
ADA TAWARAN BARU
Keesokan nya ada tawaran baru yang di terima yang datang dari jiran sebelah yang mana sangup membayar harga yang lebih tinggi kali kedua nak sebut jugak kali pertama dia nak masuk tender walau pun hari itu jam 12 tengahari tendar dah ditutup dia janji nak bayar 5000 1 ekar pak lurah bersusah payah hingga tayar kereta meletup dia masuk tender hanya 1 hekter 5000 dan kali kedua dia berjanji untuk membeyar 3900 dan membawa ajk tanam semula untuk berunding di KL tapi perundingan itu ditangguh kan sehingga hari rabu .
ketika itu pak lurah ada tapi pak lurah sempat berpesan kepada barisan ajk tanam semula sekiranya dia boleh membuktikan ada duit bawalah jumpa kepada pengarah felda, dan tender yang ada kita boleh batal kan..kerana hari rabu pak lurah dah berlepas ke sabah pak lurah tidak dapat bersama pak lurah bersama Ybhg Dato ' Dzul dalam program mersa felda ,
PENGURUS RANCANGAN MEMAKLUMKAN KEPUTUSAN
Pak lurah tiba tiba mendapat pangilan talipon dari tuan pengurus rancangan yang menyatakan tauke yang menawarkan 39000 kepada peneroka gagal untuk membukti kan dia ada duit, pak lurah pun bertanya kepada pengurus bagai mana keputusan Ajk tanam semula, pengurus menjawab mereka telah bersetuju untuk menerima tender yang sekarang ada duit , bukan omong kosong pak lurah menjawab kalau itu sudah menjadi keputusan pak lurah mengikut .
TOMAHAN DAN FITNAH
Kepada penduduk Felda Palong 9 peneroka & anak-anak pak lurah & Ayahnda ingin berpesan jauhi lah dari fitnah kerana perbuatan itu amat senang dilakukan tapi kesan amat dalam kepada orang yang kamu fitnah kalau rasa-rasa nya benar pak lurah telah menerima duit hasil dari tebang pokok peneroka bawa pak lurah kemasjid kita selesai anak beranak kalau ada yang sangup pegang al-Quran ayah pun sangup dan kalau ada yang pangil SPRM pak lurah sangup kalau tak tahu pak lurah pun boleh tunjuk dan kalau tak ada tambang pak lurah boleh bagi tambang jangan cakap sahaja ,semua orang pun boleh cakap,pujangga pernah berkata ikut kata engang makan buah belolok ikut kata orang nanti diri sendiri masuk lubuk...
GANGGUAN TANAM SEMULA TIDAK BELAKU
Kepada peneroka palong 9 yang penting kita tumpukan proses tanam semula berjalan dengan lancar pasti kan benih yang mahu ditanam bermutu tinggi kerana benih menentu kan hasil dan pastikan nurseri yang diurus oleh kontrektor diawasi oleh AJK tanam semula supaya tidak belakunya penyelewengan mencegah lebih baik dari kita merawat ,Ambil lah pesanan pujangga dulu berjagung jagung dulu sehingga menunggu padi masak ini lebih baik kerana dapat menjaga kesihatan .....
KEPADA ORANG LUAR JANGAN MASUK CAMPUR
Allah jadikan manusia tidak sama Allah memberi rezeki kepada manusia pun tak sama dan Allah janji kan balasan Akhirat pun tak sama jadi kalau kamu di beri yang baik besyukur lah jangan kamu diberi yang lebih kamu hina orang lain dan hasut orang lain fitnah orang lain kerana balasan Allah amat pedih ....
Iklas Othman Parman ( Pak lurah )
jgn dilayan gundah gulana
BalasPadamjgn dilayan org yg gila
jgn diheran sbb apa org itu meng gila
gila kuasa
gila harta
gila kemasyuran
gila kan talak
semoga dah si gila insaf
apabila pulang dari menunaikan ibadah haji nanti.
dan semoga ayahanda tabah menghadapi onak dan ranjau ini.
yang tak gila
BalasPadamjgn lah terlalu mudah percaya kepada orang yang meng gila itu
timbang2
renung2
fikir2
di felda palong 7 Ramai orang tak datang dalam forum perdana tim mufti negeri sembilan berkata memfitnah sama seperti membunuh dan perbuatan berzinah..kenapa masih ramai yang suka buat kerja yang merugi kan amal ibadah kita kepada Allah..pergi mesjid hari- hari tak cuti ,mengumpat memfitnah pulak menjadi kegemarannya itu sebab kata orang lama-lama pemimpin yang baik disokong pemimpin tak elok ditukar bukan susah sangat dan kalau pemimpin rasuah segera buat laporan SPRM kalau tak sampai hati bawa kemasjid suruh pemimpin buat pengakuan bukan nak jaja pemimpin dikedai kopi Warga felda besyukur lah setiap pemberian Allah tak sama ada yang kaya ada yang miskin ada yang untung ada yang rugi ada yang tinggi ada yang rendah dan lain-lain lagi.... perjuang lah demi kebenar bukan ,
BalasPadamHUKUM ALLAH X PERNAH SILAP...SETIAP YANG MELAKUKAN KESALAHAN PASTI,PASTI DAN PASTI TIDAK AKAN TERLEPAS DARINYA...TIADA YANG BERKUASA SELAIN ALLAH...BIARLAH ALLAH YANG MENENTUKAN KEBENARANNYA...KAMI HANYA BERDOA DAN BERSERAH PADA ALLAH AGAR KEBENARAN AKAN DITUNJUKKAN OLEH ALLAH YANG MAHA ESA...
BalasPadamsalam
BalasPadambagai orang yang tidak bersalah tidak pernah takut pun... tapi bagi orang yang menceritakan keburukan orang lain bila pula mahu minta ampun kerana janji Allah kamu selesai kan urusan kamu sesama kamu ...jangan lah mencari dosa yang berat tapi ringan perbuatan nya...insap lan segeralah memohon maaf kerana esok belum tahu kita ada lagi....
blogspot yg menarik....kalau ayahanda ada masa
BalasPadamfollow la blog saya....